Nak juga...

Sebenarnya hari ni akak cuti separuh hari. Nak hantar Bubbly Abang ke sekolah. Dia dah masuk Tahun 2. Kalau tidak dihantar pun takpa tapi biasalah super freaking mak macam I ni memang ngengada kekadang. 

Tadi ada pesanan daripada Bubbly Abang, katanya...

Mommy, petang nanti waktu recess tak payahlah Mommy datang sebab ramai sangat mommies Tahun 1 nak tengok anak-anak!

Yalah, Abang! Mommy kerja hari ni. Nak datang tengok Abang makan roti 70 sen tu pun nak buat apa?

Dalam hati, sedih alahai ... Bubbly Abang ni makin tak perlukan Mommy ke?

Emolah sangatkan...!!!

On the way nak pergi kerja, sempat lagi tu menyinggah kat AEON. Alasannya memang tak munasabahlah, saja aje. Kenalah bagi alasan kat Hubbydearie bila banyak pitstop masa pergi ataupun balik kerja. Katanya ada barang nak cari untuk Abang. Oh, yes! Memang pun betul tapi bila dah sampai AEON, barang Abang tak juga beli. Mommy pulak yang lebih-lebih walaupun cuma setengah jam aje kerana mengejar masa nak punch card di pejabat.

Ingatkan jalan for sure tak jem sebab tengaharikan. Rupanya pusing sini jem, pusing sana pun kereta berderet. Menyampahlah sungguh...

MIL hari ni nak memasak pilov katanya. Nak bagi menantu rasa air tangan mak mentua. Asyik menantu aje yang kena test. Apa-apa pun menantu happy sahaja kerana setakat ini komennya baik-baik aje. Anyway, my MIL @ Mami memang pun bukan versi mak mentua yang kejam, ya @_@

Walaupun begitu ada juga cerita yang sedikit mengguris hati. Bukannya kerana komen negatif daripada beliau tapi yalah, dah namanya berbeza adat dan budaya, ada ajelah jurang pemisahnya. Itu nanti-nantilah bila hati lara MD ni dah recover (alahai macamlah serius sangat padahal I ok aje...lakonan kan mantap!)

By the way, apa-apa yang I terlebih cakap tu sebenarnya sekadar gurauan ajelah. Janganlah ada yang menganggap I ni memang jenis manusia tak berperikemanusiaan pulak, asyiknya nak komplen itu ini. Kata orang, buat penyedap ayat. But mostly memang dari hati ini, takda reka-reka punya. Keh3x...

Esok kita keluarkan gambar2 yang awak, awak, awak nak tengok tu, ya!

Alahai MD.... macamlah glamour tahap gaban ya...berangan ada orang nak tengok gambar-gambar dalam blog dia...kesian...kesian... kesian....

Terjunlah MD dengan labu-labu tu.... jangan lupa pakai pelampung @_@


Comments

  1. my niece plak siap warning daddy nya tak yah teman.. sbb dia dah besau katanya. padahal bru 8thn. But she's independent girl.

    pilov?? nnti tunjuk erk rupanya.. ehehehe. *alasan suh post pic gak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...hahaha...huhuhu....

      Dah selamat masuk perutlah, Lynn. Macamana nak ambil gambar pilov. Betul-betul terlupa nak snap sebab sedang menjaga adab sopan di meja makan masa tu :D

      Delete
  2. dapat tengok rupa pilov pun jadilah (saya jakun sikit tang makanan yang payah lidah nak sebut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Saya balik-balik kerja MIL dah siap hidang makanan. Saya pun terus duduk sama dan makan. Lupa nak ambil gambar macam selalulah. Takpa nanti lain kalilah ye. Kena letak telefon kat sebelah masa memasak, barulah boleh ingat. Kalau tidak, memanjang aje terlupa nak snap. Dasar pemalas bersnap-snap ni, memang ginilah jadinya. Minta maaf banyak-banyak!

      Delete
  3. bubbly abg dh dajah dua,dh besar la mummy..biar dia urus diri sendiri je.

    bisalah tu klu dh tinggal 1 rumah,sedangkan lidah lg tergigit,inikan pulak anak menantu.hehe

    dh tak berharap pun nk tgok gamabr dalam blog md ni.omong kosong!hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo...janganlah merajuk. Memang betul ni nak tempek gambar mereka :D

      Bila bercakap lain bahasa, pemahaman kadang-kala berbeza. Apatah lagi si tukang translate pun selalu aje buat kita tertinggal train, kan...

      Delete
  4. Biasalah ada scene terasa hati. Ada perasaan kan...

    Pilov? Mcm mana rupanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah berbeza bahasa dan budaya, mestilah ada salah faham sana-sini, ya tak? Adatlah kan...

      Pilov tu sebenarnya macam nasi beryani aje. Mungkin cara memasaknya yang berbeza.

      Delete
  5. Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, KA. Thanks datang juga. Baru betul-betul start kerja ni. Baru ingat nak blogwalking.

      Delete
  6. Assalamualaikum,

    Hahaha akk...drama eaaaa...psl ayt abang pun akk touching! hahaha tuh blm masuk sek menengah ke masuk asrama..nanti lagi lah budak2 ni lagak macam org besar hahaha...

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni bab-bab drama ni Sofia boleh bersambung-sambung, kalah drama Korea tau :D Anak dua ajelah, Sofia. Itu yang tersedih sikit...Makin lama makin besar, makin jauh aje rasanya...

      Delete
  7. Bab lain tak kusah tapi bab drama tak sabau nak dengar hehe....ini bukan sebab mak ni bizi bodi tp....entahlah bab bab mcm ni mmg teruja haha....
    Eh my MIL pun baik you.....ingat your MIL sorang je yg baik...tak mo kalah ni hehe..... cuma tak mampu nk tinggal sebumbung ( cakap terus terang je hehe...ni hantu punya menantu gamaknya! )
    Tp MD betul kata awak tu...kadang tu apa yg kita tulis....idaklah sebenarnya gitu cuma buat penyedap karangan jer....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala bolehlah, OKje. Kalau selalu, camna nak berdrama. Tak tahan oooi.... Ini nafsu makan pun tetiba mengecut dek kerana menjaga adab kononnya...kahkahkah...Saya lapar sungguh pulak tetiba....

      Yalah, OKje...bila menulis tu macam-macam idea keluar tapi of courselah berdasarkan kisah benar, bukan main tipu-tipu pulak walaupun nak menyedapkan cerita, kan...

      Nampaknya memang sehati sejiwa kita orang Johor ni yek...hahahah!

      Delete
  8. baru dapat mengomen... saya teringat MD bila jumpa bekas pelajar saya. Marilyn, rajin betul buat kerja dan mmg pandai.. karangan dia mmg berjela, mcm entry MD... tp orangnya pendiam,, mcm MD tak? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sekolah dulu saya memang pendiam tapi macam biasalah orang pendiam selalu dianggap sombong. Saya memang pun rajin. Ingat masa sekolah rendah, lepas rehat cikgu akan pilih pengawas untuk tolong basuhkan cawan-cawan yang cikgu guna untuk makan. Orang terpilih biasanya memang buah hati cikgu. Saya sentiasa ajelah dapat 'job; tu, lepas tu cikgu upah makan kuih-muih. Sekarang terasa macam bodoh pula tapi masa tu rasa macam sungguhlah glamor sebab cikgu pilih kerana mereka sukakan saya.

      Delete
  9. Sekarang takde dah nak tunggu2.. lepas hantar dah tahu kelas mana.. terus tinggalkan.. cukup time ambil balik sekolah..
    malas nak serabut dekat sekolah dan lautan ibubapa dan anak2 kecik.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I ni kan memang spesies freaking mak, Aiza. Anak dah besar pun nak hantar depan pintu kelas. Oh, masih sayu lagi you tengok anak masuk kelas. Macamlah anak baru nak masuk sekolah. Next year my small angel pulak pi tadika. I tak tahulah macamana I punya sayu. Abang masuk Tahun 4 itupun I rasa I nak hantar juga depan pintu kelas. Lepas tu I nak bertapa depan pintu tadika anak bujang Upin Ipin I pulak :)

      Delete

Post a Comment