Monday, January 27, 2014

My eldest superhero

Salam sayang semua!

Dah lama tak bercerita pasal my two superheroes. Eh, dah lama ke? Jap-jap nak scroll entri dedulu macam orang tu nak check dah berapa lama *sengih*



Si Bubbly Abang ni baru aje bikin Mommy pening kepala. Dia yang ke sekolah Cina (of course Mommy yang hantar ler) tapi Mommy pulak yang kena mengulangkaji buku-buku aktivitinya setiap malam. Abang memanjang aje tak sempat nak check sebab  SIBUK. 

Kalau tak sibuk dengan game, dia sibuk buat marketing strategies untuk melariskan 'imaginary business' yang dia ada. Yalah, nama pun kerjanya 'business boss' , asyik sign cheque book ajelah! Kesibukannya memang mengalahkan supermommynya yang kelam-kabut selalu sampai terlentang nih.

Setiap malam sebelum kemaskan buku Abang, I akan tanya berapa homework perlu buat. Maklumlah buku semua dalam bahasa yang Mommy tak arif. Kadang-kadang, homeworknya boleh skip-skip muka surat pulak. Dia main agak aje. Bila dah nak hampir tengah malam, barulah peluk cium hug Mommy sambil merengek kata ada 2,3 homework belum siap. Tangan rasa nak terkehel kerana kena tulis banyak sangat. 

Adui, Abang... dahlah nak tidurkan Adik satu hal. Kalau dah dekat pukul 10 malam baru beritahu ada homework yang terlupa nak beritahu Mommy, yang tak siap lagi, memanglah badan Mommy rasa berangin aje...

Abang ni sebenarnya nak I duduk sebelah sambil tengok dia buat homework. Jangan ke mana-mana. Menyambil pun kalau boleh jangan. Dahlah Mommynya memang tak boleh duduk setempat. Kalau cam tu, semua kerja dalam rumah tak siap. Sebelum teman Abang buat homework, kena tidurkan Adik Cute dulu. Kalau tidak lagi haru-biru. Abang menulis, dia nak menulis. Abang guna buku latihan, dia pun nak buku latihan sama. 

Kalau nasib baik Adik cepat tidur, bolehlah Mommy concentrate hal Abang pulak. Kalau tidak, dua-dua pun Mommy lepuk kang!  Biasanya time Abang buat homework dengan Mommy memang selepas 9 malam. Kalau Abang tak terlupa beritahu Mommy, kira oklah. Mommy dah set up plan siap-siap, mana kerjarumah nak buat dulu. Mana yang Mommy kena ajar dan mana yang Abang kena buat sendiri (macam tulisan Cina tu) Itupun lepas Abang buat semua, Mommy kena check sekali lagi. Kalau Mommy rasa lain macam aje/tak puas hati, memanglah Abang kena re-do. Mommy tak peduli walaupun jarum jam dah nak dekat 11 malam. 

Rabu lepas katanya cikgu suruh bawa copy IC. I tanya copy IC siapa? Eh, lupa pulak siapa punya. Mungkin Mommy kot, katanya. Sebab - yang ini tak boleh menahan I dengar. Sebabnya nak copy IC Mommy kerana menurut seorang kawan sekelas, esok polis nak datang sekolah nak check IC. Of courselah polis tu nak IC Mommy kan.... 

Ada ke....

Ya ke AN, kena bawa copy IC sebab polis nak datang sekolah buat spot check? ~_^

Makanya I 'bekalkan' Abang siap dalam folder lagi copy IC Mommy, IC Abang dan birth certificate Abang. Tanya Cheng Laoshi, mana satu yang polis tu nak! Daddy punya tak payahlah. Daddy takda IC. Lagipun bila hal sekolah anak-anak, memang Mommy aje yang ada superpower. Semua pun kena melalui Mommy. Kalau takda signature Mommy, sorry tak lepas @_@

Balik sekolah hari Khamis, masuk aje kereta terus ditanya pada beloved Mommy kenapalah tak datang sekolah ambil duit RM100! Cikgu kata duit tu kena ambil sebab bolehlah beli KFC atau makan McDonald nanti!



Mommy of course berangin lagilah. Kalau tak beritahu kena datang, macamanalah Mommy nak terhegeh-hegeh datang collect duit tu? Selamba ditanya lagi duit RM100 tu banyak mana? Apa lagi boleh buat dengan duit tu? I pun beritahu dia kalau tak dapat ambil duit RM100 tu makanya tak dapatlah Lego yang dihajati. 

Maka hari Jumaat akak dah get ready tukar selipar jepun lepas balik kerja untuk ambil duit, taknaklah terkedek-kedek lagi nanti terjelepuk pulak kang! Siap called sekolah lagi pagi tu tanya betul ke dah boleh ambil duit RM100 tu. Nasib baik tak kena marah dengan kerani lagi... keh3x. Disuruhnya jumpa guru kelas sebab duit pada cikgu. Akak ni kan hafal dalam kepala time table anak, makanya akak pun set time kul 5.45 petang nak ambush kelas Abang sebab memang guru kelasnya tengah mengajar Bahasa Cina waktu tu @_@

Baru nak ketuk pintu, Cheng Laoshi dah tanya, 

"Ibu Luth, ya?"

Sebabnya : Dia yang last sekali ambil duit!

Settled satu hal. Pandai pulak tu bila masuk aje kereta tanya mana duitnya. Minta maaflah Abang, memang Mommy bagi pegang kejap aje note RM100 tu. Pastu dah selamat masuk akaun. Say byebye ajelah to Lego, ya Abang! Buatlah marketing plan baik-baik. Pergilah jual botol plastik ke, suratkhabar lama ke kalau nak kumpul duit. Jangan gi jual novel dan majalah yang Mommy belum baca, sudahlah....

Ada satu malam tu, I geram kat Hubbydearienya. So, masa dok gurau-senda ngan Abang, I pun membebel-tak-jumpa-full-stop pasal betapa Daddy selalu aje lupakan Mommy bila oi-jonnya (ibunya) ada. Daddy cuma nampak Mommy dalam bilik aje. Keluar aje dari bilik tidur, nama isteri pun Daddy lupa! Oi-jon Daddy aje yang dapat tempat dalam hati! (Apa ni kak? Kes cemburu tak habis-habis lagik?) 

Tetiba Abang memberikan pendapat,

Eh, Mommy! Kalau Abang dah besar dan Mommy dah tua macam buvi-jon, Abang akan layan Mommy macam Daddy layan buvi-jon! Mommy tak suka ke kalau Abang buat cam tu? Ke Mommy nak Abang layan Mommy lagi baik daripada Daddy layan buvi-jon?

Sukalah! Of courselah Mommy suka!

Habis tu, kenapa Mommy marah Daddy layan buvi-jon cam tu?

Adoi, inilah padahnya kalau ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus sesangat *sambil tepuk dahi*



















30 comments:

  1. sis pun baru dpt hari Jumaat lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak tak beritahu, takkan nak sesaja gi sekolah. Nasib baik boleh 'kacau' guru kelas kejap!

      Delete
  2. Lupa nak tanya awak MD....apa status kerakyatan budak budak yek? kalau ayah dia foreigner... kalau ayah yg Malaysian mungkin tak de cite sangatlah.....
    Sekolah cina biasanya homework banyak.... betul ke?
    Abang ni mmg matanglah tahap pemikiran dia..... boleh dia soal balik mommy gitu...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerakyatan memang Malaysian. Masa tu saya risau gak katanya kalau isteri warganegara suami bukan, lahir anak di luar Malaysia, memang tak dapat kerakyatan Malaysia. Makanya saya memang make sure habis2an dapat status warganegara. Masa register tu ditanya juga, bangsa nak ikut bapa ke emaknya... of courselah ikut emaknya...letak 'Melayu' kat situ. Sebab nama bapak pun dah bukan main panjang, luar biasa sebutannya...tapi Abang kata dia Uzbek gelap!

      Delete
    2. Betul betul bubbly abg nak jack daddy dia....nak gak ikut keturunan daddy hehe.....
      Saje je le mommy tu....putih melepak gitu pun kata gelap...hoho....kalau tengok okje...bukan Uzbek gelap lagi...Uzbek rentung haha....

      Delete
    3. Eh, OKje yang jelita ni kalau gi Uzbekistan silap-silap disangkanya perempuan Uzbek. Tapi mulut jangan buka, nanti terkeluar perkataan Jawa, abislah!

      Delete
  3. chinese school mmg byk homework kan.. mcm my niece jugak. baru darjah dua, menimbun2 homework. tak pernah lah takde..
    tapi takpelah, untuk kebaikan dia jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak seperti yang diwarwarkan sebelum ini tapi memang setiap hari pun ada ajelah kerja rumahnya. Memang bagus, dia boleh praktis lebih kerap menulis dan bercakap dalam Mandarin.

      Delete
  4. Dulu nak hantar Dania Chinese school tapi atuk x bagi sebab ada anak jiran kena dera macam2...sabar je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, SA. Kalau ikutkan mak saya pun tak benarkan.

      Delete
  5. Oh... nak guna utk ambil duit RM100/- itulah ye:)
    Tapi yg jelas dari conversation abang tu dia sangat observe dgn keliling dia kan. Apa yg mummy cakap dia ingat dan dia nampak daddy layan nenek dia.. Sweet betullah abang ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh terlepas cakap, akan kena ke muka sendiri. Abang memang macam ni. La ni saya nak suruh dia kumpul botol plastik untuk dijual. Dia nak sangat cari duit sendiri maklumlah hajat tu besar nak belikan Mommy Ducati Veyron :)

      Delete
  6. Assalamualaikum,

    Kak...anak2 akk nih sgt bijak...apa yg berlaku dpn mata die..cpt je die reflect kan dlm kehidupan akn dtg...bagus..hehe cuma kita yg lbh dewasa kne hati2 dlm buat sesuatu tkt die nmpak kann..hehe

    untung akk dpt ank2 yg sgt bijak2..

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Hehehe...Mommy yang selalu terlepas cakap ni memang asyik aje kena dengan anak bujang. Itu baru satu, kalau yang si adik pun dah petah bercakap, memang kena dushum ajelah Mommy nih!

      Delete
  7. alahai comelnyer lahai, klu gigit sedap lemak nih :)

    salam kenal kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal...

      Lemak tu bisa diuruskan...nak berapa kilo? Hehehe....

      Delete
  8. kehkehkeh...adoi abang oiii..mcm2 akal hah...jenuh la kak nak dok sebelah die buat homework ...pantau sepanjang mase yeak....tegelak lieya bace tang keje bisnes..sign cek...takpe kak, minat dah ade tu...in sha Allah besar nanti jadi bisnesman berjaya...haa akak gak tmpang senang tu heheehehehehe

    akak, ckp pasal duit 100 tu, lieya kene amik semalam tapi lupe...adussssss....so esok dah buat appointment...amik pastu masuk asb budak2 ni siap2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak lambai-lambai aje note RM100 tu kat Abang...hehehe...bagilah juga dia merasa pegang note tu. Lagipun bukan dia faham apa boleh buat dengan duit RM100 tu. Siap tanya lagi tu, duit tahun lepas kenapa dia tak nampak pun! Aduh, kang Mommy keluarkan buku akaun kang!

      Delete
  9. KA pun dah ambil duit RM 100 itupun sebab Adik duk sibuk bagitau pagi & ptg .... Anak2 mmg macam tu, kalau Adik skang ni tgh sibuk dengan word dier : dengar cerita , dengar cerita....! (lanjut nnti KA citer di blog lah hehehe )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai KA...mereka punya cerita mana ada penamat. Ada aje cerita 24-7. Abang tu lepas baca doa nak tidur siap boleh bangun balik nak 'cakap sikit' kat Mommy....

      Delete
  10. Dah selamat ambil duit bantuan utk anak2 Malaysia ya? OO...Abang salah fahamla kot pasal kena bawa salinan IC tu? Ke salinan surat beranak dia? Sek kami pun nak kena ada benda2 tu.. tapi bukanla polis nak chek pun..saja nk sahkan kewarganegaraan..

    sekolah cina mmg banyak homework kan? Sian saya tgk diorang ni...tapi mujur ada ibu macam MD yang rajin pantau keje diorang...

    Pandai Abang pujuk Mommy dia.. jadi, Mommy kena banyak sabarlah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dokumen tu semua dah hantar masa hari kedua naik sekolah. Entah betul ke tidak cikgu minta copy IC tu... Polis nak datang buat spot check tu yang saya tak tahan nak dengar... Apahal ler polis ni free sangat sampai lepas ronda-ronda boleh pulak singgah kat sekolah @_@

      Delete
    2. Haha..cikgu dia saja buat helah lah tu.. mmg xfree pun pak polis nak datang ke sekolah...

      Delete
    3. Dia fikir Mommynya takut polis :)

      Hehehe...memang takut pun!

      Delete
  11. Lupa tadi.. masa sekolah menengah, saya pernah dapat upah sebab siapkan kerja rumah anak buah.. dia belajar di sekolah cina, mmg banyak homeworknya.. haha.. Rm5 kot masa tu upahnya sehari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni di rumah kalau Abang tolong saya serba sikit, upahnya RM1. Tapi kadang-kala Mommy lupa bagi, dia pun lupa minta... selamat banyak kos hidup Mommy kat situ :)

      Delete
  12. abang ni sama cam sara kalo dia buat homework ker membaca ker segala semua suruh mami duk sebelah dia..tak leh nak buat apa..sabo jerla kekadang boleh terlelap teman dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya. Kita kalau balik rumah, sempat cabut tudung atas kepala aje terus zass pergi dapur. Nak duduk rehat-rehat sebelah Abang sambil tengok dia buat kerjarumah rasa aduhai...kalau tak duduk sama nanti, dia boleh aje menyambil kacau adik ke, tengok kartun ke atau lari masuk main komputer. Memang tak siap kerja cam tu...

      Delete
  13. anak2 zaman sekarang buat homework mmg ibu kena dok sebelah...tak macam kita dulu2mak tak heran pun nk tnya ada homework tak hari ni.sendiri bikin je.huhu

    klu MD jadi org terakhir amik duit RM100,sy ni asib tak jadi org pertama,pergi hari ahad tgok takde sape,rupanya kena amik hari ahad..tp kt surat betul tulis hari ahad tau..en suami pi buang plak suratnya tu,tak bley nk tunjuk bukti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... itu namanya over excited sebab first time dapat ambil RM100 anak sekolah, kan...

      Nasib baik saya ni clever sikit call sekolah tanya. Kalau dengar cakap si Abang memang saya tak pergi ambil ler. Ada ke dia kata budak perempuan aje yang mak datang, budak lelaki takda pulak sesiapa yang datang... tak boleh caya info si bujang ni...naya kalau ikut bulat-bulat katanya!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...