Terasa sunyi-sepi pulak hari ni. Mungkin dah ramai yang bercuti sempena Tahun Baru Cina dan sambung hingga ke hujung minggu, right? Yang di WP ni, tentulah lagi seronok. Boleh sambung terus ke Isnin minggu depan.
I masih bekerja lagi ya hari ni. Takda plan malaslah nak bersuka-suka mohon cuti. Dahlah jumlah cuti tahunan sebelah mata pun tak mahu nak pandang rasanya. Dah tiga tahun berturut-turut (hattrick nih) I 'kehabisan' cuti tahunan sampai berpotong gaji gitu.
Entah kenapa juga, rasa macam sibuklah pulak pagi ni. Dengan macam-macam kerja nak diselesaikan. Walaupun takda kena mengena sambutan Hari Raya Cina dengan tuan empunya blog ni, hati ni dah rasa malasnya alahai nak kerja.
Entah kenapa juga sejak semalam I rasa macam hari ni hari cuti. Masa nak balik kerja petang semalam, I siap wished my boss happy long holiday gitu dek terpedaya dengan kawan sebelah yang dah bercuti sempena nak raya. Tetiba boss kata, eh, eh,eh...esok jumpa lagi kan? Alahai, malunya.... Siap boleh cover balik tu. Harap-harap I datanglah kerja esok takut terlupa!
Balik rumah petang semalam, terasa malas nak basuh baju. Kononnya esok pagi (hari ni) bolehlah membasuh sekerap yang suka. Lagipun Abang dah start cuti hari ini. Punyalah malasnya dia, beg sekolah pun nak ditinggalkan dalam kereta I. Katanya nanti-nanti boleh ambil. Cuti kan panjang. Lagipun homework satu aje... (memanjang satu aje lepas tu merengek ada lagi dan lagi dan lagi... sampailah Mommy pergi check sendiri buku-bukunya)
Lepas solat Subuh, boleh lagi nak menyambung tidur. Yalah hari cutikan... Siap beritahu kat Hubbydearie nanti bolehlah kita angkut satu keluarga gi jogging kat taman berdekatan. Biasalah bila terlelap semula lepas pukul 6 pagi, memanglah tak sedar. Bila bangun balik tengok jam dah pukul 7.15 pagi. Baju kerja pun tak iron sebab memikirkan pasal cuti aje...
Apalagi, lompat katil dan buka langkah seribu ler... Nasib baik sempat iron baju, mandi dan make-up sikit @_@ Sekali tengok jalanraya alahai lengang aje.... boleh drive kereta sambil berangan mengarang novel lagi dalam kepala nih.
Eh, rasa macam malas betullah nak buat kerja! Tapi si boss yang satu ni asyiklah dok tanya soalan yang sama. Rimas betul ler....
Selamat bercuti ya you all semua! Mesti macam-macam plan yang dah dirancang. Kepada yang memandu pulang ke kampung mahupun nak berholiday sakan sempena cuti ni, berhati-hati di jalanraya. Tiru macam akak ni, bawa 20km/jam aje kat fast lane. Wakahkahkah....

Heheh..Hamboiiii sempat berangan mengarang novel sambil memandu...
ReplyDeleteSelamat bercuti ....
Serius, memang sempat mengarang lagi..mana tau leh buat drama pulak and jadi femes ...heheheh!
DeleteSaya kat sini mmg tiada istilah cuti.. sob sob..
ReplyDeleteCuma anak2 aje la ada sambutan CNY kat sekolah…. esok kena ke sekolah dgn pakaian merah :)
Sama perangai dgn Irfan… bila suruh buat homework, selalu cakap.. ummi, no worries la… homework tu senang jer… tapi last2 datang mengadap kita juga…. huhuhu
Oh, ada sambutan CNY juga ya di sekolah sana! Bestlah gitu...terasa macam di Malaysia jugakan....
DeleteHari terasa berat kaki nak melangkah keluar rumah pergi kerja!
Eh MD.....bukan ke kalau org dah ramai cuti kita pun perasan cuti jugak hehe....
ReplyDeleteTak payah le cuti....bukan nak masak ketupat ke rendang.....simpan jer cuti manalah tau nanti nak kena htr mami balik ke hehe....
weyh....okje dulu masa kerja memanjang malas....lagi lagi dah nak cuti panjang...tp tulah malas malas pun kena buat kerja jugak...tak pernahnya habis!
Cuti panjang ni....nk jalan mana bawak mami?
Eh, memang dah plan nak amik MC (opocots) hantar Mami balik nanti!
DeleteSaya kalau boleh nak juga masak ketupat rendang bagai sempena CNY ni tapikan...pagi tu saya terlajak tidur lagi...makanya kita orang makan jemput2 cicah kuah kicap cili padi ajelah.....
Tak ke manalah OKje...malas nak melawan jem... makanya kita orang jenjalan kat KL aje, hirup udara nyaman minus jem...best oooi....
selamat bercuti...
ReplyDeletesemoga jumpa lagi...hati2 dijalan raya :)
Baru naik kerja hari ni, Bunda. Rasa malasnya nak bangun pagi tadi. Lepas solat leh tidur balik...punyalah buruk perangai kan... Dah leh agak jalan tak jem sangat itu yang berani keluar lewat dari rumah.
DeleteSelamat bercuti... Org lain cuti jln jadi lengang senang kita nak gi keje...hhee
ReplyDeleteBestkan masa-masa cam ni. Rasa seronok aje memandu. Boleh bersiul-siul gitu :)
Deleteamboi kemain lagi jalan lengang smp boleh mengarang novel.klu tak mengarang bukan MD la kan..:)
ReplyDeleteselamat bercuti..cina raya kita pun tumpang bercuti..sy dah naik kerja malam ni..
Saya ni PK sejak pandai naik basikal lagi dah pandai mengarang novel. Dulu-dulu masa kat kampung, boleh naik basikal pusing berpuluh kali depan rumah sambil mengarang 'drama minggu ini'. Kelas tak ah kak ni? Hehehe....
DeleteBaru naik kerja, malasnya nak kerja!
Meh nak kabor...saya cuti jumaat sampai selasa..hihi. nak menunjuk kat sini pulak walaupun masa orang lain cuti sabtu hari tu, kami pula bersekolah ganti.. haha..saja nak bangga dapat cuti lama ya..
ReplyDeletecuti gi mana tu? Saya rasa seronoklah Mami kali ni sebab menantunya cuti lama..eh..ke cuti 3 hari je? Lama kan...boleh la lupakan masalah bos yg sorang tu buat sementara waktu...seronok dengan anak2 dulu..
Hehehe...kena ganti sekolah hari sabtu lepas? Kesiannya..... kita nak beritahu nih, nih, nih.... kita bercuti sejak hari Jumaat sampailah hari Isnin. Hari Sabtu takda pulak kelas ganti..keh3x. So siapa lagi yang patut berbangga dengan cuti panjang nih?
DeleteMenantu kena masak masak 4 hari berturut-turutlah.... tak pergi mana pun AN cuma meronda kawasan sekitar aje...tolong perhatikan rumah-rumah jiran juga..kira macam pengawal keselamatanlah gamaknya...
bercuti lagi ke..... ok nanti KA dtg balik yer.. done nuffnang sekali !
ReplyDeleteBaru naik kerja hari ni, KA. Kitakan orang Kay El makanya dapat cuti extra satu hari lagi :)
Deleteslmt bercuti2 ye aunty !
ReplyDeleteThanks PS. Baru hari ni naik kerja, malas betul ler....
Deletename jer cuti panjang.. tapi klu dipikir2 kan balik..
ReplyDeletemcm tak cuti jer.. hehehe
Alah, sekejap sangat rasanya. Tahu-tahu dah kena balik bekerja. Sedih ler...
Deletesian dia kena kerja....sama la kitew kerja gak khamis tuh...hehe
ReplyDeletetapi yang best sunyi jek opis jalan pun dah tentu tak jamm...seronok...
Jalanraya memang best. Pandu kereta pun tak tension. Cumanya rasa luar biasa pulak bila dah sunyi sepi. Macam kita aje makhluk yang tinggal di muka bumi nih :)
Delete