Oh, garangnya!



Aduhai, rasa nak tergelak pun ada. Biar benar nih! Macam tak percaya aje bila melihat statistik sebegini *geleng kepala beberapa kali*  Rasa macam dalam iklan TV sikit hari dulu, “Kenapa? Tak percaya ke?” Itulah lebih kurang perasaannya ^-^

Alkisahnya, dalam suratkhabar hari ni ada mengatakan bahawasanya pemandu wanita adalah lebih 'pemarah' berbanding pemandu lelaki. Eh, macam tak logik aje bunyinya! Perempuan ni kan pada zahirnya lebih penyayang, lembut, penakut dan tak suka gaduh-gaduh macam lelaki especially bila sedang memandu ^-^

Betul ke ni seorang perempuan akan menjadi seorang yang mudah marah ketika  sedang memandu? 

Malaysian women drivers have been found to be angrier than men behind the wheel. However, despite this, women drivers suffer fewer crashes and road fatalities as they tend to keep their anger bottled up. This was revealed by the results of five-year study undertaken by the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS). 



Bukan sehari dua, setahun dua tapi kajian selama lima tahun. Boleh ke kita sangkalkan kebenarannya?

Boleh baca sendiri artikel sepenuhnya di sini.

Bagaimanapun, masa survey ni dijalankan memang confirmed pendapat ai tidak diambilkira *tersengih sendiri* Kalau nak dikategorikan, ai ni termasuk dalam category pemandu yang ‘agak’ berhemah ^-^

Antara ciri-ciri seorang pemandu yang ‘agak’ berhemah seperti saya adalah seperti yang tersenarai di bawah:-

1. Ai tak rasa rugi nak menggunakan lampu signal bila hendak membelok. It’s free. I don’t have to pay a single cent ^-^

2. Ai memandu ikut kelajuan yang ditetapkan tapi kalau dibenarkan memandu setakat 20-30km/jam saja, tidaklah ai ikut peraturan tersebut (Ai pun akan mengamuk sama kalau ada orang memandu di atas jalanraya pada kelajuan sebegini)

3. Dek kerana ai sangat takut dengan lori besar, bas besar dan kereta yang mana pemandunya memang suka racing atas jalanraya but not on the grand prix circuit, ai TIDAK akan memotong kenderaan-kenderaan tersebut dan setia memandu di belakang sehingga semua kereta yang lain behind my car sudah memotong dengan jayanya *happy smile*

4. Bila ada pemandu yang nak masuk my laluan, ai akan benarkan DENGAN SYARAT pemandu tersebut mestilah bagi signal terlebih dahulu sebelum nak masuk ke laluan orang ^-^ Eh, mestilah kan! Kalau nak masuk rumah orang, berilah salam atau ketuklah pintu dulu. Mana boleh suka-suka hati aje buka pintu dan terus masuk...

Kalau tidak, ai memang tak mahu bagi laluan but then again, since I ni pemandu yang agak berhemah, ai tetap akan beri laluan bila the other driver mula tunjuk berani tak kena tempat. Eish, ai tak suka ler kereta ai simply being kissed by other car! Bukan senang nak settlekan segala urusan after that. Buang masa, buang duit, mengganggu rutin harian  dan menyusahkan  aje! Oleh sebab itu terpaksalah ai tahan geram sikit dengan perbuatan pemandu yang tak berhemah tersebut.

5. When the traffic light turns from green to yellow, I will slow down my car and get ready to stop. Yes, I will get ready to stop instead of tekan minyak dan berusaha untuk melepasi kawasan tersebut *broad smile* Itulah di antara sebabnya mengapa ai tidak pernah dapat saman walaupun sudah memandu bertahun-tahun lamanya *broader smile*

6. Yang ini memang sangat-sangat berhemah. Ai tidak suka orang rasa sakit hati dengan perbuatan ai ketika memandu. It is as simple as ABC to know. Bila orang lain buat dan ai tak suka, ai tak akan buat perkara yang sama kepada orang lain ^-^. Satu contoh yang bagus, bila mencari parking di kawasan sekolah Bubbly Abang. Walaupun sukar, ai akan cuba untuk tidak menyusahkan parents lain yang datang mengambil anak mereka. Ai tak akan sesekali ikut suka hati nak block kereta orang lain ataupun simply park my car in the middle of the road and block the road sampai ada kereta yang tak dapat nak lalu dek kerana perbuatan tak berhati perut ai lantas menyebabkan orang lain naik angin dan tak dapat nak fetch anak memasing.

7. Bila memandu di highway, ai memang ikut kelajuan yang ditetapkan. Kalau tak mahu racing, ai takkan memandu di fast lane. Kalau ai rasa nak bersantai sambil memandu, ai akan dok kat lane paling kiri sekali. Takdalah pemandu lain rasa agitated dengan perbuatan ai yang memandu setakat 70-80km/jam dekat fast lane.

Eh, yang ini memang pernah ai saksikan sendiri! Ada pemandu yang sedar diri, bila kena hon, akan terus masuk ke middle lane. Ada juga yang buat tak tahu aje a.k.a buat-buat bodoh (atau memang dia seorang yang blur) sehingga naik bingit bunyi hon yang mengamuk-ngamuk. Oh, I won’t be this kinda driver! Menyusahkan orang dan diri sendiri saja. Hati pun jadi sakit.

8. Walaupun ai ni memang tak tahu jalan most of the time, ai akan pastikan yang ai berada di jalan yang betul supaya tidak perlu masuk ke laluan orang lain dengan tetiba. Kalau lagi 1km ai nak belok ke kiri, ai will make sure yang ai dah berada di left lane supaya senang nak belok nanti *happy smile*

9. Ai takkan buat multi-tasks while driving. Ai won’t answer my phone or make a call while driving kecuali Hubbydearie or my Bubby Abang (yes, there is an exceptional here *smile, smile, smile*) Other calls memang minta maaflah ai tak akan jawab ketika memandu. Tunggulah sehingga ai sampai ke destinasi or ai akan berhenti di tepi jalan semata-mata untuk buat panggilan (kadang-kadang aje, a very, very rare occasion)

Ai juga tidak pandai bermake-up ketika memandu. If I do, ai rasa tentu jadi macam clown kat sarkas bila ai keluar dari kereta nanti. Listening to radio is alright but then again, adakalanya bila asyik masyuk menghayati lagu adakalanya sampai boleh ter’berangan’ sekejap. Yes, yes, that’s dangerous and I won’t do too often ^-^ Lagipun I have to admit that I am not a very good driver ^-^

10. Ai tak suka memaki-hamun pemandu lain ketika memandu terutamanya bila ada anak-anak bersama. Sangat tak boleh menjadi contoh kalau begitu. Pernah sekali ai terlepas cakap and I was with Bubbly Abang. Suddenly he asked me, “Mommy, why you can say that word and I can’t?” Hah, apa nak jawab? Itu memang satu pengajaran buat diri ini. So conclusionnya, memang ai tak suka guna perkataan-perkataan yang kurang baik, bukan sahaja di depan anak-anak malah ketika memandu sendirian juga.

Back to the five-year study by MIROS, I think not only women drivers tend to get angry while driving, most of typical Malaysian drivers tend to change their timid and polite behaviour when they are behind the wheels. Salah ke? *pikir, pikir sampai naik botak kepala*



Comments

  1. Pandailah sangat dia org buat kajian tu. Rasanya pemandu wanita lebih mengikut undang2 jalanraya berbanding lelaki dan di sebabkan lelaki2 gelojoh inilah pemandu wanita banyak terbabit dalam kemalangan.

    Contoh elok2 tengah drive tiba2 sorg mamat ni masuk tanpa bagi signal kita pulak sebab jarak dah dekat sgt dan syok tekan minyak tak sempat pulak nak break...hurrmmm... Betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi JunAina,

      Memang setuju sangat2. Lagi satu mereka ni (pemandu lelaki) memang tak boleh tengok bila perempuan memandu. Kononnya dialah yg lebih terror bab2 ni, so nak tunjuk sikit ler skill yang teramat baik tu. Sbnrnya diaorang yg byk menyusahkan kita!

      Delete
  2. Nasib dah ada orang komen....kalau tak baru nak komen....ni syok sendiri ke apa? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, lepuk kang! Oh, nak smash jek kerjanya yek! Apalah dia nak buat tu dok menggali lubang dalam sangat! Btw, thank you *big hug*

      Delete
  3. Sah la MD tak termasuk dalam survey tu kalau dah gitu berhemah cara pemanduan nya..selalaunya orang lelaki yang dok memandu tak tentu arah ni..depa kan gelojoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki memang kejam lepas tu suka menyalahkan lady driver pulak. Padahal yang selalu accident tu depalah!

      Delete

Post a Comment