Sebenarnya ai ni memang ada banyak sikap pelik. But then tak tahulah, mungkin pada orang lain perkara biasa sahaja tetapi secara peribadinya ai rasa sangat pelik. Pendapat setiap orang memang berbeza, kan?
Nak tahu ke tidak ni? Tak nak? Oklah, takpa. Nak tahu ataupun tidak, ai tetap juga nak cerita di sini. Inikan blog saya, hehehe *sengih*
I cukup pantang kalau orang lain tolong lipatkan pakaian ai sekeluarga. Tak tahulah mengapa. Hati ini panas membara bila tengok pakaian yang telah siap dilipat oleh ... orang lain. Psiko tak?
Tak kiralah siapa pun yang melipatnya, samada my eldest sister mahupun my mother. Oh, ya lupa nak bagi tau. My eldest sister ni tinggal sepelaung aje dari rumah ai. Kalau ada masa, beliau akan datang ke rumah dan tolong apa yang patut. She's very neat and clean person. Kerjanya memang mengemas rumah aje memanjang. Kalau beliau tak berkemas, rasanya sure badan sakit-sakit *jahatnya mulut*
Patutnya ai rasa bersyukur sangat sebab ada bantuan daripada si kakak, betul tak? Tapi masalahnya bila my sister mula melipat pakaian di rumah ai, mulalah hati ai tak keruan. Bila balik dari pejabat tengok pakaian dah berlipat, hati ini meronta-ronta macam nak marah. Terus ai selongkar semuanya sekali dan lipat semula!
Lepas tu mulalah komplen takda sesiapa nak tolong ai buat kerja rumah. Siapa yang nak tolong kalau ai aje superwoman di rumah, yang lagi tiga tu kan superheroes. Superheroes tak membantu ya di rumah. Kerja mereka menyediakan tugasan untuk superwoman buat di rumah sampai waktu tidur.
Tapikan ai takdalah selongkar balik semua pakaian tu di depan my sister. Tak mahulah beliau berkecil hati. Sudahlah ditolong ringankan beban, lepas tu langsung tak berterima kasih. Adik durhaka betul ai ni.
Suatu hari tanpa disengajakan, my mother 'terperasan' bila ai balik kerja dan angkut semua pakaian yang dah berlipat masuk balik dalam bakul baju. Oh, my sister and mom pun bijak juga. Mereka tetap buat perkara yang sama (tolong lipatkan baju) dan nak tengok betul tak apa yang dijangka. Aha, ai dah tertangkap akhirnya. So terpaksalah berterus-terang. I told my sister, she can help me out tapi tolonglah jangan lipat pakaian my family. Memang for sure ai akan selongkar semula. Dah menjadi kebiasaan yang sukar untuk ditinggalkan.
Dalam fahamnya beliau masih tak kisah. So she told me this,
"Akak tolong lipat. Kalau tak suka lipat semula ikut sukahati awak!"
Alahai, ke situ pulak! I fikir beliau nak berhenti membantu. I pun bertimbang-rasa juga. Tak mahulah beliau or my mother bersusah payah membantu kerjarumah yang ai tak mahu mereka buat. See, baik hatikan my sister ni? Cuma adiknya aje yang tak sedar diri diuntung...
Sikap yang ini pula memang ai pun tak tahu diperturunkan daripada siapa *gelak besar* I kalau boleh semua pakaian pun ai akan gosok, termasuklah sarung bantal, langsir dan whatever yang boleh digosok *ketawa* Kira memang happy giler lah TNB dengan penggunaan elektrik di rumah ai. Deras, laju sungguh aje meter elektrik tu berjalan. Tapi sikap ni dah sedikit berkurangan lepas ada anak-anak yang maha lasak. Kalau tidak, dah tentu pakaian harian mereka pun ai gosok semuanya!
Ada banyak lagi sebenarnya sikap pelik ai ni tetapi tiba-tiba aje pandai malu pulak untuk bercerita di sini. So, agak-agaknya apa perangai pelik kawan-kawan di luar sana yek?
memang pelik sis...
ReplyDeletekalo i...
mau i hulurkan sebakul kain utk dilipat kat u hahahahhahahahaha...
tapi i lebih rela melipat dari iron baju...
macam2 ragam kan manusia ni...
hurmmm nak kena pikir jap apa pe'el pelik i...
Silakan, silakan... nanti saya bagi alamat rumah ... my sister :D Itulah, dahlah kerja melambak 24-7, tak sedar diuntung pulak saya nih!
Deletela kalo saya suka sangat kalo ader yang rajin melipat macam akak ...tak yah susah nak melipat..saya kalo melipat baju asik menguap jer....hehe..
ReplyDeleteHahaha... nnti kalau akak free akak leh tolong lipatkan.... :)
Deleteboleh tahan pelik,agaknya tak suka kain tu dilipat dengan style org lain..bagus la kakak u,jadi kakak i boleh?sgtlah malas lipat baju..iron baju lg la malas tahap agung..smuanya buat kerana terpaksa..hehe
ReplyDeletesy takde yg pelik kot..biasa2 je..
Saya punya style pun FREE style gak..hahaha...
Deletesaya takde perangai pelik, tapi perangai akak yg ni mmg pelik sungguh dah ni...kalau saya, mmg dah suka sgt kalau ada org nak tolong lipatkan kain..
ReplyDeletemmg mcm2 ragam manusia ni kan... :)
Lepas cerita rasa malu pulak. Confirmed mmg pelik akak nih kan... Ada list lagi tu, sok2 kita buka pekung di dada lagi :D
Deletepeliknya tgk u sis.. naper erk??
ReplyDeletesuka i klu ade org tlg lipatkan..
my sis yg kak ngah tuh pun suka nau melipat kain.. klu dia balik..
Lyn sengaja dera dia.. hahaha. jahat punya adik.. hahaha
Dah tertulis kat azali lagilah Lyn... hahaha... Tak tau lah nape tapi mmg hot tahap gaban kalau pakaian org lipatkan!
Deletewah..pelik benor ni..dee antar baju dee tolong lipat nak? takpun ckp ngan kakak u..tolong lipat baju i..confirm i tak selongkar balik..
ReplyDeletei think kan..u ni perfectionist..u rasa u buat je perfect..org lain tak..well..bukan nak kata sikap tu tak bagus..jgn salah faham pulak..sgt bagus..tp agak sukarlah org nak faham..
my husband dulu masa mula kahwin pun gitu..hanger baju kerja warna biru..hanger baju jalan warna kuning..lama2 i fedup..dia buat semua sendiri..tak larat nak layan sifat perfectionist dia tu..hahaha..
Nak kata perfectionist tu tak pasti. Tapi akak pun mcm suami Dee, hanger pakaian akak kaler merah, pakaian suami kaler biru, anak2 yg dua org tu satu kaler biru, satu kaler hijau. Dan semua hanger mestilah dalam bentuk yg sama. Kalau tak jual lagi hanger yg sama kat kedai, akak meraung ajelah tension nak menyusun baju dlm almari. Gempak ek! Eh, byk sebenarnya sikap pelik akak malu plak nak citer!
DeleteYa ampunnn.. kalau i suka sangat.. malah kalau boleh terus masukkan dapal wore drop sekali. hee...
ReplyDeleteKalau org tolong lipat lepas tu masukkan dalam almari, lagilah I mengamuk ... satu mlm I tak tidur nnti kerja melipat balik kain baju. Bodoh ek? Hahaha....
Deletekalau ada orang tolong lipat baju ...alangkah bagusnya. tapi perangai pelik saya adalah malas lipat baju
ReplyDeleteHahaha...ramai tu yg share perangai pelik awak tu :D
Deletesaya pulak lg suka kalau org tlg lipatkan baju *dasarpemalas* hehe
ReplyDeleteAgaknya lipat baju tu 'seni' sebab itu ramai yg tak suka buat. Seni tu alahai...halus mulus gitu :D
Delete