I'm not a Stalker!



Hehehe ... punyalah takda idea nak letak tajuk apa! Dahlah tu suka sangat tajuk orang putih tapi contentnya just Bahasa Malaysia rojak. Well, I am not an English or BM teacher sebab itulah kedua2 language pun jauh kedaung ke Kundasang ... Eh, apalah yang ai dok merepek nih?


Sebenarnya sejak Julai yang lalu, ai memang free memanjang (that's whylah I start blogging bulan tu...) Orang lain tak cukup masa 24 jam sehari tapi ai ni macam dah terlebih-lebih free pulak. Dahlah tu yang namanya free time tu di pejabat sahaja bukannya di rumah. Tak tahulah mengapa ~_^ Kerja pejabat semakin berkurangan dek penangan opppsss ... tak bolehlah nak cerita kat sini. Sesetengah perkara lebih baik jika tidak dikongsi bersama sesiapa ~_~


Sebenarnya nak bercerita tentang this blog. Tapi macam biasalah, ai punya intro memang panjang berjela-jela sampai nak lelap jadinya. Katanya suka menulis, kan? Tak kiralah ada orang nak baca ataupun just lalok sendiri sahaja. Kedua-duanya ai terima dengan redha *senyum lebar*

Nama mummydearie ni sebenarnya dah lama I registered kat blogspot ni. Sebelum ni ai ada guna dotcom juga tapi like I said di sini, ai terlupa nak renew and it's gone. As simple as that. Lagipun masa tu sibuk sangat. Takda masa nak berblogging and minat pun ibarat nyawa-nyawa ikan aje semangatnya.  Itu memang perkara standard untuk kebanyakan orang termasuk yang menulis nih.




Ini kiranya kali ketiga ai terexcited nak berblogging semula. Kali ini sebab banyak masa terluang, bukan setakat nak menulis entri, hendak berjalan-jalan, blogwalking pun anytime boleh buat sap, sap, soi aje *senyum* Itulah pasalnya ai sibuk ziarah-menziarahi blog sejagat tanpa dijemput. Pantang aje nampak nama blog tak pernah singgah, ai pun lenggang kangkung menghayun tangan terus menyinggah kat rumah orang tanpa rasa segan silu. 


Of course ai memang bermula di sinilah. Dek kerana blog ini memang famous, ai pun start jalan-jalan makan angin di sini. Ramai visitorsnya dan kebanyakannya bloggers juga, so senang sikitlah nak blogwalking. Those yang termasuk dalam ‘Blog Suka Baca’ di nun sebelah kanan my blog ni merupakan blog yang mula-mula sekali I rajin interframe *sengih*


tak pasti dengan orang lain tapi ai lebih suka tinggalkan jejak lepas aktiviti singgah-menyinggah. Barulah macam silaturahim begitu, daripada penat si penulis menulis panjang berjela or penuh excited lepas tu takda sapa nak mengomel tolong meriahkan aktiviti blognya. Tak gitu ke? Atau I ni dah buat silap? Minta maaflah bebanyak kalau ada sesiapa yang tak berapa suka dengan habit ai meninggalkan jejak kat blog memasing. Maklum ai ni memang baru ya amat dalam dunia blogging ni, belum kenal sangat pun dengan rencam hidup komuniti maya macam ni.

So janganlah kiranya terasa pelik jika tetiba aje nampak nama ai menyibuk beribu-ribu kali bagi komen. Lagi satu ai memang suka dok mengorek entri lelama. Yalah, nak juga kenal mesra dengan penulis blognya kalau dah suka. Eh, salah ke kalau ai selalu tinggalkan komen? Salah ke kalau ai suka ziarah menziarahi kat blog orang lain? Ishhhh, kalau salah minta maaflah sekali lagi, boleh aje nanti reply kat komen ai tu cam ni, " I tak sukalah you tinggal jejak kotor kat blog ai nih. Pi blog lain boleh tak? " So, I yang daif ni fahamlah kalau dapat kata-kata sebegitu ...


So, actually  I'm not a stalker. I takda interest atau tarikan magnet pun dengan empunya blog masing-masing cuma bila ai suka baca, ai bacalah banyak kali when I' m free.  I ni minatnya memang pada hal-hal berkaitan perempuan (shopping, parenting, mopping and all the –ing ler), keluarga dan kisah-kisah biasa aje. Kalau nak suruh ai baca tentang politik mahupun teknologi terkini, memang ai tidur meleleh air liur la kat depan computer nih. Memang ai tak tahan sebab ai tak faham sepatah apa pun makna setiap bait ayat yang berkaitan dengan tajuk-tajuk tersebut *duh*


Ada sekali masa nak mengupdate my profile, ai dok fikir dengan dalamnya kenapa ler ai nyer blogspot ni bermula in 2007. Puas ai fikir sampai tertidur kerana seingat ai the very first time I came across the word 'blog'was in 2010 itupun lepas baca kisah blogger ni di dalam suratkhabar. Since I was in front of my pc that time, I pun teruslah checked the blog.


First time memang tak rasa interesting pun dek berpinau mata melihat warna garangnya tapi lepas membaca satu, dua, tiga entries terus melekat kat depan pc and tetiba terexcited nak berblogging gak *ngeh* Ini kira orang buat, kita nak buat gaklah nih. Orang bertahan bertahun-tahun, kita bertahan berbulan-bulan aje   *gelak *


Back to the year 2007, lepas puas berfikir barulah ai teringat sebab musababnya. Masa tu ai tengah dok boring, teruslah kononnya nak belajar buat website (macamlah pandai sedangkan sepatah apapun tak faham). I didn't even know I was using blogspot as the platform. Nak tahu apa yang ai buat?  Heheheeee... hahahaaaa... huhuhuuuuu......


Erhmmm.... I dok copypaste an entry about "Bagaimana Hendak Menjana Pendapatan di Rumah" *gelak sakan* (Entry ni dah macam surat berantai suruh orang buat payment dalam akaun kalau nak tahu lebih lanjut tentang kerja yang nak dibuat. I pulak lurus bendul betul main copypaste and suka-suka hati buat satu entry coz nak tengoklah berjaya ke tidak buat erhmm... 'website') I tak tahu pun entri tu keluar kat alam maya bila ai ter'published'. 




Sampailah a few years later when my long lost ex-schoolmate cuba mencari-cari ai di alam maya dan terjumpa nama ai online (kat mana lagi kalau bukan kat situ coz before a year ago, I wasn't on fb, twitter, blah, blah, blah...) Lagi best bila ai siap tulis nama penuh, email address ngan akaun bank lagi (kalau pandai sangat buat 'website' janganlah pi letak nama sendiri. Betul-betul lurus bendul ai ni rupanya dulu-dulu!) Sebab itulah my ex-schoolmate happy-gila-dapat-cari-ai-semula (eish, ni dah macam kes lain nih) Nasib baik akaun bank dah tutup lama... 


My ex-school mate tu pun macam rasa segan-segan, malu-malu kucing nak beritahu ai tentang perihal tersebut. Memang ai pun malu tak tahu nak letak muka kat mana (walaupun dia tak nampak my reaction masa diberitahu) masa tu dah rasa dan-dan itu juga nak terus delete everything. 


Soon after that, I pun teruslah mendelete segala isi kandungannya sesegera mungkin. Nanti tak pasal-pasal orang dok fikir ai buat kerja sampingan haram ler pulak (dok suruh orang bank in duit dalam akaun macam surat berantai, kan ...)

Dalam dunia blogging ni ai memang ada banyak perkara yang perlu dipelajari. I masih lagi merangkak dan belajar perkara-perkara penting dalam membina blog. Banyak lagi kekurangan dan kelemahannya.


At least segala apa yang terjadi dulu tu satu pengajaran yang berguna juga. Seronok juga bila dapat belajar benda-benda baru dalam hidup. Tak kiralah yang berguna or not. Yang tak baik jadikan ikhtibar dan yang baik-baik itu haruslah diperpanjangkan. Betul tak?  ~_^


P.S. Gambar semuanya digoogle ~_~


Comments

  1. hehehe tak kisahlah, apapun happy blogging yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KA. Kalau dah namanya lurus bendul tu apa pun tak tau...

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Memang banyak 'bingungnya' bila buka dashboard sendiri tapi sib baik skrg ni kalau tak tahu search ajelah utk jawapan. Yg mudah2 tu insyaallah cepat sikit saya belajar.

      Delete
  3. hehe saya pula dah mula bz..tak sempat nak update blog..

    ReplyDelete

Post a Comment