Isnin yang menghampakan...


Banyak betul kehampaan hari ni *sedih* Selalunya bila memulakan hari Isnin, ai happy aje walaupun terpaksa bangun awal untuk pergi kerja lepas rehat hujung minggu. Disebabkan kehampaan itu, ai rasa nak cacar-marbakan entri hari nilah *senyum keterpaksaan*

Cuma Bubbly Abang aje yang buat ai tersenyum di pagi hari. Esokkan UPSR bermula so dia 'dicutikan' selama tiga hari. Dengan happynya dia beritahu Mommy yang dia ada banyak cuti dua minggu ni. Minggu depan 16hb, Hari Malaysia cuti. Lepas tu sekolah minta cuti khas untuk Moon Cake Festival pada 20hb. Oh, senyum ajelah dia sambil main game tak berhenti-henti. 

Tapi yang gelak tu dia beritahu ai,

"Mommy, hari ni cikgu kata sapa yang sakit perut, demam, sakit apa-apa pun tak payah datang sekolah. Sebabnya kalau sekolah juga dan sakit kat sekolah, cikgu malas nak layan nak call parents suh amik!"

Maksud tersiratnya : Dia dah sakit perut sejak semalam so hari ni lebih baik berehat kat rumah...

"Lagi satu, hari ni jgn bawak beg berat2. Kita takda kelas jadi kena duduk kat dewan sampai kul 6 petang, "

Maksud tersiratnya : Dia tak boleh duduk bersila lama-lama kat dewan sekolah nanti kaki sakit, cramped langsung tak leh nak jalan betul-betul.

Being his Mommy, memang ai faham sesangatlah segala maksud jauh dari sudut hati anak manja ai nih.

Semalam dok marahkan anak-anak sampai terlanggar sofa. Adui, sakitnya bukan kepalang! Rasa nak menangis tapi control aje depan anak-anak. Maklumlah tengah marah, kan. Si Bubbly Abang tak berhenti-henti bermain dan mengusik adiknya sambil terjerit-jerit. Si Adik Cute pulak berkerja-keras menyepahkan rumah. Kita kemas, dia sepahkan. Kita kemas sini, dia sepahkan sana. Paling senang, Mommy tinggikan aje pitching suara. Baru masing-masing diam terpegun kejap (Kejap aje bukan lama pun... ) Dalam pada mengemas hasil sepahan si kecil, ai pun terus melanggar kaki sofa! Itulah bila marahkan nyamuk, kelambu dibakar...

Ok, itu cerita semalam. Hari ni masih bengkak lagi jari kaki ai. Waktu rehat tengahari tadi pergilah ke bank. Ada urusan sikit. Ingatkan makan masa rupa-rupanya tak sampai setengah jam dah siap. I pun terfikir nak tukar kad ATM kepada Debit Mastercard kat bank satu lagi (I namakan Bank A ajelah) Dah siap isi borang dan ambil nombor ai pun menunggulah. Katanya 5 orang lagi. Ada 3 kaunter CS. Bank  A ni memang ai tak berapa sukalah. Terkenal dengan lambatnya. Kaunter buka sikit punya banyak tapi tak attend to customer. Customers pulak punyalah ramai, yang duduk lain, berdiri lain, melopong lain (termasuk ai... )

Kaunter khidmat pelanggan ada tiga. Yang sorang tu lemah gemalai aje ai tengok menguruskan pelanggan. Dari ai duduk sampailah setengah jam kemudian, masih pelanggan yang sama. Kaunter yang tengah pulak tak sudah-sudah, seluk poket seluar, poket baju, kemas laci, keluarkan barang itu, ini dan macam-macam lagi kecuali tekan nombor pelanggan yang menunggu. Kaunter yang last pulak, memang bekerja nampaknya. Lepas satu, satu dilayan tapi tulah kalau dah takda orang datang, tak payahlah tekan nombor sampai berulang-ulang kali dan setiap kali tekan nombor dok tunggu sampai seminit. Sah-sah bila dia tengok keliling takda sesiapa pun yang meluru mahupun merangkak nak ke kaunternya. Tengok jam di tangan, masa lunch break dah nak habis. So I pun terus bangun dan keluar. Memang tak sempat nak menunggu nombor ai dipanggil. 

Masa nak turun ke parking area, dengan a bit iritated ngan berangan sambil berjalan, boleh pulak tu ai pergi turun eskalator melawan arus. Selamba aje ai berjalan ke eskalator yang bergerak ke atas. Apalagi, ber eh, eh, ajelah ai kat situ nasib baik boleh berpatah balik dalam keadaan panik begitu (nasib baik juga takda orang yang nampak kalau tidak alangkah malunya ai... )

Sempat geleng kepala kejap and kembali ke pangkal jalan. Lepas bayar parking, masuk kereta (nasib baik jumpa kereta sebab hari ni parked kat tempat luarbiasa daripada biasa ...) Dah, dah nampak jalan untuk keluar tetiba boleh drive naik satu level lagi *arghhhh* 

Dahlah tu asyik-asyik jumpa lampu merah. Rasa macam nak bagi magik aje supaya semua lampu isyarat bertukar hijau tatkala mem lalu...

Kesimpulannya, ai lambat sampai pejabat. Walaupun tak lewat sangat tapi kira lambat ler! 

Dari pagi tadi tak sempat breakfast, so dek kerana mengejar masa, ai pun tapau kuih ajelah buat mengunyah masa bekerja nanti. Nak makan nasi bagai memang tak sempat. Takkan nak makan kat meja sambil mata menjeling bos (eh, bukan ... bos yang menjeling-jeling marah kat ai nanti dahlah lambat balik lunch).

Jadinya hari ini memang tak meriah sungguh kejadiannya (adui, sakit gila jari kaki yang tersandung sofa ni ... )







Comments

  1. dugaan sungguh..
    lagi2 hari isnin kan.. aduhaiii malas jdinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Lyn. Tension betul. Ini belum tengok lagi isi rumah balik kerja nanti. Dah tentu mcm kapal karam dgn segala harta karun bersepah2.

      Delete
  2. sabar jelah byk2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena byk bersabar, sis. Lagipun saya aje super'woman' kat rumah. Lenlain semuanya superheroes. Bayangkan ajelah ...

      Delete
  3. Isteri saya sudah mula cakap-cakap sebab hero bakal ada di rumah esok. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck :D Memang tak senang tau kalau ada superhero kat rumah.

      Delete

Post a Comment