Semasa
di alam percintaan dahulu, memang terasa diri dilindungi dan disayangi sangat-sangat. Kalau boleh, tak mahu
segala kesusahan menghampiri diri. Remuk-rendam hati si dia bila melihat kita dibelenggu kesedihan.
Memang si dia sentiasa ada di sisi dan bersedia membantu tak kira waktu. Kalau tetiba di tengah malam terasa nak makan maggi goreng mamak, akan memecutlah si dia datang mengambil dan menemani dalam kesejukan dini hari sambil menikmati hidangan lazat di restoran mamak yang terpilih. Memang sentiasa mencari peluang untuk berjumpa. Maklumlah rindu sangat-sangat kalau sedetik berpisah.

Berjanji sehidup-semati, susah-senang bersama memang tak pernah lekang di bibir. Sentiasa yang manis-manis aje ayat yang keluar dari mulut si dia. Itu bila baru-baru berkenalanlah. Memang tak mungkin baru dua, tiga kali bertemu mahupun sebulan berkenalan dah ajak bertikam-lidah, berperang mulut, dan menghabiskan waktu dating yang sangat precious itu untuk bermasam-muka. Diajaknya kita kahwin cepat, itu mungkin.
Kalaupun dah tamat masa dating, rasa macam ada tarikan magnet yang maha kuat, tak mahu dilepaskan walaupun sesaat. Rasa macam nak kena halau saja pulang ke rumah. Sayangnya kat kita, Tuhan ajelah yang tahu. Memang tak terbanding macam langit dan bumi. Yalah, buah hati namanya. Penerang hidup, pelengkap diri dan bakal suri hidup buat selama-lamanya, janji si dia...
Selamat aje bersatu, mulalah terserlah sifat diri yang tersembunyi rapi. Kalau dulu belum sempat memanggil namanya si dia sudah terpacak depan mata tapi sekarang panggillah dua, tiga, sepuluh kali belum tentu panggilan bersahut. Jika meninggi suara laksana halilintar, kita pula yang dikatakan jauh berubah; tidak sopan seperti dahulu dan tidak tahu menjaga hati si suami. Kalaupun panggilan kita disahut, mungkin dengan rengusan yang entah apa maksudnya.
Lebih lama menyambut ulangtahun perkahwinan, lebih lambat tindakan refleksnya. Kalau minta bantuan yang 'remeh-temeh' mahunya minggu, bulan atau tahun hadapan belum tentu ditunaikan. Ada aje alasan munasabah yang akan diberi. Lebih cepat rasanya kalau kita sendiri buat segalanya. Itupun kalau termampu dek kudrat yang tak seberapa.
Mungkin memang kita harus menerima lumrah kehidupan dengan redha daripada mengharapkan sang suami berubah kembali seperti dulu. Bukannya tak sayang lagi tapi luahan kasih-sayangnya mungkin berbeza berbanding ketika dahulu. Tak gitu?
P.S. Gambar digoogled aje...

pray ur marriage till jannah. Amin
ReplyDeleteThanks, Lyn. Adat berumahtangga mmg mcm nilah,kan. Lagi susah kalau kita aje superwoman kat rumah :D
Deletehaha...tapi bukan semua suami bersifat mcm ni...tapi mmg normal, masa bercinta mmg lain, dah kawen tu liat sikit nak mintak tolong itu ini...ekekek...
ReplyDeletesalam, tengs drop by my blog n drop ur comment...salam kenal...
Betul tu, bukan semua begitu. Walaupun liat, masih lagi ada kebaikan yang boleh ditimbang-tara. Cuma sesekali bila terasa penat, aduhai... itu yg mengeluh :D
Delete