Update little-little dulu @_@

Salam 14 Rejab dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Pagi ni I nak update terpantas dalam sejarah dan kalau boleh pendek ajelah ~_^

Berbalik tentang kisah dalam entri ni, si budak yang kata kena kidnap tu dah muncul di sekolah. Alhamdulillah. Kata si budak ni pada kawan-kawannya,

'Aku bukan kena kidnaplah! Aku pergi kat stesen LRT tu aje sebab itulah Mak aku tak jumpa!'

Ish, budak-budak ni!

Agaknya masa emaknya pergi ambil botol air yang tertinggal di kelas, dia  'cabut lari' pergi ke kawasan berdekatan. Of courselah emaknya panik bila tengok tinggal beg sekolah aje, anak dah takda. Kalau kita pun mahu 1000x lebih panik daripada emak budak ni...

Apa-apa pun, legalah kerana ianya cuma gosip liar aje ~_^ 

Pandai betul budak-budak sekarang pilih tajuk nak bergosip masa rehat! 

Dah lama rasanya tak bercerita tentang anak-anak dalam blog. Bukan takda cerita tapi takda mood nak bercerita. Rasa macam nak kurang-kurangkan aje tempek gambar mereka dalam blog.

Si Adik Cute masih lagi meneruskan 'persekolahan pra-u' nya di KidsWorld. Kerjarumah boleh tahan. Hari-hari Mommy beri tunjuk ajar. Kalau Mommy tak tahan, Mommy beri jawapan terus, senang cerita ^_^

Tapi yang bagusnya, balik aje dari tadika, teruslah buat kerjarumah sendiri sampai habis. Memang tengah rajin si kecil ni buat masa ni ...

Uniform tadika masih lagi tak dapat ya! Dua hari lepas baru dapat seluar dua pasang. T-shirt tak nampak bayang lagi. Refund untuk beg sekolah, stokin dan kasut pun belum nampak tanda-tanda nak diberi. Yalah, Mommy belum 'sound' lagi ... Baru berkira-kira nak sound kat WA pagi ni...

So, buat masa ni dengan penuh bangganya my anak bujang pergi sekolah pakai seluar kuning tadika dengan t-shirt hak milik peribadi. Mommynya selongkar semua t-shirt yang ada sipi-sipi warna sesuai dengan kuning seluarnya tu. Kalau ikut kata teacher, warna t-shirt tadika tu beige tapi sampai la nilah warna beige tu tak dapat 'dihubungi' gamaknya ...

Okey, tak mahu stress-stress memandangkan BP pun dah back to normal. Ubat darah tinggi pun dah celah belum makannya. Adalah seminggu sekali tibai bila rasa-rasa macam nak naik aje darah ^_^ Boleh gitu yerk... 

Esok dah boleh berhujung minggu. I takda plan langsung. Maybe nak duduk di rumah, spring clean rumah. Sambil-sambil tu boleh sambung tengok Go Shop ^_^ La ni kalau dapat capai remote Astro, memang Channel 118 aje perginya. Kalau tak, tengok deko-deko rumah kat Channel 728 ^_^  Cerita Korea dah tak termasuk dalam list sekarang ni @_@ Alhamdulillah!

Okeylah, borak lagi di lain entri ^_^        

  


Comments

  1. salam jumaat kak MD..hepi weekend in advance! rileks je, kang lagi naik BP tu.take care ye,pesan kat adik n Abang belajar rajin-rajin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood nak menempuh weekend ni memang ceria sesaja, Sal. Jarang BP naik. Hahaha!

      Happy weekend buat Sal juga. Buat apa weekend nanti? Tengok Munafik kat Astro First juga ke?

      Delete
  2. Eh ...sawan apa pulak yg menyinggah ni? Dah kenapa pulak tak mau tempek gambo duta blog ni? Dah kenapa pulak tak nak tengok cite Korea? Peliklah mak kalau cenggini! Risau tau...

    Hish budak budak sekarang ni mmg terover berani ek. Dekat ke sekolah tu ngan LRT station?

    Kalau tak kemana mak suggest Kak Ton tengoklah Munafik Online....ok jugak cite dia cuma Syamsul tu nada percakapan dia mcm kurang perasaan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sawan ulat bulu! Ada gediks sikit sebab gatal-gatal ^_^

      Malaslah nak tengok cerita Korea tiap malam. Banyak betul masa terbuang. Baru sekarang ni sedar diri. Hahaha!

      Memang ada LRT lalu betul depan sekolah tapi takdalah stesennya. Budak-budak kadangkala memang tak boleh jangka. Ada yang terlebih daring juga! Nasib baiklah bukan kisah benar tentang kidnap mengkidnap ni tapi elok juga kita sebagai makpak beri perhatian sepenuh jiwa raga!

      Malaslah Mak nak tengok. Bubbly Abang dah tengok kat rumah MakNgah sebab MakNgah beli kat Astro First. Bila saya kata nak beli, dia kata tak payah. Membazir duit Mommy aje bayar bil astro lebih. Bagus tak anak kita? Hahaha!

      Delete
  3. Advance budak sekarang ni kak, akal dia lagi panjang.. Bukan 1000x panik kak klu kita terkono.. sila hari bulan boleh pitam trus, yela isu kidnap budak ni berleluasa sgt skrg kan.. Huhuhuu. MD da insap ka tengok Korea..? Ish aina pulak da gila korea.. Makin hari makin menjadi. Kalau tak tengok tak boleh tido pun ado.. Penyakit apakah ini MD..? huahuaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, Aina. Mahu tak pitamnya bila tengok anak takda!

      La ni macam dah insaf. Yang sebenarnya takda yang berkenan nak tengok tapi memandangkan tak tengok, makanya kemungkinanlah nafsu cerita Korea itu akan menyusut dengan sendirinya. Dia memang tak boleh tertengok yang best tau, nanti tak mahu berhenti tengok!

      Kalau dah kena penangan, memang angaulah, Aina. Susah tu nak berhenti! Berdasarkan pengalamanlah. Hehehe!

      Delete
  4. Haha.. gosip budak sek ren macam tu ye? Budak2 sekarang la katanya.. tp kalau di sek men gosip diorang lagi dashyat.. guna lama sosial kutuk cikgu dlm laman tertutup.. sabo jela.. skrg ni dh kurang sb sempat pantau dan tangkap ketuanya jadi takla berlarutan diorang ni.

    Biar betul dh tgk layan korea tu? Cerita jackpot kan best.. takkan xtgk? Haha.. apala sangat go shop tu buat habis duit je nanti.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya macam serius aje AN bercerita pasal kawan sekelas agama ni kena kidnap. Kita yang mendengar ni pun bukan main berdebar. Maklumlah kat kawasan sekolah tu kejadian. Biasalahkan mak-mak yang terover protective ni. Nak tanya sekolah, berbelah bahagi pulak sebab masa the next day hantar anak takda pulak nampak sekuriti makin ketat. Hahaha!

      Jackpot langsung tak tengok, AN. Cerita pukul 10 malam tu pun sengaja tak mahu tengok. Kalau tengok takut terjebak beratus episod pulak. Rilekslah sekarang, banyak betul masa dari lepas Maghrib sampai ke 12 tengah malam. Tapi yang lagi best, awal dah tidur ^_^

      Delete
  5. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, bak kata Adik jangan menyetereskan diri and always be cool and happy he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat, KA!

      Takpalah, bila ada kelapangan boleh singgah blog kawan-kawan. Thanks singgah hari ni ya!

      Delete
  6. Walaupun tak kena kidnap..
    Tapi risau juga anak hilang tu MD..
    Kalau tengok muka mak2 waktu mmg pucat lah..
    Anak mcm tu jer..

    Wahhh lepas ni makin bertambahlah barang beli kat go shop ye..
    Pastu rumah pun deko2 ala2 resort.. hotel ye MD..
    Mula lah tak keluar rumah sebab dah feling2 dudul kat hotel 😂😆

    P/s lambat lagi nabil discaj sepital MD..
    Lagi dua kali utk antibiotik itk dia nabil..
    Alhamdulillah demam dia dah baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah risau tapi budak-budak ni pun kadangkala buat hati makpak mereka tak keruan aje. Nama pun budak-budak, nak dimarah sangat tak boleh. Mahu pitam kalau tengok anak takda di tempat menunggukan!

      Hahaha..senarai aje panjang CH sampai tak tahu nak beli apa. Tapi yang satu, yang dua, yang tiga tu memang nak kena beli juga!

      Mana ada ala resort, teratak buruk aje. Maklumlah tak mampu katanya... tapi apahalkan, janji kreatif boleh deko. Hahaha!

      Delete
  7. MD tengok iklan.mcm tu memang tak boleh percaya..kalau suami dah nampak memang sah la dia x selera mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalahkan Acik kalau tengok iklan semuanya best. Nak tau best ke tidak, kena merasa pengalaman sendiri ^_^

      Delete
  8. Duhhhh.. kisah budak2 zaman sekarang.bole ye pegi mcm tu je. Mau tak panik kita dibuatnya..
    part lawak gosip budak2 tu.
    hahahaha.

    Btul la budak skrg pandai gosip2 gitu. Aritu jumpa anak buah dia cryta la kat skola dia ada budak gemok selalu buli dia kurus. Sampai tahap dia geram dia tampar budak tu. Hahahaha.

    Serius tym dia cryta tak bole tahan. Bygkan la anak buah UK tu baru je tadika. Dah bole tampar org sesuka hati.
    duh.. pengaruh tv lettew.. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada budak-budak ni yang memang menguji kesabaran, ketabahan dan kekentalan jiwa raga mak masing-masing tau. Mau tak pitam bila tengok anak takda di tempat yang sepatutnya. Kalau kita pun mahu pitam bangun pitam bangun gitukan!

      Masa dengar si abang ni bercerita, rasa peliklah juga. Tak akan perkara macam ni budak-budak ni bualkan masa rehatkan. Tak akanlah budak-budak pandai buat cerita. Tapi bagus jugalah kalau tak betul. Buat kecut perut mak masing-masing aje!

      Anak saya yang 5 tahun tu dah kena tinggal girlfriend dah pun, UK ... ^_^

      Delete
  9. Assalamualaikum MD..
    hehe lama tak singgah sini..
    Selamat berhujung minggu & selamat spring clean rumah :)
    Haha.. happy shopping too.. sng da, shopping kat tv je ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam, Ira!

      Dah habis berpantang ya...

      Tak jadi nak spring clean rumahlah, Ira. Postpone hujung minggu depan. Kalau tak buat juga, tunggulah nak dekat-dekat raya nanti ^_^

      Delete
  10. As salam MD, fuhhhh lama sungguh akak tak menyinggah hatta di laman rakan kilauan akak, bizi kekdahnya..

    Mana boleh tak tepek gambar 2 beradik tu, dorangkan penyeri laman ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang busy sangat tu ~_^

      Saya pun busy juga.. busy melayan penyakit malas. Hehehe ^_^

      Takut penuh pulak image kat google gambar budak-budak berdua ni. Kang kena tazkirah dengan bapak mereka ^_^

      Delete
  11. La... budak-budak pun pandai bergosip. Tapi the way mereka create cerita macam betul dan mengerikan kita juga kan..

    Sebaiknya kita berjaga-jaga juga MD. Kakak memang takut dan tak mustahil semua ini boleh terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak sangka pulak gosip semata-mata, Kakzakie. Tapi gosip-gosip pun, kecut perut jugalah kita mendengarnya. Saya ni selagi pak guard tak halau, saya tak gerak kereta sampailah anak masuk dalam pintu pagar sekolah. Tazkirah pagi dalam kereta tak payah ceritalah, kak. Bosan rasanya anak saya mendengar ^_^

      Delete
  12. tgk go shop boleh shopping sekali..
    lyn pun klu takde cerita nak tgk, ku tgk je go shop.. layannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil-sambil tengok, sambil-sambil shoppingkan, Lyn... Kerja mudah dah ni ^_^

      Delete
  13. Entah dah kenapa pulak naknkirangkan menempek gambar2 ur superheroes..anak2 dah mogok tak nak tgkp gmbar buat modal mummy masuk blog ke apa ni.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa diri macam selebriti pulak. Penuh gambar anak-anak kat dalam blog. Hahaha! Nanti entah siapa-siapa google terjumpa lagi gambar my anak-anak. Jenuh nak jawab kita ni blogger tau!

      Delete
  14. mcm my anak buah lak . blh mereka leka tgk go shop . saya selalu gi 727 layan my anak buah tgk unwrap , sweet apa ya, tak ingat lak sambungannya dan mystery diners ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau. Teknik marketing mereka memang bagus sampai kita terliur-liur tengok produk yang dijual. Tapi adakalanya menyakitkan hati juga tengok pengacara rancangan tu.

      Delete

Post a Comment