Salam 4 Rejab kawan-kawan!
Hari ni kononnya nak bercerita ringkas aje tapi tak tahulah ringkas-ringkas dalam pengertian seorang MD ni biasanya berapa patah perkataan yang boleh ditaip ^_^
Oh, ya! Perasan tak yang lately ni jarang I up gambar untuk entri? Menggapai-gapailah you all kan kena baca entri berjela-jela tanpa gambar. Tetapi, bukan I aje sebenarnya yang suka menggarap 'novel' dalam blog. Ada aje geng-geng seangkatan dan setaraf dengannya @_@
Tadi kata nak taip entri pendekkan, jadinya tak bolehlah merewang jauh sangat. Nanti tak nampak jalan cerita pulak...
Semalam bila balik rumah, si Bubbly Abang buka cerita. Katanya ada budak hilang di sekolahnya. Ini pun tak pastilah kejadian benar atau pun tidak. Melihat pada pengawasan sekuriti selepas hari kejadian, tidak pulak nampak perbezaannya sebelum dan sesudah kejadian.
Begini ceritanya ...
Kata Bubbly Abang ada seorang budak Melayu berumur 10 tahun dari kelas di sebelahnya yang hilang. Menurut cerita kawan-kawan Abang (entah mereka bergosip ke atau pun fakta tak pasti lagi ni...) hari Jumaat lepas, emak si budak datang mengambilnya di sekolah.
Nak dijadikan cerita, botol air budak ni tertinggal di kelasnya di tingkat satu. Maka, si emak pun pergilah nak mengambil botol air tersebut. Bila si emak kembali ke tempat si anak menunggu, tengok-tengok anaknya takda! Cuma tinggal beg sekolah aje di atas jalan!
Selepas tu adalah versi tokok-tambah yang lain pulak; katanya si bapa datang sekolah menangis-nangis sebab kehilangan anak. Dan, pagi semalam, ada seorang uncle (or auntie) Cina ni datang ke kelas si Bubbly Abang bertanyakan yang mana satu 'Daniel' (bukan nama sebenar). Maka kebetulan pulak dalam kelas si Bubbly Abang ada dua orang dengan nama pangkal 'Daniel'. Bila mereka berdua mengaku nama mereka 'Daniel', uncle tu geleng kepala katanya bukan 'Daniel' yang ini...
Makanya mereka pun suruhlah uncle tu pergi ke kelas sebelah sebab di kelas sebelah pun ada budak bernama 'Daniel' juga!
Nak dijadikan cerita, kebetulan si 'Daniel' yang dimaksudkan itu memang tiada pun kelibatnya semasa waktu rehat. Yalah, di sekolah Cina Bubbly Abang ni, bila waktu rehat, budak-budak Melayu akan berkumpul bersama-sama di gazebo yang dikhaskan untuk mereka, untuk makan bekalan yang dibawa.
Entahlah budak-budak ni. Nak kata mereka menyebarkan khabar angin, macam tak sesuai pulak budak-budak bercerita kisah begini bila berkumpul. Banyak lagi tajuk cerita yang mereka lebih suka 'bergosip' rasanya. Si Bubbly Abang ni pun dapat tahu kisah dari kawan semejanya si Issac dan juga si Daniel (bukan yang hilang itu) juga!
Walau apa pun, bila mendengar kisah sebegini, mulalah timbul rasa cuak di hati. Sama ada benar atau tidak, itu masih belum dapat dipastikan. Patut ke I telefon pihak sekolah bertanya tentang kesahihan berita ini?
Pagi tadi ingatnya nak juga bertanya pada pak guard yang mengawal lalu-lintas di depan sekolah tapi kereta banyak sangat, tak dan nak buka mulut bertanya dah di'halau' pergi ...
Zaman sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku. Kadang-kadang, bukan salah kita sebagai ibubapa terlalu mengongkong anak atau merisaukan hal yang bukan-bukan. Berbalik pada puncanya, siapa yang tak sayang anak, bukan ...
Nantilah hari ni bila Bubbly Abang balik sekolah, I akan korek cerita lagi. Kalau tak benar, alhamdulillah, semata-mata khabar angin yang tiada hujung pangkalnya sahaja. Kalaulah benar, menggeletar juga kepala lutut tau. Ibubapa mana yang tak risau bila dengar cerita begini, kan!

ish biar betul kak..bab2 hilang budak ni bukan boleh dibuat main2...takut plak....hope hanya kabar angin atau miss communication ajek tuh.....tapi dgn zaman skrang ni bende2 ni bukan mustahil...ade kes pun ... melainkan kes hilang ikut jantan tu tak termasuk yeak heeheheheh....
ReplyDeleteape2 pun extra careful kak yeak....
Mahu tak risaukan kalau betul pula ceritanya. Bila dengar aje si abang bercerita, berbakul-bakul nasihat dan peringatan akak sampaikan malam tadi. Harapnya bukan kisah sebenarnya. Budak-budak ni aje menyampaikan dari seorang ke seorang. Harapnya adalah muncul budak 'Daniel' tu di sekolah hari ni...
Deleterisau jugak bab hilang budak2 ni.
ReplyDeleteMemang risaulah Lea kalau dengar cerita macam ni. Minta dijauhkan dan semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak kita bila tidak dalam pandangan kitakan...
Deleteish..biar betul.tapi rasanya budak-budak tak menipu.semoga Daniel (kalau betul hilang) akan dijumpai. suruh Abang hati-hati ye
ReplyDeleteAkak pun berharap cerita ni tak benarlah. Kalau benar, aduhai, rasa nak teman anak pergi sekolah aje. Duduk menunggu kat tepi pintu kelas. Kalau tak dapat, duduk tunggu kat luar pagar sekolah! Janji dapat tengok anak depan mata!
DeleteIsh biar betul ne. Seram baca. Tapi biasanya budak tak menipu bab cerita kan.
ReplyDeleteItulah yang susah hati. Budak-budak ni jarang pepandai buat cerita kecuali mereka dengar hal yang sama dan sebarkan. Tapi bila berkumpul, ada banyak kisah mereka nak borak berbanding kisah macam ni. Saya pun berdoa semoga tak betullah cerita ni!
DeleteRisaunya bila dgr berita2 mcm ni kan? Harap2 khabar angin je kan.. tp kalau betul hilang, mesti cikgu2 pesan kat semua murid supaya berhati2..
ReplyDeleteMemang risau. Walaupun khabar angin aje, dah jadi risau dibuatnya. Harapnya tak betullah cerita ni. Kalau dapat disahkan, nanti saya cerita lagi.
DeleteSamada rumor atau betul kita kena berjaga-jaga MD. Biarlah Bubbly abang lebih berjaga-jaga bersama kawan-kawannya. Jgn sesekali keluar dari pagar sekolah selagi belum masa mummy sampai. Biar mummy yg ambil masuk bukan abang keluar..
ReplyDeleteNgerilah kakak cerita-cerita macam ini.
Betul tu, kak. Saya ni dahlah super freaking mak. Dengar cerita macam ni, rasa macam nak tunggu depan pagar sekolah aje sepanjang anak bersekolah. Nasib baiklah bekerja. Kalau surirumah, memang saya dah buat agaknya!
Deletehish3x....menakutkan betul la kalau jadi camtu.....mintak2 dijauhkan.
ReplyDeleteMintanya tak betullah, kak. Kalau betul, memang kecut perut mendengarnya.
DeleteItulah, cerita macam ni tak akanlah nak dicanang kalau benar. Mahu ibubapa jadi takut nak hantar anak-anak ke sekolah kerana rasa tak selamat. Menurut kata si Abang, budak yang hilang ni suka main dengan kawan-kawan adakalanya sampai 'terkeluar' dari pintu pagar sekolah!
ReplyDeleteEntahlah, harapnya tidaklah benar bagai diceritakan. Takut jugalah kalau ianya benar.
Hish kalau betul apa yg diceritakan abang tu seram jugak jadinya.....Mak pun seram apa tah lagi Kak Ton.... ye dak....Hari ni kita tengok apa cite si Abg....kalau betul nampaknya Kak Ton kena tanya Pak Guard cite sebenar dia.... Bahaya jugak tu...
ReplyDeleteKak Ton tak kenal mak kawan si Abg ek....kalau ada kenal sorang pun jadiklah boleh le tukar tukar cite pasal sekolah ye dak....Tak delah asyik nak harap Pak Guard. Dahlah asyik kena halau je hahaha
Itulah, Mak! Kalau betul, takut pulak rasanya. Ini yang nak berumahtangga depan sekolah ni. Tapi harap-harapnya tak betullah. Pagi tadi pun masa hantar anak, takda pulak nampak extra luar biasa pak guard mengawal budak-budak. Kalau ada apa-apa, cikgu mesti cakap somethingkan tapi berita macam ni kalau boleh tak mahu tersebar luas sangat pun ya juga. Jaga nama sekolah dan supaya ibubapa tak panik katanya.
DeleteAlahai, kita ni dahlah media sosial pun tak aktif. PIBG pun tak pergi sebab sekolah Cina kan. Nanti mereka speaking, kita faham sepatah pun tak juga. Buang air liur aje nanti tertidur masa dengar agenda PIBG!
ishhh gerun plak bacanya..sekarang ni tak kira ke mana pon kena berhati-hati..itu lebih baik MD.. harap la ape yang bubbly abang cerita tu sekadar khabar angin..kalau la betul, kesiannya kat parents budak tu..
ReplyDeleteKat dalam rumah sendiri pun kadang-kala rasa tak selamat! Hari ni nak tanya lagi apa kisah selanjutnya. Lupalah ada nombor telefon mak si Isaac dan salah seorang kawan sekelasnya tu. Nanti nak tanya betul ke tidak cerita ni!
DeleteMoga tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Moga semuanya baik-baik belaka.
ReplyDeleteSenyap aje semalam bila si Bubbly Abang balik sekolah. Katanya takda siapa-siapa pun bercerita lagi. Mungkin khabar angin aje kot. Harapnyalah!
DeleteMD! lama tak jenguk rumah MD hihi
ReplyDeleteYalah, CikSiti! Saya pun tenggelam timbul aje sekarang ni ^_^
Deleteteringat certa my anak buah . seorg budak india hilang . rupanya ibunya ambik di sekolah dan bawa lari . Pastu datuknya ( ayah mertua) pi cari kat sekolah dan buat laporan polis . mungkin kes cerai dan rebutkan anak ...
ReplyDeleteEntahlah betul ke tidak, Vee sebab semalam si abang balik pun senyap katanya takda orang bercerita lagi kisah tu. Abang pun hari ni tak ke sekolah sebab demam.
Deletetakkanlah budak2 nak buat cerita pulak ye..pernah dengar tak pepatah yg budak tak pandai menipu?hehe..nanti mesti ada cerita sebenar..tunggu sajalah latest cerita dari bubbly abang
ReplyDeleteHah, itulah! Lagi pun kalau berkumpul makan waktu rehat tu ada banyak lagi cerita yang mereka boleh borakkan. Nak kata buat cerita, macam pandai pulak karangannya!
DeleteTak tahulah PK betul ke tidak. Hari ni pun si abang tak ke sekolah sebab demam.
Erm..risau betul ek zaman sekarang..camne la nnt anak dh besar. Mesti mak dia tak leh duk diam kat umah huhu
ReplyDeleteMemang tak senanglah nak menjaga anak-anak sekarang ni. Kalau takda depan mata, risau aje hati kita mak-mak ni!
DeleteBeberapa mgu lepas pun ank2 cerita 4 negro culik budak sek dorang. Dua kena tangkap kat area umah dpn sek tu. uish ngeri dgr.. Dua lg terlepas katanya
ReplyDeleteSaya teringat baca kisah yang mak budak hantar anak pergi sekolah tu tapi baru dia nak masuk kereta, dia tengok ada orang nak 'capai' belakang anaknya, teruslah dia menjerit sekuat hati. Mujurlah dia cepat bertindak dan tak panik, takdalah kejadian yang tak diingini berlaku.
DeleteRisaukan sekarang ni, LM. Macam-macam boleh berlaku kalau kita terleka sekejap aje. Moga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan-Nya.
Risau juga tu MD..
ReplyDeleteKena tanya cikgu tu..
Betul ke kisah budak hilang tu..
Penculik sekarang berada dimana-mana..
Kita sebagai mak2 ni mula lah tak senang hati..
Riasu jer lah bila anak disekolah tu..
Betul tu, CH. Betul atau tidak, kita tetap akan rasa risau. Yalah, nak biarkan anak-anak di luar pengawasan kita, siapalah yang tak risaukan.
DeleteBetul salah-satu entri yang CH tulis tu. Kita ni dulu kalau kena jalan kaki pergi sekolah berbatu-batu pun tak takut orang nak culik. Tukar baju tepi pintu kereta nak ke sekolah agama pun takda siapa nak rogol. Tapi sekarang ni, memang 'pemangsa' menunggu aje!
alahaiii risaunya klu kes budak2 hilang ni. makpak lagi lah paling risau. pulak kt kawasan sekolah. skrg ni kat mana2 pun kena berhati2.
ReplyDeleteDah settled masalah ni. Ada budak tu muncul di sekolah. Katanya bukan dia kena culik. Masa emaknya masuk ambil botol air, dia pergi entah ke mana. Itu yang emaknya jadi kecut perut tengok anak dah takda.
DeleteBudak-budak nikan...