180 ...

Salam 28 Jamadil Akhir kawan-kawan!

Apanya yang 180 ni?

Yang pasti bukan 180 jam, 180 km, mahu pun 180 darjah ~_^

Marilah kita mula bercerita ya ...

Alkisah, seminggu selepas cuti sekolah bulan Mac yang lalu, I terkena tempias sibuk di pejabat. Memang sibuk sangat sampai nak telan air liur pun terlupa ^_^ (Nampak sangatlah propanya ya!) 

Satu minggu I kena bekerja (macam tak biasa pulak), memang tak boleh nak ambil cuti langsung. Sejak mula bekerja hari Isnin lagi kedua-dua belah bahu dah terasa sakit. Ingat nak pergi klinik tapi biasalah mak-mak ni, kalau hal ehwal yang membabitkan diri sendiri memang selalu diketepikan. Selagi boleh tahan, kita tahanlah! Bila dah tak tahan nanti, merengeklah sendirian minta simpati insan-insan tersayang katanya ...

Awal pagi Khamis, bila I bangun tidur tetiba rasa diri melayang-layang. Ingatkan sebab panik terjun tiruk dari katil kerana terlewat tapi sewaktu sedang mandi pun lain macam dah berpusing alam semesta dibuatnya!

I pun kejutkan HD minta tolong hantar si Bubbly Abang ke sekolah dan minta simpatilah tolong hantarkan juga I ke pejabat kerana I tak rasa boleh memandu dalam keadaan dizzy macam tu. So HD pun suruhlah I tidur semula. Agak-agak nak dekat pukul 8 pagi nanti, bersiaplah dan dihantar ke pejabat.

I pun baringlah. Anak-anak dah terjaga. Bila tengok Mommy ada di rumah, tak kiralah sihat ke tidak, mulalah masing-masing rasa 'ragu-ragu' nak pergi sekolah/tadika terutama si kecil tu. Abang memang nak pergi sekolah tapi last minute boleh pulak tu minta 'dicutikan' juga.  Si adik tak payah ceritalah. Asal ada perkara yang boleh dibuat alasan, memang tak ke sekolahlah jawabnya! Mommy dah tumbang, memang tak akan membangkanglah!

Bila HD tengok I dah mula merengek, disuruhnya I call aje my colleague beritahu tak dapat datang ke pejabat. Kalau datang pun katanya, nak buat apa. Bukan boleh buat kerja pun. Silap haribulan pengsan pulak nanti. Cubalah call my friend ni banyak kali tapi tak berangkat. Dia ni kalau tengah memandu, memang tak akan angkat telefon. 

So, I ajaklah HD gerak hantar I ke pejabat. Dari rumah nak masuk kereta pun memapah segala benda yang dapat. Gerak aje kereta, berpusing-pusing sekali I rasa my dunia. HD kata pergi dulu pejabat, kalau my friend dah sampai, beritahu aje dia yang I tak boleh bekerja hari tu. Kebetulan pulak my friend ni called me back. 

Dia pun kata tak payahlah datang kalau dah sakit. Nanti bila bos sampai, dia akan beritahu I ambil MC. Kasihan kat my friend ni. Sepatutnya dia kena keluar hari tu tapi dek kerana I takda, terpaksalah dia tanggung my kerja pulak! Oh, tak terbalas budi!

Since kami pun dah on the way ke my office, berpatahlah balik semula ke rumah dan terus menuju ke klinik panel berdekatan.  Sampai depan klinik, tak buka lagi. I pulak memang tak tahan duduk lama-lama dalam kereta. So HD hantar balik rumah berehat dulu. Sesampai di rumah I bantailah tidur sampai tengahari dengan tak makan dan tak minumnya. Langsung tak boleh duduk atau berdiri lama tau. Tetiba boleh jadi mual dan terus berpinar seluruh alam rasanya!

Petang tu I paksa juga diri ke klinik ...

Ahah, janganlah nak teka meneka yang bukan-bukan pulak ya akak-akak sekalian... I know apa yang you all berkira-kira nak komen tu ~_^

Ini puncanya....

V
V
V
V
V

My BP naik ke 160/100!

Mahu tak pitam dibuatnya!

Nak kata stress, memang pun stress!

Nak kata makanan penyebabnya, memang punlah!

Tapi memang I tak sangka naik mencanak sampai macam tu sekali!

Nak tak nak, doktor paksa juga telan ubat. Ni kata doktor, tak boleh dibuat main. 

I pulak nak tak nak aje tengok ubat tu. Yalah, takut gila kalau dah mula ambil, nanti kena terus ambil!

Dek kerana tak tahan, I telan jugalah sebiji bila pulang ke rumah. Dan bantai tidur aje. Memang macam puteri kayangan aje kekdahnya, berehat atas katil ya. Langsung tak hiraukan keadaan sekeliling! Seminggu ya anak-anak 'dipos' ke rumah my sister siang dan malam! 

Keesokannya, pening masih lagi tak hilang. Kalau berdiri lama pun boleh jadi mual pulak. Lepas tu muntah air aje. Yalah, bila dah sakit nak makan pun takda selera. So, kami ke klinik sekali lagi.

Surprise! Surprise! 

Kali ni bila diambil BP, bukannya makin turun setelah makan ubat. My BP naik lagi ke 180/100 pulak!

Aduh.... tak tahu dah nak kata macamana! Masa dengar doktor kata, terus terdiam. Nak menangis pun ada. Maklumlah I ni memang cengeng orangnya! Doktor suruh ambil bacaan BP tu setiap hari!

Balik tu kita belilah buah-buahan dan segala apa yang patut untuk cuba kurangkan BP tu jangan sampai naik lagi. Tetiba HD kata nak suruh I minum air celery. I pun selamba jawab tak nak!

Teruslah HD marah...

You ni kalau orang letak gun kat kepala suruh minum atau makan benda yang you tak suka, you boleh ke cakap, 'Sorry eh! Saya tak minum benda-benda macam ni!' Memang tak takut sakit ke???

I senyap ajelah, malas nak bertekak. Lagi pun dah tahu memang sendiri yang salah!  

Balik rumah memang terlantar atas katil ajelah kerjanya. 4 hari jugalah I macam tu. Anak-anak memang my sister yang tolong tengok-tengokkan, beri makan dan sepanjang I sakit tu, memang mereka tidur di rumah my sister. Kebetulan pulak bersambung dengan hujung minggu. Dan masa tulah I dapat surat thru WA dari KidsWorld tentang pertukaran management tu. Manalah I nak ambil peduli sangatkan! 

Malam kedua sakit tu lagilah haru-biru. Entah apa yang tersilap, kena diarrhea pulak. Langsung tak lena tidur. Kejap-kejap berlari masuk bilik air. Memang nak pitam rasanya. Dengan badan melayang, dengan diarrheanya lagi. Asal baru nak terlelap, tetiba terasa-rasa nak ke bilik air! Hati dah takut, kotnya kalau bertambah stress macam ni dengan tak cukup tidurnya, nanti naik lagi BP! Meleleh-leleh air mata ni bila sakit. Itu pun baru sikit dugaan Allah beri, dah tak sanggup. Salah siapa? Memang salah diri sendiri!

The next day I tak ambil BP sebab TAKUT!

Hari ke-4 barulah I ambil BP sekali lagi dan alhamdulillah, dah turun ke 140/83. Lega sikit rasa hati. Kalau naik lagi atau pun tak turun langsung, memang tak tahu nak kata apa dah! 

Tapi bab pening-pening lalat tu, seminggu lebih ya tak hilang juga. I pergilah juga kerja the next Monday tapi memang melayang-layang badan ni rasanya. Takdalah rasa pening tapi penglihatan rasa berpinar-pinar entah kenapa. Hari Selasanya, I ambil cuti semula!

Minggu itu pun dua hari I bercuti tapi sebab lain pulak. 

Alhamdulillah, by now I dah okey! Itu yang boleh mula berblogging semula. Kesibukan pun dah reda. Tapi sekarang ni bila tengok beef ke, udang ke, seafood ke, semua pun jadi takut tau tak! Padanlah muka! 

Kalau tidak, hari-hari rasanya nak bantai olio yang penuh dengan udang besar-besar gitu ^_^ 

Dalam stress, sakit dan segala yang menyedihkan tu, Allah masih lagi sayang kat kami sekeluarga rupanya. Dikirimkan satu berita gembira melalui satu surat rasmi yang diterima pada hari Ahad.

Yang itu kita ceritalah dalam entri lain ya ~_^

          

   

   

   

 


Comments

  1. Sebut tentang bp ni, kerana degil tak nak ke klinik la, sekali bila pergi dan check, tahu2 dah 200/120! Dr kat klinik pun tak berani nak bagi ubat terus rujukkan kakcik ke hospital...

    Mudah2an MD dah sihat sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni saya dah jadi takut betul, Kakcik. Makan ubat tu makanlah lagi. Tapi saya rasa bila semua okey, saya nak berhentilah ambil ubat. Kawan saya kata kalau kita jaga pemakanan, insyaAllah boleh berhenti ambil ubat darah tinggi tu!

      Delete
  2. huyoo tinggi tu 180... BP aina pun pernah naik. stress melampau dok cakap. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas bawah naik mendadak macam tu, Aina. Serius terus jadi takut. Ingat yang bukan-bukan aje, itu yang sampai menangis-nangis takut. Hahaha!

      Delete
  3. tingginya BP!akak banyak risau kot?nak komen bebanyak pun tak pandai.jaga diri kak MD,takut sampai kena masuk wad nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah memang banyak benda nak dirisaukan. Stress pun ya juga. Macam-macam hal nak distresskan tanpa sebab. Bab makan tu pun ya juga. Maklumlah akak ni peminat seafood tegar. Kalau makan memang tak ingat dunia. Inilah padahnya.

      First time tau akak rasa melayang macam ni sekali dan BP naik setinggi ni!

      Delete
  4. Kalau bp naik memang kena jaga mkn dan rehat MD.acik pun naik tapi tak la sampai 180 tu..balik dari klinik acik.mula la blend apple hijau+daun belalai gajah+timun..Alhamdulillah turun balik jadi 122/80..tiap hari acik cek sebab memang dah lama acik beli alat pam tu sendiri.yg pertama kali beli lepas setahun rosak..acik beli lagi satu..untuk pantau tekanan darah..acik dah tua MD..kena jaga la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa suruh rehat tu pun Acik bukan main alahai fikiran ni macam-macam fikir. Takut pun ada juga. Memang saya tak pernah kena teruk macam ni. Nasib baiklah melayang, makanya saya ke klinik juga. Kalau tidak, saya tak tahu BP dah naik tinggi. Bayangkanlah kalau naik sampai 200, memang masuk wadlah gamaknya!

      Saya takda alat tu sebab tak pernah guna. Tapi memang saya rajinlah makan epal hijau dan apa-apa aje yang boleh turunkan BP sekarang ni. Barulah rasa takut datang!

      Delete
  5. Sejak kebelakangan ni mak pun mcm pening pening lalat jugak Kak Ton.. Takut jugak ni. Pak Jilap sebok suruh check tp mak takut ar nak gi klinik , takut bp tinggi.... Kalau tinggi karang mulalah susah hati! Tak enjoy tau nak makan, tak suka kita!

    Kak Ton ni pusing ke pening ni? Pusing ek? Tengok benda berpusing pusing! Mau berpeluh dahi kalau kena cenggitu

    Hihi....pantang betul tengok mommy cuti ek budak budak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa Mak tak pergi check BP? Kalau selalu pening tu, kenalah beli pregnancy test ^_^ Hahaha!

      Kalau ada Pharmacy Caring berdekatan, Mak pergi ajelah kata nak minta check BP. Free aje. Kalau nak lagi afdal, beli terus alat tu. Senang pagi petang siang malam boleh check ikut suka. Hehehe!

      Sebenarnya yang buat kita sakit adalah bila kita tahu diri kita sakit. Padahal adakalanya sakit tu memang dah ada tapi kita tak tahu. Bila tahu aje, terus kurus kering jadinya dek merana dok fikir pasal penyakit!

      Bukan pening, pusing 360 darjah! Sekarang dah jadi 180 darjah aje ...

      Anak-anak biasalah. Mommy cuti, mereka pun nak cuti juga!

      Delete
    2. Tulah pasal.. baik tak payah tau ek... kang kurus mengenangkan penyakit mcm mana??? Kak Ton jugak yg susah, tak de kawan nak mengumpat hihi

      Delete
    3. Ni apa kena mengena kurus kering dengan takda kawan mengumpat ni, Mak?

      Delete
  6. hihi.. br ingt nak dpt anak sedara td...
    hancus harapan i..

    ReplyDelete
  7. tingginya bacaan bp..dh makin berumur ni MD memang kena jaga makan..penyakit darah tinggi ni suka sangatlah.sy yg ada history kencing manis ni pun takut..jaga makan pun klu dh nk kena nk buat cmna kan..

    emm klu berita gembira mabuk pregnant tu bestlah jugak nak dengar.haha takpa kita tunggu ajelah apa berita gembiranya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, PK..statement 'makin berumur' tu walaupun fakta tetiba rasa gelak pulak membacanya ^_^ Itulah siapa suruh rasa selamanya 18 tahunkan...

      Saya pun terkejut bila bacaan BP mendadak macam tu sekali. Atas bawah pulak tu. Memang terdiam sekejap. Terus beli apa patut yang buat makan/minum supaya bacaan tu cepat turun! Tahu pun takut ^_^

      Hahaha... ni lagi sorang! Nak juga komen perkara sama walaupun dah kata jauh sebab musababnya. Kita bukannya muda belia macam awaklah, PK!

      Delete
  8. TInggi gile BP 180. I pulak yg rasa berpinar bila dgr. I setakat ni alhamdulillah takde masalah high BP, but low BP. huhu. Ari tu ada skali saje gedik nak try diet atkins. Tu pun tak la betul2 disiplin, sekali pening rasa berpusing. Check BP tgk rendah.

    MD, u take care ye. Kalau stress tu, ambil la cuti dan pergi vacation. Itu pun i rasa Allah permudahkan juga urusan u sebab ur sister boleh jaga anak2 u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I sendiri terkejut tau. Memang tak sangka macam tu. Orang kata kalau boleh reach 200, memang kena admitlahkan. Nasib baik lepas naik 180 tu, bacaan turun. Sakit mulut mengunyah epal hijau dan segala yang berkaitan nak bagi bacaan turun. Tapi itulah, tak pasal-pasal dah kena telan pil darah tinggi. Tengoklah kalau bacaan dah cantik, I rasa nak berhenti dan tengok macamana pulak bacaan bila tak ambil pil.

      Itulah, stress pun tak tahulah mengapa. Sikit-sikit nak stress. Bila kerja banyak dan mula sibuk, dah tak tertahan-tahan stress datang!

      Delete
  9. Ala.. rasanya komen saya semalam xmasuk..

    Sian alahai kawan kita ni. Ingatkan dah xde mood berblog mcm saya, rupanya aritu tak sihat ye. Alahai.. moga tak berulang lagi ye.. sekarang ni kan bukan umur penentu sihat ke x, boleh sakit tak kira bila r usia berapa je.. nikmati kesihatan kita sementara masih sihat.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada komen ke, AN? Tak nampak pulak saya...

      Masa tak berblogging tu pun terasa-rasa juga mood tersasar. Nak update blog pun malas bila fikir blogwalking pun susah, nak update pun celah belum. Terus mood melayang. Tiba-tiba pulak jatuh sakit pulak...

      Selagi boleh menikmati hidup, nikmati sebaiknya..

      Baru kata kat HD, lepas ni tak bolehlah bantai makan durian ikut suka hati. Hilang dah satu nikmat!

      Delete
  10. patut le lama akak tak update blog mase tu....gile ko kak telan ailiyo pun lupe...mmg busy tahap maksima tu kak....

    biase mcm tu le kak, nampak mak nye kat umah masing2 tak mo pi sekolah ....konon2 nak teman le kan heheheheeh gigih akak tetap nak ke opis gak...sampai berpapah2 hah....kalo lieya dah isytihar el dah tu...

    haaa mcm2 tau je akak...baru nak teka sudah peknen kah...sekali bp naik....patut le akak dizzy semacam....okey kak...sila request dgn hubby pi cuti2....jepun pun best..tgh blossom...ubat stress tu sbb view lawoo heheeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Perumpamaanlah tu kononnya nak beritahu betapa sibuknya akak ^_^

      Budak-budak tu memang. Si kecil tu tak payah cakaplah. Asal dapat alasan, memang tak nak pergi sekolah. Nak duduk rumah aje kerjanya!

      Ah, Lieyalah ni punya pasal! Pandai aje meneka yang bukan-bukan. Berapa kali akak nak kata, akak dah tua! Tak sesuailah ^_^

      Itulah kalau dapat bercuti kat tempat sejuk-sejuk ni bestnya alahai. Rasa macam tak nak balik kerja aje *_*

      Delete
  11. Assalamualaikum..

    Baca entry MD rasa risau pulak tentang bp ni..
    Didoakan semoga MD sihat seperti sediakala..
    Banyakkan berehat dan kerja jangan sampai lupa dunia tau ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa' alaikum salam!

      Saya rasa dua-dua jadi sebablah, tabiat makan dan juga stress yang melampau. Bab stress tu pun tak pasti apa yang stress sangat. Saya ni memang senang panik, senang rasa stress walaupun perkara kecil aje!

      Terima kasih banyak atas nasihat tu ya ^_^

      Delete
  12. Biasanya takda tinggi macam ni. Adalah terlebih sikit aje, 130 macam tu. Ini kali pertama naik mencanak terus ke 180. Sekarang ni pun dah mula rasa takut kalau nak makan apa-apa yang boleh menyebabkan bacaan naik!

    ReplyDelete
  13. Lupa pulak..... nape hari ni tak de entri? Mentang mentang le lepas makan petokkkk petoookkk 2 ketul, dah tak de ilham nak mengarang....
    Huh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sibuk reply komenlah, Mak. Nak jenjalan blogwalking pun tak menyempat lagi ni. Mak nak khatam Qurankan, kita ni masih lagi di takuk duniawi tau - nak khatam blogwalking katanya... Nampak sangat tak serik Allah turunkan ujian tau!

      Delete
  14. Uiks takut akak MD..
    180 tinggi tu..
    Jaga diri MD..
    Lagi pun skrg musim panas..
    Betul kata acik erna..
    Makan epal hijau tu..
    Kalau tak nak mkn ubat darah tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tinggi pun. Saya sendiri takut. Tahu pun kecut perut. Masa menghadap seafood, memang tak ingat apa. Lagipun memang stress aje memanjang saya ni. Nampak aje kerja mudah tapi memang selalu stress. Saya pernah sekali naik 150 tapi lepas tu turun normal balik. Kira inilah paling cipta rekod. Kakak saya pun terkejut dengar!

      Saya dah nak pengsan ni makan epal hijau, CH ^_^

      Delete
  15. Assalam kak.. Cuba try produk neutrax minyak kelapa dara produk felda (fwc).. Boleh dapat dkt guardian farmasi.. Amik yg minum punya.. Sy pun amalkan minum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Oh, ya ke? Nanti nak pergi tengoklah kat Guardian. Mana tau boleh elok juga tekanan darah tinggi tukan. Takutlah bila naik tinggi macam ni.

      Delete
  16. Patut lama menghilang tak sihat rupanya. Heheh. Jaga diri dan kesihatan elok elok kak. Jangan stress sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sihat pun ya. Sibuk pun ya. Mood hilang entah ke mana pun ya juga, Nani ^_^

      Delete
  17. akak stress kot..
    doc ckp ape?? mesti penat ni..
    jaga kesihatan kak & take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap apa lagi. Memang suruh ambil ubat darah tinggilah. Tak boleh tidak. Mula-mula tu akak tekun juga ambil sehari sekali. La ni dah main skip-skip dah!

      Tapi takdalah naik tinggi macam masa ni. Kat border line aje. Bawah pun dah turun ke 80 semula!

      Delete

Post a Comment