Salam 7 Rejab kawan-kawan!
Lega hari ni dah hari Jumaat!
Semalam takda entri bukan kerana sibuk tapi I dah terbaring atas katil ^_^
Akhirnya, tewas juga dengan demam!
Mujurlah my anak-anak dah kembali sihat dan melenjan penuh gembira macam sediakala!
Semasa menaip entri ini, memang dah rasa-rasa tak sedap badan tapi dek kerana di pejabat, usahakan juga supaya tak ketara nampaknya. I ni depan suami aje keletah tak tahan tu melampau-lampau. Kalau tidak, okey aje ^_^
Itu pun bila dah tak tahan sejuk menggigil dek air-cond, I lari masuk surau. Tak buka air-cond pun dan baring beralaskan sejadah atas lantai yang sejuk tu. Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa sejuk menggigil-gigil tu. Bila agak-agak muka dah merah dek bahang panas, lari semula masuk pejabat! Itu ajelah kerja I sepanjang hari bekerja Rabu lepas. Nasib baiklah kerja pun tak banyak mana. Dalam pada tak tentu arah tu, siapkan juga kerja dan dapat bertahan 8 jam di pejabat ...
Bila dapat keluar dari pejabat yang sejuk masa nak balik kerja, punyalah gembiranya bila badan terasa panas membahang dek cuaca yang bukan main panas di luar. Terasa hilang segala kesejukan yang melampau. Pelik sungguh manusia ni tau, panas sangat pun komplen, sejuk sangat pun komplen juga. Sehari sebelum tu I komplen kat HD kata tak tahan cuaca panas sangat.
Tetiba kelmarin bila diserang demam, boleh pulak tu rasa lega kena terik panas cahaya matahari! Happy sangat muka merah menyala dan badan berpeluh-peluh dek bahang panas! Padanlah muka! Suka sangat sikit-sikit komplen tak tahan, Allah bagi lagi dan lagi dugaan, biar rasa lebih sikit!
Balik aje rumah, campak kasut, terus landing atas katil dan tarik selimut ....
Tapikan dah namanya emak-emak, tetap juga tau tengahari masa lunch break tu I keluar nak tapau makanan untuk anak-anak dan suami ^_^ Walaupun tak boleh nak konsentrasi sangat memandu, tabahkan ajelah hati drive perlahan-lahan. Memang takdalah I nak memasak dalam keadaan tengah demam teruk macam ni. Kepala memang dah set, balik rumah nanti nak landing atas katil aje!
I pergilah ke satu gerai ni, nak tapau lauk. My anak-anak suka tau ayam percik dari gerai ni. Ingat nak belilah tetiba takda jual pulak hari tu! Oh, sedih pulak! Pergi ke gerai sebelahnya dan tapau lauk lain...
Tak akanlah nak terus balik pejabat dengan tangan kosong. Tak laratlah nanti petang nak meninjau-ninjau lagi cari makan! Bab macam ni memang I kena uruskan. Bukan HD tak boleh urus tapi HD ni bertegas sikit dengan anak-anak. Makan ke tidak, akan disediakan apa yang nak disediakan. Tak nak makan, sudah. Kebulurlah nanti! I ni pulak tak sampai hati. Kalau boleh nak berikan anak-anak apa yang mereka makan, bukan apa yang mereka tak suka makan!
Tapi, punyalah slownya akak yang ambil order ni sampai I rasa nak pengsan kat situ jugak! Daripada ambil ordernya slow sampailah bab nak mengira harga makanan. RM5 campur RM5 pun dia nak juga guna kertas buat campur tolak! Sabar ajelah!
Lepas setengah jam, akhirnya barulah dapat my lauk-pauk. Terus berdesup balik ke pejabat sebab dah tak tahan nak landing balik!
Oh, by the way, I tak pergi klinik pun sebab tak laratlah nak bangun dan pergi ke klinik. Kalau pergi pun, dah tentu-tentu bagi adik beradik panadol aje. Lebih baik I telan panadol siap-siap dan tidur. Terpaksalah I ambil cuti tahunan sebab tak pergi klinik nak dapatkan MC...
Hari ni ah kak dah okey ^_^ Dah boleh membebel tanpa berhenti. Cuma tekaklah sakit sikit tapi itu tak membantutkan aktiviti bercakap tanpa henti. Hahaha!
Tapi itulah, bila terbaring atas katil menahan sakit demam, tetiba aje rasa betapa lemahnya diri ni. Mungkin juga faktor usia. Ah kak dah tua, tak macam jiran sebelah yang memanjang aje rasa mudanya sebab itulah jarang sakit kot ^_^
Kalau dulu berjalan dari Jalan Silang ke Yaohan The Mall (dah takda lagi ya shopping mall ni, sekarang namanya Sunway Putra Mall) berhampiran PWTC tu macam takda maknalah nak rasa penat tapi sekarang ni baru berjalan 10 langkah dalam rumah pun PENAT!
Bangga sungguh kalau berkasut tumit tinggi dan pusing dari satu shopping mall ke satu shopping mall sampai 5,6 jam (sehari suntuk pun eh takpa...) tau. Tapi sekarang ni, heret sandals dalam department shopping mall yang sama pun dah semput!
Dulu masa mula-mula kena sakit sendi, bercinta alahai mengenangkan nasib. Usia baru awal 30-an dah kena sakit-sakit sendi. Sadiskan! Mulalah tersedih-sedih dalam hati. Kalau ginilah gayanya, berapa lamalah boleh bertahan.
Kata HD, tak tahulah kenapa I ni sekarang weak sangat. Macamanalah nak jadi kuat macam my emak yang dah hampir 80 tahun mahu pun my eldest sister yang dah masuk usia 60 tahun tu. Hai, tetiba sedih rasa hati! Entah sampai ke tidak umur macam tu....
Maklumlah bila jatuh sakit ni, hati cepat sayu. Lagi-lagi kalau ada insan-insan tersayang depan mata, lagilah lebat air mata. Nak minta perhatianlah kononnya sambil-sambil mengenang nasib diri yang tak tahu bagaimana.... (Oh, sedih pulak...!)
Tapi takpa! Kalau tak sakit, ah kak memang ceria orangnya! Terlupa pulak usia dah tua. Itu yang Allah beri peringatan sekali-sekala. Lagipun, sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Dosa pun banyak, kalau terhapus yang sikit-sikit tu, alhamdulillah ^_^

kalau dah taip entry panjang-panjang macam ni dah OKla gayanya tu kan.sian kakak ku ini.biasalah musim panas macam ni memang senang sakit
ReplyDeleteOh, memang dah okey dah ni, Sal! Kalau tak okey, tak 'berasap' kepala you all baca entri panjang berjela ^_^
DeleteAssalam Mg..Alhamdulillah dah sihat,,musin panas MD..kalau MD yang muda lagi tak boleh tahan..acik yang dah berusia ni lagi la..cepat betul habis tenaga
ReplyDeleteAlhamdulillah. Lega dah sihat ni, Acik. Kalau sakit tu rasa macam tak baik-baik aje bukan sebab teruk sakit tapi sebab banyak fikir!
DeleteMuda ke tua memang terasalah Acik penat lain macam bila cuaca panas terik macam ni.
MD.sory Mg pulak..cepat betul pos nya tak sempat nak cek tulisan..
ReplyDeleteTakpa, Acik! Saya pun sekarang ni selalu aje ada typo error bila nak cepat tulis komen ~_^
DeleteLa tumbang lagi ye MD..
ReplyDeleteKesian betul ni.. kena beli juga set untuk cek darah tinggi macam jiran tu MD..
Dah lah tak nak makan peria katak dgn jiran tu..
Nak makan apple jer..
Berapa biji dah telan aplle tu..
Apa pun semoga cepat sembuh ye MD..
Jaga kesihatan baik-baik..
ehhh CH ni pandai kata kat orang tu..
Dia pun sama kan kena lah jaga diri baik2..
Yalah, CH. Anak-anak tumbang lepas tu dengan kita-kita pun tumbang sekali. Baki sisa demam mereka tu melarat kat kita pulak ^_^
DeleteOh, peria katak tak leh telan walaupun teman istimewa mengajak. Hahaha!
Eh, rajin tau saya sekarang ni makan epal hijau. Jangan tak tau! Lagi-lagi kalau ada insan teristimewa yang tolong potongkan epal ^_^
Ohhhh demam dari opis lagilah ni ek..... ingat dah sampai rumah baru nak demam manalah tau nak mengelat masak hihi....Mohon jangan hempuk!!hihi....
ReplyDeleteHish ....hilang akal ke apa demam demam nak masak....kalau tak demam pun malas nak masak inikan lagi demam! Kerat jari mmg idaklah kehkehkeh....Betul tak Kak Ton? Kira oklah tu HD nak masak, kalau Pak Jilap masuk dapur pun tak rasanya.
Gitulah Kak Ton bila umur dah kilauan ni, mmg cepat rasa penat apa tah lagi kalau demam memang jammed seluruh sendi le gamaknya. Bawak bawaklah mengucap dan beristighfar ek.....
Si TLBD pun demam jugak ni....pagi semalam lagi dia kata sakit tekak tapi mak paksa je gi sekolah ingat nak mengelat.... manalah tau terturun jiran sebelah hihi...Rupanya bali sekolah ptg semalam panas badannya...
Musimlah Kak Ton agaknya....
Betul-betul demamlah, Mak. Apa, Mak fikir muka kita ni jenis muka main-main demam ke setakat nak MC? Ish, kita kalau boleh tak nak sakit-sakit ni. Nanti merana dek sakit aje. Hilang nikmat dunia tau!
DeleteYalah, Mak. Sejak dua menjak bermenjak-menjak ni asyiklah rasa penat tak menentu. Kerja sikit, penat. Nak rehat aje lebih. Dah kertu sangat ke kita ni, Mak....
Kikiki......nak menopose kot
DeleteCis! Cakap dalam blog pandang-pandang! Kalau ada yang tersayat hati, siapa yang nak bertanggungjawab?
DeleteMak?
Jangan haraplah!
MD.. aina pun skrg tak tahan pakai high heels pusing mall. Huaaa g keje je pakai heels ye la sbb x tinggi sgt. Hahaha.. take care MD. Biasa klu sakit sensitip dia lain machiam kan.. hihi
ReplyDeleteHahaha. Ni muda-muda dah tak tahan pakai hi-heels macamana nak buat ni....
DeleteSekarang memang tidaklah pakai hi-heels lagi, Aina. Tak tahan nak heret kaki. Pakai sandals pun bukan boleh berlama-lama berdiri atau berjalan, penat jadinya. Maklumlah dah tua katanya!
emmmm mak singgah niiiii............
ReplyDeleteYa, Mak! Kalau kita takda, Mak memang rajin singgah. Kalau kita ada, takdalah pulak Mak menebeng kat sini lama-lama!
DeleteDemam juga ya, Diana... Itulah mungkin tengah musimlah sekarang ni. Maklumlah cuaca panas sangat sampai tak tahan badan nak terima. Badan pun bukan 'brand new'. Hahaha!
ReplyDeleteAlahai, mithali betul suami! Ni lepas baik sakit mesti sayang melimpah-ruah ganda 18 kat suamikan!
Eh, ya ke? Kalau macam tu nak trylah. Kena demam balik ni. Nak minta note RM100 kat atas dahi. Huahahaha!
setelah membaca karangan panjang MD, akhirnya setuju bab perenggan last. hikmah disebalik sakit
ReplyDeleteBetul tu, Mar. Kalau betul dosa-dosa kecil terhapus dengan sakit yang tak seberapa tu, baguslah. Kalau tidak, aduhai, berat ni pikul dosa ....
Deleteok la tu MD da sihat.
ReplyDeletealhamdulillah.
memang tak best kalu badan tak sihat.
opis plak sejuk mcm ais.
kuar opis panas yg Rabbi!
hu hu hu memang kalau bleh nak ajer tido.
releks.
tapi tu la, betul betul betul, anak2 nak kena dilayan jugak ekk.
sabo jer la.
Alhamdulillah, dah sihat! Susah kalau jatuh sakit ni. Rumah, rumahtangga segalanya terbiar ^_^
DeleteBetul tu. Dalam pejabat sejuk membeku, keluar pejabat aje panas membahang. Nasib baiklah ada juga hujan sudi turun sehari dua ni. Nasib baiklah panas pun tak membahang sangat sehari dua. Banyak leganya!
alahai tak semestinya faktor umur ni nak sakit MD..bergembiralah Allah nak hapis dosa2 kecil.hehe..semoga terus sihatlah ye..jadi takdelah blog ni tak berentry
ReplyDeleteHahaha... Kena gembiralahkan kalau sakit sikit-sikit ni. Kalau sakit serius, itu memang tak boleh nak gembira dah!
DeleteHah, itulah pagi ni dok belek. Betul ke tidak ini blog saya. Kenapa dah gaya iklan chipsmore jadinya ni...
Jarang rasanya baca entri MD tak sihat.. Musim panas semua senang pancit kan.. Tetiba entri kali ni terus berteman kan tisu katanya.. tersentuh hati hehehe
ReplyDeleteMusim panas kot itu yang kerja jatuh sakit aje. Nak minta perhatian ke apa, tak pasti lagi ^_^
DeleteLaaa.. kalau ya pun, biarlah betul-betul tersentuh. Pi gelak buat apa. Nampak sangat kes penipuan di situ tau. Hahaha!
dah sihat lah tu blh tulis pjg2.. hehehe
ReplyDeleteermmm kita ni sakit skit dah mengeluh kan. tgk org yg sakit teruk tu mcm mane lah agaknya.. insaf huhuhu
Ini kes dah sihatlah. Kalau tak sihat, blog pun malas nak tengok. Hahaha!
DeleteBetul tu, Lyn. Baru kena sakit biasa-biasa aje. Yang boleh disembuhkan. Cuba kalau penyakit yang serius, tak tahulah apa nasib diri. Dok meratap aje ke? Hmmm...