Hello, Hello, Hello.... are you there? ^_^

Assalamualaikum ...

Apa khabar semua?

Sihat?

Tak rindu dengan Kak Ton ke? ~_^

Siapa yang tak rindu tu, sila angkat tangan tinggi-tinggi...

Alhamdulillah! Takda siapa pun angkat tangan! Lega ^_^

Alkisahnya, I terpaksa menyepikan diri ala-ala retis low profile gitu dek kerana kesibukan di pejabat dan juga hal-hal peribadi. Towards the end of kesibukan tu tetiba pulak jatuh sakit. Bukan sakit apa pun, tapi kenalah ambil MC dua hari. Lepas tu celah-belum masuk pejabat dek kerana kesibukan yang lain pulak!

Amboi, you all ni! Mentang-mentanglah I tak menjawab komen, bukan main lagi meneka itu-ini gamaknya sebab musabab I tak 'on air' yerk ^_^ Suka-suka hati aje mengomen bebas gitu ~_^

Itu nanti kita cerita kemudianlah sebabnya banyak kisah nak dimerapukan cuma tak tahulah sempat ke tidak nak cerita semuanya...

Bila dah lama 'mengasingkan diri' ni tetiba aje jadi satu macam perasaan yang timbul. Nak diteruskan ke tidak, mulalah huru-hara dok memikirkannya.

Ini pun I 'tabahkan hati' menaip entri 5 seconds ni sebab ada pulak jiran tetangga yang dok membebel kenapa I cakap tak serupa bikin ^_^ Hehehe....

Kita berborak lain kali ajelah ya. I ada kerja nak buat ni... 

Bye!    

 


Comments

  1. akhirnya...rindu nak baca entry panjang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan sekejap aje menyepi tapi bila tengok tarikh, dekat sebulan juga ^_^ Saya pun rindu nak membebel ni tau!

      Delete
  2. Mau tak rindu nak baca karangan 1000 patah perkataan MD ni..
    tapi hari ini dah macam karang UPSR anak CH jer..
    Tak sampai 150 patah perkataan jer..

    Oh itu kisahnya ye..
    Semoga cepat sembuh ye MD..
    Dah musim demam sekarang ni..
    Anak CH dan en suami pun demam minggu lepas..

    Jangan lah stop entri MD..
    Rindu lak nanti dengan cerita abang sado dan adik cute tu nanti :)
    Kayuh lah pelan2 ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Takda novel nak dibaca ya, CH. Itulah, nanti kalau senang, nantikanlah novel-novel terbaru dari saya. Memang lepas tu pitamlah tetibakan. Maklumlah membaca panjang berjela waktu cuaca panas macam ni boleh kena heat stroke tau. Hahaha!

      Delete
  3. kak MD..menghilang ke mana.jaga diri tau.jangan sibuk sangat sampai lupa jaga diri.nanti dah free boleh buat karangan 1000 patah perktaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ni, Sal. Sibuk bermaharajalela. Lepas bab kerja pejabat, bab peribadi pulak. Ni baru nak ngap sikit tapi tak tahulah berapa lama pulak boleh bertahan kerileks-an ni...

      Delete
  4. Hahah Welcome back MD~! Kikiki.. hai mau tak rindu. Patut la menyepi.. rupanya banyak koje n tak sihat ye. Take care n jgn lupa minum byk air.. cuaca skrg ni extreme hot. *Eh terasa mcm mak mak membebel pulak kita ni. Hihihi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul sibuk, Aina. Selalunya takdalah begini gaya sibuknya. Celah belum tu sempatlah lagi nak 'on air' kan ^_^

      Bab cuaca tu memang tak tahulah nak kata. Rasa macam tak mahu keluar rumah. Tapi kalau duduk rumah 24 jam, 24 jam pulak kena buka air-cond. Parah!

      Delete
  5. Dah sht sepenuhnya? Mengepi hilang terus dari radar.. Pelik gak tu. duk intai2 tgk tak berupdate gak blognya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sihat dah. Memang terpaksa menyepi diri, LM. Tak terkejar dah, asyik lari timing ^_^

      Delete
  6. Welcome back MD ! Eh, Hahaha ! Lama betul menghilangkan diri ni. Semoga dipermudahkan semua urusan dan ceria ceria selalu. Haaa dah macam DJ pulak. Ekekeke !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni akak kembali semulalah Nani selepas penat bertapa. Jenuhlah bila dilanda kesibukan ni. Kiri-kanan, depan-belakang semuanya nak attack ^_^

      Delete
  7. Mana ada popularnya, Diana. Yang mencari pun kawan-kawan yang dah biasa dengan kita aje.

    ReplyDelete
  8. Eh??? Bila pulak entri ni keluar? Tak perasan.
    Yelah.... dah org tak nak buat pengakuan katanya mmg sedaplah kita berburuk sangka tahap dewa haha....

    Eleh ngengadalah tu ....nak pencen blog bagailah....nak mintak org merayu rayu le tu.... 'Janganlan stop blogging Kak Ton, nanti kami rindu ngan celoteh Kak Ton tu.....bla bla....

    Jangan perasan hokey!haha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke Mak yang menyeru-nyeru nama kita suruh 'on air'? Tak mengaku pulak dah...

      Yalah, kalau pun nak meneka, biarlah berpada-pada Mak oi. Tekaan yang tersasar jauh tu memang susah nak hadam dek tuan bloglah!

      Auww...memang pun kita nak suruh Mak merayu!Hahaha!

      Tapi serius, tak seronok celah belum berblogging macam ni. Kalau hari-hari boleh blogging dan blogwalking barulah best. Ini kejap ada, kejap takda dah macam Chipsmore aje kekdahnya. Memanglah terfikir juga nak pencen jerk ^_^

      Delete
  9. owh.. bz rupanya.. ingatkan balik kg HD hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... akak dah kata, kalau nak balik kampung HD, setahun sebelum tu akak dah warwarkan ~_^

      Delete

Post a Comment