Geng meroyan, apa khabar?

Salam kawan-kawan!

Oh, entri ni bukan dikhaskan untuk geng meroyan! Makanya janganlah menjuih merajuk dan silalah baca. Kesian tau Kak Ton tulis panjang-panjang tapi takda siapa yang baca. Tapi dari semalam Kak Ton dok senyum aje teringatkan kata-kata Suria Lekat-Lekit - orang bijak susah nak popular. Ah kaklah tu.... *_* Hahaha....

Semalam juga Kak Ton terbaca anak dara dan ex anak dara ni mengimbau kenangan terima result SPM. Kak Ton pun tetiba turut teruja sama nak mengimbau memori cemerlang, gemilang, terbilang walhal pengalaman mereka 8,9 tahun lepas tapi pengalaman Kak Ton of courselah dah 20 dekad.

Eh, Nadia! Awat nak ajak banding-banding berat pulak ni! Kang Kak Ton kejar keliling Lala Siput tu nanti baru tau! Mentang-mentanglah dia baru jadi bekas anak dara! Melampau weyh buat suggestion macam ni dengan Kak Ton! Kecik hati Kak Ton tau! Kak Ton merajuk nih. Serius merajuk ni     *larikelilinglalangbelakangrumahemak*

Erkkk...minta maaf! Ingat tadi tengah WA rupanya tengah tulis entri *_*

Eh, melampau tu! Bukan 20 tapi 2 dekad yang lalulah..... Kak Ton kan muda lagi. Baya-baya Cik Bedah jerk. Kalau you all rasa Kak Ton tak muda pun kata jelah depan muka Kak Ton ni yang Kak Ton masih muda belia remaja gitu. Memang you all lah geng alam semesta paling best yang Kak Ton 'idol'kan tau *_* Jom cemelot sikit. Mmmuahhh..... (Wek, nak muntah pulak tercemelot lipstik oghang!)

Okey, ni Kak Ton nak tanya kat geng meroyan sebenarnya! Ingat lagi tak janji manis yang Kak Ton taburkan hujung tahun lepas? 

Apa? Korang ingat?

Eh, jangan buat entri kutuk Kak Ton dalam senyap tau! 

Kak Ton bukan lupa. Bukan juga diserang Alzheimer. Kak Ton ingat janji-janji manis tu semua. Malah, sobenear (baca: souvenir ya sayang) dan surat cinta layang layang terputus tali pun dah siap Kak Ton karang. Tapi, tapi, tapi... macam biasalah alasan Kak Ton nak beri ni ~ Kak Ton sebenarnya malas nak ke pejabat pos!

Sampai ke saat ni, dah 3 kali Kak Ton melawat kawasan pejabat pos. Yalah, pejabat pos kat kawasan Parlimen Kak Ton ni (P007) memang memanjang je penuh. Ni bukan cerita pejabat pos sebelah rumah jiran Kak Ton kat BMC tu, yang lengang sesaja (Eh, Mak... ada pejabat pos ke kat Aeon BMC?).

Kali pertama Kak Ton pergi, macam biasa sampul prabayar RM6 tu takda stok. Kak Ton balik dengan penuh kehampaan. Kali kedua Kak Ton pergi, nombor yang  sedang dipanggil 1125 dan nombor Kak Ton pulak 1178 kome..... Fikir Kak Ton ada tahap kesabaran yang tinggi ke nak dok terpacak menunggu. Sakit kaki Kak Ton pakai wedges baru tau! Oppsss....

Kali ketiga Kak Ton pergi lagi pun sama jer. Nampak tudung kepala dan rambut hitam jerk. Staff kat pejabat pos tu Kak Ton tak nampak pun! Makanya Kak Ton give up! Kak Ton bawalah sobenear tu ke hulu ke hilir. La ni ada dalam kereta. Kalau terexpired nanti, minta maaf ya geng! Janganlah marah kat Kak Ton. Ucap terima kasih aje cukuplah. Lain-lain komen sila guna Anonymous punya nama ya! Takdalah Kak Ton terasa hati sangat-sangat bila kena kutuk nanti!

Yang sebenarnyakan, sejak Bubbly Abang sekolah pagi, Kak Ton sangat tak cukup nak mencuri masa lepas kerja. Kalau ada pun masa lunch time. Itupun dah 3 kali Kak Ton tak makan lunch keranamu pejabat pos. Lunch break Kak Ton sejam jerk. Bukan main lagi Kak Ton drift like a snail masuk lumba lari competition dengan rabbit-bit-bit nak pi KLCC tau. Tapi hampa selalu. Lepas tu untuk menghilangkan kehampaan, Kak Ton pi stock up lagi harta karun untuk simpan dalam bonet kereta *_*

Sejak awal tahun ni, dah lama sangat Kak Ton tak pi Aeon tau. Last sekali Kak Ton drive ke sana, dua minggu lepas (kahkahkah)... Kak Ton baru je nak masuk, tetiba Hubbydearie called, tanya dah sampai rumah ke belum. Bila Kak Ton kata, 'Tadikan I dah minta izin nak pi JJ jap you kata okey!' Tetiba HD suruh balik dan-dan tu juga terus letak telefon (Ni memang taktik HD sebab kalau dah letak telefon tak sempatlah Kak Ton nak sambung ayat tergantung)

Kak Ton ni isteri mithali okey! Makanya, Kak Ton pun baliklah walaupun hati berbuku jerk. Nak marah dah namanya suami. Tak marah, berbuku lima pulak dalam hati. Nak ajak kickboxing, memang kalah ler. Penumbuk HD lebih besar dari bukulima Kak Ton, nak wat camana....

Kalau hujung minggu nak ajak HD pi pejabat pos, ahah, itu lagi haru-biru hidup Kak Ton nanti. Kalau ajak pi makan, food tasting, jenjalan hirup udara segar kat taman mahupun ke shopping mall, okeylah....pasti permintaanku dituruti. Kalau Kak Ton nak buat hal sendiri macam ni, banyak okey soalan cepucepuk HD bagi. Letih Kak Ton nak jawab. Salah jawab nanti, of course bertikam lidah manja-manja, merajuk sehari suntuk lepas tu sep-sep tangan baik semula. Oh, no... rimas Kak Ton dengan rutin gaduh sebegitu rupa!

Masa Abang sekolah petang dulu okeylah. HD dah bagi keizinan sepanjang tahun, tak payah balik rumah lepas kerja. Bolehlah nak melenjan sebelum ambil Abang di sekolah. Lagipun HD tau Kak Ton drive slow like a snail, makanya tak mahu HD melihat isteri kesayangan kalut memandu ke hulu ke hilir nak ambil anak kat sekolah. Itupun hari-hari kena sedas dua, dok tanya tak jemu ke Kak Ton bertafakur kat shopping mall 5 hari seminggu! Kak Ton sengih aje demi menjaga keharmonian rumahtangga *_*

Sebab itulah sebelum ni Kak Ton memang beli barang lempar belakang bonet campak masuk belakang almari pakaian. Bukan Kak Ton nak menipu suami tapi Kak Ton takut kena tazkirah panjang. Kalau Kak Ton insaf, Kak Ton beritahu sesegera mungkin. Itupun Kak Ton pilih masa santai suami isteri yang paling pendek. Contohnya masa tengah kalut nak pergi kerja *_*

Macam yang berlaku baru-baru ni. Kak Ton beli barang kat Zalora (bunyi macam first time buat jerk padahal....) tapi takut nak cakap dengan HD. Maka 2,3 hari Kak Ton simpan dalam kereta. Lepas tu, dengan tangkasnya Kak Ton sembunyikan dalam beg yang Kak Ton bawa pi kerja. Sampai dalam bilik siap kunci pintu pastu cepat-cepat baling belakang almari pakaian Kak Ton. Selamat!

Tapi tetiba Kak Ton rasa nak berterus-terang pulak... Makanya terlahirlah conversation di bawah tanpa tokok tambah penyedap cerita ...

Dear, I want to tell something! Hope you tak marah eh.... (sambil buka pintu almari)

What? Again you bought unnecessary stuff?

I beli blouse kat Zalora.... tapi I try nanti you tengok okey ke tidak eh....

Lengan panjang sikitlah, Dear. Should I go and potong sikit? Bawah ni nak potong tak? Macam labuh jerk... (Sambil pusing-pusing depan laki dengan kelakuan manja yang memang muntah kalau you all ada sama. Nak wat camana, depan suami den, okeylahkan bukan depan Brad Pitt pun!)

Berapa ringgit?

Entahlah....murah jerk! (sambil quickly, quickly dok perhati ada  tak label harga kat baju mahupun plastik courier nak pi  sembunyi celah bra)

Lepas tu, satu demi satu plastic bag keluar dari belakang almari ... Kah3x.

Kalau tak berterus-terang, memang lamalah lagi harta-karun tersimpan di belakang almari tu. Makanya siapa yang rugi? Akak juga tau *_*

Eh, okeylah! Kak Ton dah penat mengarang surat rasmi nih. Nanti-nantilah Kak Ton hidangkan dengan cerita basi. Jangan lari tau. Kena baca juga. Kak Ton tengok sekarang ni macam ramai pulak kengkawan yang menghilang dari alam maya. Hangpa ni sibuk apa sebenarnya? Awat Kak Ton sibuk tapi tak macam orang sibuk pun?

Aha, itulah...Kak Ton ni clever. Very smart girl tau bab-bab buat kerja dan blogwalking at the same time. Uhuh, jangan nak komen kata Kak Ton curi tulang. Kang bersemuka kang, nak? Nak?

Opppsss.... Kak Ton minta diri dululah ya ~_^















Comments

  1. la.. sambung pula.. khusyuk baca tau.. haha...

    suami mmg tak kan faham knp wnita suka shopping... hehe... suami ai pun diam je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana, Maria. Cakap banyak pun tak guna. Ni bukan ikut resmi padi, ikut resmi apa pun tak tahulah. Lagi ditazkirah, lagi menjadi-jadi!

      Delete
  2. tu dia apa motif entry ni pun tak faham..mula2 cerita spm,,pastu dari cerita tak dpt pos kt geng meroyan,terus kisah shopping sorok2.mak ton memang kaya idea!haha

    itulah la sy pun perasan macam ramai juga yg menghilangka diri dan menyepi dari dunia blog dikala daku tengah meroyan dengan blog pulak tu.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, PK ni... Kata satu geng meroyan tapi masih tak faham-faham lagi isihati I nan jauh di KL ni. Mana pernah PK kita ada motif taip entri? Tak pernahkan.... Itulah baru tulis perenggan pertama, idea lain dah sampai masuk kepala. Itulah pasal macam-macam ada. Jangan jealouslah kalau tak dapat tulis panjang-panjang macam Kak Ton okey *_*

      Itulah, saya memang perasan ramai yang very the quiet low profile dok dendiam bawah bumbung rumah masing-masing. Apa hal ek?

      Takpa, PK. Awak meroyan jerk. Kalau orang tak datang, kita ni ada jerk datang mengendeng tanpa dijemput. Tapi bersabaq banyak-banyak no, akak mengomen tak ingat dunia dan tak ikut motif entri kadang-kadang. Hahaha!

      Delete
  3. khabar baik, alhamdulillah! (sambil angkat tangan, mengaku geng meroyan haha)

    berpeluh i nak baca surat rasmi kak ton ni smpai habiss ..fuhh (hilang segala kusut2 dlm kepala i ;p)

    err kak ton, apa kata, u belanja gambo blouse zalora tu kt entri seterusnya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Jangan kusut-kusutkan fikiran makmak yang memang kusut memanjang *_*

      Ini baru surat rasmi kalau tak rasmi lagi berpeluh dan masak ketiak dibuatnya, Syida. Hahaha... Alaaaa....baju tu ada kat tailor I suruh potong pendek lengan lepas tu I malas nak ambil. Sama juga alasannya ~ takda peluang nak melencong lepas balik kerja. Nampak tak motif saya tulis ni? .... nak beritahulah tu yang kita ni isteri mithali. Whoa hahaha....

      Delete
  4. Eh.. tetiba nak panggil kak ton plaks.. hehehe...
    Kene ada masa yang terluang nak baca entry MD ni..
    Kalau time2 sibuk, baca tajuk je.. nk komen merapu2 pun x blh.. hehehe..

    Kecewa jgk baca experience MD dgn pej pos. Huhu..

    Ira dulu rajin jgk beli brg online ni.. tapi skg ni da tak beli da..
    Betul la pempuan ni selalu beli benda yg x perlu kan..
    Ira pun sama.. sampaikan kene perli dgn en suami.. "yang ada tu pun tak penah pakai.." huhu... bkn x penah pakai, tp pakai skali jek.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama sebenarnya akak pegang title Kak Ton tu *_* Nak pakai Cik Bedah macam tak glamor pulak. Huahahaha.....

      Yalah, entri akak ni memang tak pernah pendek. Kalau pendek memang tuan blog ada masalah dalaman jiwa ragalah gamaknya ^_^

      Pejabat pos memang sentiasa sesak. Kalau ada masa tu okeylah. Ni hanya mengharapkan waktu lunchbreak je, haruslah tak sempat. Kalau tengok nombor tiket jauh sangat nak sampai, memang takdalah menunggu. Kesian kat geng meroyan yang menunggu macam buah durian tak jatuh dari pokoknya tau!

      Orang perempuan biasalah. Lepas tu membebel takda barang, takda barang. Padahal dalam rumah tu semua barang dia, kan, kan, kan *_*

      Delete
  5. MD..sebenonya MD tulis panjang2 ni nak cerita apa hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...Acik ni kan tak memahami jiwa 'muda' saya yang penuh dengan idea dalam kepala ni. Kah3x....

      Aduhai, dah dua orang tak faham apa motif entri ni! Lepas ni kena buat yang berilmiah sikitlah. Nanti MD nak jadi ustajah blog jap *_*

      Delete
    2. Hi hi saja je ..acik tau dah pesen MD menulis tu...sesekali kacau MD tak salah kan

      Delete
    3. Hahaha.... tak kisahlah Acik nak kacau ke, nak nyakat ke, nak usik ke. Saya tak kisah pun *_*

      Delete
  6. banyak nya idea MD ni kan dapat tulis sehingga panjang macam ni mesti banyak sngat nak luahkan bestnye akak baca dpt happy2 kejab disini ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea saya memang banyak. Itulah kadang-kadang tulis tak berhenti tapi orang tak faham. Baru tulis satu perenggan dah teringat cerita lain. Makanya bercampur aduk. Parah gak macam tu *_*

      Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi singgah sini ^_^

      Delete
  7. ok akak tertunggu cerita spm tak kuar lagi.. akak ulang balik ke atas cam tak jumpa.. takper akak paham...
    sapalah yang bertuah dapat sobeniertukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Pleaselah, Cho.... janganlah buat macam saya syok sendiri menulis *_* Hehehe.... sebenarnya saya teruja nak mengomen kat blog anak dara dan ex anak dara tu pasal result SPM. Takda hati pun nak cerita kenangan saya ambil result yang dah berpuluh tahun tu *_*

      Buat penat je Cho scroll up and down tapi tak jumpa cerita. Tolonglah jangan tanya saya apa motif entri ni. Hahaha, aduhai macamana nak berhenti gelak nih!

      Delete
  8. BAHAHAHAHAHAHAHAHA !!! Yang bold tu kenapa , yang bold tu kenapa kak. Eh pesen sorok barang tu memang sama. Takut kena marah punya pasal. Mihmihmih. Ala nak buat macam mana dah hobi seorang wanita ialah shopping. Tak dapat jelajah shopping mall. Kita jelajah la online shop. Ekekeke. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, buat-buat tak faham konon! Dah dia ajak lawan, pastu lempar batu sembunyi tangan pulak dah! Babat punggung tu kang baru tau *_*

      Pesen sorok menyorok baling belakang sembunyi barang tu telah berlaku agak lama, Nadia. Sejak kahwin sampailah ni. Keh3x. Setakat ni rahsia okeylah lagi walaupun dah arif sangat bapaknya perangai bibik sorang ni *_*

      Delete
  9. dah lama tak pergi AEON??? yolah tu.. 2 minggu tu kita bru jer kak woiiii.. lyn ni dah berbulan2 tak pergi ke AEON kak.

    Ermmm kena tazkirah pjg tak dgn HD?? hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang buat office mates akak jadi tension bila akak keluar statement 'dah lama I tak pergi.....' Mereka memang arif, lama tu mungkin maksudnya sehari, seminggu, sebulan gitu *_*

      Masa tu HD tengah sibuk buat apa ek, akak pun mencelahlah nak berterus-terang. Makanya HD tak kata apa. Akak siap kata kalau blouse tu tak cantik, akak nak pulangkan nanti dapat store credit akak cari barang HDlah *_* Nampak tak kebijaksanaan kita 'cucuk jarum' kat situ? Hahaha!

      Delete
  10. Perangai HD sebijik mcm my hubby... Lepas jumpa SV, mesti call bila nak balik... hahaha, pantang bini jauh sikit dari mata terus rindu rinduan... ekekkek

    Eh kak Ton... saya pun dah dekat 20 tahun ambil exam SPM... Adakah kita sebaya? Jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD tau saya akan sampai rumah pukul 5 petang kalau keluar office tepat pukul 4.30 petang. Itupun kalau traffice jam maha hebat dan saya lambat, dah mula dah cakap entah apa-apa!

      Eh, saya dengan HD ni tak tahulah kerana rindu-rinduaan ke apa! Hahaha....

      Kita tak sebaya, Nur. Nur lebih muda daripada saya. Saya ni tengah mengejar MakJilap. Hehehe.....

      Delete
  11. kabar baik...masih setia meroyan di sini.hehehe. brilliant betul tips berumahtangga dari kak Ton.akan ku kenang dan guna bila tiba masanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal, lepas beristirehat kat USS, silalah upkan lagi mood menulis. Kalau Sal tak menulis pasal bola, akak takda tempat nak melepaskan gelak di jiwa tau! Hahaha....

      Tips rumahtangga Kak Ton jangan diikut. Kalau ikut juga, bukan salah Kak Ton kalau berlaku apa-apa ya ^_^

      Delete
  12. Mak baca entri ni sambil berendam dalam air kolah hokay....sebab nak kekalkan tittle air mutlak huhu....

    Sebenarnya mak teringat jugak kat hadiah terpijak yg kak Ton janjikan dulu dulu tu tp segan nak tanya
    ....hihi... Ingatkan dah cancel mana tau ...
    Kak Ton kat BMC, area paling dekat, Pos Malaysia kat Bukit Dukung. Tepi highway jer, mai ar.... boleh kasi by hand yg mak punya habuan tu... Eh? Mak punya of kozzz ada kannnn....

    Alah....kan Kak Ton dah banyak kali bagi tau kalau shopping jer mesti lanting dlm bonet lepas tu campak dlm almari....so mak mmg dah boleh hafal hokay apa yg kak Ton nak cerita....

    Takut kena marah saja acu baju baru depan lakikan pas tu gedix gedix nak pancing ikan jaws haha....

    Tulah tu geng alamaya kita mmg makin sepi yek...mereka sebok kottt....kak Ton jangan pulak nak menyepi kang mak rindu tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah3x. Nak kekalkan air mutlaklah ya.... Kenapa Mak tak guna 4 kolah terus. Banyak sikit air mutlaknya!

      Mak, tak akan Mak tak tahu perangai Kak Ton? Bab pi pejabat pos tu Kak Ton memang lembap al pemalas sikit. Lagipun kat pejabat pos takda pretty boys macam retis K-pop yang Kak Ton boleh terkujat-kujat berdiri kat depan tu, Mak! Itu yang buat Kak Ton malas nak menunggu.

      Tapi, tapi, tapi, by today Kak Ton dah hantar hadiah semua yang beri alamat. Cuma Mak dan PK je Kak Ton belum pos. Kak Ton dok cari surat cinta Mak, tak jumpa letak mana. PK pulak Kak Ton tetiba rasa patut ke bagi itu sobenear, ke patut bagi untuk anak-anak dia je, ibunya tak payah. Hahaha....

      Yalah, Mak kan berjiran dengan Kak Ton. Memang dah biasa nampak peristiwa lanting campak belakang tu berlaku,kan...

      Hahaha...kalau rindu kenapa hari tu seminggu Kak Ton hilang Mak tak cari dalam whatsapp? Kecik hati Kak Ton tau!

      Delete
    2. eleh...... Sajalah tu cari pasal . Kang hantar WA, bukan dia layan pun, kang baik baik mak tgh klimak ber WA dan dan tulah nak melantak ke apa ....Nyampah mak tau!

      Delete
    3. Mak ni bukannya Kak Ton tak nak layan.... Kak Ton kalau kat pejabatkan super-E gegirl gitu titlenya. Buat kerja 9 dalam 1, Mak. Hahaha.... Hari tu Kak Ton lapar gila sebab buat kerja banyak tetiba, itu yang dapat keluar melantak, Kak Ton rasa terkinja-kinja sikit. Laaaa... yang Mak pun nak klimaks cari Kak Ton watpa? Eeeiiiiii....ni nanti kalau budak-budak baca, lain jadinya imagination dalam kepala tau!

      Ke Kak Ton yang lebih-lebih imagining things ni, Mak? Keh3x.

      Delete
  13. kami kalau nak bagi sobeneir ihiks
    kami order je, lepastu supplier tlg pos,
    cepat dan pantas...
    tapi sekarang dah lama tak bagi sebeneir kat kawan2
    dah eja pun tak betul,
    alamat lambat lagi lah kengkawan nak dapat
    sobener..
    haih, MD la ni ajar ngeja salah..

    sekali sekala datang, tergurau dengan MD pulak
    jangan marah eh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh...untungnya pakai supplier bagai! Saya ni dahlah bab-bab mengepos barang ni ada al lembap sikit. Bab pi pejabat pos lagilah malas. Asal pergi je orang ramai. Asal kita terpacak je, orang ramai! Nyampah tau. Tabur janji akhir Dec, baru la ni dapat tunaikan janji. Sebab itulah tak boleh berjanji selalu. Keh3x.

      Eh, tak marahlah! Nak gurau ke, nak mengusik ke, nak mengumpat ke, tak kisah! Yang penting kita happy. Hahaha!

      Delete
  14. Ai kak ton.. kalau kak ton maksudkan salah seorang yang tak aktif berblog sejak kebelakangan ini tu saya, maka Kak Ton silalah fahami tahap kesibukan dan kekalutan adikmu ni.. haha.. tertekan dengan pentadbir pun ada. Tak nak mengeluh panjang, dipendekkan cerita kena lebih bagi tumpuan kepada kerjalah sekarang ni. Namapun makan gaji.. kalau bini orang kaya, dah lama saya berenti dan buka kafe idaman.. haha.. angan masih ada..

    Hai Kak Ton ni. Kalau nak sorok biar sorok terus, ini nak pulak bagitahu kat HD ya.. saja lah tu..

    Ooo.. belum pos ya. Haha. Saya ingatkan dah dapat orang lain...saya kan kata tak nak jadi xdalah utk saya.. rupanya blm ada keswmpatan nak poskan ya. Dengan tak aktif sekarang ni.. bw atau menulis lagila tak perlu MD bagi saya ya.. bagi je pada geng meroyan yang baharu..

    Betul, bak kata Okje.. Kak Ton jangan menyepi. Ramai yang rindu nanti. Saya baca gak blog ni kadang2.. nak komen je agak malas sebab kekangan masa dan macam2.. penghibur ni tau bila dgr MD membebel dan menjana otak fikir apala motif sebenar yang ditulis.. haham..jangan marah.. nati cepat tua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, AN pun salah seorang yang kurang 'menyerlah' tahun ni (dah macam rancangan mencari bintang pulak....) Tapi okeylah kita faham sebab awak tu cikgu. Banyak tanggungjawab nak diselesaikan di alam nyata. No to say kita takda tanggungjawab, tapi tanggungjawab kita biasa diarrange ikut time table lagi. Hehehe....

      Adakalanya, tetiba Kak Ton terasa nak berterus-terang pada suami. Itulah yang terjadi. Yalah, Kak Ton ni bukan jahat mana pun. Setakat curi-curi membeli je pun. Hahaha!

      Laaaa... AN, saya ni memang bab malaslah senang cerita kalau bercakap pasal pejabat pos ni. Lagipun kalau saya jejak je, mesti penuh. La ni kena pi during lunch time, lagilah haru. Memang peak hourskan....

      Eh, AN punya sobenear dah hantar dah! Maybe by this week sampailah. Harap sudilah terima dengan lapang dada.

      Hahaha...make the otak rest, memang takda motif selalunya saya ni menulis. Makanya, tak payahlah sampai berkerut dahi dok fikir apa yang saya nak sampaikan dalam blog. Hihihi....

      Delete
    2. Oic dah penuh reply komen kat sini.. saja jenguk setengah jam yang lalu macam xda reply lagi.. nak contohi MD la.. bijak bahagikan masa ni.. bila la mood berblog saya nak datang kembali.. huhu.. xpe, baca jelah blog2 orang lain sementara ni.. kan..

      Aip, ada juga tuk saya ya.. ai.. terima kasihla ya. Segan ni.. ai.. permisi dulu ya buk.

      Delete
    3. sebab ayat komen Kak Ton ni terus saya dapat idea nak menulis entry baru. haha, nak berterima kasih ke Kak Ton ni..
      Aci tak nak doakan sekali, pentadbir yang hebat2 ni moga cepat naik pangkat dan pindah sekolah?? haha

      Delete
    4. Hahaha... ni memang tertib saya bila ngadap blog. Kalau bolehlah ya, komen didahulukan lepas tu baru taip entri. Saya ni taip laju, sama laju dengan idea dalam kepala so takda masalah kat situ *_* Cumanya adakala entri keluar cepat, adakala lambat, adakalanya tak keluar langsung. Bila terjadi macam itu bukannya kerana saya takda idea nak tulis apa, tapi saya memang betul-betul sibuk dengan kerja. Selalu juga berazam nak siapkan entri malam-malam buta selepas selesai segala kerja rumah tapi selalu juga saya terbongkang lepas penat siapkan hal-hal rumahtangga. Hahaha....

      Kita doakan yang baik-baik untuk merekakan, tak salah ler.... Bukan kita suruh mereka kena pindah ke apa. Kita suruh mereka cepat naik pangkat (dan blah). Hahaha!

      By the way, tips macam ni tak payahlah ikut setulus hati. Naya nanti Kak Ton ajar tips sesat barat ^_^

      Delete
  15. Hahaha... kesian makcik! Nasib baik tak kena 'bahan' dengan makcik bila makcik naik darah. Yang makcik pi tulus hati ikut sampai belakang lemari buat apa? Makcik gunalah short cut! Hahaha.....

    ReplyDelete
  16. Hahahahahah. akak mention nani anak daraaa nampak macam muda belia gituu. Wahaaaa :P ehh nani pon dulu sokmo beli barang sorok sorok. sebab kang kalau abah tanya pasal harga memang haruu sungguh nak menjawabnyaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak tak mention anak dara, akak nak refer Nani tu as what? Cuba beritahu sikit. Hahaha....

      Tak sangka alahai.... ingatkan perempuan dah kahwin je takut laki, rupanya ada juga perempuan yang takut bapaknya skodeng apa yang dibeli. Nani, ni akak ajar. Lenkali kalau bapak tanya harga, cakaplah tetiba jerk lupa sebab dah lama beli. Itu tips akak kalau HD tanya harga. Sebab akak rajin sorok barang, makanya bolehlah pakai alasan tetiba kena alzheimer tu. Asal tanya harga je, lupa. Kalau tak tanya, dia ingat berapa harga!

      Delete
  17. Walaupun entry ni panjang... tpai cerita pasal tunjukkan blouse yg beli senyap2 tu mcm tak habis je. Jadi apa HD kata lepas tgk satu dmeia satu beg plastik yg keluar drpd almari ajaib tu? Hehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La.... ni je yang kata entri panjang ni tergantung tau! Kalau I sambung sikit lagi Lyd, haruslah semua yang membacanya give up terus. Sampai perenggan pertama dah give uplah sebab skrol atas, skrol bawah, tak juga jumpa apa yang dicari *_*

      Almari ajaib tu telah berfungsi lama. Makanya HD sebenarnya takdalah heran mana pun bila tetiba keluar statement 'Dear, dear! Sebenarnya I ada something to tell...blahblahblah'.....

      Delete
  18. sudahnya hd kata apa kak ton ?
    cer tunjuk blouse tu, nak juga nengoknya, boleh :)
    oooo begitu kesahnya..
    xpa lah kak ton..
    nak buat cmno..

    aeon big wangsa maju dah byk berubah.makin hari makin berkurang aje ntah bila siap sepenuhnya pon x tau le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cari time paling pendek untuk berchitchat dengan HD. Barulah tak kena marah. Padahal dah banyak kali buat perkara yang sama makanya, HD pun dah 'arif' bab-bab sembunyi baling belakang almari tu. Dah tak terkata nak ditazkirahkan, CikSu.... *_*

      Yalah, hari tu saya pi Orchid Bistro tengok semua pun dah bertutup, renovate bagai. Macam tak best jerk pulak!

      Delete
  19. Bermacam cerita dalam satu entry. Memang meroyan betul ni...hahaha...Tapi kan, bab membeli pastu sorok² tu kita pon buat ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adat suami-isteri. Tak nak berperang mulut katanya. Makanya paling mudah, sembunyi baling belakang ler....

      I kan kalau tak tulis 10 cerita dalam satu entri, memang tak sah tau. Hahaha....

      Delete
  20. Part nak menunggu tu memang hazabedah rasanya.. memang tak arr.. banyak kerja lain lagi menunggu, tapi kalau tak buat, orang tertunggu2 pulak kan..
    Part beli barang, dah beli dulu baru cite dengan en. suami.. sebab selalu macam tu pun.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, samalah kita! Bab menunggu lama tu memang tak suka. Tapi adakalanya tabahkan juga hati ni bila kena part menunggu suami sendiri. Hahaha...

      Agaknya memang semua orang perempuan berkahwin ni begini perangainya. Bukan apa, kita cuma nak mengekalkan keharmonian rumahtangga, ya tak? Pasal beli barang pun nak bertengkar, apa kes. Haruslah sembunyikan. Hahaha....

      Delete
  21. title geng meroyan, tapi entry dari spm sampai ke blouse pun ada
    pening nak paham ni kak ton wei
    mujur dah tahu trademark...hehe

    beli sorok-sorok tu memang kelakarlah
    ada juga buat, tapi kantoilah...tak pandai nak sorok
    dengarlah ceramah free lepas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata nak berbesan, tak akanlah tak faham lagi perangai bakal besan. Kena bersabar kalau masa majlis nanti, orang sibuk nak memetik bunga di taman larangan, kita sibuk membebel dari A sampai Z, yang takda kena mengena dengan majlis tu ya *_*

      Saya bab sorok barang ni hebat, YY. Maklumlah dah lama amalkan. Lepas tu dengan rasa tak berapa bersalah terus terang kat suami dengan kaedah yang paling tak teruja gitu. Hahaha....

      Delete
  22. ni mesti md beli guna kad plastik hd . tu sbb main sorok memanjang . heheheee ... saya harap klu dpt suami nanti biarlah yg sporting sbb saya suka shopping dan x suka org yg berkira dgn rm ni ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Saya takda kad plastik. Kalau berbelanja mesti guna duit gaji sendiri. Tak pakai pun duit HD. Kalau pakai duit suami, lagilah banyak soalnya nanti *_*

      Delete
  23. bila cerita bab cinta monyet ni , saya pun ada juga . org plg popular n handsome merangkap ketua pengawas lagi . hebat tak kak ton ? perghhh ... hahahaaa . dr zmn sekolah lagi dah ramai peminat tapi sampai la ni jodoh x mai juga ... waaaa ... cerita pasal sekolah agama lak , saya dulu memang muka dtg lambat tau . masa tu darjah enam . sebelah pagi lak sekolah menengah . bila dah balik dr sek menengah , rasa malas je nak ke sekolah agama . letih tau nak kayuh basikal tu di tengan terik mentari . pastu bila masuk lambat , my ustaz gelarkan saya mak datin . aminkan je ko ... manalah tahu , masin mulut ustaz tu dapat kawin datuk kan ... bhahahaaa ... perah santan lenjan habis ni .... silalah jeles ekkk ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... hebat, hebat si Vee ni! Kat mana lagi nak perasan hebat kalau tak kat sini, Vee? Saya tak kisah. Nak rasa hebat ke, nak perasan lebih ke, cerita ajelah. Saya tukang sorak je. Kutuk tiada.... *_*

      Manalah tau jadi kenyataan. Kalau jadi mak datin nanti, janganlah lupa kat kawan alam maya yang sorang ni. Kalau kita nak jadi datin, memang kena beli title dato' tu dah suami den bukan warganegara pun *_*

      Delete

Post a Comment