Bubbly Abang

Salam kawan-kawan!

Bersiaran sekali lagi di penghujung-penghujung minggu yang penuh ceria ni ~_^

Errr... Cik! Cik! Cik! Minta maaf ya! Kat sini takda entri berilmiah. Salah parking ni, Cik! Kalau nak bahan berilmiah, kena pi Perpustakaan Negara nama diberi *_*

Alkisah.... (dah masuk intro dah ni....tekan pedal minyak kuat sikit ek...kena laju kalau tidak sampai tertidur depan komputer pun tak habis cerita, ya tak Mak?) kalau rajin mengikuti I membebel sejak dulu, memang tahulah betapa my eldest son, si Bubbly Abang dan Mommy divanya ni amatlah rapat. Mommy ni macam penasihat rakan sebayalah. Apa-apa pun memang nak melepek kat Mommy mengadu. Nama aje anak lelaki tapi manjanya alahai....

Masa tu anak baru satu, memang terasa indahnya dunia melayan keletah anak. Bila dah masuk dua, quadruple terus keindahan dunia I sebagai ibu ni tau. Bestnya ada anak-anak di sekeliling kita, betul tak?

Masa Abang kecil dulu (ala-ala sebaya Adik Cute) memang dia pun rajin berceloteh. Well, tak payah susah-susah tunding jari mulus tu kat I, I taulah you all nak kata 'Itu tentulah ikut gene Mommynya, MD.......' Yes, you are right! 100% right, I tak mahu nafikan pun!

Walaupun my darling va-va-voom kedua-duanya lelaki, petes berbicara dan berceloteh memang saling tak tumpah macam Mommynya. Oh, just imaginelah kalau I ada anak perempuan! Memang kecohlah rumah. HD haruslah kena banyak berdiam dan bersabar dapat isteri dan anak-anak yang 2 x 5 kecohnya ~_^ Sorang bercakap, semua pun nak bercakap! Senada aje bunyi melantun balik dek dinding rumah. Bingit tau....

MD ni nak cerita apa sebenarnya.....~_^

Oh, ya! Kita nak cerita pasal my eldest sonkan! Laju pulak tekan minyak sampai salah masuk simpang ~_^



Bubbly Abang ni lembut hatinya. Sebelum pandai 'jawab balik', memang Abang more to Mommy punya perangai. Bak kata I, dialah teman mengarang ending drama Korea sebelum ni. La ni, memang jangan haraplah. Dia  tengah sibuk dengar lagu-lagu antarabangsa katanya!

Abang sayang bangat kat Mommy. Bagi Abang, dunianya hanya ada Mommy. Apa Mommy 'sha-kap' (loghat Abang masa kecil dulu sebaya Adik untuk 'cakap')  semua dia percaya. Makanya I ni pulak memang kuat menyakat. Itu yang selalu buat drama, sakat anak sampai menangis. 

La ni dengan Adik Cute, drama-drama air mata tak jalan. Kalau kita buat aksi air mata, Adik tak nangis, kita juga akhirnya yang menangis. Si Adik, kental okey hatinya. Kejam pun ya bab-bab nak buat Mommy termenangis dek perbuatan sendiri! Memang jauh beza sikap mereka dua beradik ni. Maybelah betul kata orang, anak nombor dua lebih independent, lebih kental, lebih strong jiwa raganya....

Masa Abang kecil dulu (masa zaman tadikalah...) I selalu 'takutkan' dia dengan satu cerita. Kalau Abang nakal terlebih aje, inilah cerita yang paling menyeramkan baginya. 

I kata... kat KL ni ada sekolah lelaki untuk budak-budak nakal. Budak-budak yang terlalu nakal, memang kena hantar ke sini. Sama ada ibubapa serahkan mereka pada cikgu kat sekolah tu ataupun mereka kena tangkap bila polis dapat komplen yang mereka nakal di rumah. Hantar ke sini pun bukan apa, sebab nak memulihkan sikap mereka. Supaya mereka jadi baik semula bila balik rumah.

Biasanya berapa lama Mommy nak baik semula?

Paling sikit pun setahun. Maknanya katalah raya tahun ni kena hantar, raya tahun depan baru dapat balik rumah. Itupun kalau baiklah!

(Terdiam berfikir si Abang ni penuh serius....)

Habis tu kalau tak baik juga jadi apa?

Tinggallah sampai besar kat sekolah tu. Semua kena buat sendiri. Nak makan, nak mandi, nak belajar ke, nak jadi jahat lagi ke... semua tanggung sendiri! Lepas tu time makan, takda nak layan lebih-lebih. Kalau bagi ikan, makanlah ikan. Kalau bagi sayur, makan sayur. Tak makan memang kena pukul dengan rotan besar macam ni, Abang.... Air pun tak boleh pilih. Plain water jerk. Nasib baik, dapat air teh ke, air kopi ke... (sah-sah dia tak minum teh dan kopi...)

MommyDaddy boleh datang?

Oh, no.. .tak boleh! Duduk kat sana sorang-sorang. Kalau MommyDaddy datang, nak ikut balik pulak!

Tetiba merah dah hidung, dah sendu-sendu sedih....

Abang tak nak pergi sekolah budak nakal tu...

Kalau taknak, behave yourself. Dengar kata MommyDaddy. Asal dengar kata jerk, memang tak perlu pergi sana!

So bila dia nakal terlebih jer masa tu, I tak payah susah hati nak marah. I cakap je macam ni...

Abang, pergi pilih baju apa nak bawa. Beg mana nak bawa pi sekolah budak nakal tu. Nanti Mommy suruh Daddy call cikgu set time pukul berapa nak hantar Abang!

Alah... Mommy tak nak pergi! (kembang kuncup hidung nak nangis...)

Nak pergi pagi ke petang? Kalau petang, kita pi lunch dulu kat luar!


Taknak, Mommy.... tak nak pergi!

Tak boleh! Abang tak nak dengar cakap Mommykan! Mommy dah cakap banyak kali benda yang sama! Degilkan... tak boleh buat apalah! Dear, you call sekolah tu tanya pukul berapa boleh hantar anak kat sana!

Makanya menangis hibalah si anak ni.... Mommy sedih sebenarnya bila tengok anak menangis tapikan suka betul menyakat anak sendiri!

La ni dah besar, takdalah dia hairan pun. Dia pun tahu Mommy ni auta jerk lebih ~_^ Kalau marah pun, lepas tu pujuk hug-hug sambil merembes air mata dok kata,  

Sorry sayang! Maafkan Mommy ya! Mommy sorry sangat marahkan Abang! Abang maafkan Mommy ya! Mommy mana boleh hidup kalau Abang takda kat depan mata Mommy! Matilah Mommy nanti! Sayang Mommy lagi tak? 

Terus angguk kepala sambil hug Mommy balik ~_^ Happy ending.

Selalunya memang begitulah dengan si Abang ni dulu-dulu. Kalau buat gaya begini dengan Adik, silalah siapkan tisu serap airmata. Memang melolong sorang-soranglah nampak gayanya, dia peduli apa Mommy nak gertak ke, nangis ke....sukahati Mommylah!

Sekarang ni bila Adik nakal  terlebih tiba-tiba jer I dengar Abang kata,

Adik ni nakallah! Berapa kali cakap pun tak nak dengar. Abang hantar Adik pergi sekolah budak nakal, nak tak? Padanlah Adik duduk kat situ sorang-sorang. Dah baik nanti baru balik rumah!

Oh, ho..... ada copycat rupanya.... 

P.S. Terima kasih buat pencetus gelak ketawa, Cik Hainom (oh, nak tergigit lidah bila bersopan macam ni...) dan juga rakan lama yang dirindui ala busyuk-busyuk manja, Cik Kesuma Angsana (hakikat hakikinya mereka berdua mak-mak budak ya, bukan cik lagi patutnya~ sila jangan terpedaya dengan tipu muslihat depa ~_^) yang sudi mengorbankan masa berharga yang sentiasa tak cukup demi melakar sebuah entri appreciation buat Kak Ton aka Kak Diba (baca: Kak Diva, nama baru I, you ....) Sungguh Kak Ton terasa di awang-awangan macam kena sembur dengan air dari jentera bomba jerk  hari ni tau ~_^ I lap you berdua and of course, of course, of course the rest of my kawan-kawan yang rajin singgah sini merapu bersama-sama I dalam komen yerk *_*

Comments

  1. Betullah kata orang (kambing atau itik atau apa-apa haiwan mana boleh berkata-kata, kan?), anak-anak itu ibarat kain putih. Ibubapa yang mencorakkan mereka. Mereka juga bagai pita perakam. Apa kita sebut, mudah sahaja mereka mengikut... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, Kakcik. Kadang tu kita bercakap bukan serius mana tapi anak-anak sekali dengar dah menangkap terus masuk dalam kepala. Kena jaga-jaga. Anak-anak sekarang lagilah bijak berbanding zaman kita dulu-dulu.

      Delete
  2. saya pun selalu menyesal lepas marah anak..huhu.ank no 2 saya pun sama lebih independent..bukan nak heran pun klu kita gertak ke nangis ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu gitukan... sebab kita rasa macam masa tu pendek sangat dengan anak. Tau-tau mereka dah besar. Bila lepas marah tu mulalah menyesal kerana masa sedikit yang kita ada tu digunakan pulak untuk marah-marah anak!

      My no.2 ni memang tak main gertak tapi kalau saya start jerit macam bini tarzan, dia memang pecut lari belakang Daddynya *_*

      Delete
  3. Bila abang pula yang bagi kata kata hikmat dekat adik supaya adik behave. Hahahaha. Memang betul kopipes Mommy ni. Yang berbeza cuma jantina je. Yang menjadi persoalan sekarang ni , adik rasa takut ke ? Adik rasa terancam ke ? Urm. Macam dia buat dono je abang dia cakap apa. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dengan anak-anak kecil kena berhati-hati bila bercakap. Silap haribulan, apa kita cakap digunakan balik pada kita. Tips tu bila ada anak nanti, Nadia ^_^

      Adik mana ada rasa seriau ke, ngeri ke bila kena gertak! Tapi kalau akak jerit, kadang-kadang dia jadi takut. Makanya lintang pukang lari sembunyi belakang apa yang dapat *_*

      Delete
  4. As salam MD.. bru smpat singgah sini.. nk bw skarang punyalah suntuk msa.. bw kt hp myeksakan... taip2 komen.. nk publish... hp jenggggg ... haha..

    Btul tu MD lain ank lain ragam.. ibubapa kna hadap setiap peel ank2 tu. Asya y sorang ni poM mcm2 peseng..

    Haha.. psl nk htr sek nakal tu..lya pom usik gitu kt asya..siap ambk bju ktk dlm beg lg... Gtau nk htr asrama bdk2 notty.. huhh.. bila smpai dh nngis2.. tsentuh jgk dilubuk hati. Tp ye lah.. kna kental sikit dlm mdidik ank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kira orang yang blogwalking dan komen guna hp ni memang tabahlah, Lya *_* Akak tak pernah bw dan komen guna hp sebabnya tau ajelah. Dengan rabun, dengan menulis takda fullstop ada kang lain jadinya....

      Memang nampak sangat perbezaan sikap mereka dua beradik ni. Adik tu walaupun lasak dan berani tapi adakalanya boleh jadi penakut. Abang pulak memanglah kurang keberaniaan dalam satu-satu hal dan hati pun lembut sikit berbanding Adik.

      Dululah Lya...selalu takut-takutkan si Abang ni tapi sekarang dia dah tak kisah. Adik pulak memang tak jalan bab-bab ugutan ni. Dia buat derk aje....

      Delete
  5. hahak, si abang ni memang kelakar
    nye copy ayat mummy dia kat adik :)

    lepas tu adik dia takut tak?
    ke dia buat tak heran jer..

    seronok baca kerenah anak-anak MD
    comel-comel mereka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik mana ada takut kena gertak. Macam biasalah dia buat dunno aje, buat muka selamba. Lagipun dia bukan tahu sekolah budak nakal tu apa ke bendanya. Hahaha...

      Kalau mereka elok perangai, okeylah suasana di rumah. Kalau tidak, memang haru-biru hidup Mommynya ni melayan sampai pening-pening :)

      Delete
  6. Bukan hanya pandai mengarang telenovela dalam blog,nak takutkan snack pun cukup pandai temberang.hahaha..sy pandai marahkan je,nak sakat anak tak berapa ada skill.Abah depa mmg suka menyakat. Aiman dulu selalu Abah dia Kata konon yg dia tu anak angkat, anak tong sampah..selalu minta dia ambik beg, Abah nak hantar kt tong sampah..anak tong sampah kan!hahaha..

    anak no dua ni mmg kental sikit..tp skang cik pia dah mula sensitif.Abah tinggi suara sikit terus nangis Cari nenen.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...terserlah satu lagi bakat terpendam. Saja pun nak bagi orang tau *_*

      Dulu-dulu suka sakat si Abang ni sampailah menangis. Lepas tu seronok pulak memujuknya. Memang sejenis penyakit nih tau :D Dengan si Adik tak jalan taktik macam ni. Haruslah kalau buat kita yang menangis balik nanti!

      Mungkin betullah, PK. Berbanding dengan Abang, Adik memang kental sungguh jiwa raganya. Time nak mengada-ngada jerk dia jadi cembeng sekejap. Kalau tidak, aduhai...

      Delete
  7. Kalau ikut pemerhatian kakak dari entri-entri MD nampak abang memang jenis lembut hati berbanding adik yg lebih strong. Itu yg abang konon nak copy ayat mommy tapi tak ada kesan buat adik. Mahu dia jeling ajelah jawabnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, kak. Abang ni lembut sikit. Kuat nangis pun ya juga. Si Adik memang jenis melawan. Kalau kita usik tengoklah angin pus-pus dia datang nak fight back. Kalau kalah barulah nak menangis hiba kononnya. Dipujuk taknak juga...

      Delete
  8. Anak sulung mmg camtu kot.. lembut hatinya..
    Aimy kalau kene marah atau ckp ibu sedih tau kakak buat mcm ni..
    meleleh air mata dia minta maaf.
    Hehe..kita pulak nk nangis sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan Abang. Kalau kita cerita sedih sikit jerk, dia dulu merah hidung, sedih-sedih muka nak menangis. Kalau setakat si Adik tu, langsung tak peduli. Nak nangis, nangislah, takda pun dia nak kisah!

      Delete
  9. Oh, ingatkan saya aje yang suka sakat anak sampai menangis.... Rupa-rupanya ada juga geng mak-mak brutal yerk :)

    Saya tengok si Abang ni kalau kita cakap lembut, memang tak dengar katalah. Kalau dimarah selalu nanti lain jadinya pulak. So, saya pun sakatlah sampai menangis. Dek kerana sayang Mommy banyak, makanya apa yang Mommy auta pun dia percaya bulat-bulat *_*

    Penyakit tu kan....sakat anak sampai menangis lepas tu puas hati sangat bila dapat pujuk dan anak tunjuk kasih sayang melimpah ruah balik kat kita. Hahaha!

    ReplyDelete
  10. hahaha..comel lah Abang ni.boleh bayangkan dia bercerita apa jadi kat sekolah kat Daddy.confirm kawan tu pening nak layan..kesian dia kecik-kecik kena auta ngan Mummy ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau sakat anak ni, Sal. Nantilah insya Allah, Sal pun dapat merasanya suatu hari nanti. Tapi tipsnya kenalah pilih 'anak emak'. Kalau 'anak bapak' ni dia buat tak peduli aje. Auta lah macamana sekali pun, takda dihairankannya pun!

      Delete
  11. U turn balik....tadi tak sempat nak komen....
    Abang kan mmg anak mommy, cengeng, ciwek pun mcm mommy kannnn...anak sulung katanya kasi chance le mommy bolot semua hihi.....

    Anak no 2 biasanya kebih berdikari kot tu yg kering sikit hatinya. Nasiblah mommyyyy....layan jerlah.

    Yelah....yelah kak Ton, sama sama....
    Tulah ....mak pelik tau kalau tetiba Kak Ton jadi baik cenggini, puji pun bukan main sopan lagi. Selalunya bukan kalau puji , asyik menghentam mak jer ke?...mak jadi risau tau kak Ton...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tau takpa. So, ni nak tanya, si SA tu ikut emak ke ikut bapaknya? Huhuhu....

      Kalau ikut emak, confirmlah jenis sikit-sikit nak menangis. Spesies cengeng tak ingat dunia sebenarkan....

      Eleh, Kak Ton ni memang nasiblah, selalu jadi buah mulut Mak. Jadi bahan umpatan. Buat baik salah, buat jahat lagilah salah :(

      Delete
  12. Amboiii MD. Kalau menyakat anak bukan main lagi kan. Cerita tu macam gempak jer. Sian bubbly abang...hehehe...Tapi kita sebagai mak ni memang kekadang suka bercerita benda² yang menakutkan supaya si anak tu dengar cakap mak dia ni ha. Tapi sebenarnya propa jer lebih ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi gempak lagi bagus. Lagilah dia takut. Masa tu kita pun teruja jer tengok anak takut-takut perkara jadi kenyataan. Padahal auta jer lebih :)

      Delete
  13. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. nk komen pjg2 mmg x sempat dah, byk lagi umah nak KA ziarah ni mD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, KA....

      Dapat singgah kejap titip komen mahupun baca sekilas lalu pun dah syukur banyak-banyak, KA. Terima kasih kerana selalu mengingati saya. Muah ciked!

      Eh, eh, gelinya alahai pulak! Macam budak-budak ~_^

      Delete
  14. Bila MD cerita bab anak-anak ni , teringat pulak akak CH kata2 seorang doktor pada akak CH.. Awak tengok jari awak yg ada lima tu.. berbeza-beza tak.. begitulah anak-anak .. masa tu akak nak bersalin Nabil.. masa dtg tu utk chek-up minggu.. tengok2 dah buka 2 cm.. akak minta balik rumah dulu sebab melihat 2 orang anak akak tu lewat sikit nak bersalin.. doktor tak kasi akak balik dia kata anak2 berbeza-beza.. betul rupanya kata doktor tu.. esoknya akak bersalin.. sekarang ni perangai tiap satu tu memang berbeza-beza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, CH. Setiap anak memang berbeza. Macam saya ni ada 10 adik beradik, tak seorang pun sama perangainya. Memang pengsan emak saya nak melayan kerenah semua anak-anaknya!

      Saya yang ada dua anak ni pun dapat peluang melihat perbezaan sikap anak-anak walaupun dari ibubapa yang sama. Seronokkan jadinya melayan perbezaan mereka tapi ada kalanya boleh nak gila juga. Hahaha...

      Delete
  15. Cepat komennya sebab saya dah baca entry ni hari tu, masa tu tak sempat mengomen..
    Alhamdulillah, Abang ni nampaknya membesar dengan baik.. budak lelaki memang patut lebih rapat dengan ibu di usia sek rendah.. dah masuk ke sekolah men kalau makin rapat dengan ayah pula tu normal, jadi kita kena sedia ya..haha.. risau lak saya tetiba.. kang naim nazif kurang rapat dengan saya pulak nanti dah besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah pandai komplen pasal sikap Daddynya, AN. Pening saya nak menjelaskan perbezaan antara ibu dan bapa. Yalah, lelaki ni silapnya ego sangat. Tak mahu tunjuk kasih-sayang berlebihan pada anak. Kalau anak lelaki, nak anak tu kuat dan tak cengeng. Kalau anak perempuan macamana layanannya tak tahulah saya sebab saya takda anak perempuankan...

      Delete
  16. suka menyakat mommynya...agaknya dulu dia anak bongsu, tak de sapa yg menyakat, semua orang sayang, haha.
    kesian lak dengar jawapan bubbly abang...tapi dalam masa yg sama...akan sentiasa well-behaved. sabo ajalah MD ni..

    p.s dah tengok telur sotong kat entry saya? kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya memang terkenal dengan sikap mengada-ngada, minta perhatian memanjang masa kecil ~_^ Dengan anak, tak bolehlah mengada-ngada pulak. Bab minta perhatian tu inilah caranya... menyakat. Hahaha!

      Saya teruklah, memang selalu sakat si Abang ni sampai merah-merah mata menangis sedih. Dah puas tengok anak menangis, barulah pujuk busyuk-busyuk manja sayang Mommylah kononnya....

      P.S. Dah, dah....keluar jer entri terus baca *_*

      Delete
  17. Ha3x.....nak gelak ada...nak nangis pun ye...yelah MD..anak sulung mmg manja n ank no 2 berdikari...tapi angah kat rumah ni boleh thn bintang airmata jugak......ank ke 3 kata org penyayang tapi agak lasak....he3x....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak lagilah ramai anak ya. Mesti pening tengok kerenah setiap anak. Tapi itulah yang membuatkan kita bahagia dan rindu bila mereka takda. Saya belum sampai fasa kena tinggalkan si anak makanya belum faham perasaan rindu itu.... Nanti bila mereka berdua dah besar, barulah rindu-rinduan tu datang menggebu macam akak :)

      Delete
  18. Ohoho.. Kalau lah LM boleh buat ayat tu utk syafiq amatlah bertuah. Syafiq mcm si adik. Tak heran dia ayat ugut ke apa ke. Sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, LM... si Syafiq anak LM ni sebaya Adik Cute kan? Memang kalau dah sama tahun tu, samalah perangai kot. Kerek memanjang... Hahaha....

      Delete
  19. hahahha.. anak sulung mmg manja kan. dulu2 akak takutkan dia.. skrg ni dia tak heran pun kak.. maklumlah dia tau mummy dia auta lebih..
    budak2 zaman skrg advanced dia kemain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang memang manja dengan akak ni. Si Adik pun sekarang dah start bermanja-manja lebih-lebih dengan Mommynya. Kalau dulu, Adik nampak Daddy je. Mommy time nak mandi, nak susu, nak makan, barulah teringat!

      Delete
  20. sungguh kuat daya ingatan abg tu . dan tahulah dia bhw mommymy byk main trick ... heheheee ... bagus gak bila si abg blh tegur dan ugut adik lagu tu . blh la MD harapkan dia jaga adiknya ... selalunya ank kedua suka buat hal sendiri . tapi adik tu anak ke2 merangkap bungsu . sepatutnya ikut bontot mommy je . anak sulung mmg rapat dgn ibu sbb sblm adik muncul , dia cuma ada ibu je . jadi dia mudah terasa hati klu tetiba ibunya x layan dia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak main lagi trick, sakat menyakat, auta lelebih ni. Silap haribulan kita yang kena balik :)
      Si Adik Cute ni Vee mana makan saman. Cakaplah apa pun, dia buat derk aje. Sekarang dua-dua dah nak bermanja dengan Mommy tapi si Adik kalau kita tinggi suara sikit, mulalah merajuk - Tak nak kawan Mommy lagi!

      Pujuklah macam nak rak, dia tetap pendirian budak kecil nih *_*

      Delete

Post a Comment