Marilah kita merapu ^_^

Salam kawan-kawan!

Hola! Hola! Yeah ha.....

Errkk... tetiba jalan mengereng macam fatty crab ni apsal MD?

Takkanlah tak tahu! 

Small things always make me happier than yesterday ~_^ 

Hari ini hari Khamis. Esok Hari Jumaat. Lusa dah hari apa? Of courselah hari cuti hujung minggu. Makanya hormon ceria-ness dalam badan I teroverdose pengeluarannya ~_^ 

Kata my kakak, sejak dah pencen ni hari pun boleh jadi lupa. Tua betul nampaknya. Tapi my kakak tak tahu bahawasanya simptom 'lupa hari ni hari apa' bukan berlaku pada golongan yang dah pencen ataupun orangtua je. Mak-mak yang nak menuju ke laluan utama pentas lapliplaplip kilauan emas (ngaku ajelah senang~macam saya) pun ada simptom disease ni juga! Macam Dik MD ni (jangan sentap Sal.... kitakan sebaya *_*) ~_^

Asal sampai je hari Rabu, tentu I dok tanya orang keliling sama ada hari itu hari Rabu ke atau Khamis. Yang selalu kena tanya of course si Bubbly Abang sebabnya I nak menyusun buku ikut time table. Namun sehingga kini, belum pernah lagi I tersilap susun buku ikut hari yang salah. Kalau tidak, dah tentu Abang merajuk dengan Mommynya ~_^ Bak kata Adik Cute ~ "Apalah Mommy ni, benda senang pun tak tahu ke?" (Oh, sakit jerk hati Mommy dengar tau, Dik....)

And I selalu jerk terbabas dan terlupakan hari Khamis padahal Khamis malam Jumaat tukan penting! Huahahaha.... Apa gelak-gelak? Faham ke? Bukan main besar lagi buka mulut ya. Nampak semua sisa makanan celah gigi pulak tu. Kalau benda macam ni, suka betul alahai hati; macam kena geletek jerk kekdahnya~_^

Dah, dah, dah! Be serious! Kita tengah berceritera ni... kang tak habis telefilem garapan kak MD ni....

Walaupun ada Monday blues kata omputih, I sebenarnya takda masalah pun dengan hari Isnin. Kalau nak ber'blues' hari apa pun boleh. Setakat terjun tiruk dari katil sebab tak dengar alarm berbunyi dan terlebih episod mimpi hantu tu, bukan hanya berlaku pada hari Isnin sahaja. Anytime pun boleh....

Tapi entah kenapa asal tiba aje Rabu, teruslah hati berbunga-bunga mekar macam kena panahan asmara cinta monyet. Terujanya melampau-lampau padahal takda pun something special yang berlaku sepanjang minggu atau di hujung minggu nanti. Sajalah-sajalah nak melatih hati supaya gembira selalu. Dah kata tadikan, benda kecil pun boleh buat I ketawa besar.

Oh, yes! I memang suka gelak. Tapi gelak I ikut darjat juga. Kalau dengan orang yang serasi, saudara mara mahupun kenalan rapat, bunyi gelaknya keluar membulat sekata, kuat je gelombang bunyi yang keluar dari mulut tu. Kalau dengan kawan biasa-biasa aje, kehkehkehkeh ajelah bunyi gelak, sopan yang amat dan adakalanya sempat lagi tutup mulut dengan tangan kidalnya bila teringat subjek sivik ~_^ Tahap ceria I memang di luar tahap kesedaran biasanya ^_^

Eh, MD ni merapu apa pulak hari ni? Kering idea ke, Kak MD?

Oh, tidak... saja suka-suka berborak santai bersama kawan-kawan alam maya ~_^ Ni sambil menaip entri sambil kepala dok ligat menghafal skrip untuk entri seterusnya tau. Jaga-jaga. You know what I did last banjir kilat. I memang tak reti berhenti kalau dah menaip entri.

Okey, bye! I nak buat kerja sekolah! Nanti kita sambung kisah seterusnya ~_^

Erkk... dah nak balik 'rumah'? Awat tak berlama-lama kat rumah I? Tak best ehhh...... *sambillaphingusdenganhujunglenganbajusebabsedih* 

Notabukuhutangtigalima : Hahahaha! Padan muka MD! Itulah nak sangat merapukan, kan, kan... I nampak komen CikSiti tetiba jerk rasa pelik. Bila masa arrr pulak ni I cerita Abang suka nyanyi ni, CikSiti oiii? Rupa-rupanya draft yang telah discroll jauh ke bawah terlupa nak delete ~_^ Habislah, habislah, habislah...rahsia entri telah terbongkar ~_^ (Jap nak scroll sampai bawah sekali lagi sebelum update. Kang entah apa-apa love letters terselit dalam draft habis orang tau. Hiks!)











Comments

  1. Replies
    1. Errk! Haip, haip, haip! Camna tahu ni *_*

      Huahaha.... saya terlupa delete draft rupanya! Padanlah nampak macam komen terkeluar tajuk padahal khilaf si penulis entri sendiri. Hehehe!

      Shhh.... jangan beritahu orang ya CikSiti. Itu termasuk dalam entri akan datang tu ^_^

      Delete
  2. mencari2 gambar di mana2... rupenyer merapu betul2 tanpa gambar ek...

    yelah kan, dana paling hepi kalu dh khamis sbb dh dkt nk sabtu ahad boleh la rehat2 bersenang2 di rumah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mencari gambar apakah itu? Gambar tuanpunya blog memang tiada. Entri tak bergambar, memang banyak *_*

      Kalau dah hujung-hujung macam ni, memang serius happy bila pi kerja. Rasa macam nak buat overtime, boleh cepat sikit kerja habis, boleh cepat sikit santai hujung minggu.

      Delete
  3. kita yang surirumah pun ceria nak sambut hari minggu.. mana taknya itulah hari boleh keluar dari sangkar katanya. Paling penting ke guardian menghabiskan saki baki duit yang ada sambil berjimbaraya kemana saja asben bawak. dulu masa bekerjaya katanya susah nak lupa hari sebab dok menghitung hari cuti jugak tapi bila dah pencen sebelum monopos ni kadang2 lupa jugak hari... tu tersilap hari makan planning pills katanya hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tinggal dalam sangkar emas memang begitulah, Suria. Ini spesies yang takda sangkar, asal hujung minggu jerk teruja. Asal teruja jerk, hujung minggu dah dekatlah tu!

      Eh, minggu ni pergi Guardian lagi ke? Kata dah beli 24K Gold berkarat tu takkanlah nak pi cari habuan lagi. Melampau tau kalau ya pun nak ajak akak berjemaah spending with no limit gaya gini *_*

      Hohoho.... erkk... planning pills tu makan ikut hari yerk? Awat sampai la ni akak tak tahu? Hahahaa!

      Delete
  4. Kalau dah suka ketawa tu mmg sama spesislah tu weyh..... Kalau kat kg selalu kena tegur dengan mak, sebab cakap sambil ketawa....mak cakap , cakap sikit ketawa, belum cakap dah ketawa . Yelah kita tgh syok sembang ngan kakak yg sesekali jumpa tu ....mestilah happy ye dak. Agaknya kalau kita jumpa dua mesti asyik gelak je ek Kak Ton....

    Dah sawan gelak nak buat cam ne....
    Kak Ton ni ngalahkan mak yg tak kerja tau sawan lupa tu....cer makan kismis 1 kilo sehari, harus hilang sifat lupa tu....Taulah dah nak 11,12,13,14,15 April ni, tak sabar nak tunggu beloved mami sampai....Taulah rindu dendam kat mami tu, tapi kalau ye pun sayang, bawak bawaklah bersabar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Mak ni! Memangnya masa Kak Ton cari 'rumah' dulu, Kak Ton dah survey dah jiran-jiran terdekat. Yang sama spesies jerk Kak Ton merapati... Erk...perkataan rapat kalau hari Khamis malam Jumaat ni lain macam pulak bunyinya *_*

      Dulu saya pun macam tu. Asyik gelak je. Orang tak gelak, kita gelak. Orang tak buat kelakar, kita gelak. Akhirnya tak boleh tutup mulut rapat~_^ Mak ni, kalau ya pun nak bagi nasihat, biar nampak bernas. Awat suruh makan 1kg kismis. Cakaplah direct suruh Kak Ton beli 2kg kismis, 1 kg untuk jiran sebelah *_*

      Mak, nanti Mami datang Kak Ton kasi tau erk... Manalah tau Mak teringin nak cari bakal menantu. Kak Ton ramai anak saudara bawah umur, Mak *_* Oppss....marah pulak si Sal ni kang. Katanya dia dah cop mohor besar kat anak bujang Mak ^_^

      Delete
  5. ohh saya hari2 pun terasa happy.lagi2 klu kerja Malam pastu himpun off dua hari untuk dua minggu..terasa heavennya kerja tapi dok rumah macam suri rumah direct 3hari.monday2 blues lagilah tak layan.hari ni khamis kan..walau sepatutnya sy kerja Malam tetiba pagi tadi kena panggil naik kerja pagi.opismate cuti kecemasan..ohh kerja lebih pun happy,lagi dapat OT..duit masak sapa tamau wey.hahaha kejap lg msuk kerja Malam lagi..pun begitu happy je sambil corner baring atas katil agkt call..pukul 12 dah boleh lelap sampai pagi.tu yg selesa takmau kerja lain..gaji ciput pun takpelah..janji bahagia..ini baru nikmat hidup haha

    abg suka nyanyi?upload video abg nyanyi Satu!haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ini sindrom orang rajin kerja ni, PK *_* Saya ni tak berapa rajin sebenarnya tapi nak jadi full time housewife pun tak dapat lampu hijau. Katanya takut bertukar jadi bini tarzan 24-7. Masing-masing seram kalau saya ada di rumah, takda freedom katanya. Hahaha!

      Tak pernah ambil video anak-anak ni. Yang selalu ambilkan my nephew yang kat Kuwait tu takpun girlfriendnya aka tunang sekarang ni. Buat masa ni memang favorite Abang menyanyi merata tempat tak kira masa dalam rumah tu. Terbaru dia minat Adam Levine, Maroon Five tu!

      Delete
  6. Eh akak ! Kita ni pun kaki lupa hari. Hahahaha. Ada sekali tu dengan rasa konfiden yang penud didada terus ditaip wordless wednesday tetiba baru hari Selasa. Kau dah kenapaaa Nadia. Itu pun perasan bila orang komen dekat entry , oh malu jah oiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita senasib nampaknya, Nadia *_* Nak kata tua, tidak. Nak kata muda, tidak juga. Eh, itu akaklah, Nadia memang muda lagi kan ~_^

      Akak memang selalu terskip hari Khamis tau. Tak tahu kenapa. Asal Khamis jerk mesti tanya orang, "Eh, hari ni Jumaat eh?" Buat sakit hati jerk....

      Delete
  7. Haha.. kantoiiii.. msti dh delete tuuu..

    Ermmm hari y dinantikan hari khamus la.. bkn sbb mlm jumaat.. tp kt sini kan last day keje ari khamis.. blh rest puas2.. sjk asya sekolah ni..agk ketih n tkejar sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, belah sana, Jumaat dan Sabtu cutikan... Macam kami ni memang tertunggu-tunggu hari Sabtu dan Ahad. Dapat rehat. Itupun cakap aje kalau ikutkan kat rumah tu kita orang perempuan ni mana ada istilah rehat!

      Delete
  8. hahaha...apa yang specialnya hari Rabu ni..kak MD lahir hari Rabu kot?

    I olls kan jiwa ceria, tak mainlah sentap-sentap..sama naik ngan golongan kilauan jugak ni, selalu lupa hari.yang saya tahu, hari isnin ngan jumaat je.tengah-tengah lost macam autopilot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... betul-betul. Setuju sangat. Sampai tengah minggu je semua autopilot. Sedar-sedar dah hujung minggu. Sedar-sedar dah hari Isnin semula. Bilanya bertemu Selasa hingga Khamis tak tahu. Macam dok dalam kapsul masa jerk ~_^

      Delete
  9. Sila makan kismis bebanyak supaya tak lupa hari khamis. Kan penting khamis malam jumaat tu...ekekeke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... hari yang paling penting, hari itu yang kita selalu terlupa. Nampak sangat terlupa nak baca yasin hari Khamis malam Jumaat tau! Hahaha....

      Delete
  10. Merapu MD ni boleh akak senyum sendiri depan PC ni oiiii :D

    ReplyDelete
  11. Bab lupa hari sy yg duk rumah je ni lg lah selalu tak ingat hari. Isnin aritu terkebil2 mata duk pikir. Eh isnin ke arini? Aduhhh macam tak puas cuti. Malasnya nk mulakan hari pertama. Bila jumaat mula buat terkejut beruk. Eh dah jumaat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah... samalah tu. Kalau sampai jerk hari Jumaat mulalah buat-buat terkejut cepatnya masa berlalu padahal dalam hati horey, horey dah hujung minggu! Tapikan saya ni hari Jumaat tak pernah miss ingatkan HD 'hari ini hari Jumaat!' Hahaha....

      Delete
  12. bila dah hari rabu tu mmg syok lah. sbb tk sabar nak weekend. Minggu ni rasa cepat sgt.. tak sabar nak dating. hahahaha

    ermmm malam jumaat yer?? ermmm tak tau tak tau... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...gelak besar akak. Ngaku pun tak sabar nak dating. Ingatkan dah fasa 'biasa-biasa aje' pi dating hujung minggu ni. Nak pi manalah tu, tengok FF7 ke?

      Tipu, tipu, tipu....tak akanlah tak tahu apa-apa ~_^

      Delete
  13. cerianesss ? hahhahaha. vocab baru ye kak. hikssss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, akak memang banyak vocab baru, Nani ~_^ Perosak bahasa jiwa bangsa tu salah seorang akaklah....

      Delete
  14. mungkin sbb hari rabu tu hari tengah dlm seminggu . klu saya dah tentu hari Jumaat . selalu jer ingat hari lain hari jumaat . apa specialnya hari jumaat ? ntah , kekadang x de apa pun yg special dibuatnya . tapi pasti hari jumaat tu nak tuju hari sabtu ... owh , saya suka mlm jumaat sbb mimpi . suka tunggu mimpi mlm jumaat sbb kekadang mimpi mlm jumaat tu hint utk saya ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah selalu sangat tau tiba je Rabu mulalah penyakit lupa berleluasa. Selalu je skip satu hari. Kalau betul terus hujung minggu lepas Rabu, best juga :)

      Delete

Post a Comment