Kisah menu semalam

Salam kawan-kawan!

Petang semalam dalam pukul 3 lebih si Bubbly Abang telefon I di pejabat. Katanya dia lapar tapi takda apa nak makan. I suruh makan roti dulu. Dah makan katanya. I suruh buat air Milo cicah biskut kosong. Tak nak katanya.

I suruhlah bersabar tunggu I balik petang nanti dan masak. Selalunya di rumah my sis, mereka diberi makan. Cumanya adakala my sis masak ala kadar aje. Yalah, mana nak masak, mana nak tengok-tengokkan mak dan Adik Cute. Nak layan keletah Abang lagi. Memanglah tak terdaya. I faham. Dapat tolong tengok-tengokkan my superheroes pun dah cukup baik. Kurang susah hati I ni ketika bekerja.

Balik aje kerja petang semalam I teruslah memasak. Menunya simple aje. Masak sup daun bawang (untuk Hubbydearie)+kentang (untuk Adik Cute)+fishball (pun untuk Adik Cute)+ suun. Kuah sup bersuun tu bolehlah buat Abang rasa. I goreng ikan siakap garing-garing dan sekeping salmon digril. Buatlah kuah kicap letak cili padi. Kalau tak nampak cili nanti I yang susah hati. Setakat goreng-goreng ni I memang tak lalu nak makan. Bila tergigit cili dan terasa pedas, barulah nikmat tekak I ni ~_^

Kebetulan ada beli serunding daging. Letaklah atas meja, kalau-kalau ada yang teringin nak makan (nampak gaya memang macam Mommy aje yang menjamahnya...) Sebab nak cepat takdalah masak pelbagai. Abang dah lapar. Kesian kalau kena tunggu lama. I balik aje terus dia capai beg plastik berisi roti. Satu roti jagung dimakannya! I beli empat, nasib baik dia tak habiskan semua....

Seperti yang dijangka, Daddy hirup sup daun bawang aje. Habis semangkuk. Dah ada daun bawang, minta bawang goreng lagi. Daddy tak mahu makan nasi sebelah malam (Aha, faham tak mengapa I pening kalau kena masak 7 hari seminggu?) Si Abang dok mengerjakan grilled salmon manakala Adik Cute kecoh-kecoh dok minta 'pitball' (baca: fishball, jangan pelat pulak ya) sampai licin. Sedapnya, sedapnya tapi nasi tak habis-habis juga. Makan fishball tapi sibuk nak tambah nasi! Ikan siakap goreng tu kami kongsilah makan sama-sama!

Mommy makan apa?

Oh, Mommy makan nasi dengan tempe goreng ^_^ Dek kerana takda yang pedas sehingga tergigit lidah, makanya I pun gorenglah tempe dengan bawang, cili padi dan ikan bilis. Itu pun dah cukup. Sekali baru nak makan, tempenya masam! Cis, masa membeli nak cepat main ambil jerk! Sudahnya buat penat menggoreng aje tetiba tak boleh makan!

Menu hari ni dah tentu ikan lagi tapi tak tahu nak masak apa. Takkanlah nak goreng juga. Hilang selera makan tukang masak, mahu tak ke dapur lagi. Dek kerana stok ikan penuh dalam fridge makanya memang minggu ni hidangan ikan ajelah yang terhidang di atas meja. Cumanya nak mempelbagaikan menu itu ajelah jadi masalah. Silap kepelbagaian memang takda siapa pun nak makan. Mommy juga yang susah nanti kena jadi DBKL! 

Okey, ini entri pembuka idea berbicara. Sat-sat gi kita berborak panjang ye ~_^


Comments

  1. Pagi ini kakcik dah siap masak nasi, sup ayam, ikan cencaru goreng garing dan sambal kicap + cili api + bawang besar + perahan lemon je... Siapa nak makan, silakan makan. Siapa tak nak, sudah... malas nak fikir dah... :)

    Eh... ada juga nasi goreng cili api - nasi lebihan malam tadi digoreng pagi ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi tukang masak ni bukan pening nak dok dapur memasak tapi pening tak tahu nak hidang menu apa. Kalau kita masak syok sendiri, haruslah kita juga yang bertanggungjawab menghabiskannya. Rezeki tak boleh membazir. Lagilah sekarang semua nak bergst katanyakan.... Hehehe!

      Kalau ikutkan hati memang nak masak ikut suka hati jerk, Kakcik tapi itulah takut pulak kita je yang tembam orang lain dalam rumah kurus kering tak cukup makan! Susah macam ni....

      Delete
  2. setiap sorang ada menu tersendiri.. kita ni lagi la asben kata sebab GST tak payah masak. Kos masak lagi tinggi dari beli bungkus katanya. seminggu sekali dua sudah masak. Jimat.. sahut seruan kerajaan. Jimat sampai nipis perut baru boleh dapat perut selansing sharifah sakinah. hahahaha.. erkk.. kita dah terbeli bio essence bio gold ahad lepas.. nanti kita mengapi apikan kat blog yer... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nampak je complicated padahal satu menu je ~ sup daun bawang tapi letak macam-macam ikut selera tekak masing-masing. Sebab nak pantau Abang, takda dah buat menu pilihan masing-masing. Kalau tidak memang pengsan tukang masak ni tau, 4 anak tekak di rumah, 4 menu berbeza ikut citarasa. I is tak sanggup lagi dah diriku jadi tukang masak *_*

      Melampau ni... siap bagi hint. Takpa, takpa. sebelum baca review apakata akak pi beli dulu! Hahaha....

      Delete
  3. hilang selera makan camtu..boleh pula tempe tu masam..
    pelbagai juga menu MD masak..semua dok pilih menu kesukaan masing-masing eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah seronok nak makan nasi tetiba gigit tempe tu masam pulak. Tension betul. Dahlah semangkuk tempe tu digoreng. Ingatnya bolehlah juga baki nasi dan tempe tu bawa bekal pi kerja hari ni. Hampa!

      Satu je sebenarnya, Mar~ sup daun bawang tapi saya letak macam-macam ikut anak tekak masing-masing. Kalau dulu memang masak ikut selera mereka 3 beranak di rumah tapi sejak masalah Abang ni, nak satukan semua menu makan bersama! Habis cerita!

      Delete
  4. Sian abang lapar....Tak berani pulak dia mintak maggi ke ngan Mak Ngah dia Kak Ton

    Kak Ton goreng tempe potong macamana? Nipis nipis ke tebal tebal? Hish ...sampai ke potong pun nak tanya hihi.... Yelah dah katanya kan bizi body....
    Mak kurang suka tempe .....kalau makan nasi dengan lauk tempe jer mmg tak jalan, kecualilah ada ikan bilis goreng campur cili padi dengan bawang tu.... Pergh tetiba kecur ayaq liur mak tau Kak Ton....

    Memang potong betullah kalau dapat tempe masam. Lama dah ke beli tu Kak Ton? Tempe, rasanya OKje tak pernah jumpa yg masam, busuh selalu hihi.... Yang selalu tak bernasib baik kalau beli tauhu, kadang kadang dpt yg masam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maggi memang takda stok di rumah kita, Mak... Rumah MakNgah lagilah. MakNgah tak makan maggi ni!

      Kadang kakak masak lauk yang dia tak berkenan. Kalau tidak, makan juga. Kakak sayakan masak sedap. Kalau Mommy terliur tak akanlah anak-anak saudara tak terliurkan...

      Saya pun tak suka tempe goreng. Semalam beli tempe kat pasaraya depan rumah. Berbalut elok dalam daun pisang, yang pattern tiga segi tu. Saya pun punya excited sampai bercucuran air liur ni masa memotong, masa nak goreng. Ingat nak letak trademark kentang tapi macam malasnya nak goreng kentang, pastu tempe, pastu goreng lagi dengan bahan lain! Sekali masa nak makan, masamlah. Memang masam rasanya, Mak!

      Delete
  5. Alahai sekali si tukang masak pula yang kene tempe masak. Potong selerea betullah. Baru nak fefeeling pefas tergigit cili bagai. Sentap. Hahahaha. Malam ni masak ikan tiga rasa la kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, barulah feeling ohsem tergigit cili celah gigi, dah masam pulak tempenya. Baru berangan nak jadi Jawa sepenuhnya tau. Eh, memang pun Jawa *_*

      Ikan tiga rasa baru masak minggu lepaslah, Nadia. Malam ni turn masak lemak pulak. Jenahak you...*sajanakbagitertelantelanairliuq*

      Delete
  6. ohh stress tadi petang dok komen panjang lebor tetiba bateri tab mampos.haha

    Kira MD ni tak bley mkn la klu tak pedas.kita tsj bley geng sbb sy tak kuat pedas.Tempe masak?malangnya nasibmu..haha tadi lunch sy mak sambal Tempe ikan bilis Sedap woo..arini menu simple balik kena kui1 baru msk.ada telur radar mayones,ikan kering rangup n buncis Goreng..ha complete menu sy senaraikan.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kesiannya 'besan'...... Nak gelakkan boleh? *_*

      Saya ni walaupun separa omputih, memang tak lalu nak makan makanan Melayu kalau tak pedas tergigit lidah nih. Takda rasa nikmat katanya.... Itu yang buat lagi pening bila nak masak. Masakkan menu pilihan suami & anak-anak, sendiri tak tahu nak makan apa!

      Telur dadar mayonis tu saya pernah buat sekali kat rumah, PK tetiba anak-anak taknak. Abang pun saya suruhlah cuba, katanya mayonis potong stim betul, terus tak lapar padahal kalau takda mayonis pun bukan dia makan telur *_*

      Delete
  7. Huhu.. masing2 taste y berbeza ye.. MD taste sgt melayuuuuy... HD tu jaga body ye x mkn nasi.. hehe.. sup bwg tu camner???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni time dia rasa kemelayuannya *_* Bila terasa-rasa darah omputih yang ada 0.001% dalam badan tu, tetiba je nak berwestern sesaja ^_^

      Sup daun bawang (spring onion) tu senang aje. Buat sup macam selalu, letakkan aje daun bawang, kentang dan apa-apa sajalah yang teringin *_*

      Delete
  8. Alahaiii...sayang nya. Tempe masam plak. Dah lah sedap. Terbayang serunding daging tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi satu mangkuk. Kalau tidak boleh makan malam, makan sarapan pagi dan tengahari keesokan harinya! Geram sungguh kalau berniaga tak ikhlas nih...

      Eh, baru teringat serunding daging ada lagilah dalam peti sejuk. Aduhai....

      Delete
  9. Beriyelah mencari gambar menu ye tapi tak de ye MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu biasa-biasa je,CH. Malu pulak nak tunjuk. Buatnya pakar masakan nampak, seganlah pulak....

      Delete
  10. simple pun sedap jugak kak.. kekadang tu boleh makan bertambah plak..
    hehheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang dapat yang simple-simple jerk, Lyn. Kalau memerah otak dan tenaga masak menu complicated lepas tu takda siapa nak makan, lagilah terharu. Nanti kang merajuk pulak nak lari pi Bt Caves*_*

      Delete
  11. tempe masam mesti dah lama tu. ehhh nani pun kekadang tak tahu nak masak apa tambah tambah rumah bujang. hahahah. kalau boleh hari hari nak suruh delivery je terus ke rumah. tapi mengenangkan kewangan tak berapa nak ado terpaksa lah jugak memasak sikit2. ehh tekak nani ni pun kalau tak dek cili api atau sambal memang tak lalu. tekak orang kampung gittew, hahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasalah. Balut jenis yang bentuk tigasegi tu. Akak ni pun walaupun dah lapliplaplip menuju kilauan, pilih tempe pun tak lepas. Hahaha....

      Kalau hari-hari masak, memanglah Nani tak tahu apa lagi nak masak. Itu yang balik-balik menu itu juga dibantainya.... Akak sekarang clever sikit. Akak buat jadual menu seminggu ~_^

      Delete
  12. HD cm saya . x mkn nasi waktu mlm . selalunya saya cuma ratah sayur je . klu sayur x de , saya mkn biskut cecah susu ... klu kat umah ni , my kakak masak lumsum jer . nak makan , x nak mkn sudah , katanya . tapi selalunya my anak buah yg masak . jadinya masing - masing ada menu sendiri . my kaka cuma dok kelek si baby ainul je ... si abahnya , kena la telan je apa yg ada depan mata ... si kecik qistina pun dah pandai goreng telur dadar . kekadang abangnya yg buat ... si mak usu lak jadi tempat merujuk dan merasa makanan . jadinya , klu ada racun , mak usunya jalan dulu dah ... adehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time Mami nak datang memanglah HD rajin berdiet, Vee. HD tak nak Mami komplen. Yalah Mamikan segalanya untuk my HD ni. Hahahaa....

      Saya ni kalau masak ikut kepala sendiri, memang takda siapalah nak makan. Tekak saya dan mereka berbeza. Kena dahulukan merekalah. Kalau masak apa saya suka, memang tersadai aje atas meja tu. Esok kena buang. Kalau simpan pun keluar masuk peti sejuk nak buat apa....

      Untunglah ada anak ramai dan pandai masak sendiri. Takda susah hati emak. Boleh lepas tangan!

      Alaaaa... Mak Usu ni... tak akanlah anak-anak saudara tersayang, terapat dan tercinta sanggup letak racun bagi Mak Usu rasa. Hahaha...

      Delete

Post a Comment