Salam kawan-kawan,
Rasa macam lama aje tak bersiaran sebab sibuk sikit padahal dalam pada sibuk pagi tadi masih sempat lagi menulis entri 'mereng'.
Bestnya bila dapat makan lunch percuma ni. My office area ni bukan senang nak cari makan. Kalau ada pun, dah bosan sangat dok makan benda yang sama selama bertahun-tahun. Nak ke KLCC, parking dah naik sekarang ni - RM4 sejam yang pertama. Bayangkanlah my lunch hour cuma 1 jam. Memandu dengan sempoinya ke KLCC pergi balik dah ambil 15 minit. Cari parking lagi... Makanya memang selalu I bayar RM4 hanya untuk 30-40 minit kat dalam tu. Oh, rugi sangat! Kalau shopping sampai rabak dompet tak pulak rasa rugi. Sungguh ironi!
Eh, kita cerita pasal apa tadi ek? Oh, pasal makan ditanggung boss!
Sempena dengan perletakan jawatan my colleague yang juga rakan sebelah/minum petang/mengumpat pasal boss baru-baru ni, kami semua pun keluar makan ditanggung oleh the three stooges sebagai farewell lunch kononnya ...
My colleague ni dah 7 tahun bersama-sama kami. Pemergiannya kerana rasa tidak puas hati sangat terhadap banyak perkara walaupun dia antara insan-insan yang terpilih oleh pihak the three stooges.
I ni pun senior juga ya. Dek kerana kawan ni sudah meninggalkan office buat selamanya, maka I terkontang-kantinglah sendirian sebagai senior. In fact, I yang paling senior di pejabat ni dari segi pengalaman bekerja.
Tetiba terasa sebak. Yalah, bila I mula menjejakkan kaki ke pejabat ni years ago, I paling junior kan... Semua seniors yang ada telah lama pencen/berhenti kerja. So, terasa sedih juga hati ni bila my colleague yang tinggi lampai, putih melepak dan cantik ni pun berhenti kerja. I pulak yang over sedih ...
Aduh, terasa kenyang pulak dek penangan Garlic Fried Rice+Koebi Karaage+Tori Karaage. Sikit aje tu tapi selepas sesuap dua, memang pening kepala nak menghabiskannya. Senak perut!
Gambar nasi goreng aje sempat snap sebab I tetiba malu you ^_^ |
Eh, eh, jom balik semula ke pangkal jalan! Selalu aje cam ni tau.... Sorrylah kawan-kawan, you know me, I know you...Memang selalu aje tersasar bila menulis *_*
Bercakap pasal kawan pejabat ni I teringat kisah lucu masa mula-mula masuk dulu. Masa dulu I ada seorang colleague yang berkahwin dengan lelaki Melayu. So, she can speak BM better than English (Please take note first - bermula dari paragraph ini, entri ini telah dirate kepada 18SX dan akan bertukar ke PG13 sebelum kembali ke U. Sila terus membaca kenapa dan mengapa ...)
Suka betul dia ni berbual dalam BM dengan I kerana katanya boleh juga 'menajamkan' lagi pertuturan dalam BM. I ni ok ajelah. No hal... Mereka ni rajin, I ni aje tak rajin nak belajar bahasa Jepun.
So pada suatu hari yang indah, si kawan ni kena hantar faks kepada satu agensi kerajaan. You tahulah kalau bangsa asing ni bercakap BM memanglah ada 'slang'nya yang kita tahu memang bukan orang kitalah senang cerita.
Dia ni kalau bercakap, kita kena dengar betul-betul. Kalau silap dengar memang naya. I lagilah.... Dulu dia jadi penterjemah. So bila ada teks dalam Jepun yang I kena buat, dia akan translate Jepun ke BM orally to me. I pulak tolong translate ke English. Memang kes naya selalu bila berselisih faham tanpa sedar *_*
Back to the story of faks mengefaks ni semula ya, tuan-tuan dan puan-puan! I tengah syok buat kerja kat my workstation dan tetiba I terdengar perbualannya di telefon...
Tuan Rahim... nanti saya F*&^ kepada tuan ye...Sekejap lagi, sekejap lagi saya F*&^!
Nak tersembur air liur dari mulut I bila mendengarnya ....
I tahulah maksudnya tapi I rasa penerima panggilan di sebelah sana (yang kebetulan lelaki) memang akan tersembur juga air liur bila mendengarnya berkali-kali!
From her too, kami dapat perkataan lain untuk handphone ... Yes, yes, 'he-ho' yang kadangkala ada yang nampak I tulis tu membawa maksud 'handphone'!
Rynn-san, can u give me your he-ho number?
Sorry! What???
He-ho number ...
Duh, puas tahu I dok fikir bila first time dia minta nombor handphone I!
Dengan orang Jepun ni ada dua perkataan Melayu janganlah disebut. Tau tak apa?
Alright... sabar, sabar, sabar!
Jangan sebut cincin dan mangkuk kerana dalam bahasa Jepun kedua-dua perkataan ini membawa maksud organ sulit lelaki dan perempuan.
Tapikan... kadang-kadang tanpa disedari selamba aje I story mory dengan my colleague sebut cincin ke, mangkuk ke depan boss. I terlupa kadang-kadang... Nasib boss tak jeling ...
Kawan yang I ceritakan ini telah pencen a year ago. Setiap kali orang berhenti kerja/pencen, I yang lebih-lebih nangis dalam toilet. Tapi yang paling tak boleh dilupakan bila I bantai nangis when my previous Bos Medium balik ke Jepun. He knew it! Walaupun termalu I memang tak boleh nak control titisan airmata yang mengalir dan kemerahan muka I sampai jadi bahan tawa kawan-kawan!
Bila dah lama berkawan dan bekerja bersama, kita jadi rapat. Walaupun adakalanya geram, adakalanya lucu, semua tu menjadikan kenangan bekerja bersama amat berharga.
Same goes with my colleague yang akan meninggalkan perkarangan pejabat buat kali terakhirnya. Sedih I ni.... dah bergenangan empangan... kalau diteruskan lagi mahu sobsobsob tak sudah. I cannot like that. Muka dan hidung jadi merah nanti. Susah nak sembunyi-sembunyi ibu masa bekerja.
So lets stop here.
Walaupun my colleague ni tak tahu pasal kewujudan my blog, deep down in my heart I wish her all the best. I am very sad you know...saja tak tunjuk!
huhuhuhuhu....
ReplyDeletemau tak sedih bila geng kita nak ciao....
we want the best for them tapi rasa berat nak say bye bye kan....
Masa nilah kita pun meronta-ronta nak resign gak tapi terlupa yang usia tu makin meningkat, tanggungjawab banyak tak lepas lagi :)
DeleteSedihlah sis bila kawan-kawan yang baik dengan kita nak blah... Sedih sangat sampai tidur malam termimpi-mimpi nak tender resignation jugak!
MD huhuhu tumpang sedih, apasal lah kebuetulan cerita kita ni sama, kawan2 baik KA pun dah pergi semuanya dan tinggallah KA jad staff yag paling senior kat office ni skang (Dlm hati ada verangan nak pergi juga). apapun jadi senior ni best , boss dgn kita pun nk cakap lembut2 aje, hehehe.. neway done nuffnag yer
ReplyDeleteSaya tak rasa best jadi seniorlah, KA. Mulalah boss asyik nampak kita aje. Boss saya setiap dua tahun bertukar. Nanti yang baru datang dia akan cari seniorlah nak tahu jalan kerja whatever.... Kalau penat lelah dibayar dengan appraisal yang cemerlang, terubat juga jiwa lara. Ni kita kerja macam hamba, orang lain dapat nama. Tak mengampu memang tak jalanlah...adat tu :)
Deleteselalu rasa malu bila dengar jiran tertangga minta buah mempelan...
ReplyDelete-kelate panggil buah pauh-
orang utara sebut mempelam...orang selatan buah mangga..pantai timur buah pauh.. betul tak?
DeleteSaya masa duk kat Johor dulu selalu gak panggil buah mangga sebagai buah mempelam atau pelam. Tapi tak tahu pulak itu sebutan orang utara, Bunda :)
DeleteBaru tau PB orang kelate panggil mempelam tu buah pauh. So yang dalam pantun dok sebut buah pauh tu kira manggalah yek!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMau tak terasa..kawan mcm tu mmg terasa ya amat..mcm sofia masa pindah..huhu setahun jg sofia nk serasi dgn env baru..n terkenangkan member kamceng kat tempat lama
regards,
Triplesmiley
Salam Sofia,
DeleteDulu masa mula-mula kerja rajin juga nak blah. Tapi bila dapat offer aje terus tak jadi sebab rasa macam malas pulak nak start all over again. Pastu kesian kat kawan-kawan yang ditinggalkan (punyalah ngap kan...)
Sekarang ni bila orang berhenti, kita pulak hiba bukan main sampai moody.
Tak ber K pop sambil makan ke? Haha.....
ReplyDeleteHokay mak fahammmm akan kesedihan itu.....sama le mcm okje dulu dulu.....seminggu sebelum last day dah nangis...member bagi hadiah nangis....farewell lagi le sedih....yg nak meninggalkan pulak over meraung haha...
Yelah dah lama mengumpat bersama, suka duka kat office tukan....hehe...sedih sebab dah tak boleh nak tambah dosa....haha...
Serious hokay okje....hoho..
Baru tau perkataan tu luch dalam bahasa Jepun...
Kita masih J-pop lagi OKje ... Kalau dok makan dengan they all ni memang pening-pening lalat sikit. Kena pakai penterjemah walaupun tengah buat lawak. Sakit jiwa raga bila orang gelak kita terpinga-pinga tak faham.
DeleteAlah...buah hati Arjuna ni siapa tak tahu...memang over aje memanjang....huahaha.... jangan saman I ok.... I dont want to see you in court :)
So baik-baik kalau nampak orang Jepun waktu tengah makan...Jangan dok teriak minta mangkuk kuat-kuat....Meleleh air liur dia nanti :)
mau tak kisah klu gang rapat resign ke apa.
ReplyDeletemmg bertangkung2 lah air mata.. tu mmg tak boleh lari..
dah namanya perempuan... senjata nya ialah air mata...
Betul tu, Lyn. Hibanya lain macam mengalahkan orang yang nak berhenti kerja!
Deletebila dah kerja sekali,dh rapat mesti byk kenangan bersama..tp nak buat macam mana patah tumbuh hilang berganti org kata..tumpang bersedih MD..semoga hubungan tak terputus lepas ni..walau jauh dimata dekat dihati gitu.huhu
ReplyDeleteSaya dah beritahu dia...nanti kalau saya gi IKEA, jeritlah panggil saya kalau dia ada kat situ. Dah rumahnya kat area situ gak dan saya ni pun rajin alahai melawat kawasan Parlimen kat situ :)
Deletehahaha...dulu ada sorg lecturer jepun di PUO..mengajar bahasa jepun kat kami..dia pun selalu malu malu bila budak2 lelaki sebab mangkuk n cincin..
ReplyDeletela..dah takde kawan senior ya...mesti tak best...
Geng mengumpat dah habis meninggalkan saya sendirian. Sedih pulak rasanya tapi dosa mengumpat memang kuranglah nampaknya :)
DeleteSaya kadang-kadang tak heran pun. Lagipun my immediate boss ni tahu BM sikit-sikit. So kalau dia terdengar pun mungkin dia faham :)
Perpisahan tu mmg perit kan? Apatah lagi kalau dah lama kenal..
ReplyDeleteKalau kami kat sini, mmg sedih yg amat bila kawan2 dah tamat belajar dan nak balik M'sia for good… Dah rasa mcm adik beradik sendiri bila duk negara org ni walau kenal pun tak berapa lama… susah senang, sama2 merasa…
Saya kalau sedih pun mesti merah mata dan hidung jugak… susah nak sorok dari orang lain….
Betul tu, Nur. Apatah lagi kawan yang rapat dengan kita, keluar makan dengan kita, duduk sebelah kita. Kawan mengumpat boss apalagi.... Memang sedih sangat rasanya. Tapi betul gak kata PK, patah tumbuh hilang berganti. Cuma yang tumbuh dan berganti tu tak mungkin sama dengan yang patah mahupun hilang :(
DeleteNanti sampai masa MD pulak keluar mesti ramai lagi yang menangisi...yalah MD kan ramah...kalu tak der nanti tentu sunyi ..
ReplyDeleteSaya rasa sedih Bunda sebab dah banyak kali melihat rakan seangkatan, senior saya satu-satu berhenti kerja/pencen. So rasa sedih sangat walaupun patutnya bangga bila diri sendiri dah jadi senior, dah banyak pengalaman :(
DeleteBab makan percuma ni, beberapa hari lalu kami pun berbincang pasal pengetua ni tak macam pengetua lama kami yg selalu belanja kami makan. Hihi. Lain orang lain cara..
ReplyDeletemesti rakan yang pindah ni orang yang baik.. bila kawan baik pindah terasa sedih... rasa kehilangan.. 7 tahun tu bukan kejap masanya.. mmg terasa kehilangan..
komen nak selamat. Baca separuh saya rasa terkeliru siapa yang pindah ni? Haham. Tunggu sat..nak review semula. Oo.. mesti kes tak puas hati tu satu kes yang besar kan.. apa pun itu dah pilihan dia, semoga sahabat MD ni bahagia dengan pilihan yang dia buat.
Mujur saya tak ada kawan jepun.. haha..bolehla sebut cincin dan mangkuk tanpa rasa bersalah..
Kat sini kalau ada apa-apa memang bos belanja aje. Kita tugasnya memesan makanan yang 'lumayan' harganya walaupun dah tertulis tak lebih daripada RM40-RM45.
DeletePandainya nak menyelamatkan diri yek... Yalah saya faham...saya tuliskan panjang-panjang memang semput kalau tertinggal keretapi :) Sebenarnya saya cerita pasal kawan yang baru berhenti semalam, senior saya yang berhenti setahun yang lalu dan juga betapa sedihnya saya tahap gaban bila ex bos saya balik Jepun in April last year ....
berpisah dengan rakan sekerja mmg sedih. Tapi mcm SB sekarang ni tada rakan sekerja..hihihii..dok sorang2 kat opes dapur..
ReplyDeleteAda baiknya juga kerja sensorang kat office yang itu :) Tapikan kalau saya dapat dok kat opis belakang cam tu, memang saya tak suka orang kacau. Mahu saya kejar dengan senduk :)
Deletekihkihkih tegelak lieya tang fu*k / faks tu kak oiii...betul la kan kak, lain org lain slang, lain negara lain budaya...kene hati2 takut die paham lain heheehehe....kite ni jenis tak kisah, dengar jek siap laa kene gelak heheeheheh.....
ReplyDeletekak, sedap nampak nasi goreng tu walo kelihatan sipi2 gituuuuu....almaklumlaa puase ni semua nampak menggiurkan haahahaah..napsu bermaharajalela kekdahnye nie heheheeh
Betul tu Lieya, tapi kita pun kenalah memahamikan bahasa kita berbeza. Cuma rasa gelak dalam hati aje :)
DeleteAlahai, kesian orang berpuasa Isnin Khamis ni. Memang kalau dah puasa tu nampak air paip pun sedapkan Lieya.... dugaan sungguh!
Sabar yer md setisp pertemuan ader pgerpisahankan...tapi mmg yakleh dielakkanlakan...kekadang sedih sangatkan yerla kawan seperjuangan gitu..kalo saya ader kat situ nampsk md saya pun turut serta tau kadang lebih teruk....hehe
ReplyDeleteMD TERINGAT DEDULU MEMULA BACA ENTRY md memula ingat hubbynyer org jepun jugek klako yau...hehe ...bestnyer md bekerja ngan bangsa asing nak jepun dulu saya masa kat uitm teringin nooo belajo bahasa jepun...tapi penuh maka terpaksa la belajo jermsn tak memasal...
Saya banyak juga bekerja berbilang bangsa ni tapi la ni setia pulak dengan si Jepun-Jepun yang ada:) Ha,ah, saya ingat lagi Lizz dok fikir HD tu orang Jepun. Sebenarnya bukan Lizz aje, orang luar pun sama. Masa nak kahwin dulu, sedara mara pun tanya kat mak,
Delete'Dia kahwin orang Jepun ke?'
Tak mahulah Jepun... nanti anak-anak tak tinggi ikut makpak ....keh3x.
md..bestlah dapat kawan sekerja dari lain2 country. saya ni bila marta mai je dah kelam kabut:-((
ReplyDeleteDulu saya rasa kagumlah bekerja dengan orang berbilang negara ni. Sekarang saya dah tak heran sesen pun :)
Deletebersabar je la wahai acik
ReplyDeletesetiap pertemuan ada perpisahan
nanti acik lah yg menjadi tmpat rujukan utk bos baru kan..
oooo.. baru tahu..
Argghhhh... CikSu sampai hati.... At least panggillah Aunty pun takpa....Acik dipanggilnya kita... *guling-guling atas karpet bulu sebab stress sangat*
DeleteJadi tempat rujukan tu yang tak tahan....Kat sini kalau jadi pusat sumber memang nangislah!
Adat. Yg patah tumbuh. Yg hilang berganti. Huhu...
ReplyDeleteBetul tu, Sal ya. Tapi memang tak samalah kan...
Deletealahai sedih lagiker.. tapikan kalau kawan sebelah mejatu sedih gakkan... dialah kawan mengadu kitakan...
ReplyDeleteapapun hidup mesti diteruskan... yang hilang pasti berganti walaupun tak serupa;;;
Sekarang ni dah sunyi-sepi sebelah saya. Takda neighbour nak dok mengumpat, gosip lite-lite dan minum petang. Sedih jugaklah kan ...
Delete*first.. kagum plak aku tgk MD membalas stiap komen. I wish boleh reply komen jugak dgn gigih. InsyaAllah.
ReplyDeleteSedihnya la terutamanya bila kita dah jadi yg paling senior kat situ. Sunyi la kejap. Cincin dan mangkuk usah dikenang. Kalau dikenang tak jadi kerja dibuatnya. Hahahahahha.. Okay apa yg aku merepek ni.
Takda apa nak dikagumkan, Lyd. Itu ikut kelapangan masa yang kita ada. Kalau dah sibuk,nak buat camna....
DeleteMangkuk tu penting apa untuk buat makan mi sup ke atau apa sahaja yang berkuah. Cincin dah lama tak pakai dah....Huahaha...