Kisah The Three Stooges

I tengah rancak menaip nak setarakan dengan idea dalam kepala ni yang mencurah-curah keluar tetiba decided nak berhenti kejap dan baca komen. Oh, alahai...  si dia ni ada magik ke apa!

Memang sedari Subuh tadi sebelum buat entri pertama I nak kopipes nama dia masuk blog I tetiba dia kata dia jealous nama dia I tak seru. Terpaksa I pomen balik intro I nih... Tau tak sapa dia ni? Ahah, bacalah terus luahan hatiku ini walaupun cerita takda kaitan dengan intro macam selalulah ^_~

Lepas I pergi melepak rumah PB, tetiba idea datang nak berkongsi cerita. Ni macam PB katalah bukannya nak spread aura negatif. Saja nak bercerita dan you all baca sebagai bahan jenakalah walaupun ini something yang buat I down last week.

Banyak sebab sebenarnya dan ini salah satu penyumbanglewengnya ler ...

I ni kan ada tiga bosses aka three stooges. Kita panggil the three stooges ni Bos Kecil, Bos Medium, dan Bos Besarlah. I ni directly mereport duty dengan Bos Medium. Dia ni ok aje. Takda masalah. Senang bekerja dengannya. Dia nilah yang I selalu sms nak minta cuti jaga anak kat rumah. Kalau kita speaking omputih, dia mesti balas balik dalam BM. Kalau kita bantai cakap BM laju-laju pandailah pulak dia speaking London. So, kita letak Bos Medium ni ke tepi dulu. Suruh dia duduk kat kerusi empuk diam-diam. I don't ngumpat you ok, Boss!



Bos Besar I ni lain macam sikit. Selalunya memang lain macam. Kadang-kadang aje yang semacam. Satu hari dia nak suruh I buat kerja. Bilik berair-cond dia dengan tempat I, boleh see thru ye. Selalu aje kalau I tengah nganga mulut nak makan biskut, dia pandang sambil bercakap di telefon. I tak peduli pun kalau dah lapar. Lagi I ngap biskut tu dengan penuh nikmatnya adalah ...

Dia ni peminat AK47 AKB48, Japanese girls group. Alah yang singing-singing sensation tu... Tak padan sungguh dengan usia. Tapi sukahati dialah. Lagipun I yang emak dua anak ni pun minat gak kat pelakon awet muda Korea. So no hal kat situ sebab kita seri. No ngumpat-ngumpat about that. 

Yang I tak puas hati... one fine day, my junior datang kat my workstation,

Ahkak..... Bu-cho minta tolong check pasal hal ni. Boleh tak ahkak tolong buatkan? (sambil bagi segala penerangan yang telah diterjemah dari teks Jepun ke BM)

I ni kalau bagi kerja memang tak menolak ya. Terima aje dengan redha walaupun dalam hati berbuku lima lagi. 

I pun on the spot terus berhenti blogwalking and whatever walk yang I tengah buat. Terus buat kerja. Check itu, ini. Done.  Tapi sebab I kengkadang berbuku lima dengan boss ni, I saja simpan untuk esok pagi *_*

Esok pagi-paginya I pun tanya kat my junior, nak suruh I mengadap Bu-cho sendiri ke atau dia nak masuk sekali tolong translate bait-bait kata  I nanti... 

Ahkak masuk sorang ajelah. Nanti kalau saya translate, lain pulak jadinya! Lagipun semalam Bu-cho ada tanya ahkak dah dapat buat ke belum....

I was angrylah. Bos Besar ni tetiba aje tak boleh speaking London. Kalau nak tahu, bila ada komplen, rungutan dan seangkatan dengannya, memang my bosses semuanya tetiba tak boleh cakap omputih. Keras kejung lidah mereka. Kelu. Mesti nak ada penterjemah di sebelah. Lain-lain waktu, ok aje speaking omputih. Bolehlah faham walaupun adakala habis semua Ultraman, Batman, Superman semua terbang bersama!

Boleh aje kalau Bos Besar ni datang ke my workstation dan suruh I buat kerja. Tak pun intercom ajelah suruh I masuk bilik dan beri kerja. Ni tak, nak bagi kerja pun guna orang tengah. Siap tanya orang tengah tu I dah siapkan info ke belum.

So I pun masuklah bilik Bos Besar ni. Pot, pet, pot, pet kat dalam tu. Tau apa dia buat? Angguk aje sambil buat muka blur. Dah habis I keluar. Tetiba sehari selepas tu, dia terus ke meja I suruh prepare surat... Pandai pula dia cakap omputih direct suruh I buat kerja.

...So, we must  write a letter errr.... and ask why, why, why.... can you prepare a letter to them?

Of courselah boleh. Dah namanya instruction daripada bosskan  takkanlah nak cakap tak boleh pulak....

Oh, ya...'we' tu adalah kata ganti diri yang membawa maksud berbeza bila kita belajar di sekolah dan semasa bekerja ya. 'We' di sini maksudnya I lah  tu... Bukan 'kami' . 

Lepas 30 minit, I pun mempersembahkan surat untuk Bos Besar.

Boss, this is a draft. Let me know if you want to add anything....

Uhuh! So fast neh.... (sambil buat muka tak tahu malu...)

(Tapi katanya my work performance tak setanding dengan rakan setugas sebangsanya yang selalu culas...) 

Really, no komen... no komen... Hatiku lara retak seribu mendengarnya!

Ni cerita Bos Kecil pulak. Dia ni entahlah spesies apa... maybe BFF Spongebob kot selain daripada Patrick.

Dia nak bawa maid suruh I mohonkan work permit. First day, dia bagi passport maidnya. Nothing else. I pun print out form untuk diisi dan beritahu 2 keping gambar BLUE background. Esok dia bagi I passport, form kosong hanya ada signature aje dan 2 keping gambar WHITE background.

I tanya,

Boss, I told you yesterday photo must be blue, right? 

Can you ask them white background ok or not ... (sambil buat muka Spongebob lepas kena marah dengan Mr Crab)

Form tak isi ke? (Cakap Melayu terus senang cerita...)

She... no time yesterday. You can help??? 

Argghhh....napalah boss macam ni sengal ....

I tahulah tulisan I memang cantik tapi dah sedekad I tak menulis tangan ye...semua pun taip aje. Tension tau diperlakukan seperti hamba begini ... By the way, I bukan secretary Bos Besar mahupun Bos Kecil ni ye ...

So dilengkapi dengan beberapa insiden yang lain pada minggu yang sama, menyebabkan I rasa betapa nikmatnya dapat jadi surirumahtangga sepenuh masa.

Tapi ... 

This week things back to normal. I dah start bergurau-senda tak ingat dunia dengan mereka. Well... tak baik berdendam tau especially dengan the three stooges nih *_*

P.S. PB, jangan majuks panjang ek... Tu dia I dah letak your husband's name ^_^ Don't ngumpat-ngumpat girls... I ngan buah hati PB tu sama taraf - kuat mengomel *sengih*













Comments

  1. aiyooo...panjangnya entry...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiya... memang pun selalu macam ni! Kalau pendek aje itu yang aiyooooo panjang sikit :)

      Delete
  2. haha...sabo jer lah...dah nama pun boss kan..takkan tak reti2 nak merentah itu ini bagai...tak kiralah boss besar ke kecik ke...

    lepas ni sedut teh tarik depan dia selamba jer...tengok dia pandang2 tak?... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Bunda kalau marah dengan boss memang tak mana 'performance'nya nanti :)

      So lepas cool down, kita berdamai ajelah.... Bertekak dengan boss ni kalau tak kena gaya selalunya kalah KO memanjang!

      Delete
  3. ade masa bos2 ni semua sengal. semua nak disuap letak dlm mulut dorang. klu tak, mmg kita lah kena buat A to Z.. sakit hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dia boss kita staff dia kan...memang kitalah yang kena buat semua. Yang paling sakit aje hati ni bila nanti performance kita tak up macam orang-orang dia ...

      Delete
  4. 3 stooges 3 pe'el....
    kalo berdendam kita lak yg rugi sis...
    dorang bukan kesah pun...
    yg over feeling kita... rugi rugi kannnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ajelah meroyan tak tentu pasal. Kalau tender pun, dia terima aje. Bukan dia nak menangis merayu bagai kat hujung kaki kita....

      Kerugian perasaan dan harta benda memang sentiasa di pihak orang bawahan boss nih!

      Delete
  5. Laaaaaa.....itu ke kisahnya yg sampai meroyan nak jadi surirumahtangga tu.....alahhhhh ....karate jer depa tu hehe....
    Biasalah tu 'we' tu kononnya mcm ambik hati boss yg bawah 3 stooges tu le... lebih kurangnya...hehe walaupun at the end ahkak kentang jugak yg kena settlekan hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia orang sekarang dah tak heran karate-karate ni, OKje. Sekarang ni kita lesing dia style retis K-pop aje. Baru mereka terduduk, terpegun tak tahu nak kata apa lagi...

      Ahkak kentang memang sangat sedih minggu lepas...itu baru satu part aje. Banyak part lain yang menjadikan ahkak kentang sayu pilu dinginnya di malam hari sepanjang minggu! Huahahaha.... (sekarang dah boleh ketawa besar...)

      Delete
  6. ptg semalam baca pas sengih sorng2..tak sempat nak komen..tu pun laki dah tegur..sengih sorng2 apa ke hal? x pernah hayat baca blog pun boleh sengih mcm dpt bunga..

    cerita bos tengah tu x penting..
    ending pun penting jgk..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa suh sengih sorang-sorang? Lain kali nak sengih ajaklah ramai-ramai. Takdalah orang kata buang tebiat :)

      Ya ke PB tak pernah tersengih baca blog? Saya baca blog PB pun selalu aje sengih apatah lagi time dia mengumpat suami *_*

      Delete
    2. biasa cerita org lain senyum gitu jah..
      cerita pasal kita br leh sengih..

      pss..mna ada ngumpat..
      dia tak bc blog kita selamat.

      Delete
    3. Ya, ya betul...kalau kita ngumpat suami dalam penulisan tidak dipanggil ngumpat tu. Sebab kita tak ngumpat belakang mahupun depan...huahahaha....

      Psst...jangan takut... I keep your secret :)

      Delete
  7. ambik masa nak baca tau.. sebab tau dah MD memang menulis panjang.. so dah tak kelam kabutni baru baca...
    ituler alkisahnyer.... biasalah dah namanyer pun bos buang masajer nak gaduh... akak pun selalu gitu bila kena sesuatu yang tak puas hati rasa nak berenti sesangat.. tapi suami duk kata berentitu seronokker.. memang masa bengangtu kata seronokler... hakikatnyer duk rumah kalau cuti tak kemana saja konon nak rest kat rumah.. takder maknenyer lagi penat baik duk opis boleh blog walking...
    tapi kalau jadi suri rumah der pendapatan ok gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak dapat 'pelepasan' untuk jadi surirumah tangga sepenuh masa kerana banyak faktor. Antaranya, HD tak mahu kegilaan saya meroyan akan berpindah dari pejabat ke rumah (HD lupa yang sekarang ni saya meroyan dalam blog aje...) dan tetiap pagi saya akan menyanyi mendayu-dayu di rumah dari sejak bangun tidur sampai tidur balik! Lagipun katanya dah bertahun saya terbiasa bekerja dan kerja bukannya susah mana sampai nak kena panjat bangunan, so just stay...calm down and SABAR!

      So, bertabahlah saya untuk beberapa tahun lagi....

      Delete
  8. kerja dengan tiga boss sekali mmg la kena hadap sekali tiga personaliti..mmg meruap gak la klu bagi kerja pakai org tgh ni kan..dh tu bley buat muka blur..nak kena boss MD ni tau.smp hati mencalarkan hati MD.haha

    apa pun dh namanya kita ni anak buah boss takkan lama2 nk tarik muka dengan boss kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak meruap-ruap PK....bagi kerja thru orang tengah aka staff paling junior sekali. Mahu ahkak tak meletup-letup rasa dada ni. Dahlah baru bagi tahu indirectly kata performance we all (yg tak speaking berirama J-pop dengan mereka) ni tak berapa bagus.... Kita melenting dalam hati aje...nak cakap banyak bukan the three stooges ni faham pun. Buang air liur aje tak berhenti cakap....

      Delete
  9. 3 bos ya? Mesti pening juga nak menghadap 3 orang tu. Lagi2 kalau perangai pun lain2 pula..

    wah..bagus juga PB ni..pandai dia minta ya. Elok juga berterus terang.. haha. Cara masing2 ni...apa pun ada masanya kita memang rasa seronok bila nama kita disebut orang lain..

    banyakkan sabar menghadapi karenah bos2 MD tu ya. Cubaan semua tu. Haha.. rasanya diorang sebagai bos mng tahu keiatimewaan dan kebolehan MD, tapi dah perangainya macam tu, lagi2 dengan jawatan tu kenalah diorang atau pun tak sengaja diorang mengada2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa pening orrr kalang-kalang! Boss wa yang 3 stooges ni memang selalu buat wa mabuk milo.

      Kalau dia tahu istimewanya saya ni pun tak guna bukan nak tolong pun masa buat appraisal. Boleh kalah dengan orang dia juga...mahu tak terbakar rasa dalam hati nih! Tapi nak buat apa, mereka yang buat appraisal, kita kenalah terima....

      PB memang best main direct je cakap...hahaha.... yg tak tahan tu saya baru terfikir nak menyebut2 nama dia pepagi buta tetiba dia kata dia jeles seh....

      Delete
  10. eeermmm kisah2 di office ni kdg2 MD mmg buat kita nak berhenti & jadi suri di rumah ajekan... apapun redha ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mood nak jadi housewife tu datang, memang menggila jadinya. Entahlah KA berapa lama tahan bekerja makan gaji cam ni ...

      Delete
  11. Arrggggh kalo citer pasal bos mmg banyak nak diciterkan*ketapbibir..kadang sedap jer srh kiter memacam kan..bos opis saya pompuan lagi la cerewet..huhu kafang tanya kita dah mkn belum pun muka bak singa hehe..sabo jerla kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah namanya boss memang mengarah orang ajelah kerjanya. Tapi kalau disuruh buat sendiri, mahu tak tahu :) Takpalah sesekali kita ngumpat pasal mereka kan...hehehe....

      Delete

Post a Comment