Bab memasak

Salam Isnin kawan-kawan!
 

Hari ni I lambat bersiaran sebab macam biasalah. I kan online di pejabat makanya haruslah tahu mana satu yang perlu didahulukan dong! However, semua komen telah dijawab dalam pada sibuk buat kerja. Maklumlah, I kan memang kerja dua belah tangan, mulut, kaki semua gerak sama! Sambil-sambil breakfast lagi tu ^__^ Super-e lah katakan....

Ni nak cerita pasal sejarah I mula belajar memasak. Silalah jangan gelak kuat-kuat kalau tak mahu tambah dosa mengumpat. Tutup mulut tu masa gelak, jangan sampai I tahu. Nanti I tak maafkan sampai raya tahun depan, ahah silalah tanggung sendiri ^__^

I ni masa kecil-kecil memang tak pernah ke dapur. Maklumlah kakak ramai. Kalau di rumah kampung dulu masa kecil-kecil, my emak dan kakak-kakak memasak di dapur, I sibuk silang kaki tengok kartun. Tak pun mengulangkaji pelajaran. Tak pun baca majalah Gila-Gila ke, komik ke, majalah hiburan ke ataupun buku cerita. 

Maklumlah I start membaca suratkhabar ketika berusia 4 tahun ya! Bila dengar je bunyi vroom, vroom arwah abah balik makan tengahari, I lah yang berkejaran dulu nak rebut suratkhabar Utusan Malaysia tak pun Berita Harian! Eh, zaman I dulu kalau umur 4 tahun dah pandai baca suratkhabar satu pencapaian besar ya, tak macam sekarang; kira biasa-biasa je budak tu *__* Nasib baiklah I lahir zaman batu, kiranya I ni termasuk dalam otak geliga tau, cerdik budaknya! Okeylah, tak mahu puji diri lebih-lebih, nanti ada pulak yang muntah tak berhenti. Entri panjang lagi ni nak digarap ^__^

Lepas masuk boarding school lagilah tak nampak dapur kalau sesekali balik. Main pesan je mak nak makan apa. Pasti terhidang atas meja. Tinggal nak bawa badan je, tunggu mak panggil untuk makan. 

Masuk universiti, satu semester je I duduk di asrama. Lepas tu tak betah, cari jalan untuk tinggal dengan my eldest sis. I 'tipu' my arwah abah kata yang I kena kick out dari asrama universiti kerana tak pergi mengundi pilihanraya di universiti. Percaya alahai my abah. Kesian tau, dah bekerja baru I berani berterus-terang sebab takut dosa tak sempat minta maaf. Makanya I berulang alik dari rumah my sister ke Bangi setiap hari. 

Masa ni pun memang tak pernah menolong my sis ni memasak. Hari kuliah tidaklah, hujung minggu pun sama juga kekdahnya. I bangun tidur my sis dah siap masak untuk makan tengahari! Kiranya my sis ni memang dah faham sangat sikap 'pemalas' adik bongsu ni. Nak ditegur pun macam mencurah air ke daun keladi. Dia buat selamba bodoh je, macam bercakap dengan dinding!

Tabiat pun sama macam tinggal dengan makabah di kampung. Main cakap je apa nak makan, nanti my sis sedia tolong buatkan untuk adik tersayang. Bila mula bekerja pun I masih tinggal dengan my sis. Pun sama jugalah kekdahnya. Memang tak dapat dilentur lagi sebab buluh dah keras nih!

Tapi dalam pada itu, I tahulah mana bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit dan sebagainya. Bunga lawang, kayu manis, cengkih pun I tahu tau! Jangan nak tipulah. Tak masak je tapi pernah juga tolong my sister potong bawang, tumbuk rencah sepurnama sekali *__*

Bila I start masak?

Aha, lepas kahwinlah.... ~_^

Perjalanan penuh debaran lepas kahwinlah. Masa baru kahwin kan seronok. Rasa nak berkhidmat sepenuh jiwa raga untuk suami (nasib baik suami tak sebangsa, kalau tidak dah lama tembelang pecah...) Berazamlah kononnya nak memasak. Bak kata orang tua -memikat suami paling senang perutnyalah. Bagi je makan sedap-sedap.

Tapi I tak reti masak masa tu, nak bagi makan sedap macam mana ek?

Ingat lagi masa tu tinggal menyewa di Damansara Damai. Bawah condo kami ada MaxValu. Ada orang jual makanan. Setiap hari balik kerja, I order kedai je (okey bab order kat kedai ni I mahir sebab memang dari dulu ni aje kerja I...) Tapi berapa lama boleh tahankan, lama-lama muak juga.

Maka, I belilah drummet Ayamas tu. I masak nasi, goreng drummet dan telur mata kerbau. Okey, selesai masalah! But then again, berapa kali nak ulang tayang menu tu? Hubbydearie sangat bagus. Tak pernah mengeluh tau. Komplen sepatah perkataan pun tak pernah. Main makan aje. Dalam hati I bagus juga HD bukan orang Malaysia, maybe beliau tak tahu sangat makanan orang kita. Senang hidup I...

Pendekkan cerita yang panjang, masa awal-awal dulu, nak masak nasi pun banyak kali belajar. Bila teringin nak makan sambal belacan, startlah menumbuk. Kejap termasin, kejap tertawar. Dulu mana ada google sesaja. Online pun I jarang apatah lagi nak google resepi. Sebab terfikir nak berdikari, tak mahulah roger-roger mak mahupun kakak. Malu nanti. Belajar sendirilah ya....

Masak asam pedas tu entah berapa kali terbuang. Kejap masin, kejap tawar, kejap lada tak masak. Nanti ikan bau hanyirlah. Akhirnya memang buang aje kuah, ikan I kutip lepas tu goreng semula. Masalahnya goreng ikan pun makan banyak purnama juga nak perfect ^__^

Oh, memang dugaanlah masa tu ya! I mula betul-betul belajar memasak ketika Abang lahir kot. Baru je nak belajar tetiba HD kena balik ke negaranya. Hampir setahun ya kami terpisah sejak umur Abang nak masuk 4 bulan sampailah setahun sebulan! Masa tu lagilah tak boleh masak. Masuk dapur je menangis teringatkan HD sebab memasak hanya untuk suamikan!

Bila suami nak balik, berazam lagi kali ni nak betul-betul 'jaga' suami sebab rindu ya amat dan lama terpisahkan. Pun gitu, masa HD balik I dah terkinja-kinja nak peluk cium suami di airport, I 'import' my sister minta tolong masakkan. Hahaha...

Bila tengok HD balik kurus kering, I pun sedih nak menangis meraung-raung rasanya. Tak sampai dua bulan, 10 kg I tolong upkan berat HD. Hahaha....Sejak HD baliklah I terus rajin masak untuk keluarga. Lagipun masa tu Bubbly Abang dah besar, patutlah Mommynya fikirkan anak juga. Paling sadis masa birthday Abang yang pertama. Nasib baik my sister berpakat nak celebrate. Merekalah yang masak dan beli kek. I dah meraung sedih sebab bapaknya takda disisi sedangkan anak dah nak sambut ulangtahun yang pertama!

Sekarang ni dah bolehlah main campak baling dalam kuali je. Kalau dulu memang terkial-kial. Percubaan memang tak pernah sekali. Asyiklah gagal, Bertanya tak mahu, takut malu. Ahah belajarlah perlahan-lahan sampai berjaya!

Alhamdulillah, sekarang ni dah boleh tanya suami dan anak-anak nak makan apa. Isteri aka  Mommy mithali sedia berkhidmat dengan syarat sebelum pukul 9 malam. Hahaha...

P.S. Entri hujung minggu tak dan nak up hari ni. Esok-esoklah ya ^_^

 








Comments

  1. 10kg dalam sebulan tu memang hebatla.. aoa menu yang dimasak masa tu? Alhamdulillah. Ini namanya perkahwinan mematangkan kita kan. Ada benda yang kita sendiri sedar perubahannya dan ada benda yang orang lain di sekeliling kita yang menyedari perbezaan sebelum dan selepas kita kahwin..jangan kata anak bongsu, anak sulung pun ada je jenis yang tak oandai masuk dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, AN. Lupa pulak. Tapi masa mula-mula dah pandai masak, rajin buat kari untuk Hubbydearie. Beliau suka sangat. Lepas tu memang hari-hari hentam nasi putih. Mana tak naik badan. Member makan roti je masa kat negara sendiri. Pilov pun bukan setiap hari! Sedih tau kita tengok badannya kurus kering masa nampak HD keluar dari arrival hall. Dan-dan kat situ gak kita menangis peluk-peluk laki. Hahahaha!

      Kalau difikir semula, memang banyak beza sebelum dan selepas kahwin. Bila ada anak, lagilah cepat matang. Semua pun fikir tentang keluarga dulu sebelum nak buat sesuatu!

      Kalau saya tak kahwin seperti yang diplan dulu (dulu plan nak masuk rumah orang tua bila tua sebab takda suami dan anak) memang sampai la ni saya tak belajar masak rasanya!

      Delete
    2. Amboi..ada cita2 nk masuk rumah orang tua. Ini orang kedua yang saya jumpa ada cita2 mcm ni. Lagi satu akak saya.

      Rezeki tu semua.. lagi satu tanggungjawab.. bila dah ada tanggungjawab, kita rasa lain dan mula nak jaga apa yang patut kita buat kan?

      Hd kurus sebab makan hati balik kampung, merindu anak bini siang malam.....tu sebab utamanya..

      Delete
    3. Dah tu mak asyik tanya je bila nak kahwin. Give up dengan soalan teruslah main 'ugut' jerk. Kata nanti dah tua masuk ajelah rumah orang tua tak pun bela anak angkat! Habis cerita. Takut mak kita dengar plan bijak kita untuk masa depan! Terus disuruh mandi bunga. Hahaha....

      Siksalah hidup berasingan. Jauh pulak tu. Alhamdulillah episod perit tu dah lama berlalu. Tak mahu lagi berpisah gitu. Sekarang hidup untuk my familylah, AN apalagi ^__^

      Delete
  2. kakcik juga tak pandai memasak dulu walaupun kakcik bukan anak bongsu. Sehingga selepas berkahwin, bapa (allahyarham) kakcik bagitahu pada suami 'dia tak pandai masak, nanti kenalah bersabar'...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, nasib baik mak saya tak sempat sampaikan pesan kat suami saya macam tu. HD tak pernah langsung komplen pasal makan ni. Itulah yang saya respek. Aduh, kalau ingat masa mula-mula dulu memang gelaklah. Macam-macam nak buat tapi semua pun gagal dengan jayanya ^_^

      Delete
  3. Belajar masak ni mudah MD.. sekejap jer boleh garap semua tu.. CH dari kecik lagi mak dah suruh belajar memasak.. yg bestnya bila mak puji sedap.. hehehe.. tak sangka sekarang turun pulak pada kakak Nabilah yg rajin memasak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH bolehlah kata gitu sebab CH memang pro bab memasak ni. Bagi kat saya ni ahah, mahu pitam. Masa mula-mula dulu nak masak asam pedaslah paling mencabar CH. Asyik tak jadi, main buang je tapi ikan sayang pulak, basuh-basuh lepas tu goreng ^_^

      Delete
  4. hahaha samalah lebih kurang cerita kiter MD, tapi KA dekat2 nak kahwin tu cepat2lah pulun belajar masak itu dan ini, seb baik sempat grade sebelum naik pelamin, so selamat lah dpn cik laki dan mentua hehehe.. sebab tu KA skang duk suh anak2 tak kisahlah lelaki ke pompuan belajar masak sendiri, senang nanti ! x mahu pisang berbuah 2 - 3 kali hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA sempat jugalah belajar memasak ya. Saya takda sempat dah kata nak kahwin cepat! Hahaha....

      Melalak jugalah nak memasak masa tu. Mana nak google bagai. Bukan macam sekarang, tak tahu je google senang!

      Hahaha, jangan pisang berbuah berkali-kalikan, KA. Kesilapan mak jangan pulak anak-anak ulang. Tak kuasa nak pesan kat bakal suami mereka anak tak pandai masak ya tak?

      Delete
  5. MD masak sedap ni tu pasal naik 10kg dalam masa sebulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni saya dipersalahkan sebab berat HD naik. Aduh....

      Delete
  6. Nasib nk up entri hujung minggu esok esok, kalau ptg ni jugak, mau mak muntah dulu kaler hitam sebelum baca .....pergh!! Lega hihi

    Dapat bayangkan tu mcm mana pemalasnya jiran mak dulu dulu....haha....
    Tp betul kak Ton ckp tu, mmg kita jadi rajinlah kerana seorang lelaki, hebatnya penangan cinta tu kan....

    Eh...sampai setahun ke HD balik kg halaman ...pergh tak seriau ke masa tu? Maklumlah balik negara asalkan.....lama pulak tu. Bukan mudah tu. Hebatlah cinta korang ni! Salute mak....

    Cayalah.....sekarang dah jadi master chef yek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa Mak, muntahlah. Nah ambil beg plastik bising nih! Muntah tu jangan sepah-sepah, dahlah hitam kaler. Banyak dosa tu, Mak. Hahaha....

      Bukan pemalas Mak tapi feeling puteri raja. Ingatkan putera raja mana nak datang meminang, tak payahlah memasak lepas kahwin rupanya silap. Hahaha....

      Lama OKje, HD balik pasal hal immigrationlah. Pasportlah, visalah. Dah habis air mata menangis tau. Sampaikan orang jaga si Abang tu tak mahu jaga, melalak-lalak saya telefon HD kat sana sampai beratus-ratus bil. Tak sanggup nak kenang kisah terpisah tu. HD balik, Abang pun tak mahu Daddynya pegang kali pertama. Tak ke syahdu malam pertama pertemuan kembali kita orang nih?

      Eh, ni komen pasal bab masak ke bab kenangan silam cintan cintun nih? I sendiri konpius ler!

      Delete
  7. kita gadis desa kekdahnya.. abis sekolah tu dah pandai la masak sikit2 yang basic.. tapi ada kawan saya umur 8 tahun dah masuk dapur. kita sibuk main masak2 dia dah sibuk tolong mak masak. 13 tahun sebelum gi sekolah sesi petang dia siap buat kerja rumah masak,basuh, kemas bagai.. Tapi tu la tang akademi kurang la sikit. mak bapak dia lebih tekankan kerja rumahtangga dari pelajaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun 'gadis desa' pada mulalah, Suria tapi memang tak heran nak belajar masak sebab kakak ramai. Buang tenaga je tolong mak nanti kakak-kakak curi tulang. Kakak-kakak saya bergilir-gilir buat kerja rumah tapi saya dapat full freedom tak payah buat apa-apa. Tengok ajelah kartun tu sampai habis! Hahaha....

      Samalah macam my eldest sis. Tanggungjawab berat, kena jaga adik-adik yang ramai, kena tolong mak buat kerja rumah akhirnya rasa penat nak belajar. Itu yang belajar pun tak tinggi tapi alhamdulillah dapat juga kerja dan senang juga hidup, bolehlah. Tinggi pengorbanannya tu, tetiba pulak tersedih saya nih....

      Nasib baik kahwin kalau tidak memang tak reti nak belajar masaklah gamaknya saya ni tau ^_^

      Delete
  8. MD .beruntung ada ramai kakak yang boleh tolong kan MD..acik le kakak sulung..yang 5 lagi abang..memang acik la yang kena memasak..dari sekolah rendah lagi dah mula masak..walaupun setiap kali masak..arwah mak komplen manjang..sabo je acik...pandai2 sendiri je masak..tak de sapa ajar pun,..dah naik sekolah menengah..dah mula kurang komplen..maknanya dah mula ada rasa la acik masak masa tu kan MD.sedih pulak bila ingat zaman tu..
    tu sebab anak acik hero semua pun acik ajar juga masak nasi ngan goreng telur..yang asas le tu..bancuh air memang dia orang lagi pandai dari acik dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah untungnya ramai kakak ni, Acik. Masa duduk kat kampung kecil-kecil dulu, kakak-kakak saya kena bahagi kerja. Orang ni tolong masak, orang ni kemas rumah, orang ni basuh baju. Tugas saya - dok rileks tengok kakak-kakak kerja. Kalau suruh kerja pun saya selalu je curi tulang. Sesekali masuk dapur pun sebab saya naklah, nak tumbuk something, nak kopek something. Kalau tidak, memang saya tak ke dapur. Sekarang ni kalau balik rumah kakak, mereka yang sediakan makanan untuk suami saya. Punyalahkan....

      Delete
  9. Saya bukan tak pandai masak.. boleh je kalau nak masak tapi bila dapat hubby yang pandai masak.. request je nak makan apa.. hehehe.. memang manjalah jadinya bila hubby pandai masak.. pakej boleh amik buat untuk cateringlah..
    Saya hanya masak bila hubby kena outstation..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah suami pandai masak. Jeling-jeling manja je dah dapat makan free. Suami saya pun pandai juga masak tapi ikut moodlah. Kalau mood baik, HD akan masak. Selalu juga kalau saya berpuasa, HD akan tolong masakkan sebab ada menu hasil tangannya yang menjadi kegemaran saya!

      Delete
  10. wow 10kg..kongsi la menu mommy tu, boleh :)
    trowback katanya..
    betul tu mommy, byk yg kita dpt blajar slpas berumahtangga.
    tak pandai masak tak apa asalkan rajin memasak.lama lama pandai la kan..

    sy dlu nk tak nak kena jga tlg mak sbb ank pmpuan sorng ni je.
    yg lain adik lelaki tahu makan je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa dah Ciksu apa hidangannya tapi memang hari-hari tanak nasi maka makan nasilah HD tu. Lauk-pauk macam ayam masak kari, kentang tu semua memang kesukaan HD. Lagi satu HD memang suka makan sayurkan so saya selalu juga masak satu menu sayur untuknya.

      Betullah tu, Ciksu. Kalau belajar memang pandai. Kalau tak nak belajar sampai bila pun tak pandai-pandailah jawabnya!

      Delete
  11. Masak ni kena ada minat sebenarnya. Anak-anak kakak pun usia 13 tahun terus duduk asrama tapi jenis suka masak jadi bila cuti sekolah tu dia suka ke dapur itu yg masak oklah walau taklah sedap mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belajar memang pandai.Kalau disertakan minat, memang lagi baiklah hasilnya, kak....

      Saya dulu memang bab dapur ni bukan kegemaran. Bab-bab orang perempuan ni mostly saya tak gemar pun. Hahaha.... Nasib baiklah lepas kahwin tetiba rasa nak jadi isteri mithali. Mujur....

      Delete
  12. Gittew kisahnya, Kiranya skang ni dah expert lah bab memasak ni yerp ☺

    I start for 1-2 kot dah memasak. Tapi masak yg simple2 jer lah pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banding dengan dulu kira sekarang ni expert jugalah tapi jauh lagi kalau nak bergelar Masterchef. Hahaha....

      I rasa first year lepas kahwin memang kelam kabut sikitlah. Baru berazam nak belajar masak dan masak sedap-sedap untuk suami tetiba suami pulak kena balik negara. Terus hilang pedoman, hilang mood, hilang azam!

      Nasib baik bila anak-anak dah pandai meminta Mommynya ni dah pandai masak! Hahaha....

      Delete
  13. oklah tu at least skrg dah expert dah klu nak baling membaling kan..
    Lyn pun baru mula belajar2 masak skrg ni.. klu dulu my mum & my sis lah yg buat.. i kan diva.. goyang kaki tgk tv jer lah. Hehehe..

    dulu2 masuk boarding school mana lah nak jengok dapur sampai lah masuk U.. skrg ni baru nak menjengah.. hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu bolehlah berlagak diva. Ni Lyn lebih baik belajar, kalau dah kahwin nanti tak sempat nak khatam semua. Tapi dont worry, kalau hari-hari rajin masak pasti berjaya juga! Hahaha....

      Delete
  14. sy walaupun pangkat kakak mmg tak pernah tolong mak kt dapur juga..hanya tau goreng mee.msk air,msk nasik pakai periuk karen pastu msk megi..oklah tu..:)

    belajar msk pun pas kawen juga.almkalum sy kawen kira muda juga.habis diploma terus kawen..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni namanya kakak tak bertanggungjawab. Hahaha.... Gurau je, PK. Saya memang respek kat kakak sulung saya. Memang dulu susah hidupnya. Mak setahun satu tambah adik. 8 orang adik kecil-kecil di bawahnya kena jaga, kena tolong mak saya lagi. Memanglah kesian kalau fikirkan nasib kakak sulung saya tu. Saya ni memang rileks habis. Tengok TV je kerjanya!

      Delete
  15. Bagus3x...lepas ni srmoga bertambah rajin lah yer...kadang tu minat memasak ni datang sendiri tanpa paksaan...yang terpaksa tu anggap jer lah kewajiban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan nak kembali rajin ke dapurlah, Bunda. Harapnya jadi kenyataan. Takut masuk je awal tahun terus balik macam selalu, main beli jerk. Manalah sempat nak menajamkan skil memasak. Hahaha....

      Delete
  16. Dulu google pun susah. Nak online pun susah, Diana ^__^ Sekarang okeylah kalau terasa nak masak something special, google aje banyak resepi keluar :D

    ReplyDelete
  17. at least belajar jgk msk MD. teringat my fren msk megi ltk sos tomato. air plk byk gila. mimpi ngeri la sape yg serumah dgn dia. tp skg dh blh msk je. sama jgk dgn ex-hsmate merangkap r/mate sy msk kat ukm dulu. rela la menunggu akak ni blk kelas sebab time tu kena msk dgn dia. biasanya dia tgk je sbb tak reti msk. sy plk ada jahat2 skt... selalu elak nk bg dia try msk. tp mst la tak msk pny sbb tak pandai kan? adeh... tak baik plk buat dia mcm tu.

    sy ni start msk sekolah menengah la kot sbb kalau tak msk tkde bnd nk mkn since mak dah xde and my sis plk keje. kalau ada abang tu sdp la sbb dia pandai msk. time sm2 sekolah ptg dulu, kalau my sis tak smpt msk, dia la yg msk bagai. beruntung la isteri dia sbb kalau ke rumah dia pun, mmg dia msk jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... I tengah membayangkan ni maggi letak sos tomato together-gether dengan air satu jug *__* Okey, tak mahu gelakkan orang sebab kalau teringat kejahilan diri sendiri, lagilah nak gelak! Dulu saya dok fikir macamana nak buat lauk jadi kuning. Punyalah bebal, tak tahu pun kalau masuk kunyit kuninglah sampailah nampak jari tangan jadi kuning lepas potong kunyit. Barulah tau. Hahaha....

      Saya masa sekolah macam tuan puteri. Semua berhidang. Tau panggil makan je....

      Delete
  18. Lya pom start blajar memasak lps kawen.. nangis mula2 nk.masak. mmgxreti lgsung..selalu refer MIL atau.mama. yela lya ank bngsu, mmg x msk dpur lgsung la..kbtulan lak kerap sakit. Hhe.

    Tringat 1st time buat meehoon.. smpai ke sudah x jd.. tu la kali pertama n yrakhir buat.. rupanya meehon tu kna rendam air dlu ye..

    Sama.mcm buat ikn mee calong y gentel tu.. igtkan ikan tu smua rebus dlu n gntel bulat2. Bila msuk dlm kuah hbs hncur.. rupanya kena blend isi ikan mentah2... haha.. tp y ni dh bjaya buat.

    Alhamdulillah..8 thn kawen ni.. from zero to hero la.. drp xpndai lgsung.. dh pndai msk mcm2... cuma slalu dgn bntuan en google la utk resepi. Sbb tu lya suka simpan resepi kt blog sdri..sbb walaupon buat 10x dh menu tu.. ttp nk kena refer.. x confident tu la..

    Cuma 1 y lya gagal dr mula kahwin smpai skarang.. bab mgoreng ayam/ikan dan apa2 je y minyak bnyak mmg xlukus lagi. Tu mmg suami lya la y goreng .. aha. Smpaikan suamo dh buat sarung tgn.. punyalah takut mnyak. Tp menumis or goreng y sikit2 tu dh blh skarang..

    Pnh suami lya nk srh jugak lya balik ilan dlm kuali.. smpai hngus lya x balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak okeylah lagi, Lya. Tak nangis pun masa mula-mula kahwin dulu sebab tak tahu masak *_* Masa tu ingat nak berdikari je. Duduk pun nak jauh dari family sebab dah terbiasa sangat kalau terdesak, ada kakak yang akan tolong selesaikan masalah :)

      Hahaha...mihun tu tak rendam ye? Akak ni pulak selalu juga guna logik akal. Dok fikir apasal mihun tu lembut sebab bila tengok dalam paket keras kejung jerk. Mesti ada sebab. Tapi buatnya tak juga. Mihun goreng ni rasanya lepas Bubbly Abang lahir baru belajar buat itupun tak selalu sebab seisi rumah tak minat. Cuma mula-mula goreng mi dulu akak pelik kenapa bersudu-sudu lada kisar akak letak, mi/mihun akak tetap tak merah menyala macam jual kat kedai!

      Sekarang ni mudah sikit sebab google kan ada. Tak tahu je google. Kalau dulu-dulu, bernanah hatilah kalau nak memasak sebab tak tahu nak korek mana. Buku resepi sikit punya tebal tapi nak suruh refer memang malas!

      Ni kes takut kena minyaklah sampai tak berani nak buat aktiviti goreng menggoreng ya? Hahhaa...

      Delete
  19. saya pun memasak betul lepas kahwin
    masa belum kawin dulu, mak yang masak
    dapat pula suami jenis suka makan kat rumah, ambik kau!
    tapi sebarnya semua orang boleh memasak, kena practice aje
    lelama pandailah, cuma saya memang bab masak tak suka! tapi terpaksa
    kalau tak masak kang, tak makan pula
    maka haruslah juga memasak walau selalu mengeluh sesorang kat dapur =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang makan je tau sebelum kahwin dulu. Kalau keluar makan, bab order boleh serah kat saya *_* Lepas kahwin, memang bersungguhlah nak mengenyangkan perut suami kononnya. Tapi la ni dah kurang bersungguh pulak nak main masak-masak kat dapur. Penyakit malas dah datang menyerang. Kalau mula-mula kahwin dulu, penyakit satubendapuntaktahu!

      Delete
  20. Untung kan ada kakak? Selalu gak
    Marah adik klu dia xmo masak. Tp ank bongsu mana jalan kita bebel ..

    Tp mmg betul pun MD, untung sbb hubby MD bkn org kita, klu tak kot la nak gulai ke, nak itu ini kuih tradisional pening nk melayan. Ehehe..

    Ye la.. Tekak ni klu asik beli jemu gak. Samalah cam LM. Dulu tlg sediakn bhn tp bkn LM yg masak. Bila kawen terkial2 nk masak. Buat mee sup . Konon mee celur tambah sup ayam je. Tup2 letak kunyit sekilo kot terus jadik merah mee sup tu. hidang kat tetamu malu giler masa tu:(

    Byk juga kenangan psl
    Bab memasak ni. Lg kenang lg lag rasa nk gelak. Klu masak utk mkn sendiri x jd tu LM campak lelaju dlm tong sampah. Takde lah laki nampak. Ekeke

    Tp dulu hubby lah yg tlg msk gulai ke kari ke atau goreng mee sbb bini dia goreng mee pun lembik. Sadis betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak untungnya ada kakak ramai ni, LM. Yang tak untung kitalah sebab semua tak reti, dah asyik bergantung hidup pada mak dan kakak-kakak sahaja. Nasib baik jugalah HD bukan orang sini jadinya takdalah request nak makan macam-macam ala-ala masakan emaknyakan. Hahaha...

      Kalau beli selalu tu memang jemu apatah lagi kalau dok beli kat kedai yang sama. Mana boleh tahankan. Time jemu tulah kita goreng drummet makan dengan nasi putih bubuh kicap. Hahaha....

      Saya sampai sekarang tau tak pernah pelawa kak yang sulung tu merasai masakan saya sebab malu sangat. Walaupun dah pandai, still ada perasaan malu pada kakak yang kita memang tahu sangat expert bab-bab masak nih!

      Tapi bagus juga LM ni. Sekarang ni bukan setakat memasak untuk keluarga, boleh ambil order buat roti lagi. Saya dah pandai masak tapi takdalah sampai ke tahap itu. Untuk keluarga ajelah *_*

      Delete
  21. beruntung tu HD telan jer apa yg ada depan mata . bkn semua org blh dpt suami cam tu . kiranya banyak laluan berliku dlm hidup MD ni . alhamdulillah MD dpt laluinya dgn baik ... maka betullah , setiap org dlm hidupnya ada ujian nya sendiri . cuma tak semua org sedia nak bercerita ttg nya ... saya pun byk ujian . ibarat kata org tua , tolong org tapi diri sendiri tak ketolongan . adik beradik , kawan . dan sekrg , saya nak fokus pada diri sendiri saja ... dah letih la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liku-liku hidup tu adatlah, Vee. Masa saya kena melaluinya, saya rasa susah sangat tapi bila diimbau kembali, ya memang susah tapi kita dapat harunginya juga. Ada orang yang tak mampu menerima takdir. So, rasa bersyukur sangat-sangat.

      Saya rasa dalam hidup ni kita kena bersifat pentingkan diri sendiri sekali sekala. Kalau tidak, hidup kita memang hanya untuk orang lain dan bukan untuk kita!

      Delete

Post a Comment