Okey, I rasa I ni tengah kemaruk nak menaip entri sesaja. Kejap-kejap I terfikir something new to write. I ni pulak bukan suka auto publish, tak pun draft lepas tu kepam lama-lama. Memang terusik jiwa raga kalau buat begitu.
I tengah free ni apa kata kita taram je tulis lepas tu publish. Kalau rasa macam banyak sangat pulak, kita peraplah sekejap. Kesian kat kawan-kawan yang rajin datang membaca. Mabuk nanti tak pasal-pasal ^_^
I ni kalau menulis entri yang panjang, memang dalam 30 minit dah siap. Itu kalau takda gambarlah. Kalau ada gambar tu lambat sikitlah, nak kena bubuh watermark, nak transfer dari he-ho lagi. Sebab itulah I lagi suka tak letak gambar. I tak penat dan kawan-kawan pun tak terseksa jiwa-raga membacanya. Itulah pasal I tak letak gambar I suami isteri berposing manja-manja dalam blog. Nanti you all muntah tak habis-habis 8H7M tau ^_^ I know, I know, sebab I pun kadang-kadang nak muntah juga rasanya bila orang buat. Hahaha....
Gurau je, sila jangan ambil hati walaupun sekelumit virus pun besarnya ya ~_~ I ni tak boleh hidup seharian serius saja. Memang parah rasa dalam hati bila tak gelak *_*
Gelak tu kan sedekah. Eh, apa punya ajaran! Yang itu senyumanlah, Kak Ton!
Okey, ni cerita pada suatu hari yang indah lagilah....
Pada suatu petang yang damai, I dan keluarga ke sebuah restoran yang kami kerap kunjungi. (Nampak tak macam mana I boleh dapat A+++++++ masa BM UPSR zaman tok kaduk dulu-dulu-dulu-dulu....)
Biasalahkan bila masuk restoran, penyambut tetamu mestilah nak greet tetamu mereka; kalau mereka tak sibuk dengan pelangganlah ya! Maka bila kita masuk je, waiter ni ( I guess Mat Banglalah... I sebenarnya tak dapat detect race sebenar sebab dah banyak sangat race kat Malaysia ni rasanya..) akan ucap,
Good Evening, Sir! Welcome Sir/Madam!
Maka si Adik Cute ni dia dok perhati ajelah mungkin ya...
Bila kita duduk je sementara menunggu hidangan sampai, akan kedengaran si Adik Cute ni meniru gaya si waiter...
Masuk satu pelanggan, waiter kata - Welcome Sir!
Adik Cute kata - Wey kam! (Welcome ya.... maklumlah waiter cilik ni kadang-kadang pelat)
Masuk lagi satu keluarga, waiter kata - Good Evening! Welcome to (nama restoran), Sir!
Adik Cute pun mengikut - Wey kam! (Sekuat-kuat hatinya sampai orang lain pun jeling dan gelak-gelak tengok gelagat si kecil nih...)
So, waiter ni tadi dah perasan maka dia pun sajalah cakap 'welcome' banyak kali. Mulanya Adik ikut lepas dia perasan waiter tu dok usik, teruslah main hide and seek belakang Mommy. Malulah tu....
Adik ni kalau dia start perahsantan orang tengok (sama je anak beranak semua kuat perasan ya for your info...) mulalah jadi malu. Terus sembunyi belakang Mommy sambil kata,
Memanglah jejaka idaman Malaya suatu masa nanti.... hahahaha.....
Suatu hari dia berlari mengekori si Bubbly Abang yang baru keluar dari bilik air, tetiba Adik berlari mendapatkan I....
Habis satu rumah tau... dan si Abang pun apalagi, merah padam muka mempertahankan hak mengapa dia tak pakai baju lagi!
Itu baru Abangnya belum lagi MommyDaddy yang dah biasa kena 'sound' juga...
Bila Daddy buka radio dalam kereta dan lagu berkumandang, dia pun mencelah,
Daddy! Lagu ha gham! (haram ya...)
Tak pun bila MommyDaddy sibuk berbual dalam kereta siapa nak cakap dulu, dia pun menyampuk,
Huhuhu... inilah baru kena buku dengan ruas. Mengajar anak, anak sound makpak! ^_^

Adik malulah. Adik malu kakak tengok.....(Okey, part panggilan ni paling bagus. You all jangan bimbang. Setua mana pun you, Adik Cute akan panggil 'kakak' jerk....)
Memanglah jejaka idaman Malaya suatu masa nanti.... hahahaha.....
Suatu hari dia berlari mengekori si Bubbly Abang yang baru keluar dari bilik air, tetiba Adik berlari mendapatkan I....
Mommy! Abang tak malu! Abang texi (seksi). Abang tak pakai pender (spender)! Jom Mommy! Jom tengok Abang tak malu!
Habis satu rumah tau... dan si Abang pun apalagi, merah padam muka mempertahankan hak mengapa dia tak pakai baju lagi!
Itu baru Abangnya belum lagi MommyDaddy yang dah biasa kena 'sound' juga...
Bila Daddy buka radio dalam kereta dan lagu berkumandang, dia pun mencelah,
Daddy! Lagu ha gham! (haram ya...)
Tak pun bila MommyDaddy sibuk berbual dalam kereta siapa nak cakap dulu, dia pun menyampuk,
Daddy, diamlah! Bising jerkk.....
Huhuhu... inilah baru kena buku dengan ruas. Mengajar anak, anak sound makpak! ^_^
Letaklah satu gambar lama Adik Cute, pujaan hati MommyDaddy dan 'penglipurlara' Bubbly Abang |
rajin kak MD menaip ye..saya kalau dapat satu hari satu entry tu dah kira cukup la..nak menaip kena concentrate, tak boleh sesambil.
ReplyDeleteadik oh adik, geram Kak Sal tengok pipi tu..memang seronok layan budak baya ni kan..
Tengah mood rajin datang ni, Sal. Lagipun tak berapa sibuk. Kalau sibuk haruslah pura-pura lupa tentang blog :D
DeleteAdik ni kalau jumpa strangers ada pemalu sikit especially perempuan. Dia memang alergi. Tapi kalau dah kenal, jangan haraplah dia nak duduk senyap-senyap. Berkilo lemak terhapus dek menguruskan si Adik ni. Eh, ya ke?
Lagi nak muntah lagi mak suka letak.....esok nak letak lagilah gambar pasangan kilauan pegang tangan pulak huahuaha....
ReplyDeleteCukup cukup sudah menaip tu hari ni walaupun idea mencurah curah! Semput mak nak baca tau! Dahsyat ar entri setengah jam pun boleh siap ... Pergh!!!
Ni kalau jumpa ngan adik cute memang nak kena soal siasat dengan auntie ni, nak tengok pandai tak dia menjawab
Pagi-pagi dah skodeng rumah Mak takda pulak gambar wefie lakibini sampai nak muntah. Mak simpati kat kita eh.....
DeleteLagi Mak kata jangan, lagilah kita teruja nak menaip. Takpa Mak. Kalau sekali datang tak khatam, Mak datang lagilah. Mak kan suka bangat sama jiran. Eh, ke kita suka kat Mak? Oh, tidak....
Adik Cute kena belek-belek dulu lepas dah ngam barulah dia akan menunjukkan taring bahasanya yang sungguh keletah macam Mommy ^_^
Cute sungguh adik ni...besar nanti mesti hensem 'giler'... :)
ReplyDeleteAnak si MDkan, kak.... Hahaha....serius perahsantan tak sudah-sudah lagi nih!
DeleteOloh, baru je saya masuk gambar laki bini pakai baju hijau posing dalam feri dalam entry pagi ni. Harapnya tak ada yang muntah teruk ler..
ReplyDeleteHaha. Samalah kita, jarang betul saya buat entry auto publish. Memang mood time tu time tula menulis maka time tu la korang dapat bacanya.
Suka la melayan kalau jumpa budak macam adik ni. Ada sesetengah budak depan orang senyap je.. tak nak bercakap pun..
Haha, kepetahannya, tak tahan.. budak bijak ni..
Saya dah check gambar tu. Lulus. Takda pulak saya muntah. Tengok juga gambar macam mana yang boleh buat muntah kaler-kaler tu keluar, AN ^_^
DeleteAnak-anak saya semua ikut Mommynya, AN. Memang keletah. Huahaha....
memang tabik spring la dengan MD.....byk idea...boleh jadi wartawan...kalau akak byk tepek gambar sebab terkial2 nak bina ayat.....ha3x......
ReplyDeleteadik mmg cuteeeeeee.....muah.
Wartawan laman gosip bolehlah, kak. Kalau wartawan melapor berita serius ni, saya tak boleh. Sehari saya serius memang jiwa tengah laralah tu. Kalau tidak, asyiklah gelak. Langsung tak serius. Gitu kekdahnya juga kalau menulis ^_^
DeleteKak, tak boleh muah-muah tau. Jauh sangat :D
memang cute la adik ni..sian abang malu..nasib baik ada mmummy daddy je..kot tak lagi la malu abang
ReplyDeleteAdik mula takda 'penapis', Acik. Suka betul dia imitate Abangnya. Apa kita cakap pun kena beralas, kalau tidak habis jadi ikutannya.
Deletebab bising jek tu sama la pulak..haihh..
ReplyDeleteDunia MD memang sentiasa bising. Jarang sunyi sepi, senyap jerk!
DeleteIni adik baru setahun jagung MD. Tunggulah bila dah masuk taska dan tadika mahu lagilah tak terlawan dibuatnya. Apa yg tak terduga semua akan terjadi sebab ruang minda banyak kosong akan diisi apa yg dia nampak dan belajar:)
ReplyDeleteKosong sangat ni, kak itu yang macam-macam perkataan semua melekat dalam kepala. Kalau dengar si Abang baca doa, pun cepat dapatnya. Sebab dia suka tiru Abang maka apa yang Abang ajar akan lebih cepat kesannya sampai kat otak si kecil nih :)
Deletehuhu....baru mempersiapkan diri nak baca entry panjang...rupanya tak la panjang mana hehehehe...nasib baik ada gambar adik sekeping...saya tak gemar sangat baca entry takde gambar..macam baca laporan tahunan pulak hehehe....
ReplyDeleteEh, tak panjang lagi rupanya! Ni kena check balik berapa patah perkataan ^_^ Maklumlah orang duk kat library, tak tahan kalau baca je takda gambar ek :D
DeleteMacam² tau adik ni. Tapi adik cute lah. Nak buat menantu boleh..ekekeke...
ReplyDeleteAda anak perempuan sebaya ke, tak pun lagi muda? Kalau tua beberapa tahun pun boleh jugak ^_^
DeleteOh adik petahnya... adik kat umah untie ni bila nak petah macam adik bambam ni.. kekekeke
ReplyDeleteNanti-nanti dia dah 'dapat mulut' memang macam bertih goreng, Suria. Maknya pun tak terlawan tau :)
Deleteni tak panjang pulak yer... tak kisah lah janji ada..
ReplyDeleteakak mmg tgh rajin skrg ni kan.. sbb tu byk entry...
Ni yang akak dah mula suspicious. Panjang macam mana lagi kawan-kawan nak ek? Kalau begini gayalah, lagilah akak rajin tulis panjang berjela-jela sampai muntah-muntah membaca *_*
Deletetu baru permulaan . sat gi lagilah byk adik membusykan diri sound makpak dia ... bebudak ni cepat belajar n mrk x tau apa yg blh n x blh ... nasib lah klu dia bercerita kat depan org perkara yg x sepatutnya ... heh heh heh .
ReplyDeleteDah ada pengalaman dengan Abang so dapat bayangkan macam mana kelam kabutnya saya bila Adik dah pandai berceloteh. Anak-anak saya ni Vee memang banyak cakap. Ikut Mommylah tu. Hahaha...
DeleteAdik ni bukan setakat muka jer ciut.... Cara cakap pun rasanya sgt cute... Kalau jumpa dgn aunty, mau kena cubit pipi comel tu... Kalau anak sendiri, dah lama kena gigit....
ReplyDeleteIsh, anak I kecil lagi. Nak tunggu besar, luak pulak pipi kena cubit. Nah, cubit pipi Mommynya dulu. Takpa, takpa, I bagi free jerk!
DeleteSaya pun rajin gigit anak juga, Nur. Geram. Tak tahan tengok keletah mereka ni. Dah besar tak boleh gigit-gigit lagi. Mahu kita pulak digigitnya marah!
Wah.. nak muntah ek.. takpe sok ai letak gambar dalam blog ai pulak.. kehkehkeh..
ReplyDeletewah adik cute memang cute arr.. sambil baca entry ni sambil membayangkan aksi dia.. oohh geram arr auntie dengan adik cute.. ;)
Nak masuk meminang juga ke? Hahaha.... Zaman sekarang takpa belah perempuan pinang anak lelaki orang. Kawan I yang kata...Hahaha....
DeleteTengok juga keadaan gambar macamana yang membuatkan kita muntah darah berwarna-warni ^_^ Kalau sesekali tu dimaafkanlah otak boleh tapis lagi. Kalau dah selalu tu, alahai.... tak tahulah den nak kata apa. Den cemburulah tu sebenarnya ^_^
'Makcik ada anak perempuan sebaya ke?' Adik tanya nih... Hahaha.....
ReplyDeleteKalau rasa-rasa berkenan, silalah isi form online. Kena register dulu, nanti baru Mommynya pilih calon menantu ^_^
Dia kata lagu haram ke? Hahahaha... kena sebijik kt daddy. Adik cute ni buat kantoi abang tak pakai sepender ye? Comel betul. Dah la diulang ckp waiter tu weykam. Nanti nak jumpa adik la. Kalau jumpa adik nnt dia mesti akak panggil i 'kakak'. boleh le feeling muda kejap.
ReplyDeleteDaddy yang mulakan, padan ler ^_^ Mulut Adik sekarang ni memang kecoh sikit. Kadang-kadang I pun kena sekali ' Apalah Mommy ni! Itu pun tak faham!' Selamba je dia cakap kat Mommynya begitu. Tahan nafas dan urut dada ajelah!
DeleteOh, memang semua perempuan yang dia tak kenal dipanggilnya kakak je. Senang nak ingat kotnya!
adik cute kelakar la..
ReplyDeletenak tanya adik cute ni..
"kakak lya tantekkk tak???"
MD, cuba la letak pic loving2 dgn HD dulu.. kita tgk mutah 7H8M tak..
hehe
Adik malu dengan gegirl, Lya... Kalau nampak 'kakak' terus sembunyi belakang Mommy dulu. Dah mesra nanti barulah boleh bertepuk bertampar. Adik ni ganas tau. Nampak je muka cute kononnya...
DeleteHahhaa...taknaklah buat kawan-kawan muntah 8H7M, tak baik tau ^_^
alahai conmelnya lahai perangai menantu ibu.sepatutnya kakak la kan.muahaha..
ReplyDeleteboleh bayang dia sebut welcome tu.comel gila ahh..
Kalau bakal mak mentua panggil kakak itu dah kira melampau sangatlah tu. Mahu mak sendiri singsing lengan nanti....
DeleteMulut macam bertih jagung dalam kuali. Meletup-letup je bunyinya!
saya idea banyak camne, memang satu hari satu entry
ReplyDeletememang kena auto published, idak nanti tetiba senyap aje
tak boleh sekali harung, lagipun saya idaklah sepopular MD =)
semua orang perempuan dia panggil kakak ke?
bila boleh jumpa adik cute ni, boleh feeling muda gitu...hehe
aisyah pun pelat juga, kadang kena dengar bebetul apa dia cakap
kalau kita tak paham dia cakap, dia marah pula...hehe
MD kasi letak dulu pic loving2 tu baru tahu orang muntah ke idak tengok =)
Yalah tu tak popular. Sejak saya kenal YY ni, bukan main popular nampak gayanya sampaikan blogger terkenal pun datang singgah *_*
DeleteSaya kadang tu simpan juga idea tu, tunggu esok hari. Tapi masalahnya bila terlampau banyak yang kita simpan tu tak jadi entri, yang tetiba datang pulak jadi entri. Sayang tau semua idea simpan dalam otak je. Nak juga kongsi dengan kawan-kawan. Hahaha...
Dia malu dengan perempuan makanya semua pun dipanggil 'kakak' ajelah. Senang!
Adik ni kadang pelat kadang okey. Tapi bab bercakap memang non stop macam Mommynya juga. Hahaha....
Erk...sekali lagi sama je jawapan macam saya beri kat Lya - tak mahulah buat kawan-kawan muntah berhari-hari ^_^
mesti cute nyorok blkg mmummy kan..
ReplyDeletemalu konon. hihi
alahai sian abg.
ala md xkan muntah la. dok menanti ada la.. bila la nk letak..
Kalau dah biasa tu dia okeylah. Kalau first time mulalah malu kakak, malu kakak. Geram betul. Tak senang kita dibuatnya. Mulut kalah bertih goreng, Ciksu. Ikut siapalah agaknya cuba teka.... ^_^
DeleteAdik tinggal dengan kakak saya yang sulung tu. Sekarang ni Adik ni 'best friend'nya mak saya yang dah tak berapa nak ingat tu. Kelakar bila dia mula meniru aksi atokmaknya!
ReplyDelete