Alahai, Adik....

Okey, I rasa I ni tengah kemaruk nak menaip entri sesaja. Kejap-kejap I terfikir something new to write. I ni pulak bukan suka auto publish, tak pun draft lepas tu kepam lama-lama. Memang terusik jiwa raga kalau buat begitu.

I tengah free ni apa kata kita taram je tulis lepas tu publish. Kalau rasa macam banyak sangat pulak, kita peraplah sekejap. Kesian kat kawan-kawan yang rajin datang membaca. Mabuk nanti tak pasal-pasal ^_^

I ni kalau menulis entri yang panjang, memang dalam 30 minit dah siap. Itu kalau takda gambarlah. Kalau ada gambar tu lambat sikitlah, nak kena bubuh watermark, nak transfer dari he-ho lagi. Sebab itulah I lagi suka tak letak gambar. I tak penat dan kawan-kawan pun tak terseksa jiwa-raga membacanya. Itulah pasal I tak letak gambar I suami isteri berposing manja-manja dalam blog. Nanti you all muntah tak habis-habis 8H7M tau ^_^ I know, I know, sebab I pun kadang-kadang nak muntah juga rasanya bila orang buat. Hahaha.... 

Gurau je, sila jangan ambil hati walaupun sekelumit virus pun besarnya ya ~_~ I ni tak boleh hidup seharian serius saja. Memang parah rasa dalam hati bila tak gelak *_*

Gelak tu kan sedekah. Eh, apa punya ajaran! Yang itu senyumanlah, Kak Ton!

Okey, ni cerita pada suatu hari yang indah lagilah....

Pada suatu petang yang damai, I dan keluarga ke sebuah restoran yang kami kerap kunjungi. (Nampak tak macam mana I boleh dapat A+++++++ masa BM UPSR zaman tok kaduk dulu-dulu-dulu-dulu....)  

Biasalahkan bila masuk restoran, penyambut tetamu mestilah nak greet tetamu mereka; kalau mereka tak sibuk dengan pelangganlah ya! Maka bila kita masuk je, waiter ni ( I guess Mat Banglalah... I sebenarnya tak dapat detect race sebenar sebab dah banyak sangat race kat Malaysia ni rasanya..) akan ucap,

Good Evening, Sir! Welcome Sir/Madam!

Maka si Adik Cute ni dia dok perhati ajelah mungkin ya...

Bila kita duduk je sementara menunggu hidangan sampai, akan kedengaran si Adik Cute ni meniru gaya si waiter...

Masuk satu pelanggan, waiter kata - Welcome Sir!

Adik Cute kata - Wey kam! (Welcome ya.... maklumlah waiter cilik ni kadang-kadang pelat)

Masuk lagi satu keluarga, waiter kata - Good Evening! Welcome to (nama restoran), Sir!

Adik Cute pun mengikut - Wey kam! (Sekuat-kuat hatinya sampai orang lain pun jeling dan gelak-gelak tengok gelagat si kecil nih...)

So, waiter ni tadi dah perasan maka dia pun sajalah cakap 'welcome' banyak kali. Mulanya Adik ikut lepas dia perasan waiter tu dok usik, teruslah main hide and seek belakang Mommy. Malulah tu....

Adik ni kalau dia start perahsantan orang tengok (sama je anak beranak semua kuat perasan ya for your info...) mulalah jadi malu. Terus sembunyi belakang Mommy sambil kata,

Adik malulah. Adik malu kakak tengok.....(Okey, part panggilan ni paling bagus. You all jangan bimbang. Setua mana pun you, Adik Cute akan panggil 'kakak' jerk....)

Memanglah jejaka idaman Malaya suatu masa nanti.... hahahaha..... 

Suatu hari dia berlari mengekori si Bubbly Abang yang baru keluar dari bilik air, tetiba Adik berlari mendapatkan I....


Mommy! Abang tak malu! Abang texi (seksi). Abang tak pakai pender (spender)! Jom Mommy! Jom tengok Abang tak malu!

Habis satu rumah tau... dan si Abang pun apalagi, merah padam muka mempertahankan hak mengapa dia tak pakai baju lagi! 

Itu baru Abangnya belum lagi MommyDaddy yang dah biasa kena 'sound' juga...

Bila Daddy buka radio dalam kereta dan lagu berkumandang, dia pun mencelah,

Daddy! Lagu ha gham! (haram ya...)

Tak pun bila MommyDaddy sibuk berbual dalam kereta siapa nak cakap dulu, dia pun menyampuk,


Daddy, diamlah! Bising jerkk.....

Huhuhu... inilah baru kena buku dengan ruas. Mengajar anak, anak sound makpak! ^_^

Letaklah satu gambar lama Adik Cute, pujaan hati MommyDaddy dan 'penglipurlara' Bubbly Abang










Comments

  1. rajin kak MD menaip ye..saya kalau dapat satu hari satu entry tu dah kira cukup la..nak menaip kena concentrate, tak boleh sesambil.

    adik oh adik, geram Kak Sal tengok pipi tu..memang seronok layan budak baya ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah mood rajin datang ni, Sal. Lagipun tak berapa sibuk. Kalau sibuk haruslah pura-pura lupa tentang blog :D

      Adik ni kalau jumpa strangers ada pemalu sikit especially perempuan. Dia memang alergi. Tapi kalau dah kenal, jangan haraplah dia nak duduk senyap-senyap. Berkilo lemak terhapus dek menguruskan si Adik ni. Eh, ya ke?

      Delete
  2. Lagi nak muntah lagi mak suka letak.....esok nak letak lagilah gambar pasangan kilauan pegang tangan pulak huahuaha....

    Cukup cukup sudah menaip tu hari ni walaupun idea mencurah curah! Semput mak nak baca tau! Dahsyat ar entri setengah jam pun boleh siap ... Pergh!!!

    Ni kalau jumpa ngan adik cute memang nak kena soal siasat dengan auntie ni, nak tengok pandai tak dia menjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi-pagi dah skodeng rumah Mak takda pulak gambar wefie lakibini sampai nak muntah. Mak simpati kat kita eh.....

      Lagi Mak kata jangan, lagilah kita teruja nak menaip. Takpa Mak. Kalau sekali datang tak khatam, Mak datang lagilah. Mak kan suka bangat sama jiran. Eh, ke kita suka kat Mak? Oh, tidak....

      Adik Cute kena belek-belek dulu lepas dah ngam barulah dia akan menunjukkan taring bahasanya yang sungguh keletah macam Mommy ^_^

      Delete
  3. Cute sungguh adik ni...besar nanti mesti hensem 'giler'... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak si MDkan, kak.... Hahaha....serius perahsantan tak sudah-sudah lagi nih!

      Delete
  4. Oloh, baru je saya masuk gambar laki bini pakai baju hijau posing dalam feri dalam entry pagi ni. Harapnya tak ada yang muntah teruk ler..

    Haha. Samalah kita, jarang betul saya buat entry auto publish. Memang mood time tu time tula menulis maka time tu la korang dapat bacanya.

    Suka la melayan kalau jumpa budak macam adik ni. Ada sesetengah budak depan orang senyap je.. tak nak bercakap pun..

    Haha, kepetahannya, tak tahan.. budak bijak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah check gambar tu. Lulus. Takda pulak saya muntah. Tengok juga gambar macam mana yang boleh buat muntah kaler-kaler tu keluar, AN ^_^

      Anak-anak saya semua ikut Mommynya, AN. Memang keletah. Huahaha....

      Delete
  5. memang tabik spring la dengan MD.....byk idea...boleh jadi wartawan...kalau akak byk tepek gambar sebab terkial2 nak bina ayat.....ha3x......

    adik mmg cuteeeeeee.....muah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wartawan laman gosip bolehlah, kak. Kalau wartawan melapor berita serius ni, saya tak boleh. Sehari saya serius memang jiwa tengah laralah tu. Kalau tidak, asyiklah gelak. Langsung tak serius. Gitu kekdahnya juga kalau menulis ^_^

      Kak, tak boleh muah-muah tau. Jauh sangat :D

      Delete
  6. memang cute la adik ni..sian abang malu..nasib baik ada mmummy daddy je..kot tak lagi la malu abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik mula takda 'penapis', Acik. Suka betul dia imitate Abangnya. Apa kita cakap pun kena beralas, kalau tidak habis jadi ikutannya.

      Delete
  7. bab bising jek tu sama la pulak..haihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia MD memang sentiasa bising. Jarang sunyi sepi, senyap jerk!

      Delete
  8. Ini adik baru setahun jagung MD. Tunggulah bila dah masuk taska dan tadika mahu lagilah tak terlawan dibuatnya. Apa yg tak terduga semua akan terjadi sebab ruang minda banyak kosong akan diisi apa yg dia nampak dan belajar:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosong sangat ni, kak itu yang macam-macam perkataan semua melekat dalam kepala. Kalau dengar si Abang baca doa, pun cepat dapatnya. Sebab dia suka tiru Abang maka apa yang Abang ajar akan lebih cepat kesannya sampai kat otak si kecil nih :)

      Delete
  9. huhu....baru mempersiapkan diri nak baca entry panjang...rupanya tak la panjang mana hehehehe...nasib baik ada gambar adik sekeping...saya tak gemar sangat baca entry takde gambar..macam baca laporan tahunan pulak hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak panjang lagi rupanya! Ni kena check balik berapa patah perkataan ^_^ Maklumlah orang duk kat library, tak tahan kalau baca je takda gambar ek :D

      Delete
  10. Macam² tau adik ni. Tapi adik cute lah. Nak buat menantu boleh..ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada anak perempuan sebaya ke, tak pun lagi muda? Kalau tua beberapa tahun pun boleh jugak ^_^

      Delete
  11. Oh adik petahnya... adik kat umah untie ni bila nak petah macam adik bambam ni.. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti-nanti dia dah 'dapat mulut' memang macam bertih goreng, Suria. Maknya pun tak terlawan tau :)

      Delete
  12. ni tak panjang pulak yer... tak kisah lah janji ada..
    akak mmg tgh rajin skrg ni kan.. sbb tu byk entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yang akak dah mula suspicious. Panjang macam mana lagi kawan-kawan nak ek? Kalau begini gayalah, lagilah akak rajin tulis panjang berjela-jela sampai muntah-muntah membaca *_*

      Delete
  13. tu baru permulaan . sat gi lagilah byk adik membusykan diri sound makpak dia ... bebudak ni cepat belajar n mrk x tau apa yg blh n x blh ... nasib lah klu dia bercerita kat depan org perkara yg x sepatutnya ... heh heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada pengalaman dengan Abang so dapat bayangkan macam mana kelam kabutnya saya bila Adik dah pandai berceloteh. Anak-anak saya ni Vee memang banyak cakap. Ikut Mommylah tu. Hahaha...

      Delete
  14. hahhhah...ha gham ye adik..Bagus nye la..rasa nak buat menantu je..cakap pandai nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Makcik ada anak perempuan sebaya ke?' Adik tanya nih... Hahaha.....

      Kalau rasa-rasa berkenan, silalah isi form online. Kena register dulu, nanti baru Mommynya pilih calon menantu ^_^

      Delete
    2. Cemana la kalau masuk sekolah nanti ..pening la cikgu nya..kalau MD kerja sapa jaga adik nih??

      Delete
    3. Adik tinggal dengan kakak saya yang sulung tu. Sekarang ni Adik ni 'best friend'nya mak saya yang dah tak berapa nak ingat tu. Kelakar bila dia mula meniru aksi atokmaknya!

      Delete
  15. Adik ni bukan setakat muka jer ciut.... Cara cakap pun rasanya sgt cute... Kalau jumpa dgn aunty, mau kena cubit pipi comel tu... Kalau anak sendiri, dah lama kena gigit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, anak I kecil lagi. Nak tunggu besar, luak pulak pipi kena cubit. Nah, cubit pipi Mommynya dulu. Takpa, takpa, I bagi free jerk!

      Saya pun rajin gigit anak juga, Nur. Geram. Tak tahan tengok keletah mereka ni. Dah besar tak boleh gigit-gigit lagi. Mahu kita pulak digigitnya marah!

      Delete
  16. Wah.. nak muntah ek.. takpe sok ai letak gambar dalam blog ai pulak.. kehkehkeh..
    wah adik cute memang cute arr.. sambil baca entry ni sambil membayangkan aksi dia.. oohh geram arr auntie dengan adik cute.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk meminang juga ke? Hahaha.... Zaman sekarang takpa belah perempuan pinang anak lelaki orang. Kawan I yang kata...Hahaha....

      Tengok juga keadaan gambar macamana yang membuatkan kita muntah darah berwarna-warni ^_^ Kalau sesekali tu dimaafkanlah otak boleh tapis lagi. Kalau dah selalu tu, alahai.... tak tahulah den nak kata apa. Den cemburulah tu sebenarnya ^_^

      Delete
  17. Dia kata lagu haram ke? Hahahaha... kena sebijik kt daddy. Adik cute ni buat kantoi abang tak pakai sepender ye? Comel betul. Dah la diulang ckp waiter tu weykam. Nanti nak jumpa adik la. Kalau jumpa adik nnt dia mesti akak panggil i 'kakak'. boleh le feeling muda kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy yang mulakan, padan ler ^_^ Mulut Adik sekarang ni memang kecoh sikit. Kadang-kadang I pun kena sekali ' Apalah Mommy ni! Itu pun tak faham!' Selamba je dia cakap kat Mommynya begitu. Tahan nafas dan urut dada ajelah!

      Oh, memang semua perempuan yang dia tak kenal dipanggilnya kakak je. Senang nak ingat kotnya!

      Delete
  18. adik cute kelakar la..
    nak tanya adik cute ni..
    "kakak lya tantekkk tak???"

    MD, cuba la letak pic loving2 dgn HD dulu.. kita tgk mutah 7H8M tak..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik malu dengan gegirl, Lya... Kalau nampak 'kakak' terus sembunyi belakang Mommy dulu. Dah mesra nanti barulah boleh bertepuk bertampar. Adik ni ganas tau. Nampak je muka cute kononnya...

      Hahhaa...taknaklah buat kawan-kawan muntah 8H7M, tak baik tau ^_^

      Delete
  19. alahai conmelnya lahai perangai menantu ibu.sepatutnya kakak la kan.muahaha..

    boleh bayang dia sebut welcome tu.comel gila ahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bakal mak mentua panggil kakak itu dah kira melampau sangatlah tu. Mahu mak sendiri singsing lengan nanti....

      Mulut macam bertih jagung dalam kuali. Meletup-letup je bunyinya!

      Delete
  20. saya idea banyak camne, memang satu hari satu entry
    memang kena auto published, idak nanti tetiba senyap aje
    tak boleh sekali harung, lagipun saya idaklah sepopular MD =)
    semua orang perempuan dia panggil kakak ke?
    bila boleh jumpa adik cute ni, boleh feeling muda gitu...hehe

    aisyah pun pelat juga, kadang kena dengar bebetul apa dia cakap
    kalau kita tak paham dia cakap, dia marah pula...hehe
    MD kasi letak dulu pic loving2 tu baru tahu orang muntah ke idak tengok =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu tak popular. Sejak saya kenal YY ni, bukan main popular nampak gayanya sampaikan blogger terkenal pun datang singgah *_*

      Saya kadang tu simpan juga idea tu, tunggu esok hari. Tapi masalahnya bila terlampau banyak yang kita simpan tu tak jadi entri, yang tetiba datang pulak jadi entri. Sayang tau semua idea simpan dalam otak je. Nak juga kongsi dengan kawan-kawan. Hahaha...

      Dia malu dengan perempuan makanya semua pun dipanggil 'kakak' ajelah. Senang!

      Adik ni kadang pelat kadang okey. Tapi bab bercakap memang non stop macam Mommynya juga. Hahaha....

      Erk...sekali lagi sama je jawapan macam saya beri kat Lya - tak mahulah buat kawan-kawan muntah berhari-hari ^_^

      Delete
  21. mesti cute nyorok blkg mmummy kan..
    malu konon. hihi
    alahai sian abg.

    ala md xkan muntah la. dok menanti ada la.. bila la nk letak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah biasa tu dia okeylah. Kalau first time mulalah malu kakak, malu kakak. Geram betul. Tak senang kita dibuatnya. Mulut kalah bertih goreng, Ciksu. Ikut siapalah agaknya cuba teka.... ^_^

      Delete

Post a Comment