Dah patah hati pulak si MD nih....

(Latest entry please scroll down yo! *__*)

Salam Khamis kawan-kawan!

Hari ni I ada sedikit bengang di pejabat tapi sebab dah janji tak mahu mengeluh lagi, makanya kita lupakan hal itu. Usah ditanya mengapa....

Mood menulis pun jadi kedaung dek kerana hal itu tapi kalau tak menulis takut pulak ada yang rindu. Hahaha.... Silalah bertahan dengan keperasanan I ni, janji tak termuntah-muntah *__*

Ini entri fresh baru blink, blink dalam kepala walaupun tajuk dah lama ada dalam draft....

I ni kan memang ada satu perangai, kalau membeli tak ingat dunia sebenar. Lepas tu sebab takut kena marah dengan Hubbydearie, mulalah I sorok celah almari, belakang pintu, dalam beg troli, dalam kereta dan tempat-tempat yang I tahu Hubbydearie tak kuasa nak check. Makanya bila kerap buat perangai tak senonoh ni, ada masanya I sendiri terlupa.

Mengemas rumah memang hari-hari tapi mengemas khazanah tertentu bukan setiap masa. So, bila I spring clean my house, akan keluarlah segala harta-benda hasil tangkapan bagai ^_^

Kena juga marah kalau Hubbydearie tau tapi statement bernas yang I selalu gunakan ialah I lupa entah bila masa I beli semua tu. Maka, seperti dijangka, memang adalah harta benda yang nak sampai tarikh luput pun....

Masa Mami datang Malaysia awal tahun lalu, I pun macam biasa selongkar harta karun yang I sembunyikan sejak zaman Dinasti Shang dulu-dulu ~__^ Hasil kegigihan I menyelongkar, I telah terjumpa satu paperbag yang penuh dengan set pencuci muka. Ada beberapa set lengkap pencuci muka berserta dengan sampel-sampel produklah....

Oh, I remember! I dapat tu daripada one of my friends, tuan punya label kosmetik. Don't ask melah what brand sebab I don't think you know. My friend ni Chinese lady, ada dua anak dah besar panjang pun. Umur 40+++ tapi dari belakang nampak macam baru 20 tahun. Dari depan nampak 10 tahun mudalah. Okey, no doubt sebab dia pemilik jenama tersebut! Kalau you tanya tentang keremajaan kulitnya, mesti dia kata sebab produk keluaran syarikatnya tapi sebab sebenar yang dia tak akan beritahu ialah dia pengguna SKII sejak remaja lagi... I know, I know ^__^

I pun belek-belek barang-barang di dalam paperbag tu. Wah, banyak gila! I rasa I dah simpan hampir setahun kot! Kawan I siap dah tulis dalam kertas lagi regime pemakaian produknya. Dalam pada I belek katalog produknya tetiba terkeluarlah resit. Dan, dan, dan nak tahu berapa kos keseluruhan set pencuci muka tu? (Pekerja salon my friend ni buat silap kot dikepilnya resit tu dalam katalog walaupun bosnya bagi I semua percuma jerk...)

Aha... ni yang best!  

Total harga kesemua itu adalah.........

RM4, 400!!!!

Bila I tengok harga kat resit, I pun apa lagi cepat-cepatlah keluarkan semua. Oh, sayang tau kalau dah expired nanti. I belek satu produk. Okey, selamat untuk digunakan lagi. Belum tamat tempoh. Makanya, I berusahalah nak menggunakan produk tu dengan gigih selama seminggu jerk. Mana tau lepas tu terus I berubah jadi Che Ta. Tak ke haru dunia hiburan Malaysia bila Che Ta ada kembar? MD pulak tu. Surelah you all bangga berkawan dengan I kan. Hahaha.... jangan nafikan, I know you all memang suka celeb-celeb ni ~_^

Dek kerana banyak sampel dalam tu, I pun asing-asingkan. Mana yang I rasa tak dan I nak kerjakan sampai habis, I pun suruh Hubby beritahu Mami. Manalah tahu Mami nak bawa balik bagi kat anak dan menantu perempuannya (adik ipar dan biras I lah, baik hati tak Kak Ton nih?)

I tak tunjuk semualah nanti Mami terkejut pulak tengok perangai menantu mithalinya ni. Maka I ambil sampel serum. Mahal tau serum kawan I ni, satu botol RM900. I pun tak tahu serum ni dibuat daripada apa. Tak kuasa nak baca dah mata rabunkan...

Mami pun bawa balik untuk anak dan menantu perempuannya. Settled satu masalah nak meng-disappear-kan harta karun. Lepas Mami balik, I pun usharlah Hubbydearie. Kecoh I nak tahu cerita what happen kat sana. Maklumlah, excited nak dengar komen biras sebab I cemburulah. Ngaku ajelah senang.... Hahaha!

Tetiba Hubbydearie antara nak cerita dengan tidak je. Ini yang tak best! Mesti ada yang tak kena. Mulanya HD tak mahu cerita sebab dah janji dengan Mami tapi mana boleh tahan dengan jelingan isteri mithalinya ni. Akhirnya HD buka cerita 'berapi'.

Mami kata kat anak lelaki kesayangannya, menantu Mami yang lagi satu tu (biras I lah tu berapa kali I nak ulang cakap!) komplen pasal produk yang I beri. Mami berilah kat anak perempuan dan menantunya seorang satu serum tu dan suruh cuba sebab mahal harganya (ni mesti Hubbydearie yang beritahu pasal harga, I tak cakap pun dengan Mami benda tu mahal!) Lepas tu boleh pulak menantu tu cakap kat Mami,

Macam mana nak pakai, Mami. Takutlah! Dah tamat tempoh! ( I translate okey, I tak reti nak  tulis perbualan dalam bahasa Uzbek...)

Lalu dibuangnya serum itu!!!!

Reaksi Kak Ton?

Oh, ah kak apa lagi...... mestilah berasap kepala! Okey, okey, salah I tapi bukan I sengaja nak beri barang tamat tempoh. I beri kat Mami dan tanya kalau Mami nak bawa balik ke sana. I pun tak memaksa suruh bagi pada anak dan menantunya! Terus I tarik muka merajuk dan beritahu Hubbydearie dalam marah, tak mahu dah I bagi apa-apa kat biras yang satu tu! Jangan harap I nak berbaik-baik!

Wah, da-sat tau ah kak kalau dah merajuk! Hubbydearie pun satu, janganlah teragak-agak nak cerita. Lagi senang, jangan letak lighter kat penunu bunsen! Kan dah terbakar hati ah kak! Tapi, tapi, tapi, bukan salah HD pun dah I yang ngengada nak tahu sangat ceritakan.... Okey, you tak salah darling! Memang amarah ni lahir dari sikap cemburu dua menantu berbeza bangsa dan benua. Hahaha!

Okeylah, kita 'salahkan' Mami indirectly. Shhh.... jangan tembak I pulak! Menantu sana cemburu sebab Mami asyik dok puji menantu mithali Melesya ni jerk setiap kali balik dari Melesya! Anginlah kawan tu.... Okey, I maafkan you, biras sebab sifat cemburu you tu lebih teruk daripada I tau!

Okey, lupakan kisah zaman Dinosaur baru pupus tu *__* Meh tengok sini....

I baru dapat ini....



Ada satu makeup bag dan dua kotak....





Dalamnya ada ini....



Dan kotak-kotak itu pula ada ini...





I  tak tahu bila nak guna. Yang ada di rumah pun tak habis-habis lagi. You all nak ke? ^__^

Seriously ni baru lagi so kemungkinan besar lama lagi tarikh luputnyakan... 

Untuk itu, buat pengomen tegar I bulan Disember nanti (kesemua 10 orang top dalam carta di sidebar nun) I berhajat nak beri something something kat you all semua kerana begitu tekun melawan I bercakap dalam blog ni. Lagi panjang I tulis, lagi panjang you all komen, lagi panjang I reply komen. Entah bila nak habis I pun tak tahu tapi I sukalah sangat ada orang komen panjang-panjang. I rasa macam Angelina Jolie je kadang-kadang tau!

Eh, bukan yang di atas tu! Nanti I beli something fresh dari shopping mall yerk! 

Tapikan bila dapat tu silalah whataspp atau sms pada I macam ni,

TQ, MD. I appreciate sangat you hantar barang ni kat I walaupun sebenarnya I bukan suka pun benda alah nih....

Don't worry, I tak naik angin. I tak akan blacklist nama you all dalam hidup alam maya I. I ni baik, berbudi pekerti maklumlah perempuan Melayu terakhir katanya ^__^ 

Cumanya seminggu ajelah I tak akan menjengah blog you all sebab sakit hati.

Hahaha....

P.S. Ada lebih kurang 2 minggu lagi ni nak masuk senarai. I tak kisah cara mana you nak masuk  carta pengomen tegar I ni. Kalau you rajin boleh je korek  rahsia lelama I dalam blog pastu komen tapi janganlah publish komen yang sama 18 kali pada entri yang sama yerk. Itu melampau dah namanya, mencaras kedudukan orang lain tu namanya *__* Sesiapa yang rasa-rasa macam confirm je memang akan tersenarai dalam pengomen tegar I bulan Disember ni silalah jangan segan silu hantar nama penuh dan alamat (berserta no. he-ho untuk I sambung gosip di kemudian hari) ke my email : hppyrynne2906@gmail.com (baca: happyrynne) Oh, btw, I kan dah tukar no. he-ho baru, so jangan disms ke no. he-ho lama I tu yerk ^__^











Comments

  1. Awat pulak cheq? what happened?

    patutla HD marah, kalau saya pun marah jugak tu. beli tapi tak pakai, lepas tu boleh pulak lupa tu.. bagusnya kawan MD tu, bagi percuma banyak barangan mahal tu.. sayang tul la..
    Tapi bab barangan muka ni, risau juga nak tonyoh sebarangan, nati daripada aim nak jadi macam Che Ta, jadi lain pulak kan..

    Nak tinjau kejap.. eh, ada nama Kak Tin situ.. tapi Kak Tin ni tak nak hadiah,..ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mau ceritalah. Malas dah nak mengeluh-mengeluh ni. Tengah praktis jadi baik sebelum tahun baru. Hehehe....

      Banyak juga bendanya saya simpan lepas tu tak pakai. Ada tu yang pakai sikit lepas tu lupa. HD memang tau dah tak kuasa nak marah tapi geramlah sebab katanya membazir. Sayang duit. Tahun depan saya jadi baik sikitlah. Tak mahu simpan harta karun lagi ^_^

      Saya pun takut juga nak main cuba-cuba skincare ni. Kulit saya makin tua makin mengada. Kalau dulu, takda masalah pun. Yalah, dah kertu kan :(

      Ish, Kak Tin ni.... nak ke tidak, kita tetap bagi. Dah namanya ikhlas nak bagikan tapi itulah bab cari barang ni pening sikit sebab tak pernah jumpa dan tak tahu apa sukanya *_*

      Delete
  2. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh bertuah badan kak.... semua set tu buat mate lieya blink2 tauuuuuu...awak tak pakai..sayang laaaa.... dah le packaging nye lawo2...cantik sgt....

    bagus la kak nak bagi suprise kat pengomen tegar...rase diri dihargai gituuu...auwwww!! lagi pun tangan yg memberi kan lebih baik dari tangan yg menerima...so murah lee rezeki akak...in sha Allah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius, akak pakai seminggu dua je skincare tu lepas tu dah terlupa regimenya. Yang sebenar kena serang penyakit malas. Asal baring je tertidur! Lupa pulak skincare bagai nih!

      Dalam tahun ni 2 kali je Lieya akak buat. Itu jerk yang termampu. Tak larat nak pi pejabat pos hantar barang. Kerja mudah tapi itu yang akak paling sengal. Dah lama tak menulis kat sampul surat rasa tensionlah nak isi borang satu-satu. Tapi kesian juga kat pengomen tegar, gegak gempita lawan akak mengomel dalam blog tapi tak pernah dapat apa pun. So, bagilah something something tu *_*

      Delete
  3. Hahaha..beli beli & beli, lepas tu sorok, sorok dan sorokkan ..buat pekasam ya MD...last2 tak sedar ada produk kecantikan yg dah expired! :P

    Make sure yg u dapat kali ni, digunapakai...
    Dan sila lah derma kat I...hahahaha..
    Tapi bukan la I yang pakai...
    Utk wife i...hahaha

    I gurau aja..
    Tak layak masuk carta pengomen tegar u pun..
    Org no 1 yg layak masuk ialah HainomOKje tu....:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaaaa.....nasib paham si tuan doktor....hoho....
      Tp tak tau jugak ada 2 minggu lagi nak habis bulan ni weyh....

      Delete
    2. Hahaha... kalau DZ nak pakai losyen tangan, shower cream pun apa salahnya. Masalahnya saya takda masa, awak tu doktor ada masa ke? Hahaha....

      Errrkkk.... saya tak bagi hadiah pada 'hartawan' tau, DZ *__*

      Yang No.1 tu rating dia memang tak pernah turun. Kalau turun tu mesti sebab gaduh dengan jiran sebelah. Hahaha!

      Delete
    3. Amboi, Mak sempat lagi tu perasan apa orang tulis. Padanlah duduk tangga teratas dalam carta! Puas Kak Ton tulis entri dan jawab komen panjang-panjang dengan harapan Mak penat nak komen sama, rupanya lagi tekun.

      Oh , ya! Betul, betul! Kak Ton tau Mak sayang bangat kat Kak Ton. Hahahaa....

      Delete
  4. hahahahaaa..tak berani ahh nak masuk carta..dah tau memang tak rajin mengomen..
    kalo kita bagi barang free orang kondem memang sedih rasa hati..nak buat camaner dah tak dihargai..huhuu..at least kita cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carta saya ni lain macam sikit, Zee. Yang lalok je leh join sebab sampai tepu idea pengomen nak tulis apa dek kerana otak saya tak tepu-tepu menulis panjang-panjang. Tapi, jangan dicari entri berilmiah kat sini, memanglah tak jumpa. Hahaha....

      Itulahkan, kita niat bagi dengan ikhlas tapi bila orang terima rasa kita tak ikhlas, lain jadinya niat kita!

      Delete
  5. hmmm... kdg kita tak perasan... tpi itulah katanya bukan rezeki kita... mgkin itu juga cara Allah nk bersihkan rezeki kita yang mana2 tak berkat dan lopong2 tu... bersangka baik je... hmmm... tak dinafikan , mana2 tok laki mmg akan bebel je bila isteri brg cenggitu tapi tak guna... tapi ai blas je ayat mcm ayat ai kt atas tu... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlahkan, Maria. Bersangka baik ajelah. Hidup kalau asyik bersangka buruk, susah juga. Tak senang hati nih nanti *_*

      Sejak kahwin ni kira dah kuranglah. Kalau sebelum kahwin lagi dahsyat perangai. Saya bukan setakat suami, masa bujang duduk dengan kakak pun saya buat perangai gini juga. Tapi tu senang sikit boleh sumbat dalam bilik sebab kakak tak sentuh barang dalam bilik saya!

      Delete
  6. wahhh bestnyaa... rezeki rezeki... sape la yang bertuah dapat suprise dari akak tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, kesemua 10 orang pengomen tegar akak yang ada di sidebar nun *_*

      Delete
  7. saya juga ada habit main sorok2 ni tapi sorok rm . ada satu masa tu cari satu bilik x jumpa . saya simpan rm kat byk tempat . jgn tanya kenapa . bukannya saya x de acc bank . baru2 ni saya buka sebuah buku utk kingsikan maklumatnya di blog . dlm buku tu saya terjumpa rm ... sampai sekrg dok fikir , rm saya ke sbb buku milik kakak . jap kat tgn dia , jap kat tgn saya ... samalah kes mcm produk siti tu , dia cantik bkn guna produknya tapi produk lain ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah abah saya suka sorok RM, bawah bantal, bawah tilam, bawah tikar getah. Pendekata lepas arwah tiada, jenuh kami cari segala bawah rumah yang ada! Dulu pernah juga nak buat benda sama tapi memang asyik terlupalah, Vee. Sesekali jumpa dok fikir pulak bila masa letak RM kat sini! Sekarang ni tak berani sebab takut tetiba kena Alzheimer mahu nangis-nangis tak ingat letak duit kat mana. Hahaha....

      Thats whylah. Kalau ada produk mestilah nak kata produk sendiri berkualiti sedangkan sendiri pun guna produk bertaraf antarabangsa gitu. Tapi skincare kawan saya ni serumnya memang bagus. Kulit terasa licin dan muda belia gitu.

      Delete
  8. mesti ramai berebut2 nak dpt produk free drpd MD. hbs semua nak dikomennya nnt. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sesiapa yang rajin nak khatam membaca entri saya yang panjang ni okeylahkan. Kita pun boleh tau siapa yang baca penuh dan siapa yang baca perenggan terakhir jerk. Hahaha...

      Saya tak kisah lagu mana nak buat kalau nak masuk senarai. Tapi kalau tengok pada senarai, memang orang-orang yang rajin singgah sini. So, ikhlaslah nak bagi kat mereka ni sebab rajin sungguh mengomen! Entri saya mana ada berilmiah tapi panjang memang pasti. Respek kat kawan-kawan yang habis baca setiap entri ^_^

      Delete
  9. Eh....mak mcm perasan nama dah dlm senarai jer.....mata ke atas, tangan telunjuk cecah lesung pipit hokay!!! Hoho....

    Elehhhh.....nak banggalah tu..... dpt cite dpt barang barang tu dr Pavi.....pas tu konon cite pasal barang mekap yg dia dpt dr member dia zaman dinasti Shang, nak bagi ada kesinambungan lew tu kononnya ceh!!!

    Weyh....tp nak tanya ni, mcm mana boleh dpt barang barang tu dari Pavi??... Dapat free ke beli sebonar eh..... Ni mesti shopping gilak kat sana sampai dpt gift ek! Ok tak pe....mak tumpang bangga hokay dpt kawan dan jiran yg kaki shopping! Mana le tau terlanting sebijik 2 ,bijik barang dah dekat nak expired hihi....
    Lain kali sorok barang tu kat rumah jiran lew!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan perasan, Mak! Memang ada pun. Tak turun-turun carta. Tapi takpa, kalau Mak terkeluar dari carta sekali pun, Kak Ton akan tetap hantar hadiah sobinear kat Mak. Keh3x. Almaklumlah Mak nikan ikhlas menghentam Kak Ton dalam komen. Teman skodeng sekapal takkan dilupai ^_^

      Amboi, Mak... ni yang Kak Ton angin berasap keluar dari semua rongga! Kak Ton kalau nak showing off, showing off, dah lama Kak Ton kumpul semua barang siap dengan tag letak dalam blog. Kak Ton bukan gila glamor. Nak watpa letak tu semua, Mak. Kak Ton nampak tajuk dalam draft tak berusik, maka haruslah Kak Ton segera mengarang bila idea datang. Mak ni.....cemburu tak bertempat tau sama je macam biras Kak Ton yang jauh tu!

      Errr... Mak tahu ke Dinasti Shang tu bila punya, wujud ke tidak? Mak ni main tangkap muat je ikut Kak Ton cakap tau. Hahaha....

      Takda sambunganlah, Mak. Naluri Kak Ton ni sebenarnya lagi suka cerita pasal anak-anak tapi takut pulak kawan-kawan jemu lepas tu ngumpat Kak Ton -'Macam dia jerk ada anak!'

      Takut tau Kak Ton kalau 'readers' Kak Ton dapat dosa kering jerk sebab termengumpat Kak Ton dalam hati. Hahaha!

      Kan dah kata. Mak ni baca habis ke tidak ni? Semua tu dapatlah. Yang free selalunya Kak Ton warwarkan kat suami. Yang beli Kak Ton main hide and seek dengan HD. Skincare tu Kak Ton tercampak sama dengan hasil tangkapan untuk hari itu agaknya sebab itulah Kak Ton terlupa!

      Mak, nanti kita hantar barang pakai poslaju yerk walaupun rumah Mak sebelah rumah kita jerk!

      Delete
    2. ohhh legaaa... nasib kalau terkeluar carta pun dpt skincare expired haha.... Eh cikgu sajalah tu.... tetiba eksyen.... org dah nak bagi sambar ajelah....

      Tak de yeh Dinasti Shang??? Ingatkan ada hihi ....Tak kuasa mak nak search history tau....Tak pe mak redho jer kalau kena kencing pun...
      Tak mo ar dpt dosa, part dosa ni elok Kak Ton sorang jer yang dapat haha....
      Tak jawab soklan org...camne boleh dapat tu Kak Ton? kak Ton beli apa sampai dpt gift cantik gitu?

      Meh ar bagi by hand kat Aeon BMC...nak??? sambil blink blnik mak punya mata...rugi jer duit!

      Delete
    3. Mak ni kan... kita nak bagi hadiah baru, dia sibuk nak hadiah yang nak expired. Sukahati Maklah, janji Kak Ton senang kerja nanti....

      Cikgu malu nak terima pemberian ikhlas. Pastu kerana malu, cikgu tak muncul-muncul nak bagi peluang orang lain cantas tempatnya. Ish, cikgu ni.... susah hati Kak Ton tengok perangai low profile cikgu nih....

      Kalau tak mo dapat dosa, jangan tanya soalan. Hahaha....

      Delete
    4. Nyampah ar.....suka tak jawab soklan...

      Delete
    5. Hahaha...nak nyampah apa. Kata jiran mithali kenalah jaga tatatertib berjiran. Nak tahu pasal apa lagi ni? Dah kata barang tu percuma. Saya tak beli pun....

      Delete
  10. haha MD dah pecahkan rahsia kawan MD...SKII rupanyaaa....wahh untunglah cantik betul packaging brg2 tu ya, so sweett :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalahkan... nak kulit cantik bukan cerita sehari dua, seminggu dua. Mahu dari muda sampai ke tua kena rajin jaga muka. Hahaha....

      Senanglah nanti nak pi mana-mana bawa bag makeup hak gedabak macam tu. Semua boleh masukkan dalam tu walaupun pakainya tak juga :)

      Delete
  11. Alahai MD apa nak buat bila memberi kepada org yg tidak tahu menghargai. Kalau yg biras tu dah lain cerita. Kena kawan alam maya ni apa nak dikata? Innallahama'assobirin ajelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, kak... statement pertama tu ditujukan pada saya ke? Hahaha...macam terasa-rasa dalam hati nih :)

      Kita bagi percuma, kalau orang tak suka nak buat macam mana. Kita ikhlas memberi so tak guna nak sakit hati lama-lama :D

      Delete
  12. banyaknya barang2 MD ni..hish mahal2 belaka pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percuma, Mar. Kalau kena beli, saya tak beli barang ni sebab saya pun tak berapa suka. Hahaha.....

      Delete
  13. ha..ha... kelakar.. kitapun sama dah membeli baru rasa ish mesti hubby tak berkenan ni.. nyorok ataupun kalau bagi tau mesti harganya murah dari sebenar...
    betoiler siti nurhalizatu gamaknyer pakai tak produk dia??? ha... ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah sekali sorokkan baju baru beli. Dah 2,3 bulan kemudian cubalah nak pakai sekali HD kata tak suka pattern baju tu. Terpaksalah saya gantung je dalam almari, tak pakai-pakai pun. Tunggu selongkar almari cari baju lama sekali lagi baru fikir nak bagi kat sapa pulak!

      Kalau tanya Siti mestilah katanya hasil produk keluaran syarikatnya tapi mesti SKII juga tu ^_^

      Delete
  14. tu dia aihh.. mampu sorok dia asben memang hebat la kan. Macam kita keluar berkepit dengan asben tak tau camna nak sorok kalau membeli belah. nak sumbat dalam coli byk2 pun rasanya dapat detect hahahahaha... Sampai expired punya sorok.
    Kita ni dapat dapat top pengomen tegar tu tipis la... sebab yelah.. kena cari masa nak bw ni. tak kena masa baca satu perenggan, dah kena pi jenguk anak la.. jenguk tu la.. jenguk ni la hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita rajin keluar lepas kerja makanya berjayalah main hide and seek ni. Kalau selalu keluar dengan husband, memang tak rasalah nak main sembunyi ibu macam ni....

      Hahaha...serius, ada hati nak sembunyikan dalam coli. Tetiba jekan dari size 32A jadi 38D. Pelik pulak si suami, ubat apa si isteri ni pakai. Port paling mudah of courselah kereta sendiri. Agak-agak barang tu dah tak hangat lagi, bolehlah angkut keluar. Lepas tu memanjang aje terlupa bila beli, berapa harga. Nak selamat punya pasal!

      Kalau kat rumah memang susahlah nak blogwalking. Nak buka blog pun susah. Ini nasib baiklah kat pejabat, time kerja tak menimbun okeylah buat kerja 3 in 1. Yang penting kerja pejabat dah selesai!

      Delete
  15. Wowwwwwwwww...
    kos brgan y MD miliki tu 4k++..
    Produk ape tu.. serum pom cecah 900tu.. huhu rezeki MD la tu. Tp sygnya lama sgt tsimpan.. mana tahu klo pkai ntah2 lg cun dr che ta.. harus la MD tempek muka MD kat blog..


    I wish.

    I wishhhh

    Akan.tersenarai... klo ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk syarikatnya sendiri. Dia ada salon kecantikan. Sesuailah dengan penampilannya, memang boleh jadi duta produk sendiri. Saya pun tak tahu kos sebenar barangan yang diberi tu. Kalau tahu, dari dulu saya dah habiskan tempek kat muka banyak-banyak. Hahaha..

      Insya Allah, kalau dah memang tersenarai, adalah something nak beri nanti *_*

      Delete
  16. mak ai harga kosmetik tu, buat saya demam seminggu!
    saya tak reti pakai kosmetik ni, pakai pun bedak sejuk aje
    kalau saya jadi cam MD, confirm patah hati juga
    boleh dia buang lepas tu kata benda yang buat kita panas hati
    eh ni ayat batu apa juga je? hehe

    wah...MD nak bagi hadiahlah, cam sonok aje, cam best aje
    tapi bila tengok senarai, tak layak lah pula
    tak apalah, better luck next time =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dapat free, YY. Kalau suruh beli, takda maknanya saya nak perabih duit banyak tu. Sayang ler. Lebih baik beli benda lain...

      Itu kes jealous sesama menantulah tu. Confirm memang tak mahu dah beri apa-apa lagi. Suruh HD pulak sediakan apa yang patut diberi pada isteri abangnya tu. Saya malas nak fikir. Hahaha...

      Eh, bukan ke awak dok dalam carta? Jap, jap...nak pi tengok carta sebelah ni kejap. Awat dah lain ke jadinya....

      Delete
    2. eh, ha'a lah ada nama saya
      awat semalam tak ada...hehe

      Delete
    3. Mungkin tak pakai spek tu semalam. Saya rasa memang ada pun selama ni. So, jangan lupalah ya bagi alamat. Eh, bukan ke hari tu dah bagi? Alamak, lupa pulak! Maklumlah dah kertu. Alahai... pecah rahsia!

      Delete
  17. Waduh....somput mokcik baca catatan ini...tapi mokcik suka baca ayat demi ayat, baris demi baris...

    Mak aih....RM4,400.00? boleh beli barang dapur untuk setahun tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mokcik kena letak sejug air dan twisties kat sebelah tu kalau nak datang singgah. Kalau tidak, memang confirm haus dan lapar. Sekali baca, waktu breakfast lunch and teatime pun boleh terlepas. Maklumlah, panjang lebar katanya....

      Thankslah Kakcik, walaupun kena semput tapi habis juga baca entri MD ni. Nak suruh cantas entri jadi pendek, memang jangan haraplah. Satu perkara yang payah tu untuk saya *_*

      Kalau barang dapur tu, memang dah mewah melampau dengan harga tu kan, Kakcik. Patut lain kali saya minta kawan-kawan bagi voucher JJ jelah kalau mereka teringin nak beri saya hadiah *_*

      Delete
  18. ramai yang cakap pakai SKII memang kulit cantik mulus gitu...kalau dah orang sendiri tak pakai produk sendiri macam mana nak tahu elok ke tak produk yang dihasilkan..tak gitu...hehehehe... boleh tahan juga harga sebotol serum yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tapi kena rajinlah. Kalau setakat hari ni je pakai, seminggu lagi baru pakai semula memang takdalah mulusnya, Ema....

      Saya pun pelik kawan saya ni buat produk daripada apa. Semuanya mahal-mahal belaka. Konpiuslah saya tengok harga. Tapi dah orang beri, saya ambil jelah dengan lapang dada. Pakainya tak tahu bila. Hahaha....

      Delete
  19. Dia jealouslah dengan saya. Maklumlah dua je menantu perempuan - 1 Uzbek, 1 Melayu. Nak bersaing ler tu ^_^

    Makcik jangan risau. Kerana kegigihan makcik, dah masuk carta pun. Hahaha....Tunggu jelah ya saya umumkan nanti *_*

    ReplyDelete
  20. Yalah, lepas kahwin beberapa tahun barulah Mami tu rajin datang melawat anak lelaki kesayangannya ni. Dulu mula-mula takut juga Mami dengan perangai menantu Melesya ni manalah tau MD ni tak boleh terima makpak mentua asyik datang melawat jerk. Sekarang dah boleh bertepuk bertampar kira akan lebih keraplah Mami datang. Of courselah menantu tu jealous sebab selama ni dia yang jaga makan minum makpak HD di sana!

    ReplyDelete
  21. RM4,000 +++ MD.. kalau akak baik beli barang kemas hahaha.. bling bling tangan akak n jari jemari akak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh diletgo, memang saya pun nak beli barang kemas, CH.... Ni dah nak dekat expired dah. Beri orang naklah, suruh beli siapa nak. Hahaha....

      Delete
  22. untunglah byk dpt barang free.ini kira murah rezeki sgt tau.sy nk beli brg komestik rm50 sebulan bertangguh berbulan2..haha..

    bagi barang dh expired?sabo jer la dah namanya biras rabun.hakhak..

    klu pasal pengomen tegar ni tak masuk senarai dh sy..tak sempat kot nak rebut hadiah dari MD.melainkan MD nak bagi hadiah juga pada bakal besan walaupun tak masuk senarai.mmg tak arr kan.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada masanya kedekut. Ada masanya barang RM10 pun saya kata mahal. Biasanya yang saya suka saya tak nampak mahal. Yang tak suka, yalah RM1 pun mahal *__* Nasib baik yang expired semuanya barang orang beri. Takdalah ralat. Hahaha....

      Eh, adalah PK. Saya dah lama dok belek pengomen tegar ni. Masih orang yang sama. Itulah sebab saya teringin nak bagi something-something. Hahaha....

      Delete
    2. aah masuk senarai pulak ye..biasalah sy tak sempat nak komen kadang2 bila dtg sekaligus komen pukal..nmpknya org yg samalah dpt merasa something2 dr MD.hehe

      Delete
    3. Saya pun sekarang begitu juga kekdahnya. Tak sempat nak blogwalking semuanya dalam sehari. Tahun depan tak tahulah macam mana.

      Delete
  23. mau tak terasa hati..900 kot..
    btw, barangan kosmetik biasanya tak diletakkan expiry date kan..selalunya ada MFG/ manufacturing date. Jadi kita tambah 2 tahun dari tarikh mfg..maka itu lah expiry date dia...
    kes sorok2 ni saya pun pernah alami.. 2 facial mask SKII tersorok dalam almari..hihi. tengok2 dah expired..sayang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata ni rabunlah, Fand. Selalu sangat simpan barang. So sekali kemas, tengok aje tarikh agak-agak dah luput mulalah kelam kelibut. Eh, ya ke boleh tambah lagi 2 tahun? Saya ni kalau setakat barang patut simpan 2 tahun je, saya simpan 5 tahun pun ada. Hahaha....

      Ish, SKII kalau sorok tak pakai, mahu nak nangis guling-guling tau ^_^

      Delete
  24. Perghhhh...mahal tu. Pengajaran, kalau nak sorok, sila sorok kat tempat yang senang sket...hehehe...

    Iolls tak der dalam senarai pengomen tegar lagi. Untunglah sapa yg dapat tu ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Port paling mudah nak sorok of courselah belakang almari sebab almari saya HD tak pernah buka pun *_* Dalam kereta pun gitu tau, dah macam stor kasut kadang-kadang. Bila HD nak cuci kereta mesti ditanyanya macam nampak kasut baru je, bila beli? Masa tulah I kena alzheimer *_*

      Delete

Post a Comment