Salam Disember semua!

Salam Isnin kawan-kawan!

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah masuk bulan Disember. 30 hari lagi dah tahun baru 2015. Cepatnya masa berlalu. Macam biasa, banyak azam tak  tercapai. Eh, I ada buat azam ke tahun lepas? Rasa macam takda je. Jap nak tengok blog kotnyalah kan ada tertulis apa-apa.
 

Ni kalau kes tak ingat ni maknanya memang tak buat apa-apalah kalau pun berazam tahun sudah. Eleh, perkara biasa tu! Kalau tercapai semua azam, itu yang rasa macam luar biasa ~_^

Tak dan I nak berblogwalking sampai semput. Banyak betul rumah kawan-kawan yang tak sempat singgah menyibuk. Kadang-kadangkan,  I ada juga terfikir. Bila dah lama tak singgah ke blog kawan-kawan, I akan terjah lama menebeng kat situ. Agaknya bila si kawan ni nampak aje my first comment tentu berdetik di dalam hati :-

Uhuh, dah datang dah si MD ni! Penuhlah kotak komen aku kejap lagi dikerjakan minah ni!

Ya tak? Ya tak? Hahaha.... 

Bercakap pasal mimpi, dua hari lepas kalau tak silap I termimpi 'indah' sungguh. Sampaikan menangis dalam tidur. Puas Hubbydearie kejut suruh bangun, apahal pulak main nangis-nangis dalam tidur ni! Tak cukup ke menangis waktu berjaga? Hahaha...

Itulah bahana  drama Korea terbaru yang I tengok ni - Only My Love. Dok kata si isteri tu bodoh sangat percaya bedo'oh semua kata-kata suami curang, tetiba terus masuk dalam mimpi. Bukan pelakon Korea tu yang masuk mimpi tapi I suami isteri tahu. Oh alahai, minta dijauhkan! Okey, I bukan ambil serius tentang mimpi so memang takdalah nak percaya taksub sangat.....

Hujung minggu ni again (and again, and again, and again...tengok  tu betapa I nak stresskan kepentingan perkataan ni...) tak dapat ke mana-mana. Hubbydearie tersangat sibuk sampaikan Sabtu dan Ahad pun dok menyiapkan kerja. Kami tiga beranak ni punyalah 'menurut perintah' sampai I tak terfikir pun nak minta izin bawa superheroes ke mana-mana. Duduklah di rumah menonton TV, mengemas dan buat apa yang patut. Ingat nak ke tempat itu, kata HD beliau sibuk. Ingat nak ke tempat ini, kata HD tak boleh sebab beliau sibuk! Huhuhu.....duduk diam-diam di rumah buat aktiviti berfaedah untuk badan yang sihat ajelah....

Si Adik Cute pantang nampak iklan Legoland, sibuklah menjerit ajak MommyDaddy pergi. Entahlah Adik, dapat ke tidak kita pergi tahun ni! Nanti kita cuba pujuk-pujuk manja lagi dengan Daddy ekkkkk.....

Tapikan, tapikan... sungguhpun tak ke mana-mana, kami dah sampai pun ke IOI Mall di Putrajaya ~_^

Muka Adik yang bantai tidur nyenyak dalam kereta lepas tu mengamuk bila kena kejut!

Selepas berjaya pow Mommy beli gula-gula RM10 kat Famous Amos


Honestly, nothing interesting for me. Kalau setakat outlets tu, melambak kat KL pun ada. Tempat pun tak fully siap lagi, so takda apa yang nampak menarik. Jauh-jauh pergi berjalan, kita pi makan je ^_^ 

Mana tempatnya? Macam biasalah ada Oochid Bistro (ejaannya baru I perasan, gini rupanya...) baru buka di sini. Selepas kita jalan ke hulu ke hilir tengok apa yang ada, teruslah makan di sini. Lain-lain tak berapa nak mencuba. Takda pun nampak tempat makan yang pertama kali jumpa!

Abang yang letih berjalan sebab sebelah siangnya mereka berdua ikut my sister ke Jalan TAR *_* Boring kata Abang tapi dia tak 'cakap banyak' pun...

Adik yang asyik buat hal merengek sampaikan plain water pun nak direbutkannya dengan Daddy! Ni kes nak bagi Mommy tercekik masa makanlah tu!

Kalau ikutkan hati I nak makan kat KRR je. Sedapnya macaroni and cheese. Lap-lap air liur ni kempunan tak dapat. Isteri Melesya nak makanan omputih tapi suami Uzbek nak makan nasi goreng pulak..... Oh, terpaksalah mengalahkan! Kata nak jadi isteri mithali *_*


Suami isteri sehati sejiwa order iced lemon tea dan spicy sambal nasi goreng tapi makan asing-asinglah. Takkan nak bersuap bagai depan orang ramai... ^_^

Itu ajelah kisah hujung minggu yang very the rutin gitu. Macam biasa walaupun katanya tak keluar rumah, grocery shopping tetap buat ^_^ Makan-makan di luar tetap berjalan lancar tapi tak payah cerita lagilah sebab restorannya sama juga. Jomlah ke Bali...Erk!







Comments

  1. azam kak? hahaahah azam lieya tiap2 tahun mmg dok renew tang nak kurus jek laaa..balik2 tu jek azamnye kahkahkah...diri sendir pun boring dgr azam diri sendiri hahaahahaha...

    tu diaaaaa...diam2 sampai dah kat ioi...lieya yg dok dekat putrajaya ni pun baru sekali sampai kak.... seronok bawak budak2 tgk ice skating sebenarnye.... tempat makan tak try lagi.... sebab full manjang mase mula2 dulu..siap makanan abis...bygkan? hahaahahaha...mgu ni plak kan ade MAHA...dgn ioi2 pun jem sekali.....kemain ramai dtg serbu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak simpan dulu azam tahun depan. Chewahh... macam ada azam besar je gamaknya ^_^ Tahun ni akak dah detect, takdalah azam rasanya. Sebab itulah hidup pun macam biasa je kekdahnya. Hahaha....


      Akak pergi hari Jumaat lepas kerja. Ingatkan orang tak ramai tapi ramai juga. Okeylah, takdalah akak sampai mimpi tidur malam nak mai lagi. Dah datang sekali ni cukuplah buat masa ni. Oh, ya... akak tak jumpa ice skatingnya kat belah mana....

      Delete
  2. MD kompem la selera western kan..gitulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Mar, minah saleh celop memang begitu kekdahnya ^_^

      Delete
  3. in syaa Allah MD..adik cute pandai pujuk..sampai jugak ke legoland nanti tu..tu pun kot yang nak bawa tu tak sibuk dengan kerja tak gitu MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya boleh drive terus ke JB, dah lama pack kainbaju dan bawa anak-anak, Acik. Ni Pak Supirnya sibuk je. Asyik tak boleh nak jalan jejauh. Kenalah banyak bersabar.

      Delete
  4. dah sampai dah MD..zee tak sampai2 pon lagi..tunggu la sebulan dua..tengok kot2 time tu lagi happening..malas nak bersesak sebenarnya..baru bukak biase la ramai..
    kata tempat makan banyak kat situ..

    azam tahun baru belom ada pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum nampak apa menariknya, Zee. Sebenarnya Hubbydearie yang meroyan nak ke sini. Kata nak tengok ice skating area. Sampai balik tak jumpa. Si Adik buat hal. Merengek je nak minta dukung. Siapalah sanggup. Dah paknya tak sanggup dukung juga, haruslah kita balik rumah je. Nanti dah buka semua kedai, kita terjah lagi ^_^

      Delete
  5. tetibe last ajak gi Bali..hehe.amboi, dalam pada tak ke mana tu, sampai gak ek.ala, tempat baru bukak..rileks dulu.dah berkembang pesat nanti boleh terjah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tu, Sal. Bukan tempat pelancongan yang dimaksudkan. Itu nama restoran ^_^

      Betullah, kalau baru buka jangan pi dulu. Takda apa yang menarik. Nanti bila orang dah crowded barulah kita terjah. Ice skating pun tak nampak celah mana malam tu :D

      Delete
  6. Kalau gitu ceritanya mak nak tunggu dah penuh kedai, baru nak melawat kawasan!

    Tulah tinggal sebulan jer dah nak masuk 2015... semakin pendiklah umur ....huhu ....
    Tu yg cakap asyik beroochid jer tu yeh, kalau okje pun nak cari makan lain jugak..... jemu weyh asyik makan sama jer.

    Kata nak gi cari tudung dah kenapa tak ngikut kakak gi Jalan Tar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pergi sekaranglah, Mak. Setakat kedai tu, melambak kat KL ni kita boleh pi shopping. Tempat makan memang banyak tapi takdalah yang saya tak tahu. Kat KL semua ada, apa dah... jejauh nak pi Putrajaya ^_^

      Itulahkan, umur makin pendek tapi perangai makin panjang kerenahnya.... Apalah nak jadi nih! Kakak saya dah beberapa kali pergi Jalan TAR. Ada juga kakak ajak tapi saya malaslah nak bakar lemak, ukur jalan dari Maju Junction nun sampai ke penghujung Jalan TAR. Banyak kalori terbakar kalau gaya gitu ^_^

      Delete
  7. Ler dah buka ke mall tu? Saya ingat belum beroperasi lagi, nampak sangat tak tahu bab gini.. haha, statement tak agak.. huhu.. padahal kedekut nk jalan2 selalu.. huhu

    Azam tahun ni biar la, jangan dikenang benda yang dah lepas.. meh kita buat azam baru yang tak bedooh susah nak capainya, contohnya nak pastikan seminggu sekali sekurang-kurangnya dapat jejak kaki ke mall masa weekdays.. haha.. kang kena marah perli orang gitu..haha.. lari dulu..

    Saya suka je nampak entry MD, ada masa tu tertunggu pulak..bila la dia ni nak datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah dibuka pada 20hb Nov lagi. Saya pun dah lewatlah kiranya pergi 'acara perasmian' ni...

      Seminggu sekali jejak shopping mall tu macam tak berapa relevan pulak nak buat azam tahun baru saya. At least cakaplah selang sehari ^_^ Takpa, kalau saya tak dapat keluar lepas kerja, saya akan utilisekan sepenuhnya lunchbreak saya yang sejam je tu. Biar tak makan, biar berlapar asalkan poket habis dikosongkan. Hahaha!

      Ya ke suka? Kalau macam tu nanti saya tambahkan bilangan perkataan yek!

      Delete
    2. Amboi2 azam dia.. selang sehari ke? Dasyat tu. Memang supermommy la nampaknya.

      Maklumla kami tol mahal, tahun depan la baru kami singgah ke mall ni.. haha. Alang2 baru tahu dah buka..

      Delete
    3. Saya tak perasan pasal tol sebab pakai touch n go. Hahaha.... Yang itu tak masuk dalam buku ledger duit keluar masuk saya. Aha, jangan tak tahu saya ada buku ledger tau. Kalau tak, sia-sia je dulu berangan nak jadi akauntan ^_^

      Eh, ada tak saya mention 'window shopping' je? Hahaha....

      Delete
  8. mommy kata adik menrenggek tapi muka tetap chomel......kalau auntie merengget opcos kucing kt belakang rumah pn xsanggup nk tgk......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, bukan akak aje merengek kucing jiran takut tengok. Kalau mak-mak budak merengek memang takda haiwan pun yang pedulikan. Semut api pun tak sudi nak gigit kita kalau tua-tua ni merengek. Hahaha....

      Delete
  9. tiap2 thn azam tak pernah sepenuhnya di tunaikan kak..sapa2 yg dpt tunaikan tu mmg respect lah kat dorang... so bring forward tuk thn dpn plak.. harap2 dpt di tunaikan..

    ermmm pujuk manja lebih sikit HD tuh... kang boleh bawak anak2 pgi legoland..
    cuti sekolah ni sure ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berazam 10, sepuluh-sepuluh tertunai dengan jayanya memang hebatlah. Akak dah lama jugalah tak pasang azam. Asyik tak mampu menjayakannya aje ^_^

      Memang niatnya nak pergi tapi biasalah kalau crowded je mulalah tawar hati. Akak okey lagi cuma Hubbydearie tu yang nanti muncung sedepa bila tengok orang ramai. Selalu je spoil mood orang lain tau!

      Delete
  10. adik CUTE mmg cute..
    maybe sbb bru buka kot, tu x berapa menarik..
    dasyat layan ni..smpai ke hati la ni klo smpai masuk mimpi bagai..

    eyh.. MD orang ganu kerr?? ade slange2 teranung tu guna..
    ayat "nebeng" "dok oh" ..ke negeri lain ada gak guna ayat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya orang Johor, Lya. Ada ke slang ganu kat sini? Saya ni bab loghat negeri memang fail memanjang tau. Pandai orang detect sebab saya bukan reti sangat bab-bab dialek nih!

      Delete
  11. time dekat sini ke saya SMS tu?
    tempat baru kot, tu yang kurang umpp
    janji berjalanlah MD
    kalau saya dapat peluang gini pun dah syok sangat
    ada idea up satu entry...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, masa tengah duduk-duduk dengan si Adik Cute sementara menunggu HD solat. Tetiba dapat mesej ^_^

      Rasanya macam biasa je tapi tempat paling penting tu kita tak pergi pulak-ice skating! Takpalah, janji dah sampai. Lain kali kalau ada masa, boleh pergi lagi ^_^

      Delete
  12. jom bali dekat aeon wangsa maju je la, boleh.hikhik

    tak sampai lagi ke sana..
    ooo..bru tahun ini la yg okje maksudkan tu..

    xda la, saya okje kalau nampak komen md kat kotak komen.dlm hti mesti kena bommmm ni hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni ada dua port kat Aeon WangsaMaju tu, Ciksu - Jom Bali dan Oochid Bistro. Kalau terserempak buat-buat tak nampak jelah. Jangan ditenung lama-lama, ada kang nanti yang susup sasap masuk bawah rak jubah orang jual kat tepi tu ^_^

      Delete
  13. wpun dekat je kat sebelah nun , masih lum gi lagi ioi mall . tapi dah janji dgn bebudak nak bawa mrk ke situ . kena tunggu gajah merah kuar hospital dulu . maklumlah nak mengangkut 6 org anak buah kan ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni ramai orang tengah dok teruja nak pi IOI Mall tu, Vee. Tunggu semua cool down dulu barulah bawa anak saudara Vee yang ramai tu. Boleh main ice skating. Kalau jatuh, silalah bangun sendiri. Hahaha....

      Delete
  14. saya sendiri tak ingat ada ke tidak buat azam tahun 2014 nih..kalau ada pun buat2 lupa je la sebab sah2 tak tercapai..kalau tercapai mesti ingat..ye tak??heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ingat tu maknanya memang tak buatlah. Tak pun memang sengaja dilupai. Hahaha... Tahun depan macam nak buat azam tapi tak tahulah nak laksanakan ke tidak. Boleh gitu ek!

      Delete

Post a Comment