Sambung dalam mimpi....

Salam Khamis kawan-kawan!

Yeah! Dah Khamis! Sukanya hati I ni kalau jumpa Khamis, Jumaat lepas tu hujung minggu. Memang excited mengalahkan budak sekolah! Okeylah, I mengaku I terlebih ceria sejak dah tua nih. Huahaha....

Malam semalam I tak boleh tidur. Puas bergolek ke kiri ke kanan tapi mata ni memang tak boleh nak lelap langsung. Entah macam mana dalam pada tak boleh tidur tu, I terlelap juga akhirnya. Tak pastilah pukul berapa.

Tetiba, I bermimpi....

Aha.... jalan cerita macam asyik masyuk ajelah mimpi I ni padahal tak ada apa-apa pun ^_^

I kalau dah dok fikir tentang sesuatu memang tak sudah memikirkannya sampai boleh mimpi, ya. Mimpinya begini...

I tengah jalan-jalan kat Sogo dengan Hubbydearie, shoppinglah apalagikan. Siap berpegangan tangan laki-bini, okey. Alaaa...bayangkan ajelah macam pasangan baru kahwin tu. Sikit punya erat gitu.... sambil senyum-senyum berbual manja. 

Tetiba I kata kat Hubbydearie,

You tunggu kejap. I nak pergi washroom! You pergilah belek-belek perfume! Kalau bau sedap, belilah!

Lepas tu, you all tau tak mana I pergi?

Hehehe....

I bukan pergi washroom tapi I lari keluar ikut pintu tepi terus ke Jalan TAR. I keluar masuk kedai, capai kain pelikat 2,3 helai untuk Abang, capai brooch(es), capai  tudung(s) pastu ketetel I lelaju lari balik masuk Sogo!

Punyalah menipu depan-depan suami gitu....

Lepas  tu I  terus tersedar dengar bunyi alarm pagi!

Nasib baik.... takdalah I kena marah dengan Hubbydearie dalam mimpi!

Yang I pelik dalam banyak-banyak shopping mall yang ada, tempat indah dalam dunia kenapalah I boleh termimpikan Sogo dan Jln TAR! Tak klasik langsung tau nak cerita kat blog... Tapikan, tapikan, I nak cerita juga kat sini!

Nasiblah kalau you all nak termuntah dengar pasal mimpi I nih...

Okey, ini entri sampingan sebab I agak sibuk pagi ni. Nanti kalau free baru I up entri yang panjang berjela. Huhuhu....

Adios!



Comments

  1. Hahaha... mujur tak sempat sambung mimpi konon2 kena marah dengan hubby, kalau tak mau sampai terkeluar bunyi mimpi tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mimpi habis mahu berkajang-kajang saya flashback mimpi ni dalam blog, kak ^_^ Nasib baik tak habis. Yang lagi penting, nasib baik tak kena marah dalam mimpi!

      Delete
  2. Mimpi ada makna tu. Maknanya Jln TAR ngan SOGO dah memanggil² soh datang sana...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknyalahkan. Dah hujung tahun ni. Haruslah sebelum tutup tahun ni nak kena pergi sekali lagi. Kalau mimpi tengah bermanja kat bawah Eiffel Tower tu lagi best rasanya. Barulah jari jemari ni sedap je menekan keyboard bercerita pasal mimpi ^_^

      Delete
  3. mimpi gitu pun ada ye?
    ni mimpi sebab dah hujung bulan ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu saya tak ingat mimpi saya tapi kali ni saya ingat betullah siap ambil kain pelikat kat kedai sederet dengan Sogo tu untuk si Abang, kutip beberapa brooch dan shawls cantik-cantik sebelum berlari balik ke Sogo. Mimpi gaya gini pun ada rupanya....Keh3x.

      Delete
  4. keinginan nak shopping kat Jalan TAR tinggi sangat tu..tu yang sampai masuk mimpi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam ada tersebut perkara itu dengan Hubbydearie. Mungkin jugalah kot ^_^

      Delete
  5. haaha, memang ciri penyakit yang hari tu ni, sampaikan dalam mimpi pun teringat-ingat dan dapat dikarang menjadi satu entry pendek. haha, pendek la ni kalau ikut kebiasaan MD kan?

    Warna apa barang yang dibeli tu, ingat juga ke? Kalau itu pun ingat, memang hebatla sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira pendeklah ni. Cepat-cepat karang sementara tengah fresh dalam kepala. Kalau tunggu beberapa hari mahu dah lupa details.

      Hahaha.... ingat main capai kain pelekat, tudung dan brooch je, AN. Part warna entahlah tak ingat apa-apa....

      Delete
  6. Beb .....taulah barang lu cari hari tu tak jumpa lagi....punyalah memendam perasaan, nak ajak HD takut, sampai masuk dlm mimpi.

    Sekarang ni kan cuti sekolah... ajaklah kakak lu pergi Jalan Tar... Nak pergi tu jgn lupa cakap wa, wa nak stalk lu adik beradik.....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, sekarang ni lagilah tepu tempat tu. Mana nak pergi. HD lagilah tak beri. Kalau Mami datang nanti, lagilah siksa nak keluar sendirian! Arghhh...tension!

      Tapi cuma terfikir nak cari tudung tak sangka pulak boleh berangan sampai mimpi gitu ^_^

      Delete
    2. Ritu pagi Ahad gi MARA .....ingat nak jalan Jalan TARlah....yerlah nak sampai situ bukannya senang...tp tau ajelah dah pagi sangat pukul 9 pun tak sampai lagi ....sudahnya balik jer huhu....

      Delete
    3. Nak ke situ memang sebelum Sogo tu buka. Kalau pukul 9- 9.30 pagi tu sampai kat parking memang baguslah. Tapi kena ingat juga, kita sangka gitu, ramai lagi orang lagi clever buat plan jalan-jalan kat Jln TAR ni. Entahlah tahun ni ada nak pergi lagi ke tidak... Kalau fikirkan nak berjalan sesak barat tu, memang malas rasanya!

      Delete
  7. rindu nak pergi sogi n jalan tar lagi lettew.dasayat mommy sampai terbawa bawa dlm mimpi. curlasssssss u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau dah asyik dok fikir, memang boleh mimpi dibuatnya, Ciksu!

      Delete
  8. mimpi ada makna tuh.. mcm nak pi jalan TAR jer minggu ni yer.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...takda plan betul! Cuti sekolah ni lagilah kalau boleh tak mahu terjah tempat tu. Hubbydearie memang tak suka pergi. Hantarkan pun tak mahu. Itu kot sampai mimpi sebab tempat senang nak tuju tapi selalu tak dapat pergi. Hehehe!

      Delete
  9. Saya kalau namanya mimpi memang tak pernah ada ending pun! Tapi kali ni nasib baiklahkan.. Kalau tidak sure dalam mimpi pun kena marah. Kesian betul...

    ReplyDelete
  10. haha..mcm2 MD ni...
    blh plok mimpi kat jalan TAR & SOGO..
    sbnarnya dlm mimpi tu MD nak buat surprise kat HD beli kain pelika utk dia kot?? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak-banyak tempat, Jalan TAR juga yang dimimpikan. Mimpilah romantik sikit macam kat Eiffel Tower ke, Venice ke, kan.....

      Oh, tidak... kain pelikat tu bukan HD punya ^_^ Itu untuk Abang sebab dah beberapa hari dok fikir nak beli kain pelikat untuk Abang solat. Terus masuk mimpi sekali *_*

      Delete
  11. Hahaha, dah baca entry awal2 jadi saya boleh agak sebab nya.... sebab MD meroyan tak dapat shopping bila abang cuti sekolah, ke?.... Kesian pulak rasanya (andai betul)... siap terbawa-bawa dalam mimpi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pandai pun meneka. Banyak benda nak beli tapi tergendala sebab HDlah! So, dapat mimpi pun jadilah. Tapi yang tak syok boleh keluar kat Jalan TAR pulak. Dah excited tu jalan laki bini, senyum-senyum sambil berpegang tangan. Ingatkan kat Eiffel Towerlah!

      Delete
  12. sama macam sy,klu dok fikir2 sgt sesuatu benda mesti bawak smp ke mimpi..

    mimpi MD sempoi punya, nmpk sgt meroyan nak shopping.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa memang gitukan....boleh bawa mimpi tu. Dua hari lepas kot, lagi asyik mimpi saya tapi lagi mengerikanlah pulak. Minta jauh dari kenyataan!

      Delete

Post a Comment