Salam Khamis kawan-kawan!
Semalam I tak tulis entri sebab ianya Wordless Wednesday dan jari-jemari I ni kalau tak menulis panjang-panjang memang tak boleh. Nak suruh I tempek gambar je, uishhh sesak nafas rasanya tak leh nak berceloteh tau!
Yang sebenar-benarnya semalam I sibuk dan pada waktu yang sama tetiba malas nak menulis dek kesibukan itu.... Bolehkan guna alasan macam ni?
Eh, yang susah-susah nak bagi alasan ni apahal? Bukan wajib pun nak beri alasan mengapa tak berblogging. Paling penting sekali, bukan ada yang bertanya pun mengapa I menghilang dari radar sehari (Oppsss...ada! Jiran sebelah kalau tak dapat mengumpat berjemaah secara terang-terangan mesti dia pelik I senyap seharian...) Perasan betul cik mek molek sorang ni (sila bersabar dengan sikap perasan I yang melimpah-ruah sejak kebelakangan ini) Keh3x....
Mehlah layan songeh I bercerita pasal makan lagi ....
Pada suatu hari yang indah, sedang I berjalan-jalan di sebuah hypermarket tersohor di Malaysia ni (yang boleh dapat barang 2 dalam 1 -beli broccoli dapat 'hamster' barang seekor dua) tiba-tiba kami empat beranak terpandang sebuah restoran yang tak pernah kami masuk. Dek kerana kalau ke tempat ini kami akan makan di tempat yang sama 18kali setahun, makanya why not kita cuba jelah kat restoran baru ni namanya - Orchid Bistro ^__^
Tunjuk makanan dulu ya ....
Extra order yang kalau-kalau Adik atau Abang atau Daddydearie tak cukup makan. Biasanya kena tapau bawa balik rumah ^__^
Semalam kami beli makanan di luar lagi sebab ada urusan. Hai, kenapalah nasib malang selalu je menimpa I bila tiba bab order mengorder ni. Nak kena mandi bunga tahi ayam ke apa ni. Hihihi....
I order ikan siakap sweet sour sekali dapatnya ikan comel alahai... Masa kat gerai tu of courselah I tak belek buka satu-satu bungkusan makanan yang ada. Sampai aje di rumah bila buka tengok ada seekor ikan caru goreng. I pun segera menyambar resit yang diberi.
Oh, wow... ikan caru I berharga RM30++? Apalagi, kita lakibini start balik enjin kereta dan pergi semula ke gerai tersebut. Sampai di sana, baru I nak bercerita panjang lebar tetiba budak tu kata ...
Oh, alahai dik... kalau akak tak datang balik untungnya dapat jual 'ikan caru sweet sour' dengan harga RM30++. Nak je I bagi logo 'JJCM' kat gerai ni tau!

Ini pun Abang punya Apple Juice. Abang je yang offer Mommy untuk snap foto airnya. Yang lain, tak leh harap! |
Yang ini of courselah Adik punya... Adik selalu order makanan simple je sebab kalau share ngan Mommy, susah hati Mommy nak pilih makanan. Huahaha... |
Hubbydearie punya. Lupa pulak apa nama nasi goreng ni.... |
Yang ini of courselah Kak Ton punya. Asal berminyak lebih je, Kak Tonlah yang makan *__* |
Semalam kami beli makanan di luar lagi sebab ada urusan. Hai, kenapalah nasib malang selalu je menimpa I bila tiba bab order mengorder ni. Nak kena mandi bunga tahi ayam ke apa ni. Hihihi....
I order ikan siakap sweet sour sekali dapatnya ikan comel alahai... Masa kat gerai tu of courselah I tak belek buka satu-satu bungkusan makanan yang ada. Sampai aje di rumah bila buka tengok ada seekor ikan caru goreng. I pun segera menyambar resit yang diberi.
Oh, wow... ikan caru I berharga RM30++? Apalagi, kita lakibini start balik enjin kereta dan pergi semula ke gerai tersebut. Sampai di sana, baru I nak bercerita panjang lebar tetiba budak tu kata ...
Oh, yang ni kak! Minta maaf ya salah bagi tadi....
Oh, alahai dik... kalau akak tak datang balik untungnya dapat jual 'ikan caru sweet sour' dengan harga RM30++. Nak je I bagi logo 'JJCM' kat gerai ni tau!
MD ni boleh jadi pengacara JJCM tak pon blog review makanan aka kedai makan dan seangkatannya..
ReplyDeleteKalau saya review memang bias memanjanglah, Mar. Hahaha.... Tapi peliklah selalu je terkena bila order makanan di luar. Ni petunjuk suruh rajin memasak kat dapur rumah sendiri rasanya ^_^
Deleteadeh... terus lapaq...
ReplyDeleteTenung je gambar makanan tu lama-lama, akan hilanglah rasa lapar tu setelah berkali-kali telan air liur. Hehehe ....
DeleteMd, promote makan vege ye..
ReplyDeleteMana sayur?
Alah, PB ni.... I nama sayur pun tak kenal camna nak promote sayur? Kang terbuka aib diri sebab terror sangat bab-bab sayur nih :)
Deletekesilapan yang kita sebagai manusia susah nak accept kan even dengan alasan manusia tak lepas dari kesilapan. ikan caru RM30++ tu.. dah la kena drive balik ke situ. Minyak mahal... kekekeke
ReplyDeleteItulah pasal.... dah siap tukar uniform tidur dah...tetiba tengok alahai salah pulak ikan sweet sournya. Eh, sayang duit RM30 haruslah tukar baju dan patah balik semula. Bab minyak mahal tu, terlupa pulak.... Hahaha....
DeleteSemalam tak de entri ke? Habis tu yg semlam mak baca tu, entri bila? Semalamnya ke? Haha....
ReplyDeleteHabis tu beli brokoli ke tidak? Susah nak dapat tu hrhe...
Orchid Bistro? Kat Midvalley jugak ke? Tak perasan pulak kat bhg mana? Tapii nasik goreng dia mmg mengghairahkan mak tu...pergh...Kadang tu peliklah apa dia letak dlm nasi goreng tu yek ....sedap !...Kat rumah buat sendiri mesti tak jadi sama tau!
Nasib dekat je yek kedai Caru tu kalau tak, sah sah untung 500%
Mak ni walaupun berjiran selalu je alpa tau.... Mana Kak Ton ada rumah semalam. Kak Ton busy mengulangkaji kerja kat officelah.... Bos Kak Ton suruh jual lebih banyak Beauty Umaira. Kak Ton tension tau.... pastu Kak Ton terus bertukar jadi malas. Hehehe....
DeleteIdaklah membelinya Mak dah Kak Ton tak makan brokoli kan. Mak lainlah semua sayur Mak rembat. Kak Ton guna modal tulah tak mahu beli sayur kat rumah. Cakap ngan HD, nanti kalau banyak beli sayur susah pulak kita nak kena beli tempat tinggal hamster(s) sekali. Huhuhu...
Ini bistro berlocated di Aeon Wangsa Maju, Mak. Alah sebelah kedai Jom Bali Kak Ton tuuuuu....
Mak tak pandai masak memanglah nasi goreng kat rumah tu tak ghairah. Kalau beli kedai, of course chef dari Siam yang masakkan, haruslah sedap. Eh, lupa pulak...nasi goreng Kak Ton pun tak nampak berseri macam ni kalau buat sendiri. Maknanya Kak Ton pun sama jugalah tak pandai masak. Hahaha....
Yelah ....kita lupa awak kan spesis pemangsa mana makan sayur....Tp cik abe kan spesis semua boleh, surelah beli jugakkan sayur mayur ni ...
DeleteAlahhhh.....jaranglah gi area Wangsa Maju sinun....
nampak simple aje cara diorang serve kat orchid bistro tu
ReplyDeletesiap tapau tu kira sedap ler ye =)
hak caru 30++ tu tempat sama juga ke?
lately dah jarang makan luar
alasan harga minyak naik, semua kena catu
nak ikat perut juga cam pak menteri...hehe
Harga pun boleh tahan murah. Rasa pun tak mengecewakan. Mi goreng mamak ni saya pun ada merasa. Memang sedaplah pada tekak saya. Gimme five! Eh, apa kebendanya....bolehlah bagi 4/5 bintang ....
DeleteTak, caru tu beli kat gerai nun tak jauh dari rumah. Dah tukar baju, dah nak makan sekali tengok salah bagi ikan. Teruslah ajak HD keluar balik nak tukar. Mana boleh makan caru harga RM30. Kan kerajaan dah suruh kita 'ikat perut'. Keh3x....
Saya dah tukar baju kelawar dah tetiba tengok salah ikan. Teruslah sarung balik baju jenjalan pastu gi ke gerai tu. Tak sempat nak celoteh panjang-panjang rupanya mereka dah tau tersalah bagi. Nyampah saya awak tau tak.... ^__^
ReplyDeleteMD karang panjang mana pon tak jemu nak baca..mesti khatam abis tau takde sekerat-sekerat..heheee..memang minggu bz jugak nih..
ReplyDeletecaru goreng pon boleh yer..kalo bakar oke jugok tuh..gorang kat umah pon boleh..kahkahkah..
tapi untuk sweet sour kan kalo tekak tingin memang beli kedai jerk zee..tak pro lagi masak..kehkeh..
bubly abang makan sama style ngan anak i tau..makan kedai asyikla mintak mee and opkos takmo sayur takmo pedas..
Saya tak boleh tak tulis panjang-panjang ni. Tak sampai maksud. Hahaha....
DeleteYang paling senangkan Zee, memanglah masak kat rumah. Kalau asyik beli di luar je, memang ginilah jadinya. Kalau tak suka servisnya, rasanya. Kalau tak suka itu, ini pulak. Ada-ada jelah yang nak dikomplen.
Abang memang bukan pe-nyayur (perkataan baru untuk tak makan sayur ^_^) orangnya. Dialah yang paling susah nak dipuaskanhati kalau bab makan nih. Mengalahkan Daddynya pulak!
Alahaiiii...suma makanan tu nampak sedap.
ReplyDeleteHarus gi kedai balik khenn. Rugi tu order lain dapat lain. Dah lah mahal.
Ayok, tak tahu... Dah terliur... 'Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas rembesan berlebihan airliur pembaca' Huahahaha....
DeleteIsh, mahal ikan caru RM30 lebih. Haruslah start enjin pergi balik. Siap sempat karang-karang cerita dalam kepala lagi apa nak komplen. Keh3x.
mee grng mamak tu nmpak tak menyelerakan for KA, yg len2 boleh telan... tu lah pasal KA duk menurunkan ilmu2 kat angah & anak2 ni , tak lah terkena lagi & lag bila makan diluar ni !
ReplyDeleteMana ada seleranya, KA dah plain gitu. Kalau Abang ni kira dah ohsem sangat. Asal dia tak jumpa sayur, bolehlah makan dengan penuh bertenaga. Kalau tidak, muncung berdepa-depa sampai hangat je hati ni.
DeleteKA untunglah anak-anak semua pandai ke dapur. Termasuklah Adik (kalau tak puji kang Adik kecil hati pulak....) Superheroes saya tahu merungut, memerintah bibik je :(
nasib baik lah mengaku salah bagi.. klu tak, tak memasal jer mkn ikan cencaru yg regenya RM30++.
ReplyDeleteItulah... demi RM30 lebih tu akak sarung balik baju keluar dengan HD nak tukar ikan tu. Selalu kena macam ni. Kena mandi bunga tahi ayamkan rasanya!
Deleteteruja tgk ayam goreng sbb kat dapur tgh goreng ayam ... saya dah krg selera dgn nasi sekrg ni ... tak tau la kenapa ...
ReplyDeleteBestnya dah kurang selera tengok nasi ni. Saya ni masih lagi berkoyan-koyan selera nak makan nasi. Minggu ni tengah brown rice punya acara. Entahlah boleh tahan ke tidak....
Deletebanyaknya ayam goreng adik kiut..habis ke makan?biasanya kita mak bapak yg kena habiskan takut bazir..nk tapau bawak balik macam tak padan pulak..tp siap order nasi goreng lebih tu bley la padankan dengan ayam goreng..nmpk biasa2 menunya tp yg biasa2 ni yg sedap kan MD
ReplyDeleteIsh, PK... macam tak tahu pulak! Order memang untuk Adik Cute tapi dia makan banyak mana. Satu pun belum tentu habis. By the way, ayam goreng ni kecil-kecil ala drummet gitu. Kalau Adik tak habis, MommyDaddyAbang sedia membantu. Yang penting - kerjasama!
DeleteOrchid Bistro ni memang makanannya simple je berpadanan dengan harga makanannya juga. Yang paling penting sedap ke tidak, ya tak?
Mujur MD jenis yang tak bagi muka n malas nak keluat balik ya.. kalau tak rugi tu bayar harga macam tu utk ikan yang bukan kita minta.. mahal tu cencaru harga macam tu. Ish2.. kat aeon wangsa maju tu ... macam banyak juga minyak nak pergi balik tu. Tapi xpe, dioranga nanti akan lebih beringat bila dah ada pelanggan komplen macam ni kan? Kesannya yang lagi penting..
ReplyDeleteNasi goreng nampak sedap je tu.. eh, ikut ayat terakhir tu maknanya makanan kat sini sedapla kan? Cuma kes ikan tu yang buat jadi rosak mood ya?
Makanan kat Orchid Bistro ni okeylah pada tekak saya, AN. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Presentation pun simple je. Harga pun murah so kalau nak pergi tengah bulan tu kira okeylah lagi, tak bocor terus dompet.
DeleteYang ikan tu kat gerai lain. First time pergi. Dengar kata kakak sedap makan kat situ. Restoran abe siam marilah tu, kalau dah namanya gerai tomyamkan....
Makanannya so-so je, kalau lapar memang semua pun sedap. Mereka tau sebenarnya salah bagi tapi tak tahulah kenapa tak stop sebelum saya balik. Kalau saya tak pergi semula, memang kendurilah mereka jual cencaru seekor harga RM30+. Dahlah sampai rumah terus tukar baju kelawar, dah pukul 9 malam kan baru nak makan. Tetiba kena tukar baju balik!
Eh dah abis ya entry yang saya tak komen.. la..ingatkan ada lagi 13.. hihi.. rajinnya kawan saya ni menulis di saat kesibukan dia. Ikut tahap entry yang kebanyakan tak berapa panjang ni, dan komen jarang reply cepat, saya agak MD agak sibuk juga kan? Tapi tetap up entry yang menarik .. kagumla..
ReplyDeleteHahaha... lenkali genapkan seminggu baru datang singgah. Takpun kena beritahu sayalah. Baru saya siapkan lagi 18 entri untuk dibaca ^_^. Alahai, cikgu sibuk menghadap anak murid exam, kita faham. Ini pun dah terima kasih sanggup datang baca semula segala yang tertunggak dan curi-curi baca tanpa sempat komen. I lap u, cikgu *sila jgn perasan sampai blushing muka*
DeleteSaya ni suka menulis, AN. Tak tahu pun bila berblogging lagi ohsem idea mencurah. Mula-mula dulu dok fikir juga apalah aku nak kelentong hari-hari dalam blog. Hahaha...