Rasa bersalah pulak...

Salam kawan-kawan!

OMG....

Oh, Mak Dara....

Pada sesiapa yang tak tahu, I ni memang rajin. Like kata my neighbour, I ni the rajinest in KL. Sila jangan main-main *_*

Umum mengetahui (Dah, dah, dah start dia ni meroyan...) I ni memang rajin blogwalking, memang suka dok bertenggek kat carta hati blog orang walaupun tak dipelawa dan dialu-alukan (Oh, tetiba feeling syahdu sampai merembes air hingus, silalah percaya!), rajin menulis panjang-panjang dan rajin membalas komen sampai ke noktah yang terakhir, sampai tak tahu apa dah orang nak komen ~_^

Kadang tu orang bagi komen 3 patah perkataan je tapi bila I balas komen, berpatah-patah perkataan I tulis balik. Manalah  tak 'sakit jiwa' kawan-kawan yang mengomen dan membaca blog ni. Silalah maafkan kerajinan I yang satu ni. I pun sebelum berblogging memang tak sedar yang I ni rupa-rupanya ada skil meroyan yang amat hebat. Serius I tak tahu you know....

Itu baru kehidupan alam maya. Kehidupan kat dunia realiti ni tak perlulah tahu betapa rajinnya I nih. Nangis-nangis nanti pulak you all bila buat comparison dengan perempuan Melayu terakhir ni.... I nak mengelakkan KL ni dilanda bah dek air mata you all bila mengetahui tahap kerajinan I yang sebenarnya. Cuma I bagi klu ajelah ya... kalau I tak rajin takkanlah spender anak pun I iron. Hahaha....

Meh, meh, kita balik ke pangkal cerita. Sebenarnya I tengah pening lalat ni. Bila I check my published comment, terasa seriau diri ini. Yes, yes, I memang rajin balas komen tapi dah kata yang I  tetiba menjadikan diri ini superbusy dengan ketidakhadiran di alam maya buat beberapa hari, makanya banyaklah komen yang hadir dalam blog. Dah tu, I pi buat sticky post untuk pengomen tegar I buat apa? Habis dah penuh kotak komen (MD tipu!) 

Kotak komen penuh, I don't worry la dear but yang make me worry so much ni, macam mana I nak balas komen Of course, itu bukan perkara wajib pun tapi I telah menjadikan ia suatu kemestian buat diri seorang blogger picisan bernama MD ni. Bila you all komen, of courselah I rasa dihargai walaupun entri I as you can see, memang tak berilmiah langsung. Saja je nak buat orang exercise mulut, jangan sombong sangat dok katup je mulut tu tak mahu mesra-mesra bergelak bersama. 

This is how I appreciate my alam maya friends. I nak bagi selori hadiah setiap hari, I sebenarnya belum jadi billionaire lagi. Lainlah kalau I reside kat Indon mahupun India, of course dah lama jadi billionaire rupiah/rupee nih! Memang hari-harilah I dermakan harta benda tak kira pada sesiapa pun, dah tu  tak habis nak makan, buat apalah nak jadi kedekut, right? ^_^

Bab sticky post ni pun, you all silalah baca betul-betul. I memang nak bagi hadiah tapi bukan yang ditayang itu. As I mentioned, fresh dari shopping mall! Tapi banyak pulak yang berkenan barang Crabtree I ni, sanggup terima barang nak expired juga. Rasa bersalah pulak I dah.... Kang kalau I bagi keychain jerk, tak pun fridge magnet jerk, ada yang patah hati pulak. Aduhai... Cuma ada seorang tu jerk kalau berjaya kekal di situ, dia kata button badge pun dah okey. Favorite bangat *_*

Nantilah ya masa I cuti panjang next week, I tinjau-tinjau barangan yang harus menjadi sobinear kawan-kawan. By the way, ni nak beritahu fakta. Dah sebulan I tak jejak KLCC sebab malas. Cuti sekolah mesti ramai orangkan, tak kuasa I nak menyelit sama menyemakkan KLCC tapikan.... hari ni I nak pi melawat kawasan Parlimen P007 I itu ~_^

Melalui entri yang ini juga, I dapat buat satu kesimpulan tapi biarlah I simpan dalam hati jer. I is sedih you see... tapi takpalah, takpa! I ni happy go lucky orangnya, kalau tidak cepatlah tua nanti!

Again, this is not my main entry! Kalau you all dah biasa, MD ni memang suka buat entri suka-suki buat sakit hati orang. And, and, and, ya... I tak pi mana-mana pun cuti hujung minggu yang lalu. 'Legoland, aku datang!' pun kemungkinan besar (99.9%) terpaksa dibatalkan kerana pak akauntan bilang, tunggu keponakannya sampe nanti bisa pergi bersama-sama. Iya, iya, ibuknya angguk sajaaaaaaaaaaaaaaa! (Dalam hati ni dah melalak tau penat kumpul segala kupon diskaun dan kids go free bagai yang valid sampai 31 Dis jerk! I don't believe dengan kata-kata manis HD ni. Believe me, kalau I tak drive sendiri ke Legoland bawa anak-anak, memang jangan haraplah janji manis HD ni! Ibuk tension!!!)

 

 


Comments

  1. hish MD ni..buat lagi segmen camtu kan..kuikui..takpe la kan lagi meriah dunia alam maya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali ni je saya terjebak. Jenuh nak reply komen berkoyan-koyan sampai lost track dah ni. Harap semua dah selamat direply komen-komennya *_*

      Delete
  2. haha..button badge tu, adakah saya orangnya?tak kisah, kak MD larat ke tak larat nak reply,saya tetap nak komen..rajin kak MD ni lebih sikit dari saya.saya rajin bw dan komen, blog sendiri sepi seribu bahasa sanskrit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa makan keladi, dialah yang terasa gatalnya. Hahaha.... tengok laju tak akak type entri padahal baru baca pasal tu pagi tadi *_*

      Eh, jangan tak komen pulak. Penat akak type entri panjang lebar, super short macam dalam blog Sal tu. Komen, komen, jangan tak komen. Yang parah nak reply komen tu akak, so don't worry. Problem solved!

      Awat pakai bahasa sanskrit, sebab itulah terkial-kial nak jawab komen. Hahaha....

      Delete
  3. saya pun samalah MD
    walau saya tahu tak akan ada sape baca komen saya
    saya tetap reply juga komen yang ditinggalkan
    bukan apa, saya rasa seronok

    tapi bila dah banyak sangat, pening juga nak reply
    tapi saya reply jugalah, ni baru sikit reply
    BW dulu, nantilah reply

    yang pasal tu, mungkin orang tertarik dengan gambar yang MD tayang
    cam saya tak kisah apapun
    tak adanya patah hati bagai, orang bagi, ye ambik aje dak
    apapun usahlah ambik hati ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, jangan tak tahu YY! Saya ni rajin jengah balik entri YY. Yalah, nak tengok apa komen balas tuan punya blog. Rasa macam chatting online jerk tau. Saya seronok kalau orang reply komen makanya kalau ada masa memang saya jengah balik.

      Saya ni memang takda masalah nak reply komen bagai cuma kali ni ketinggalan sikit. Takpa, dah selesai semuanya saya balas jejak komen. Harap takda yang tertinggal pulak!

      Itulah saya pun takut orang salah sangka. Yes, betul saya nak bagi something tapi bukan barang yang saya tunjuk. Ni saya dapat percuma, nak bagi orang pun saya fikir 18kali. Dah dia dapat percuma, dia bagi pula buat souvenir. Tak mahulah kena umpat pulak. Tapi tak sangka ada juga yang suka barang ni. Tengoklah macam mana nanti!

      Delete
  4. Kena selepuk. Aduh, letih pulak membalas komen! Nak rehat seminggulah lepas ni....

    Saya baru nak fikir apa nak diberi tetiba bertubi-tubi komen sampai pasal barang yang saya masukkan dalam blog ni. Aduhai...tak senang duduk betul dah ni. Hahaha.....

    ReplyDelete
  5. OK mak terpaksa mengakui kerajinan jiran sebelah mak kalau spender sendiri pun digosok..... haruslah spender hero hero dalam rumah tu berside ko hahha.... baik baik luka hihi.....

    Tukarlah cuti tahun depan masa keponakan HD datang....opss seeloknya baik kerja jer time tu cuti pendik aje haha.......Bis tu cuti panjang panjang tu nak gi mana? Takkan makan tido muzium, makan tido muzium jer huhuhu

    Kalau dah tak sempat reply komen tak yahlah reply.... bio aje, senang kerja Kak Ton!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni belum ada sesiapa pun yang terluka Mak termasuklah Kak Ton sendiri. Huahahaha....

      Taknaklah, Mak. Kalau cuti panjang tahun depan, haruslah kena berlakon lebih lagi. HD pun suruh cuti masa adiknya datang tapi saya malaslah. Kalau boleh nak kerja seminggu penuh!

      Muzium dah habis diexplore untuk tahun ni. Kita pi lain tahun pulaklah. Nak pi Legoland HD suruh tunggu anak-anak sedara yang comel cute mute tu sampai. Saya dah tak tahan ni. Anak-anak dah sampai mimpi. Kalau saya yang mimpi Legoland tu haruslah esoknya terus pergi!

      Tak sampai hatilah, Mak. Penat orang komen setaraf dengan kepanjangan entri Kak Ton. Haruslah Kak Ton cuba sedaya upaya membalas komen. Dah settled pun sebenarnya, Mak *_*

      Delete
  6. saya cuma nak ucap gud luck je kepada bakal pengomen tegar blog MD ni hahahhaa... KLCC senin aritu pi ramai jugak. Tu senin.. kalau Sabtuday & ahad rasanya lagi ramai.. nak bawak anak masuk petrosains pun berbaris panjang macam nak salam dengan PM jer.. hahahahha Tapi alang2 sampai kena jugak masuk ye dak?? Wah best nak ke legoland. Boleh main lego beso2 nanti. Takpe la at least HD kata postpone je bukan cancel ye dak hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, nasib baik akak tak pergi. Ingat nak juga bawa superheroes pergi Petrosains tu tapi yalah cuti sekolah mana ada tempat yang tak sesak. Ni tengah berkira-kira nak menuju ke selatan tapi entahlah takut tertelan-telan air liur je tengok orang ramai. Time cuti ni kalau tak plan memang 'masak' lah!

      Delete
  7. saya mmg tak reti nk komen pnjang2 mcam MD... tapi dialu-alukan komen2 MD diblog dan entry saya... sy senang hati membacanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... saya pulak terbalik. Tak reti nak komen pendek-pendek unless nak cepat sangat dan tak boleh nak fikir apa nak komen tapi tetap nak komen. Kang kalau letak sepatah perkataan jerk, mahu merana hati penulis entri. Agaknyalahkan....

      Delete
  8. akak kan mmg rajin menulis.. komen pun byk...
    sbb tu ramai org singgah...
    Lyn mmg tak reti nak komen pjg2.. buat entry pun pendek2 dah skrg ni dek kemalasan tahap gaban.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, tahun depan penyakit malas tu akan sembuh, Lyn. Biasanya awal-awal tahun semangat berkobar semula. Hahaha...

      Akak memang sukalah bab menulis dan mengomen ni. Entahlah macam satu kepuasan je rasanya....

      Delete
  9. kali ni klu MD kasi hadiah mesti sy tak masuk senarai..almaklum dh tak berapa tegar berblog sekarang ni..tggu taun depan sy rajinkan diri balik.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, masih ada dalam senarailah, PK *__* Saya nak cakap macam mana ye. Tujuan sebenarnya memang nak menghargai semua pengomen tegar yang selalu datang sini. So nanti saya tengok jugalah kalau yang begitu tegar pun terkeluar senarai, haruslah saya fikirkan sesuatu untuk menghargainya juga ^_^

      Delete
  10. legoland tu jauh MD . nun kat jb . tapi klu nak naik kapal , jap jer ... doa je lah dpt pergi . lagipun legoland tu ada jer sampai bila2 selagi umur dipanjangkan ... terpaksa lah burn kan je segala voucher dan yg sekufu dgnnya ... cian dia ... pengomen tegar tu mmg saya x terkejar lah . Satu hari dpt baca 3 entry bun dah cukup baik ... nak buek camno , masa mencemburui hamba lagaknya ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi boleh tapi itulah saya dah lama tak drive sendiri especially kalau keluar dari KL ni. Rasa macam bingung je tengok jalan, tak tentu arahnya *_* HD asyik bertangguh. Saya kesiankan anak-anak. Bangun tidur je tanya - 'hari ni kita pergi Legoland eh, Mommy?'

      Mereka bukan tahu pun Legoland tu dekat ke jauh. Nampak je iklan, nak pergi. Nampak je apa-apa tentang Legoland, nak pergi. Anyway, this is not the first time. Mereka dah pergi pun in 2012 masa Legoland baru buka dulu.

      Delete
  11. memang pening juga kalau dah banyak sangat komen yang ditinggalkan. kadang2 tu tangguh2 nak reply, sampai terlupa dan termiss pula. tapi saya cuba juga usahakan untuk mengunjungi blog mereka yang tinggalkan komen di blog saya..dan cuba sedaya upaya untuk komen entri mereka..

    untuk list pengomen tegar MD pula saya ucapkan tahniah kepada bakal pemenang.. saya memang out of the list la kot.. ni nak minta kesian dengan MD supaya ada saguhati sampingan...hihi.. (gurau je..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, ada satu hari tu sampai lenguh tangan saya membalas komen. Sampai terkial-kial mencari kotnya ada yang terlupa nak balas komen. Punyalah dedicated kononnya. Hahaha...

      Saya kalau boleh, orang datang kunjung blog kita, saya pun nak terjah sama. Tapi itulah, yang ada dalam list tu pun semakin meningkat (sendiri salahkan pergi add list buat apa...hahahah) macam mana nak terjah blog baru. Nantilah kalau kena penyakit tak boleh tidur malam, saya lenjan blogwalking lagi. Ni nak cuti seminggu lebih, mahu parah kalau nak track back entries kawan-kawan *_*

      Delete
  12. faham sangat MDni memang pandai mengarang.. isyh tuler kelemahan CZ... tak reti nak mengarang..takder gambor terus tak reti nak tulis per...
    Legoland CZ nak gi next year kot... nak duk hotelnyer pulak cam bestjer tapi mahal sangat kenalah simpan duit dari sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bab mengarang serahkan pada yang pakar. Hahaha...

      Bab ambil gambar ni saya ada lemah sikit, selalu fail memanjang tapi kuatkan semangat juga mengsnap foto demi blog tersayang.

      Rasanya tak dapat kot nak pergi Legoland dah nak habis bulan Dis ni. Saya pun nak pergi sangat bawa superheroes tapi HD ni banyak ceritalah!

      Delete
  13. Untunglah sapa yg bakal dapat hadiah dari MD tu...hehehe...

    MD kalau komen memang tak sah tak panjang. Mesti panjang punyalah. Tapi iolls suka baca. Tetiba kang dapat komen marathon jer dari MD. Terharu mak noks ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, automatik tau tangan ni menaip. Lepas tu memang takdalah pendek-pendek. Setakat beri salam je pastu komen memang tak mainlah. Haruslah dengan sepenuh perasaan. Hihihi....

      Delete

Post a Comment