Delete komen, nak kahwin dan belajar bahasa (Duhhhh...)

Salam Rabu sekali lagi kawan-kawan!

Yeah, Kak Ton tengah excited to the moon, bulan and bintang Kejoraku bersatu! Oleh itu Kak Ton menaip entri lagi ^_^  Silalah tahan sabar dan minum plain water 8liter sehari hari ni yek - khidmat pesanan masyarakat buat rakan-rakan alam maya Kak Ton *_*

Maafkan Kak Ton! Sekali lagi Kak Ton pi 'pedajalkan' komen kawan-kawan. Kali ni doktor pakar sakit MC yang kena! Kak Ton ni macam feeling dejavu kekadang. Rasa macam ada baca tapi bila nak reply tengok takda pun komennya. Punyalah laju-laju scroll dari atas ke bawah komen tu (komenlah, dok fikir atas ke bawah apalah tu....)

Ini yang kena delete tanpa sebarang alasan munasabah yang Kak Ton boleh fikirkan....



Daddy Ziyyad has left a new comment on your post "Apa dah....":

Makan kat Jom Bali tu okeh tak?

Tolak ansur suami isteri tu perlu...tak boleh jadi diktator..dan utk isteri, tak boleh jadi queen control....hahaha


 Dan jawapan emasnya ^_^ :- 

Mula-mula saya makan di sini memanglah sedap especially nasi goreng 3 rasa dan kuey teownya. Lepas makan balik rumah terasa macam nak datang semula menjamu selera. La ni dah banyak kali pi mai pi mai tang tempat sama juga, dah hilang keterujaannya nak melantak lagi ^_^

Ya, ya ...saya bukan seorang queen control. Sayakan isteri mithali buat my lovely lovey dovey oh sayangku Hubbydearie! (Ada pulak yang muntah kaler-kaler ni nanti!)

Sorry ya, DZ! Jari jemari I yang mulus ni again tak sengaja tertekan button delete. As I said before, I dah banyak clever dan belajar dari pengalaman silam. So I berusaha usha balik komen ni sampai dapat ^_^

(Janganlah jealous kawan-kawan, I ni memang terlebih prihatin bab-bab yang you all kata remeh je ni....Kalau I perasan I telah terdelete komen, I akan buat style nilah jugak. So berdoalah komen you kena delete ya kalau nak dapat satu entri dalam blog I yang syok sendiri ni. FOC ^_^)



Okey, lets start our 1001 malam story telling!

Semalam berborak manja dengan Hubbydearie. Kisah kawan lamanya, a Russian yang akan berkahwin dengan perempuan Melayu. In fact mereka ni dah couple lama sungguh. I think almost 10 years tapi ada je halangan untuk menuju puncak kebahagiaan ni. 

Ini cerita baru plan nak kahwinlah ya. So Hubbydearie jadi bahan rujukan. Maklumlah pakar kononnya.... Eh, you all tak tahu ke Hubbydearie kan berakad nikah dengan perempuan Melayu terakhir aka isteri mithali ni dah lama! 


Kami dok gelak (consider ngumpatlah rasanya) macam manalah si kawannya ni nak lafaz akad nanti. English tonggang langgang. BM tak payah ceritalah. Nak cakap Rusia, dia seorang je yang faham. Tok kadi dan saksi-saksi haruslah tak fahamkan. Memang pitam tok kadi dibuatnya nanti. Si kawan nak  ajak Hubbydearie duduk sebelah masa nikah. Sebab boleh jadi penterjemah kononnya. I pun katalah, tak percaya I nanti kalau tetiba Hubbydearie yang tak suka berbaju Melayu tetiba je buang tebiat nak pakai baju Melayu siap bersongkok. Feeling suspicious pulak I nanti ^_^ And si kawan ni pulak, mahu kena 'mandi bunga' kalau  7 kali pun tak lepas akad. Hehehe.... (Eh, pernah berlaku tau kat kampung I dulu....7 kali pun gagap nak lafaz akad nikah. Melayu sebangsa semua ^_^)

Hubbydearie tak jawab pun permintaan si kawan ni sebab masa Hubbydearie lafaz akad nikah dulu, beliau seorang diri pontang-panting dalam masjid di kelilingi oleh kaum keluarga I tau. Family HD pun takda masa tu. Kawan-kawannya pun tak datang ke masjid sebab mereka bukan beragama Islam pun.... Lagipun I nikah dulu lepas sebulan baru buat majlis kahwin dek kerana masalah immigration bagailah nih! Maklumlah I dah teruja nak kahwin main cakap je kat Mak  nak kahwin. Lintang pukang orang tua I menguruskan majlis bila anaknya buat perangai! Ingatkan mudah je majlis kahwin ni rupanya banyak benda nak kena settle. Maklumlah first time, I tak tahu. Huahahaha... 

Okey, okey, lupakan hal majlis kahwin I ye! Takda hati nak cerita lebih lanjut. Belum sampai seru ^_^ Cerita dating pun tak khatam lagi dalam blog *_^

Dalam pada berborak pasal si kawan Hubbydearie ni barulah kami  teringat sesuatu...


Eh, Dear.... when we got married you didn't speak BM at all right?


Yes of courselah! You can't remember ke the first time kita kahwin? Bila balik kampung, lepas makan I  terus masuk bilik. I didn't talk to any of your family members. I didn't even understand apa you all cakap!


Yalah, baru I teringat! Since when you can speak BM ek, Dear?


I think after a few yearslah....


Masa Abang was born, you dah cakap BM ke belum?


That time I think I dah faham sikit-sikit. Even Mami pun pelik je tengok bila I cakap BM. Mami kata I speak fluent BM macam bahasa sendiri je!


Masa akad dulu how ye, Dear?


You tak ingat ke? Kan I hafal. You yang kata tok kadi tanya should be in English or BM so I kata BM walaupun I tak faham satu pun. I hafal je 'Aku terima nikah (nama isteri mithali ler siapa lagi) dengan mas kahwinnya RM80 tunai!'


Wah, serious cleverlah you, Dear! Bangga I dapat hubby macam ni....


You tak ingat ke, Abang L ( my brother yang jadi my wali) sampai terkejut. Sekali lafaz je kadi kata 'Sah!' Semua orang senyum tengok I. I still remember that moment!

Kelakar! Memang betul I tak ingat sejak bila Hubbydearie fasih berbahasa Melayu ni. Sangat lupa! Tau-tau je Hubbydearie kesayangan dah arif berbahasa. Kalau kena tahan polis (sebab pandu laju, tak pakai tali pinggang, blahblahblah) pak polisi akan kata,


Good Evening, Sir! May I have.....


Selamat petang! Kenapa saya kena tahan????


Oh, pandai cakap Melayu rupanya. Encik belajar kat sini ke????

Lain cerita pulak jadinya..... ^_^


Comments

  1. Ok MD...sila ter delete komen iolls...hahaha...

    Jangan tak tau. My hubby 4 kali lafaz nikah okay. Ntah apa yg nervous nya pon tak tau lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey, okey, nanti I take note. Lepas ni I delete yeah ^_^

      Oh, ya ke? Kenapa yek #bapakbanyakanak nervous cam gitu sekali? Dia dah skodeng you kat tepi ek masa sebelum nikah tu? Cantik sangatlah tu, itu yang terus jadi nervous takut tak dapat kahwin. Huahaha....

      Delete
  2. Kakcik ada beberapa kali terdelete komen bila tengok kat hp...pasrah je lah...memang tak boleh nak jumpa balik sebab tak link pun ke emel... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handphone punya pasallah ni, kak. Kalau pc mahupun laptop tak nampak juga memang masaklah tu. Serius rabun ^_^

      Nasib baik saya ada bijak sikit dalam pada tak tahu apa-apa pasal blog ni. Siap-siap link ke email :D

      Delete
  3. eh..boleh ek gitu, tak faham tapi hafal?nanti suruhlah kawan akak yang orang Rusia tu buat macam HD, hafal je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD tahu maksudnya tapi masa tu tak pandai cakap BM lagi. Makanya HD hafallah ayat tu selepas akak tolong translatekan. Si Rusia yang seorang tu langsung tak faham BM, English pun kurang. Mualaf pulak. Lagi masak HD nak kena tolong....

      Delete
  4. kelakar lah yang last tu...macam tajuk jauh beza dengan cerita pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Short cut tajuk, Mar. Kalau tulis tajuk panjang lagi mahu tak faham sudah ^_^ Padahal nak cerita tentang entah bila agaknya HD ni mahir berbahasa Melayu tapi letak tajuk belajar bahasakan, memanglah pening nak faham cerita ^_^

      Delete
  5. Betul tu Mar... akak pun jadi konfius bab yg last tu hahahha... kata nak cerita kawan Rusian tu nak kahwin.. apa ni MD.. karangan boleh fail ni.. lari dari tajuk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, CH! Itulah kena khusyuk masa membaca. Delete komen pasal komen DZ, cerita nak kahwin tu tengah-tengah perenggan je dan endingnya of courselah pasal entah bila masa HD ni fasih belajar BM saya pun lupa!

      Aduhai... ni kena tulis lagi panjang macam ni ^_^

      Delete
  6. Kakak rasa bahasa Melayu agak mudah dipelajari. Lihat ajelah pendatang luar yg tinggal di tempat kita ni. Setahun-dua aje dah boleh cakap bahasa kita walau agak tunggang-langgang.

    Jadi macam mana HD punya kawan tu nak menikah? Jadi tak HD kesayangan MD jadi pengapit nikah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. HD pun kata gitu. Nak dibandingkan bahasa Rusia, bahasa Jepun, bahasa Cina, memang sapsapsoi je belajar BM ni katanya....

      Kak, baru plan je kak nak kahwin tapi dah siap-siap nak book HD suruh jadi pengapit. Saya ni isteri mithali tapi macam tak benarkan je. Keh3x. Cerita selanjutnya kena tunggulah mereka berdua ni confirm kahwin ya barulah saya boleh tulis entri lebih lanjut ^_^

      Delete
  7. pandai dah cakap melayu ye MD...tak dapat la MD nak mengumpat sayang lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pandai banyak, Acik. Memang takdalah can nak mengumpat depan-depan. Belakang-belakang takpa ^_^

      Delete
  8. Bahasa melayu ni mudah sikit sebab kita tulis je dan sebut je macam yang ditulis.lepas tu tak de macam tulisan china atau thailand..bahasa melayu sama je macam huruf2 dalam bahasa inggeris..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Diana. Hubbydearie kata memang tak susah mana nak belajar BM ni. Saya nak belajar bahasa Rusia, HD kata pergi belajar bahasa Jepun dulu. Dah bertahun kerja dengan Jepun pun sepatah haram tak tahu ^_^ Saya ni berbeza dengan HD. HD rajin bab-bab belajar bahasa tapi saya ni pemalas ya amat :D Eh, lupa! Apa benda yang saya rajin ek? Rasa macam takda je dalam kamus hidup. Hahaha....

      Delete
    2. hahahah...Dia pandai pun mungkin sebab dorongan dari isteri tersayang la tu...

      Delete
    3. HD memang rajin belajar bahasa tak macam saya. Saya ni kalau nak belajar satu bahasa pun mungkin ambil masa sedekad lamanya!

      Delete
  9. Memang clever lah HD... sekali lafaz jer... Patutlah isterinya pun double clever... Tetiba ai pun tanya diri sendiri jugak.... abah budak2 ni agaknya berapa kali lafaz agaknya... Kena mengombau kenangan lama ni... Maklumlah benda 10 tahun yg lalu..... Hahha, terus betul dapat isteri yang dalam proses partial head damage ni... huhuhu

    Fuhh, nasib baik baik bukan terdelete komen mak Jilap.... Kalau tak, mahu sekali lagi status tuan tanah bertukar milik... hua hua hua....

    Opps, maaf Mak Jilap... Terngumpat depan depan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit punya laju, Nur. Saya sendiri tak sempat dengar tengok kadi kata 'Sah!' Oh, memang clever! Sebab itulah isteri mithalinya double clever ^_^ Hahaha, dah lupa ke berapa kali abah IrfanAisyahDanish lafaz akad? Mesti seram sejuk masa tu sampaikan tak ingat peristiwa penting ni... Hehehe....

      Samalah kita sebenarnya. Rasanya dah tak main partial-partial ni. total damage dah ^_^

      Oh, MakJilap asyik-asyik dok belek entri dia kat blog saya ni. Maklumlah dah beri betis nak paha drumstick pulak. Adatlah berjiran....

      Delete
  10. hahahha... baguslah HD siap hafal lagi... terror tu..
    klu tak nnti kena mandi bunga 7 hari 7 malam plak.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak, dengan akak- akak sekali pi mandi bunga kat Sunway Lagoon!

      Masa tu HD memang tak pandai cakap BM. Akak pun sampai lupa bila HD ni start fasih speaking BM. Dulu-dulu kita speak London bridge is falling down tetiba sekarang ni more tu nyanyi lagu tepuk amai-amai pulak!

      Delete
  11. 1st ly, TQ so much...for allthe effort..susah2 aja siap up entry utk tanya soalan saya,yg u ter delete tu..hahahaha

    2nd, tabik spring utk your husband, coz dengan sekali lafaz, sah!! :)
    Masa u dating2 dulu ( before kawin), mmg u takde ajar husband cakap Melayu ke?
    U pulak,boleh ke cakap bahasa Uzbek / Russia? :P
    How about your kids, husband ajar tak bahasa ibunda dia?Mesti ajar punya kan...sayang kalau tak ajar..

    Bila u kata maybe husband u akan temankan kawan Russian dia tu,siapdgn berbaju Melayu...teringat i babak dalam filem P.Ramlee,Madu 3....part "Butang baju aku mana Pahhhh"....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah 3rd time saya terdelete komen kawan-kawan kat blog ni, DZ. Itu yang dah clever bedo oh kata ore Kelate ^_^

      Aha, ni nak tanya balik....berapa kalikah DZ lafaz akad nikah masa dengan MamaZZZ tu? Don' t tell me 7 times! Jadi bahan nanti kena gelak setahun :)

      Okey, masa musim dating dulu, kami spoke London bridge is falling down ler since HD memang tak tahu cakap Melayu. Saya translate siap-siap untuk akad nikah tu dalam BM. Tugas HD memahamkan setiap patah perkataan dan hafallah. Memang terkejut chimpanzee sikitlah kaum keluarga yang ada sebab sikit punya laju HD lafaz yang dengar tok kadi kata 'Sah!' je ^_^

      Lepas kahwin entah bila kami start berborak more in BM. Anak-anak saya pun guna bahasa rojak di rumah. Bahasa Uzbek mereka tak tahu tapi Russian language tu bapaknya ada ajar. Dan saya ni, memang tak tahulah sebab saya bab-bab bahasa ni ada banyak malas nak belajar!

      I don't think I nak bagi dia jadi pengapit. I takut dia lagi glamor daripada pengantin lelaki. Takut juga kalau tersilap duduk atas bantal nak akad nikah tu nanti. Hahaha....

      Delete
  12. tak tahu nk komen pasal "komen terdelete" keor cerita pasalkawin2 tu...ha3x...
    Apapun syabas dan tahniah pd HD sbb gigih berusaha belajar ckp Melayu...kagum3x....
    Akak dok sini dh bertahun2 dikelilingi masyarakat Jawa pn mmg smpai leni xreti2 ckp Jawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, saya ni ada separa Jaws pun tak reti cakap Jaws inikan pulak akak yang dagang Pak Malau kat sana nun. Akak perasan tak, kat Johor tu semua tempat pun ada parit. Asal ada parit je, adalah nama orang diletakkan sekali - Parit Imam, Parit Bilal, Parit Jawa. Hahaha....

      Eh, akak pun konpius rupanya dengan entri saya ni ya? Jangan berani bagi saya D. Nanti saya keluar entri berilmiah dengan nahu dan tatabahasa yang terbaik, terkujat nanti akak nak tanda kertas! Hehehe...

      Delete
  13. Ha....jangan ngengada nak delete komen I...... nanti mak meroyan kat sini marah pulak kata salah passwordlah bagailah....nyampah mak tau!!! Asah sikit jari tu kasi tambah runcing! hahaha.....

    Sebetulnya kalau tak silap cakap yes pun dah sah....
    Kalau tak silaplah.... Dah bercampur hari hari dengan awek melayu takkan tak fasih cakap melayu lagi kot.....Awek Melayu tu jer rugi sebab tak mau belajar bahasa dia....

    Haha masalah tu kalau HD kena jadi pengapit....jangan bagi !!! Kasi dia duk jauh jauh Kak Ton.....Kang kawan dia mintak wakilkan kang....ha Kak Ton gak yg susah tau!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni... komen Maklah yang paling kita berhati-hati sebab kita takut kalau-kalau kena 'hacked' lagi entri kita! Kita nak balas dendam ni, Mak! Bila Mak nak buat entri khas untuk kita sebab kita pulak nak hack entri Mak! Eh, pi cakap niat kat MakJilap ni buat apa! Tentulah dia dah standby baik-baik!

      Sekarang ni HD memang dah clever speaking Indon, Mak.... Dulu je siksa. Satu bahasa je. Yalah bahasa jiwa bangsa. Haruslah bila bercakap sekata je bunyinya!

      Yalah, Mak! Kak Ton menurut perintah. Kak Ton pun takut para tetamu tersilap orang dan sibuk ambil gambar suami Kak Ton. Kak Ton dah warning dah, pi cakap dgn kawannya tu pandai-pandailah nak hidup masa akad nikah lagi.

      Mak ni, janganlah doakan yang bukan-bukan. Kesian kat Kak Ton tau :(

      Delete
    2. Mana boleh buat entri jiran sebelah dalam masa terdekat ni.... kang kengkawan lain menyampah pulak, balik balik jiran sebelah, mak jugak yg dipinggirkan kan tau...Eh? ada mak kisah? hihi

      Mana ada mak doakan...... mak sayang tau ngan jiran, tak rela mak tau, tengok jiran mak diperlakukan begitu....

      Delete
    3. Hahaha...Mak takut hilang kawan rupanya! Takpa Mak. Kita pun bukan muka tak malu ada ke minta orang buatkan entri pulak. Hahaha....

      Nah, dah terbukti rupanya memang Mak sayangkan jiran Mak ni kan. Itu je yang penting :D

      Delete
  14. Polis yg tahan dia tu, confirm akan lepaskan bila dgr ur HD skiping Malay.

    Sweetnya moment yg u cerita tu. Kenapa la time tu tak ambil video. Kalo tak, mesti la boleh i tumpang tengok u share kat blog ni. Hehe. Mcm la i tak faham lagi perangai kak ton yg taknak share gmbr TMJ dia tuh. Peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepaskan apanya, Lyd! Minta duit espresso lagi adalah.... Tapikan bab jumpa polis cakap Melayu ni I yang ajar suruh buat. Kononnya nak ambil hati pak polisilah. Hehehe....

      Kalau I nak letak video, you tak suruh pun dah lama I letak. I lakibini low profile gitu, maklumlah retis antarabangsa katanya!

      Delete
  15. oo..begitu kisahnya MD & HD dulu2 ye..
    tu la... MD x sabar sgt nak kawen ni, takut HD terlepas ye??
    haha

    lya doakan moga urusan kawan HD dipermudahkan.. yelah, bukan sng kan nak cuba masuk n selami cara hidup kita,. tp insyallah lama kelamaan semuanya akan serasi.. mcm ayah sepupu lya, mat saleh..sekarang mmg fasih dh cakap melayu..

    jgn kata gitu MD.. papa asya sendiri pon petang sebelum majlis pernikahan pd malam tu dia nk pengsan..sbb over nerves sgt... smpaikan MIL pergi jumpa ustaz mintak air utk tenangkan dia.. memang kelakar sgt.. tp alhamdulillah, mlm pernikahan tu bjln lncar.. 2x jugak akad nikah tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pengalaman silam, Lya. Itu yang cepat-cepat nak kahwin. Nak tunggu apa lagi. Hahaha...

      Kawan HD tu memang dah lama plan nak kahwin dengan girlfriend Melayunya tu tapi ada je masalah. Moga dapatlah akhirnya mereka tu ke jinjang pelamin. Dah lama sangat rasanya!

      Hahaha... nape ek mereka gementar masa nak akad nikah? Serius konpius tau. Nak juga tahu kenapa. Alahai, kalau tak dapat kahwin hari tu, takkanlah sedih. Hahaha....

      Huh aloh... sampai minta air bagai hah.... Kenangan manis sungguh tu. Boleh usik-usik Fain selalulah macam tukan, Lya ^_^

      Delete
  16. betul jugak ye..klu dah bahasa ayam itik mmg miscommunication,apalagi bab akad nikah..tp boleh buat macam HD apa..hafal la..kata nak kawen..kena la usaha siang malam hafal..bukan byk sgt pun ayatnya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak suruh hafal pun tak tahu macam mana, tak ke payah gitu? At least HD terang hati sikit. Hahaha....

      Nak seribu daya, tak nak seribu dalihkan, PK ^_^

      Delete
  17. pakai baju kurung dok sebelah pengantin ? ada gak yg wakil lafaz karang ... wahahahaa ... gurau jerk ya ... kenapa yer bila bab lafaz akad , pengantin lelaki ada yg sampai thp berpeluh2 . lafaz jer pun mcm kita cakap jer kan ... mentang2 lah pompuan , selamba jer nak kritik kan saya ni ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal saya tak benarkan. Nanti gambar pengantin lelaki orang tak snap, gambar pengapit pulak yang lebih-lebih. Oh, tidak... harus dibendung sebelum berlaku. Hahaha....

      Kita tak tahu Vee kenapa mereka ni kecut perut sangat bila nak berakad nikah. Kalau kita di tempat mereka, entahlah apa yang kita buat agaknya kan... Hahaha....

      Delete
  18. mana gambar hari kawennyer... mesti berdebar2 gak orang yagn hadir majlis nikah MDtu yerk.. bukan MDjer berdebar2 haritu.. ha.. ha...
    tiba2jer kita membayangkan camnerler rupanyer kelam kabut mak MD nak sambut menantu tu yerk.. isyh tak boleh bayangkanni...
    BMni bahasanya mudah sikitkan... mudah nak belajarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar hari kahwin siapa, Cho? Kawan HD ke atau gambar kami? Kalau gambar kahwin kami, janganlah mengharap Cho. Memang punah harapan macam biasa. Maklumlah retis suam-suam kuku antarabangsa nih...

      Eh, bercakap mengalahkan Angelina Jolie pulak! Macamlah orang teruja nak tengok gambar kahwin si MD ni....

      Saya bagi mak dan kakak saya time frame untuk siapkan majlis kahwin. Saya rileks je. Hahaha...

      Delete
  19. best lah kalau MD terdelete komen, siap buat entry khas
    silalah delete komen saya juga, nanti ada entry khas...hehe

    7 kali dia kena akad? wah! dulu ada juga kat kampung
    masuk kali ketiga tok kadi kata ada benda tak kena
    suruh belek satu rumah, jumpa benda kuning dalam tanah
    buang benda tu, terus lancar aje

    berbalik pada cite akad nikah MD tadi, berapa lama HD dok menghafal
    macam boleh membayangkan pula dia dok terbelit lidah...hehe
    tapi kenapa ayat akhir tu buat saya nak muntah
    kronik juga tahap keperasanan HD ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tolonglah jangan minta saya delete komen lagi! Bernanah tau nak mengarang entri. Hahaha....

      Itu orang kampung sayalah. Ingat dulu, heboh gak sampai 7 kali. Dah give up tak mahu kahwin dah... Hahaha....

      Eh, HD hafal sekejap je. HD memang terang hati sikit bab-bab bahasa ni tak macam isteri mithali.

      Laaa... tak tahu ke? Memang dah tahap merbahaya penyakit perahsantan HD ni. Kalau tak sungguh, memang muntah kaler-kaler. Nasib baiklah saya ni isteri mithali. Tak counter attack pun ^_^

      Delete
  20. Eh.. mana komen saya hari tu? Dah delete eh.....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tak delete! Ada nih.... Nak minta buat satu entrilah tu. Hahaha!

      Delete
  21. Haha.. kembali nk mengomen sementara agak lapang, bebas kaki ku daripada budak kecil bergantungan..

    Awet muda sangat HD ni sampai disangka pelajar.. hai, patutla dia takut nak masuk gambar suami dia kat blog, lepas tu guna alasan takut kita muntah kaler2.. haha..

    Bijak juga HD menghafal akad tu.. mesti kagum betul orang lain yang ada dalam majlis tu hari tu.. mat uzbek ni terror betul cakap melayu weh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pulak si kecil tu bergantungan kat kaki, AN.... Nazif pelik kot sebab Mamanya ada rumah lebih daripada dua hari.... Itu yang nak bermanja tu ^_^

      Bukan pasal awet muda kalau dah macam TMJ tu, AN. Tapi kalau dia imbau balik segala kejadian, aduhai memang bernanah telinga isteri mithalinya ni :D

      Saya pun tak berapa dengar masa HD lafaz akad tu walaupun mengendeng kat tepi jek.... Tahu-tahu tengok tok kadi tanya saksi sah ke tidak. Terus salam hayun tangan HD kata sah. Of courselah HD rasa bangga sungguh tu....maklumlah speaking malay masa tu tak clever langsung!

      Delete
  22. eh I dah baca entry yang ni. and dah komen jugak rasanya.. u delete ek? hahahaha serious I selalu baca habis, tapi nak komen punya la payah sebab tangan terikat.. psatu mesti rasa macam dah komennnn jer sebab banyak benda I nak komen tau hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah buat I kalut pepagi macam ni ^_^ 18kali I checked I rasa macam dah ada je komen you kat sini. Nehiiii....I tak deletelah!

      Delete
  23. mak aii 8 liter sehari saya 3liter air pon gagah nak hbiskan.

    masakjuga la kawan hd.tu.tp hrap dipermudahkn la kan..

    bagus hd
    skali lafaz aje..
    suka md ka.hihi

    cik abe saya ritu dua kali. sbb yg prtma dia x brpa dgr jelas apa tok kadi tu ckap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, percayalah tu, Ciksu. Orang suruh minum 8 gelas je. MD je pepandai suruh minum 8 liter. Yalah kalau baca entri saya, cepat hauskan!

      Entahlah macam mana. Kalau jadi kahwin, nanti saya update cerita kawan HD ni. Itu pun kalau saya pergilah ya :)

      Gugup mereka ni Ciksu bila tengok pengantin perempun cun melecun duduk kat tepi tu. Hahaha....

      Delete

Post a Comment