Bagaimana mendapatkan visa pasangan di Malaysia

Salam kawan-kawan,

Masa mula-mula berblogging dulu, I ada buat satu entri berkaitan dengan kesukaran berdepan dengan pihak imigresen ketika mula-mula berkahwin dengan HD. Tak sangka, dalam banyak-banyak entri yang I kongsikan di sini, masih ramai yang 'terjumpa' entri tersebut dan bertanyakan pelbagai soalan.

Malangnya dek kerana blog ni sudah lama terbiar, jarang I menjawab soalan-soalan yang ditanya. Nasib baik sejak beberapa hari lalu, I asyik teringat nak log in ke blog. Dah terlanjur menaip entri baru dan membersihkan 'sawang' di sini, I pun menjenguk sekali komen-komen yang ditinggalkan dan menjawab mana dapat. Makan tahun sudah komen-komen yang ditinggalkan...😃

Memandangkan my cerita tu dah makan bertahun-tahun lamanya, mungkin jawapan yang diberi pun sudah tidak bersesuaian dengan keadaan semasa atau pun prosedur imigresen sekarang ni. Paling elok, memanglah kena merujuk kepada pihak imigresen sendiri 😃 I tak pastilah bagaimana servis yang diberikan oleh pihak imigresen sekarang; mungkin lebih baik daripada dahulu. Harapnyalah ya!

Jika tidak pun, kepada sesiapa yang masih memerlukan bantuan mungkin boleh join grup FB ini - Foreign Spouses Support Group (FSSG). Setahu I, group ni sangat aktif. Ramai juga yang mengajukan pelbagai soalan di sini dan insyaAllah, ada yang mampu membantu.

Hendak berkahwin dengan warga asing memang tidak mudah. Prosedur yang hendak dilalui lebih sukar daripada hendak mendapatkan restu daripada ibubapa akibat cinta terhalang gamaknya 😃 Maka itu, kenalah banyak bertanya dan berusaha 😊 Bak kata pihak imigresen pada I suatu waktu dahulu - Kalau nak berkahwin dengan warga asing, kenalah berkorban! Oh, alahai... sampai sekarang terngiang-ngiang di telinga ni walaupun sudah bertahun lamanya berlalu! Macamlah kalau berkahwin sesama warga tempatan takda pengorbanan langsung yang terlibat.

Secara umumnya, apa yang I tahu banyak prosedur yang agak merumitkan bagi mereka yang mahu berkahwin tapi itu pun mungkin juga bergantung kepada kewarganegaraan pasangan. Ada juga warga asing yang menyalahgunakan visa pasangan yang diberi. Itu juga mungkin menjadi punca mengapa sesetengah warga asing sukar untuk mendapatkan visa pasangan pada mulanya.

Berdasarkan pengalaman lalu, kalau tak silap visa pasangan ni pun ada banyak kategorinya - 6 bulan, 1  tahun dan 5 tahun. Tapi kenalah memohon secara berperingkat-peringkat. Bukan kali pertama memohon terus boleh dapat visa selama 5 tahun. Selepas beberapa tahun tinggal di Malaysia secara berturut-turut, pemegang visa pasangan boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan PR (permanent resident).

Proses mendapatkan PR pun memakan masa, kalau tidak silap lebih kurang dua tahun. Prosedurnya pun tidak sama untuk suami kepada warganegara berbanding dengan isteri kepada warganegara. Memandangkan isteri memang di bawah tanggungan suami, makanya isteri kepada warganegara boleh memohon PR lebih awal berbanding dengan suami kepada warganegara. Untuk suami, kalau I tak silap kena tinggal di Malaysia selama  5 atau 7 tahun berturut-turut barulah boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan PR. Seperti yang I katakan sebelum ini lebih elok kalau terus merujuk kepada pihak imigresen jika terdapat kemusykilan atau prosedur yang kurang pasti. Itulah sebaik-baiknya.

Apa-apa pun, jangan mudah putus asa bila berdepan dengan jalan buntu. InsyaAllah, jika niatnya baik tentu Allah akan membuka jalan sebaik mungkin untuk kita lalui. Lagipun, kalau sudah jodoh, tentu tak ke mana-mana perginya 😊








Comments

  1. Sekarang ni sure HD dah dapat PR ek.... tak payah susah susah lagilah nak mohon visakan....

    ReplyDelete

Post a Comment