Musim PKP

Salam kawan-kawan,

Lama sungguh tidak menjenguk ke blog suam-suam kuku ni. Entah kenapa, tetiba teringatkan blog sendiri. Lama terabai. Bukan takda idea nak menulis entri tapi entahlah, keterujaan tu semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Sejak PKP ni lagilah terkenang-kenangkan blog ni. Setakat itu sahajalah rasa rindunya. Bila berpeluang, tak juga menulis entri baru ๐Ÿ˜ƒ 

Semenjak PKP memang kebanyakan masa dihabiskan di rumah bersama keluarga. Kalau keluar pun kerana bekerja atau membeli barang keperluan. Sejak dari awal PKP, I perlu ke tempat kerja berselang-seli hari dengan rakan sekerja yang lain. Bab membeli barang keperluan pula, memang I masih in-charge. Nak memindahkan kuasa membeli kepada HD tu agak sukar. Bukannya HD tak pandai membeli. Berikan aje senarai apa barang yang hendak dibeli, pandailah HD menguruskannya. Masalah dengan orang lelaki ni, kalau jenama barang yang hendak dibeli tu takda, memang terus skiplah. Takda nak mencari alternatif yang lain. Kalau dah begitu, lebih baiklah I sendiri yang keluar. Senang sekali harung, satu troli tu kita kasi penuh. 

Pun begitu, melakukan grocery shopping sewaktu PKP ni bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi. Yang paling tak tahan, bila kena beratur panjang. Manusia pula pelbagai ragam; rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada yang patuh SOP, ada yang tidak, ada yang mementingkan diri sendiri dan bermacam perangai lagilah yang boleh diperhatikan. 

Itu belum menyentuh hal 'pasca' keluar grocery shopping. Sakit jiwa tau dibuatnya. Tak disanitize barang rasa salah, disanitize lebih-lebih pulak rasa takut. Kalau boleh habis semua nak dibasmi kuman! Penat!

Yang paling seronok dibuat sudah tentulah online shopping๐Ÿ˜ƒ Bila berpeluang aje, memang penuh cart dibuatnya. Padanlah penuh membukit barang-barang kat Poslaju, J&T bagai kalau dah semua orang pakat-pakat beli barang secara online. Oh yes! I salah seorang yang beli ikan bilis, belacan, keropok ikan pun online๐Ÿ˜‚

Barang-barang basah tak perlu ceritalah. Memang semuanya I order online baik ikan, ayam, daging, sayur dan sebagainya. Pernah masa mula-mula PKP, susah benar nak dapatkan slot membeli barang basah ni. Sampai sanggup berjaga hingga pukul 12 tengah malam bila mana seller kata slot akan dibuka pada pukul 12.01 pagi๐Ÿ˜ƒ Biar tak cukup tidur, jangan tak cukup barang makan!

Disebabkan PKP jugalah, masa tidur pun jadi kelam-kabut. Mula-mula I fikirkan dek kerana takut sangat dengan situasi semasa COVID-19 ni. Bila tengok statistik makin tinggi, makin gerun rasanya sampai tak boleh tidur malam. Lama-lama dah jadi kebiasaan pulak tidur sekitar pukul 2, 3 pagi.

Namun, thanks to PKP dapat jugalah merasai nikmat sebagai surirumahtangga sepenuh masa walaupun berselang-hari ๐Ÿ˜„ Rasanya penat juga ya menjadi surirumah sepenuh masa ni. Kerja rumah 24-7 pun tak habis-habis. Kalau bekerja di pejabat tu lain feelingnya. Kalau penat, boleh pergi buat kopi, pergi wash room takpun 'membawang' sekejap. Kalau di rumah ni, memang 24-7 asyik dengan kerja rumah. 

Kadang-kadang tu nak juga pejamkan mata, pekakkan telinga dan kunci mulut jangan banyak bersuara (a.k.a. menjerit) tetapi tetap tak berjaya. Nak buat macamana ya... nama pun 'Home Sweet Home' memanglah 'sweet' sangat memori menjadi surirumah ni ๐Ÿ˜‚

Dek kerana banyak masa dihabiskan di rumah, banyak jugalah resepi group FB Air Fryer tu I buat. Mesti buat, jangan tak buat ๐Ÿ˜† Tapi itulah, asal nak buat je tak cukup bahan. Asal cari bahan je, habis di pasaran dek kerana semua mak-mak berebut nak beli barang yang sama sebab baca grup FB yang sama ๐Ÿ˜‚

Apa-apa pun kisahnya, kita masih lagi di alam PKP. Silalah patuhi SOP yang ditetapkan. Jangan bermimpi nak berjimba sangat buat waktu ni. Tahan dulu nafsu tu...

Bye, jumpa lagi di entri yang lain!





Comments

  1. Masa PKP, kemalasan makin hampiri, sib baik dah PKPB, kita yang siapkan jadual petugas..

    Bg le kt staf lain wfh, moh kita pergi kerja.. (nampak sangat tak berapa minat nak jadi surirumah sepenuh masa, penat woiiiiiiii)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan jadi malas. Ingatkan jadi rajin bila dapat peluang jadi surirumah tangga. Orang sibuk mencuba resepi baru. masak macam nak rak. Kita cuba jugalah tapi takdalah sampai nak rak mencubanya.

      Delete
  2. Betul sangat, musim PKP haritu mana mana tempat beratur panjang, sampai rasa malas betul nak pergi membeli itu ini. Selalunya Nani upah runner aje, itu yang senang. Cuma terperap dalam rumah lama sangat pun tak jadi kerja juga, naik bosan rasa. Cukup seminggu PKP dah blur dah hahah nampak betul tak boleh duduk rumah aje.

    ReplyDelete

Post a Comment