Bayou Lagoon Park Resort

Hah, baru jumpa pics tiga minggu lepas masa bermandi-mandian di tepian kolam renang @_@

Sikit punya baik 'angin' bila dah siap buat entri dan nak publish tetiba tak jumpa segala pics. Macamlah dalam blog ni selalu ada pics, kannn .... ^_^

Sebenarnya trip ke Melaka ni memang tak dirancang. Dalam minggu yang sama, one of my sisters tetiba ajak join tidur-tidur kat hotel. Lagi best, my sis sendiri pun tak buat tempahan bilik. Dahlah musim cuti sekolah. Plannya nak berlangsung hujung minggu yang sama. Memang baik betul perancangan my sister ni. Dia  terkejut anak bongsunya dapat keputusan yang baik dalam UPSR ^_^ Itu yang tetiba aje nak pergi bercuti sekeluarga. I pun agree ajelah dengan syarat ada biliklah bila kita orang sampai di Melaka nanti.

So, kami pun memilih Bayou Lagoon Park Resort di Bukit Katil, Melaka  ni kerana my sister and family pernah ke mari middle of this year sempena Hari Keluarga pejabatnya. Hotel ni memang baru lagi. Memang nampak sangatlah ke'baru'annya itu ^_^

Dari Kuala Lumpur, kami angkut sekali my eldest sister dan one of my nephews. Ini aje nephew yang I ada yang dalam lingkungan umur Abang (4 years older than him sebenarnya) yang menjadi favourite cousin si Bubbly Abang. My another sis, her daughter and son came from Batu Pahat.

Untuk mengelakkan mereka kelaparan, kami singgah makan dulu di KFC memandangkan selepas buat undian budak bertiga ni (Abang, Adik Cute and cousin), KFC yang menang tempat pertama. So, kita ikutkan ajelah....

Sampai di Melaka lebih kurang pukul 3 lebih. Just nice untuk check in. We're lucky dapat juga apartment dua bilik walaupun last minute. Harga quite reasonablelah, RM430 nett untuk 2 bedrooms apartment termasuk sarapan untuk empat orang dan 4 tickets ke theme park. Sorry, pics tak ambil sebab masa I sampai mereka berempat ni sudah serbu itu bilik. Tak kuasa Mommy nak snap pics apartment yang berselerak dengan barang. I pun sampai aje bilik terus buang tudung itulah pasalnya takda gambar ...hehehe....

Oleh kerana budak berempat ni dah bersemangat kental nak mengharung air, kita bawalah mereka turun secepat mungkin. Kalau tidak, riuh sekampung budak-budak KL ni nak main air kat swimming pool. Oh, ya, bilik ni boleh memuatkan enam orang sepatutnya tapi you all tengoklah berapa orang yang masuk bilik menyelinap nih. Kita juga diberikan wrist band untuk masuk ala-ala theme parklah kononnya. Sesiapa yang takda wristband, boleh aje masuk tapi tak boleh main air tau. Dok ajelah tepi-tepi kolam tu berborak kosong sambil makan kacang...

Harga wristband ni dah termasuk dalam package penginapan tetapi kalau nak dibeli lagi, kena bayar RM10 seorang (untuk yang bermalam di hotel). Dah namanya budak-budak, memang nak main air aje tak ingat dunia. Terlolong, terjeritlah macamana sekalipun, mereka tetap minta masa tambahan. 5 minit tambahan tu equals to 1 jamlah senang cerita.


Si Adik ni kalau nampak kolam renang, dari jauh dah menggelitis macam nak terjun ala-ala perenang professional, tapi bila kita letak kaki kat dalam air, hai... datang pulak sopannya tak kena tempat. Dia berdiri setempat aje sambil basah-basahkan rambut sampailah habis mandi. Pastu berangan, tengok orang keliling. Adik, mandi wajib ke apa nih? Dok basah-basahkan rambut dan baju renang tu nak watpa?





Abang memang tak hairanlah. Dia memang suka main air. Kalau dah masuk, jangan harap nak keluar cepat. Kalau paksa keluar, keluarlah statement tetiba, 

Mommy memang tak sayang Abang eh? (sambil buat muka kememeh minta simpati)

Eh, apa kena mengena tak sayang Abang dengan suruh naik cepat ni? Tak faham betul, Mommy. Kat sinilah Abang terkejut sebab disuruh turun gelongsor tinggi tu dan terus masuk dalam air. Mommy ni kan overprotective sikit. Tengok anak macam gayat kat atas sana, teruslah basahkan baju meredah air kolam nak standby kat bawah gelongsor. Bila Abang menggelongsor turun aje, Mommy dah get ready nak sambut. Itulah pasal si Abang start kememeh bila air masuk mata banyak sangat. Dipeluknya kita erat-erat pastu nangis! Terus demam seminggu @_@





Masa kami ke mari ada pulak sesi beramah mesra dengan Upin dan Ipin. Bila diberitahu Upin Ipin dah sampai, wah ... budak-budak, makbapak budak, akakabang budak teruslah naik nak tengok. Anak-anak I aje  yang rileks tak heran pun depa ni dengan Upin Ipin. Cubalah kata Oggy and the three cockroaches tu datang melawat, dan-dan itu juga mereka merengek nak berpeluk dengan lipas-lipas geliga putar alam tu ...


Pada sebelah malamnya, kami makan di restoran yang terletak tak jauh dari hotel. Wah, sangat fresh ikannya dan memang sedap! Kami order ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, kerang rebus (sedap betul pencicah dan kerangnya terbayang-bayang hingga kini), sate dan rembat juga jeli kelapa.  Dek kerana perut lapar dan melayan anak-anak yang tak reti duduk diam, makanya takda gambar makanan yek. Boleh gitu? (Boleh ajelah...)

Total damage untuk 3 mak budak, 1 bapak budak, 1 anak dara dan 4 budak-budak notti ni adalah RM103. Murah tak? Lagi murah bila masing-masing berebut nak bayar dan tetiba my sister kata, "Akak belanja ler!" Senyum ajelah balik ke bilik dengan penuh kekenyangan. Yang tak bestnya tentang restoran ni kerana servisnya kelam kabut sikit mungkin kerana terlalu ramai pelanggan. Sikit punya susah nak cari tempat duduk.



Esoknya me, my sisters, my niece and Abang saja yang larat turun untuk breakfast. Kita dah ada 4 kupon makanya Abang kena bayarlah. Murah aje, RM15. Untuk dewasa, harganya RM25. Tapilahkan.... tak turun pun takpa. Makanan untuk breakfast memang out sungguh citarasa! Terus pasang azam nak pergi makan on the way balik ke KL nanti.

Sebelum check out, bagilah budak berempat ni main air sekali lagi. Yang funny, I buat silap. Si Adik punya baju mandi I terlupa basuh terus jemur. Bila nak pakai semula, meronta-ronta Adik tak mahu sambil menjerit, "Bau! Bau! Bau!" siap tutup-tutup mulut lagi. Oklah takpa, pakai ajelah baju yang ada...

Around 12 pm, kita pun bertolak balik ke Kuala Lumpur while my sister ke Batu Pahat. Sebelum tu sempat lagi singgah ke Masjid Selat. Hubbydearie teringin sangat nak tengok masjid tepi laut ni. Ingat nak pergi sebelah malam sebelumnya tetapi semua pun dah flat pulak. 


I tak masuk pun kerana bendera Jepun berkibar megah. Makanya my sister dan Hubbydearie yang bawa budak-budak berempat ni. Si Adik nampak aje masjid teruslah angkat tangan laung 'Allah' . Dalam kepalanya memang dah sinonim masjid dengan sembahyang ni ^_^


Masa tengah ambil gambar tulah I ternampak motorboat@bas yang selamba derk aje dari atas daratan terus masuk ke dalam air. Terkejut akak tau sebab tak pernah nampak @_@ Kesian tak, kesian tak? 


Overall, memang quite enjoyable jugalah this unplanned trip ni. Lain-lain perancangan cuti semuanya terbengkalai dek kerana menanti dengan penuh debaran MIL bila nak sampai. 

Ini kira dah confirmed, my MIL will arrive at KLIA on 24th Dec, direct from Tashkent. Hahaha...bertabahlah MD kena makan roti Uzbek ngan green tea for breakfast selama dua bulan!










Comments

  1. oo mil akak nak datang dah yeak....wah syok le....cucu2 hepi le dpt jumpe nenek...nak jumpe selalu mmg payah sbb dok jauh2 kan kak...ni due bulan terus kat sini sonok laaa...dah plan ke kak nak bawak pi jalan2 mane kak.....yg penting bawak tempat makan best2 heheeheh...nanti akak amik le pic mil akak tu...tingin lieya nak tgk....

    femes dah tempat ni kan kak....mase lieya balik melaka dulu tempat nibaru nak buat...tup2 dah bukak dah...ramai gak geng2 lieya pergi sini cuti sekolah nieh....lieya suke tgk slides die yg kalerful tuh....mmg menjadi tarikan anak2 betul....mau budak tak mo keluar kak heheeheh kang keluarla statement mendayu mcm abang buat tu heheehehe.....takpe kak, bagi la can sampai kecut mecut mandi ...bukan selalu kan heheeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak janji ada tempat melompat, mandi-manda memang happening saja bagi mereka. Mak-mak budah ni tumpang happy dok tepi ajelah. Yalah tu, minggu depan Selasa MIL dah sampai tapi akak tak dapat gi fetch sebab lama sgt akak cuti this weekkan kerana terpaksa. Tak plan betul-betul pun Lieya ke mana nak pergi tapi haruslah bawa MIL pergi makan-makan, melawat tempat2 menarik kat Msia sekali lagi nih.

      Delete
  2. best kan even unplanned punya holiday..
    salam singgah dari http://azrinzfamily.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang yang tak dijangka tu yang jadi menarik. Thanks sudi singgah!

      Delete
  3. waa musim2 cuti sekolah gini...memang bernasib baikla dapat bilikkan...bertuah tau...pergi pulak tempat best kan anak2 pun seronok kita pun heppi...
    suka la gelagat adik sama cam sara memula kemain semangat lepas tu duk setempat berangan...rambut pun tak basah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada juga tempat nak dituju. Kalau tidak memang dok dendiam ajelah kat rumah Lizz, layan cerita kartun dan segala movies yang ada.

      Delete
  4. Wah...saya penah merancang nak pergi ke Bayou Lagoon ni dua kali tapi dua dua tak jadi.. nampak seronok kan. Bagusnya kalau budak2 ni jumpa air mmg tak ingat dah nak merengek apa..elok je diorang ni kan?

    Saya pun tak pernah tgk secara live motoboat di masjid selat tu, agaknya jakun juga kalau terlihat benda tu...

    Suka kan kalau bercuti dengan ahli keluarga macam tu....rebut3 masa bayar tu paling best....untung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga kalau tak berplan bagai ni...Nasib baiklah ada tempat nak berenang-renang. Oh, ya benda yang kita panggil motorboat tu kata Dee namanya ducktour. Hehehe, baru tahu... next time kalau nampak lagi takdalah kita terkejut-kejut macam jakun gitu :D

      Delete
  5. oh..boat yg masuk dlm air tu ducktour..mmg boleh beli tiketnya kat melaka..

    syok betul tgk anak2 awak mandi kat kolam tu..kalau dee..ngan dee2 sekali join..hahaha..

    xyahlah bfast roti uzbek je..ajak je MIL u merasa nasi lemak, roti canai, tosai..baru best..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Dee. Ducktour rupanya nama diberi....

      Memang nak bawa MIL jalan-jalan VMY2014 nanti pastu MIL suka makan kari tu... tapi setiap pagi mereka memang nak breakfast ringan like roti keras Uzbek dan green tea yang didatangkan khas dari sana....makanya, saya pun kena join sekaki. Kadang-kadang tu saya ngelat...org lain minum green tea, saya dan Abang minum teh manis :D

      Delete
  6. Assalamualaikum,

    Ohhh mcm ok je bayou ni..sofia plan nk januari..haha bln ni xdpt nk cuti mandi2 sbb asyik hujan je..blh la masuk list utk test tmpt ni hehehe...

    ohh masjid selat...sofia penah amik pic wedding kat sni..memory btl tmpt ni hihi

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat baru nampak memang OKlah, Sofia. Cumanya kalau datang lebih baik makan kat luar. Breakfast tak mengancam sungguh. Makan maggi kat bilik lagi nikmat rasanya.

      Delete
  7. MD..kesian abang..anak acik yang dah besar pun tak berani..kalau yang tinggi2 tu..yang no.2 je boleh tahan beraninya..abang ngan adik memang tak mau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Acik...Daddynya punya kerja. Kesian budak tu. Nasib baik Mommy yang prihatin ni standby tunggu anak kat bawah tu. Kalau tidak terjerumus terus masuk dalam air. Abang tu badan aje besar, hati kecil ikut Mommynya!

      Delete
  8. selalu unplanned trip mcm ni lagi best kan kak...lagi happening...tapi nasib baik jugak ada bilik time cuti sekolah mcm ni...selalu susah nak dapat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak guna latestay selalunya kalau benda-benda tak berancang macam ni. Selalu juga kita orang ni sebenarnya buat kepala gila. Tetiba bangun tidur nak tidur kat hotel pulak kekdahnya...

      Delete
  9. bukda2 gitu lah klu dah dpt berendam dlm air. langsung tak ingat nak naik..
    tapi kak, klu tak ramai okey jer plan last minute gini..
    mcm lyn, family besar. berbulan2 kena plan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun rajin juga tidur kat hotel ni ambil 2,3 bilik untuk 2,3 keluarga, Lyn. Dah tahu tak berplan, boleh pulak tu nak demand mengada-ngada. Nasib2 juga. Kadang2 ok, kadang2 tak ok jugak....

      Delete
  10. Hmmmm...boleh juga saya consider hotel + theme park ni...dah takde idea nak gi jejalan mana bulan Decni..hopefully ada kosong lagi..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk budak-budak memang oklah, DZ. Masa saya pergi hari tu walaupun cuti sekolah, kolam renang tak penuh pun. Kolam orang dewasa masa tu tutup sebab ada event. Kira untuk kanak-kanak memang enjoylah mereka.

      Delete
  11. kadang2, holiday yg tak dirancang pun lagi menarik pengisian tu :)
    Anak2 mmg suka sgt mandi kolam… tapi setakat ni baru sekali bawa mereka pergi pool kat sini.. lepas tu mmg dah insaf… tak sanggup nak tahan mata… huhuhu, kesian tau kat laki ai…
    Lagi dua minggu utk sarapan nasi lemak puas2… hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita hari-hari pun boleh makan nasi lemak pelbagai lauk, Nur. Hehehe....

      Ingatkan weekend yang baru lalu ni nak juga bawa anak-anak pergi mandi lagi tapi tak sihat pulak. Habis 'terhapus' semua plan musim cuti kali ni. Kesian betul kat budak-budak. Kita cuti-cuti Malaysia bulan 1 dan 2 ajelah....

      Delete
  12. kalau anak ema dah lari peluk maskot upin ipin tu..... jauhnya Mak Mertua nak datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya .... berebut-rebut budak-budak nak dekat ngan si Upin Ipin ni. Adik dan Abang aje concentrate dengan air dalam kolam takut surut :D

      Delete
  13. bestnyer.. done nuffnagx2 yer

    ReplyDelete
  14. Macam best je Bayou nih... hehe. TQ for da info!

    *Jemput singgah blog saya
    http://vitaminformeandyou.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. dpt bilik best dengan harga berpatutan apa lagi mahumu?percutian tak dirancang cmni mmg best tau sebenarnya..lagi2 ada aktiviti berkubang,budak2 mmg suka..MD tak join berendam sekali ke?oss..bendera jepun ye tak..:)

    teserlah solehnya adk cute bila nmpk masjid.macam ni la menantu pilihan.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD tak dan nak berendam berembun bagai dek kerana jadi lifeguard utk Adik dan Abang. Tolong jerit-jerit manja aje tepi kolam....

      Delete
  16. sy tak pernah ke sini. .pernah dulu ke a farmosa resort je. . .itu je sekali bercuti di melaka. . wpun selalu pergi melaka tp blk hari je. .

    p/s abg pakai bj saiz apa ?adik plak saiz apa MD. . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...soalan cepumas yang beralas tu, WA... Abang pakai baju untuk budak 11-12 tahun. Adik pulak ikut umurnya, 2-3 tahun nya size. Mommynya....hahaha.....kenalah teka macam selalu. Mommynya takda baju mandilah :)

      Delete
  17. Area mana letaknya resort ni MD.......Tiara Beach Resort ke? Bukan main seronok main ayaq yeh Bubbly abg ngan adik cute tuu ...tu belum lg tunjuk mak paknya tu....harus kuasa dua keseronokannya hehe.....
    Rm103....dgn rasa yg sedap sampai teringat ingat kira oklah kot....
    Jangan lupa tempek roti Uzbek nanti tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan...ni kat Bukit Katil, Melaka. Kalau tanya saya part jalan, mahu sesat :D Saya ni kan expert part jalan-jalan kat Malaysia nih. Kampung halaman sendiri pun leh sesat!

      Makpaknya tak boleh menunjukkan unsur-unsur kegembiraan melebih...hahaha....

      Delete
  18. tq for info, just read your xperience and so xciting gak, me and my family tommorow want to be there...tu dok search pasai tempat ni ....so tqvm once again.www.azuhaidris.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama :) At least dapatlah tahu apa ada di sana from my entry, buat I happy pulak. Enjoy your stay there!

      Delete

Post a Comment