Thursday, December 5, 2013

Abang & Adik

Lama sungguh tak bercerita tentang Adik Cute ni. Sekarang Adik di fasa membebel tak sudah-sudah. Kalau Adik nampak Mommy berbual, mulalah dia 'berbual' sama dalam bahasanya yang tersendiri. Kita angkat tangan, dia angkat tangan juga. Kita cakap ini, dia cakap ini juga tapi versi aje lain bunyinya.

Potensi melawan mak pun dah menyerlah juga ni. Kalau Mommy marah dan menjegilkan mata, Adik pun buat perkara yang sama. Boleh pulak tu dia nak marah Mommynya balik! Hah, memang nak kenalah tu... Mommy kalau mood terbang melayang-layang, memang kena slap-slap manja kat punggunglah ya, Adik! 

Pada Adik itu tidak menjadi hal besar. Tak mungkin Adik nak insaf setakat kena pukul manja kat punggung aje. Adik memang sayang Abangnya, begitu juga dengan his beloved Daddydearie. Kalau Mommy marah Abang, memang dialah yang datang tolong back-up. Siap dipukul-pukulnya tangan kita lepas tu membebel-bebel marahkan Mommynya pulak!

But then bila bergaduh dengan si Abang (memang Adik dah pandai bergaduh sekarang ni) bukan main pulak dia memukul Abangnya sambil terjerit-jerit marah konon. Si Abang time dia nak jadi baik, memang tak melawan tapi bila dia tak tahan, mulalah Adik kena pukul ...exactly macamana Mommy akan pukul Adik. Susah betul jadi Mommy ni. Semua pun diikut bulat-bulat. Kalau silap percaturan memang tersalah langkah ajelah nampaknya!

Adik pun memang dah terang, jelas tanpa suluh lagi memang lefthanded juga macam Mommy. Fair and squarelah, Abang dengan Daddy, Adik geng Mommy (tapi sebenarnya Abang lebih suka geng ngan Mommy dan Adik dengan buah hati Daddynya @_@) Bila Mommy suruh Adik guna tangan kanan, pandai aje Abang pulak mencelah, 

Alah, Mommy pun kidal jugakan?

Oh, memang susah betul dengan superheroes berdua ni. Mahu diajaknya kita bertikam lidah menegakkan mana-mana benang yang basah dek perbuatan mereka.

Si Bubbly Abang pula baru baik dari demam. Dekat seminggu Abang flat aje. Tak mahu main, tak mahu buat apa-apa. Tidur pun awal. Asal letak kepala atas bantal, dia dah tertidur. Sangat luar biasa rutin hariannya. Biasanya kalau tak depan komputer, depan TV, depan Lego mahupun play doh ataupun depan kertas A4, buat 'buku bercerita' kononnya. Kesian pulak Mommy melihatnya.

Setiap kali nak balik kerja, mesti aje ada pesanan,

Mommy, beli air 'sedap' nanti balik!

Hah, itu dia nak Nestle Bliss takpun Vitagen takpun Yakult. Takpun yang manis-manis tapi mesti datang dari supermarketlah, bukan buat di rumah!

Masa hari pertama demam, berlaku pulak adegan yang tak diingini nih...

Suatu pagi I bangun tidur, tengok Abang menangis sambil mengerang. I pun kejutkanlah, takut dia bermimpi ngeri pulak. Kata Daddydearie, sejak malam dia mengerang begitu. Pelik juga my hubby ni....patutnya kejutkanlah I yang memang tidur tak ingat dunia sebab penat. I tak tahu pun si Abang demam sebab semalamnya dia ok aje.

Bila dikejutkan Abang bangun lantas menangis. I tanyalah mengapa, mungkin dia rasa sakit sangat ke apa. Katanya,

Mommy, Abang takut Allah marah!

Kenapa Allah nak marah kat Abang?

Pagi tadi Abang bangun sembahyang subuh....

Eh, kenapa tak kejut Mommy? Mommy tak nampak pun Abang sembahyang tadi!

Abang sembahyang pukul 5 pagi, masa tu Mommy belum bangun tidur lagi....

La, Abang... pukul 5 pagi belum masuk waktu lagi!

Pastu...badan Abang sakit sangat jadi Abang tak ambil wuduk... (nangis lagi...) pastu Abang terkentut masa sembahyang..... (lagi kuat nangis)  Allah marah Abang tak nanti?

Tak, tak Allah tak marah... tapi lain kali nak sembahyang kena ambil wuduk dulu...

Ada satu lagi Mommy.....Abang sembahyang Subuh 4 rakaat hari ni! (lagi tersedu-sedu menangis!)

Nampak sangat si Bubbly Abang ni memang sakit dek demam terkejut. Semua pun dia dah merapu-rapu dah nih... Tapi yang paling I tak tahan mendengarnya dan hampir menitiskan airmata bila dia bertanya,

Mommy, kalau kita berdoa Allah akan tunaikan tak? (sambil nangis tersedu-sedu)

Insya Allah... Allah akan makbulkan doa Abang. Tapi Abang doa apa?

Abang takut Allah marah Mommy... (kuat menangis sambil memeluk Mommynya nih)
 
Kenapa Allah marah Mommy? Sebab tak jaga Abang betul-betul masa sakit ke apa? 

Abang takut Allah tak ampunkan dosa Mommy kalau dulu-dulu Mommy ada tertinggal sembahyang!

Terkesima I sekejap. Bergenang air mata dek memikirkan kerisauan si anak!





32 comments:

  1. sweetnya abang..kalau i dgr i pun boleh bergenang airmata..anak i walau 2 girls tetap notty mcm boys gak tau..asyik gaduh je..sabar jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang sedih. Terkedu sekejap. Ingatkan dia nak mendoakan apa tadi. Nak minta Tuhan ampunkan dosa Mommy. Sedih ya amat I mendengarnya.

      Delete
  2. bijak anak2 akak heheheeh....ade jek peel dieorg kan kak...mmg riuh satu umah...kalo part bergadoh tu kite naik angin...tapi tu laa lumrah membesarkan anak2 kan kak...mcm lieya gak la, si mia mija tu pun kaki gadoh gak kat umah...ade jek bende nak direbutkan...tak tenang hidup mak die nak membuta hahahhahahaahah

    oo anak2 akak kidal....belahlieya plak bapak lieya kidal tapi anak2 ke cucu2 ke takde plak mengikut.....best gak kalo ade sorang kidal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang righ hand person, cuma Adik aje yang ikut Mommy. Nak bagi sama rata kan dah namanya genes pun bagi dua..hahaha...

      Memanglah Lieya, kat rumah tu takda maknanya sunyi sepi. Macam kapal nak belayar pun ada gak. Memang tak merasa nak lelap2 sekejap nih. Kalau tak anak-anak, bapaknya pun sama aje...

      Delete
  3. sebijik mcm Adik , selalu sagt kerisauan & kebimbangan memikirkan tntang orng lain specially tang Ummi dier... baca n3 ni ada ciri2 nak ambil bubly abang jadi menantu ni kih3 Moga abang dah sembuh sperti biasa dan menceriakan hari2 mummy nyer ye !

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA, ni pesanan Abang kepada sesiapa yang ada hati nak jadi menantu Mommynya. Sesiapa yang tak hormat Mommy kesayangannya, tak dengar cakap Mommynya, dia akan panggil polis suruh sumbat dalam penjara aje. Orang macam ni kata Abang tak boleh dekat dengan Mommynya. Ada sanggup?

      Thanks for the do'a ya. Alhamdulillah, Abang dah sihat, dah happy dan dah aktif kembali. Mommy pun dah start naik suara semula...

      Delete
    2. Rasa Ummi ada cerita pasal Adam pada Adik, pasal Adam menang satu cloring contest lah, krew tv dtg rumahlah, lepas tu buat kat umah aunty adam lah.. blah2.. Ummi ni macam2 cerita tentang kawan2 blog die !

      Delete
    3. Hahaha... anak KA rupanya. Perasan juga kat blog KA nama ni tapi masa menjenguk hari tu memang tak ingat langsung tentang KA. Ini Angah lah ya?

      Delete
  4. MasyaAllah sampai ke situ dia pikrikan dek kerana risau kan mummy nyer..
    untung akak ada anak yg sentiasa mengingatkan..
    sejuk perut ibu mengandung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang buat sedih Mommynya. Kita kesian tengok mukanya yang pucat dan sakit. Dia pula tak sudah2 sedih memikirkan yang bukan2 tentang Mommynya. Sampai ke hari ni, memang Abang sangatlah sayang Mommy. Kalau kena marah pun dia akan kata, 'Abang tetap sayang Mommy forever walaupun Mommy marah dan pukul Abang!' Mommy aje asyik nak nangis rasa menyesal lepas marah anak.

      Delete
  5. aduhai touching sungguh pemikiran abang sobsss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata dia sayang Mommy sangat-sangat. Takut kalau Mommy kesayangannya ni masuk neraka kalau Tuhan tak ampunkan dosa. Sayu betul saya mendengar. Being a mak, memang menangis jugalah anak-beranak.

      Delete
  6. Aduhai,,,cerdiknya si Abng..kalau akak pun, mmng bergenang air mata..Sedih dan terharu .
    Dalam sakit2 tu masih lagi teringat pasal ibunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Mommylah katakan...sedih pulak bila dia risaukan kita berbanding dirinya.

      Delete
  7. Org kidal biasa kalau melukis cantik tau..
    MD bertuah ada anak cerdik macam abang tu. Tengoklah dah boleh fikir semua tu tak setanding usianya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke, Kak? Saya ni tak pandai melukis pun tapi kalau bab tulisan tu memang sentiasa dapat pujianlah..hehehe...

      Alhamdulillah, Abang tu nampak cerdik tapi satu ni yang susah, ada malas sikit nak belajar.

      Delete
  8. adik perangai cute..tahu jugak syg abg..baking je abg bila abg kena marah..:)

    wah abg ni pandai bikin kita cair..terkesima dengar jawapan dia..semoga jadi anak soleh ye abg...len kali solat jgn kentut tau..batal solat.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah tanya Adik, "Sayang Mommy tak?' Jawabnya cepat aje 'Tak'. Kalau Abang atau Daddy, dia tak pulak ambil perkataan 'tak' di belakang tu, pandai pula ckp 'Daddy', "Abam" (for his Abang). Kesian kat Mommy nih...bertepuk sebelah tangan aje sayangkan anak!

      Delete
  9. Seronok dgr kisah anak anak pintar macam Abang ni.. semoga jadi anak yang berjaya bila besar nanti k.. kalau kat rumah saya, Naim jenis macam Adik.. Nazif pula macam berdikari sikit walaupun dia sebenarnya lebih kecil..

    Mesti MD ni berjaya tunjukkan contoh yang baik kepada anak2.. patut Abang pun jadi anak yang baik.. alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, terbalik ya... Anak-anak memang bermacam ragam. Apa pun yang mereka buat baik yang menyakitkan hati atau menghiburkan, tetap juga kasih sayang tak berbelah bagi untuk mereka :D

      Delete
  10. Salam kenal.suka baca perkongsian cerita tentang anak2 ni hehe.Cutenya adik...bijaknya abang! In shaa Allah moga menjadi anak2 yg soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Dua aje anaknya tetapi macam menjaga sepuluh anak :D Macam-macam kerenahnya!

      Delete
  11. in sha Allah, abang ada potensi jadi daie. kecil2 lagi dah risaukan orang sekelilingnya. saya teringat kisah penyanyi nora..juga dari kerisauan anak2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pasal Mommynya memang dia ambil berat sungguh. Alhamdulillah, ada juga anak yang ambil berat maknya walaupun kecil lagi. Harapnya sampai bila-bila pun Abang masih bersikap prihatin, termasuklah Adik juga. Insya Allah.

      Delete
  12. i sangat sukaaaaaaaaaaaa and envious tengok orang kidal sis...
    rasa cam they are very special....
    my 2nd doter is kidal....
    and everytime i see her writing...
    it jez makes me smile....
    until now... she is 20 years old dah pun...
    but i never seem to get tired of seeing it...
    tak tau naper... pelik kan hehehehe...

    sebak bila baca part abg tu sis...taching....
    such a lovely son you've got there...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah, sis. Katanya tulisan kami ni cantik. I tak pasti but then memang tulisan I cantiklah amat...hahaha (masuk lif tekan button sendirilah ni) Dari segi lain tu, tak pasti apa bezanya ... In my whole family, I sorang aje kidal, Ni kiranya Adik is the second generationlah. Among his cousins, dia juga the only south paw yang boleh didapati...hahaha...

      Itulah, Abang ni memang lembut sikit hatinya esp, bila dgn Mommy. Byk sgt kata-katanya yang selalu aje menikam kalbu. Selalulah jugak mak ngan anak ni berhugs nangis2 gitu pastu kena ketawakan dek Adik ngan Daddynya :D

      Delete
  13. Alhamdulillah, sejuk hati ada anak soleh mcm abang… bagus bakal menantu saya ni, eh? ekekek
    Adil la tu, sorang anak mama dan sorang anak papa… mcm saya, semua kata anak2 tu ikut abah… sedih hati ummi yang megandung dan melahirkan tau :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, hah, hah...termasin kang mulut tu. Kena undi pulak nanti pulang beraya (maknya tolong undikan lagi)

      Genes kita share patutnya ambillah half-half kan...tak adil gitu :)

      Delete
  14. suka ngan adik ni tau...
    abang ni bagus maksudnyer dia dah paham pasal dosa pahala..anak yang soleh ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully sampai ke besarlah hendaknya begitu...

      Delete

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...