Thursday, December 12, 2013

Kelakarnya imaginasi ...

Sebenarnya I rasa nak gelak sakan ni. Melihat kepada gurau senda mesra main tepuk-tepuk bahu walaupun jauh antara I dengan PK ni memang kelakar habis. Tak tahu PK tu siapa? Tak mungkinlah... Itu I punya future besanlah @_@

Komen-komen PK tentang adik dan komen-komen I tentang si bambam Afia memanglah meriah terlebih kadang-kadang. Anak-anak baru aje 2 tahun dan 7 bulan tapi dah berangan sampai ke bulan bintang, ada hati nak jadi besan ~_^

Yalah, kami cuma bergurau aje tapi kalau memang dah ditakdirkan suatu hari nanti, siapalah kita yang mampu menghalang takdir Tuhan. Manalah tahu tetiba my Adik Cute kata nak masuk tentera udara dan nak jadi pilot kapalterbang? Manalah tahu kot-kotnya si Chubby Aiman tetiba berkawan baik kat universiti dengan Adik Cute atau Bubbly Abang nanti?

Manalah tahu masa umur Afia 21 tahun, sedang mengulangkaji pelajaran dengan kengkawan kat McD tetiba Adik Cute jatuh hati? Hah, semua itu kemungkinan, right? Hahaha...part suruh berimagination wildly ni, bagilah kat I. Memang sejak dulu lagi MD ni macam ni gayanya ^_^

Yang sebenarnya I memang tidak terfikir pun untuk menentukan jodoh anak-anak walaupun fasa itu jauh lagi akan terjadi. Yalah, Bubbly Abang baru 7 tahun ya, dan Adik Cute baru 2 tahun. Gila ke apa daripada sekarang lagi lovely, beloved Mommy superheroes ni dah tetapkan bakal menantu. I tak mahulah anak-anak meroyan pulak, nak lari dari rumah macam yang I selalu imaginasi dulu-dulu. Tak dapat pulak nanti nak naik Lamborghini atau Bugatti Veyron. Kereta Audi pun tak dapat tau (inilah jenama kereta 'random' yang Abang sudah pilih untuk dihadiahkan buat Mommy bila duitnya berkepuk-kepuk tak tahu nak buat apa...)

Meh, mengenang zaman silam I pulak. Of courselah, dah basi... years ago. Masa zaman dinosaur belum pupus lagi punya cerita ni. 

Masa tu kalau dengar ada makbapak carikan jodoh anak-anak, aduhai seriau tau. I terbayang-bayang pulak kalaulah my parents ada idea yang sama. Yalah, my abah kan sayang sangat kat si puteri lilin ni tak mahu bagi pergi jauh-jauh! Pulak tu I dah gatal berboyfriend masa masuk Form 2 lagi. Hey, jejaka idaman Malaya tau yang proposed. Haruslah setuju nak berboyfrienfgirlfriend gitu. Gila nak reject mentah-mentah. Senarai menunggu sikit punya ramai termasuklah Sang Ratu sekolah lagi.

Tapi I ni pelik. Walaupun I minah kaki belajar, I sangat suka tengok budak lelaki yang brutal sikit. Yang luka sana-sini, bertempek plaster bagai sebab bergaduh. Rasa macho gila you all... lepas tu boleh berangan sampai ke bintang, sampai pagi pun mimpi tak habis-habis lagi. Siap ada bab kompang-kompang gitu. Bayangkanlah yek, budak perempuan kampung 14 tahun dah berangan masyuk gitu. Gila gatallah ler tu ....

Jadi I dah fikir-fikir ni, mesti bila sampai umur boleh kahwin, nak kahwin dengan pujaan hati jugak. Tak mahu yang lain. Kalau my parents tak setuju atau mereka dah get ready calon siap-siap, I nekad nak lari dari rumah tak nak balik kampung lagilah. Tapi bukanlah nak kahwin lari. Nak gi England gitu, biar parents tak boleh cari. Jahat sungguh idea this little angel kan? Itu dululah...sebelum bertukar jadi perempuan Melayu terakhir @_@

Makanya I  tersangat fahamlah sikap anak-anak kalau tidak suka apa yang ibubapa lakukan. I try to be their BFF kalau boleh. But then, jangan langkau itu garisan, mahu nanti Mommy jadi super protective mak semula. Kena tune itu telinga dengar Mommynya pitching. Of courselah itu perkara yang kalau boleh, mereka nak elakkan selamanya. Tak tahan my superheroes dengar suara lemak merdu Mommynya ni bila angin bertukar arah ~_^

So, kalau ditanya, memanglah I bergurau senda, bersenda loka lebih-lebih dengan si PK ni. Maklumlah, dulu-dulu tak merasa dicarikan jodoh oleh makbapak, gatallah tu ada idea bernas cam ni.

Apa-apa pun moga Bubbly Abang, Adik Cute, Chubby Aiman dan Bambam Afia ada peluang untuk menjadi kawan. Wey, jadi kawan aje apa salahnya! Huahahaha....

 P.S. PK, tak payah buat serangan balas ya. Nanti kang kesian isi rumah tak dapat makan menu labu sedunia dek tukang masak sibuk bersudip bagai memasak sambil mengatur ayat depan laptop nak membalas jasa...huahahaha...!


24 comments:

  1. jauh betul beranganu mummy yer..tp tak salah berangan pun..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka berangan bila time free ni, Ema :)

      Delete
  2. singgah jgk kejap cuti2 ni ! ssh nak komen pjg2 guna tab ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah, KA walaupun tengah bercuti :)

      Delete
  3. Amboi citer besan dia lagi.. haa.. bagus kalau ada besan macam MD ni.. kalau jadi MD dan PK berbesan bestla.. kalau tak jadi pun tak pe, biar anak2 twntukan sendiri pasangan pilihan hati diorang ni nanti. Setuju sangat dengan pendirian MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah, dah habis dah cerita besan ni, AN. Nanti jadi jemu pulak dah .... hehehe...

      Saja suka-suka buat kerja mengada-ngada nih....berangan tu best kan!

      Delete
  4. kuat verangan u eh..xpe..verangan itu free...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best lah Dee kalau tengah berangan tu. Yang tak boleh pun jadi boleh!

      Delete
  5. eh kita dh komen pepanjang tad tetiba line lari..dapat tak komennya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen itu telah hilang bersama hilangnya internet line, PK...hahaha....

      Delete
  6. zaman skrg jodoh cari sendiri.. tak nak mak pak pilih..
    tu lah org2 zaman skrg. tak mcm mak pak kita dulu.. family yg aturkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kalau makpak pilihkan juga, entahlah apa yang berlaku. Lagi banyak kes lari dari rumah kot.

      Delete
  7. hi hi..serangan balas tu..PK tengah cari idea tu.
    betul la tu MD..mana la tau..panjang lagi masanya..tiba2 jadi betul2 besan dengan PK

    ReplyDelete
    Replies
    1. PK tak boleh nak menyerang. Saya dah tutup semua kubu, Acik :D

      Jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan, ya tak Acik? Mungkin kita rasa sekadar gurauan tetapi kalau benar-benar terjadi suatu hari nanti, hah....sapa nak jawab? :D

      Delete
  8. Zaman sekarang, mmg amat amat susah nak jumpa " arrange marriage"...
    So kalau zaman anak anak kita...ada lagi konsep ni....wahhhhhh...memang rare betol!
    Zaman tu Audi tu dah murah...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah DZ. Kita ni anak-anak semua lelaki makanya kena 'redhalah' siapa yang mereka pilih satu hari nanti. Tak mainlah arrange2 bagai ni. Tak pasal2 nanti mereka bergaduh, nama kita pulak diungkit2 jadi penyebabnya ..

      Anak saya kata susah benar nak suruh Mommy pilih model kereta nak suruh dia beli. So amik ajelah Audi8 dulu....lagipun katanya...masa tu duit dia bertingkek2, just say it, he'll buy it...gitulah ceritanya masa sekarang nih!

      Delete
  9. amboiiiii. . . .tingginya imaginasi. . .hehehehe. . moga berkat la hubungan yg saling direstui. . (menyambung imaginasi MD)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....imaginasi saya memang boleh tahan. Tapi kalau tak berangan, tak boleh sampai ke bulan bintanglah, WA.

      Delete
  10. dtg komen sekali lagi.haritu potong betul la mood nak mengomen.ni pun idea dah lari.hehe..

    Iyelah MD,just for fun kan,sy pun lagi senang beri kebebasan anak buat pilihan sendiri tak kisah la soal jodoh ke apa..kita as parents tak boleh paksa, cuma boleh beri nasihat dan guidelines atas pilihan2 mereka itu..eceh!

    tak kisah la kan klu sudah jodoh Alhamdulillah..klu anak2 tak berjodoh pun, one day dpt berjodoh jumpa MD pun dah syukur..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.... mana tau berjodoh pulak kita nak berjumpa nanti....semua tu kan kemungkinan...just that part berangan tahap gaban tu memang serah ajelah kat saya :)

      Delete
  11. Md hamboikan..kemain lg dia berangan..eh kitew lebih kurang sama kot..suka mamat brutal..dedula rasa cam macho la kan...haha..nak berbesan ngan pk rupanyer yek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....berangan2 ni bestlah, Lizz. Apa pun boleh diberangankan, tak perlu bayar dan tak perlu malu pun.....hehehe....Sekarang dah kurang sikit sebab sibuklah nak berangan-berangan marbeles gitu!

      Delete
  12. Wah .....
    dah berangan nak ada besan yek.....boleh jerrr.....main besan olok olok hehe.....mulut awak kan masin MD manalah tau menjadi ke...hehe...jangan lupa jemput kita tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita buat besar-besaran ler. Anak dua aje kan...hahaha....

      Delete

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...