Caca-marba and the two doctors in da house!

Hello..... rindunya tiga hari tak bersiaran tapi kan, takda siapa pun tinggal komen kata rindu kat I pulak ^_^ Dasar perempuan syok sendiri, memang macam nilah jadinya...

Hari ni kita caca-marbakan aje entri bukan sebab dek kekeringan idea tapi nak mengejar masa. Ada kerjalah sikit ... (tetiba aje...) Sepatutnya semalam kena upkan entri pasal berenang-renang di tepian yang dah tiga minggu usianya tapi bila nak upload gambar, tak tahu pulak di mana. Kata Hubbydearie ada dalam external tapi dok membelek dari atas ke bawah, satu pun takda. Makanya mood pun sudah lari jauh kononnya merajuklah tu @_@

Tajuk entri sikit punya banyak dalam draft walaupun takda content at all. Yalah, bila nampak tajuk aje nanti, senanglah idea nak mencurah-curah keluar daripada otak I ni. Dek kerana mood sudah lari, kita tinggalkan ajelah 'rumah' ni. Lebih baik pergi shopping handbag, makeup dan seangkatan dengannya. Ada juga pulangan @_@


Tengoklah my superheroes ni. Gambar ni telah dicilok dari instag my niece. Maklumlah auntynya takda instag, twitter and whatever. So, kenalah mencilok sesaja ~_^ Both pics diambil berasingan, berlainan tahun.

Masa tu Bubbly Abang baru 4 tahun and that's his first doctor-doctor set. Itu kes kepenatan lepas merawat 'patient' lah tu (siapa lagi, Mommylah victimnya...) Mana tak penat, lepas rawat, makan dok tepi dinding. Sambung rawat, makan dok tepi dinding semula. Dinding rumah memang port makan Abang yang paling dia suka.  Kiranya penat sesangatlah tu merawat patient sambil makan walaupun patientnya seorang ni aje! Sakit pun bukannya serious sangat ^_^

Pic Adik Cute pula diambil baru-baru ni. My niece belikan doctor set ni untuk si Adik. Makanya semualah dia gunakan untuk 'merawat' Mommy (again, I juga jadi mangsa di sini) Tapi Adik ni doktor yang 'ganas' sikit. Lepas pakai aje, campak baling takda peduli nak sterilised ke apa. Stetoskop Adik ada canggih sikit, ada bunyi dup, dap, dup, dap jantung berdegup. Seronoklah dia menekan kat kaki, badan, tangan pendekata seluruh anggota badan 'patient'nya yang satu nih. Doktor ni kalau kita tak dengar kata, dihempuknya tangan kita. Memang ganas, sangat takut nak minta MC macam nih ^_^

But then again, cubalah tanya pada si Abang nak tak jadi doktor? Akan dijawabnya seperti ini,

Abang nak jadi businessman. Abang sign buku cek aje! Mommy kata bila Abang boleh start buat business?

(Sekarang ni Abang tengah excited nak 'be a man'. Sebabnya, boleh beli barang sendiri dan tak perlu bergantung pada Mommy lagi. Dia sibuk nak jual bola-bola di rumah tu siap dengan marketing plan atas paper lagi. Siapa nak? Satu bola besar RM7. Tiga bola kecil RM10. Beli online dapat hadiah percuma. Stok datang setiap minggu. Hehehe....itu marketing plan yang Abang tulis atas paper ya, Mommy simpan buat kenangan @_@)

Dan Adik pulak... eh, tak tahu lagilah sebab dia belum pandai cakapkan. Rasanya Adik nak jadi consultant kot, orang bercakap, dia pun berkicau mulut bercakap sama dalam bahasa yang none of us in the house boleh faham apa ke maksudnya! 

Satu hari on the way nak pergi ke suatu tempat, Abang ternampak kilang. Lantas dia beritahu kami,

Mommy, Abang rasa nak jadi pekerja kilang Legolah! Senang bila nak Lego, Abang ambil aje!

Abang, kalau kerja kilang, bukan boleh main ambil sembarangan. Nanti kena tangkap polis dituduh mencuri. Kalau kerja kilang, belum tentu Abang boleh beli Lego set, banyak benda Abang nak fikirlah untuk hidup!

Oh, kalau macam tu... Abang jadi factory owner ajelah. Senang kalau nak Lego, Abang suruh pekerja buatkan aje untuk Abang. Tak payahlah tunggu Mommy belikan lagi!

Ahhh...sudah Abang nih!

Abang memang eager sangat nak jadi businessman berjaya. Selalu aje ditanya bila dia boleh start business. I told him, habiskan belajar dulu. Ada ilmu dalam dada, baru boleh start business. Makanya Abang beritahu Mommy lagi,

Abang nak jadi man as soon as possible, Mommy! Abang tak sabar nak ada duit sendiri. Nanti bolehlah Abang beli Lamborghini dan Bugatti Veyron. Boleh bawa Mommy jalan-jalan. Kalau Mommy nak pinjam pun boleh. Walaupun Mommy marah atau pukul Abang sebab Abang nakal, Abang tetap juga sayang Mommy forever. Abang nak bagi Mommy naik Lamborghini atau Bugatti Veyron Abang beli nanti!

Mahallah Abang kereta tu!

Takpa, masa tu Abang banyak duit sangat. Abang beli apa Abang nak. Mommy nak apa pun, cakap ajelah. Abang belikan!

Hehehe.... moga dimurahkan rezeki my son dan dipermudahkan hidupnya! Amin....!

Hah, baru-baru ni Abang suruh Mommy sembahyang bila dengar azan berkumandang. Mommy pulak bukan main tinggi bendera Jepun berkibar dengan megahnya. Mommy pun cakaplah something dengan Abang. Tetiba ditanyanya balik,

Mommy kata sembahyang lima waktu tak boleh tinggal. Kenapa pulak Allah bagi Mommy off day sampai 7 hari dalam sebulan? Tak masuk neraka ke kalau tak sembahyang sampai 7 hari? Abang sayang Mommy. Abang takut kalau Allah masukkan Mommy dalam neraka!

(Dear, dear, tolonglah I. I need your help how to explain!)

Mommy dah explained kat Abang tapi disebabkan di rumah tu Mommy aje 'gegirl' yang lainnya superheroes makanya Mommy rasa Daddy should explain this to his sons. Walaupun nampak weird, otak Abang sangat cepat absorb segala info dan  pelajaran yang disampaikan oleh his Daddydearie. Makanya, please dear... take over from here @_@

Ahad yang lepas, kami keluar mencari breakfast. Ketika dalam satu bangunan ni, sedang nak menuju ke lif, I dan Abang ternampak couple ni tengah bercium. Bila mereka nampak kelibat I dan anak-anak teruslah 'terputus hubungan'. My hubby wasn't there that time. Lambat sangat berjalan nak menggayakan rambutnya ^_^. Looking at the couple, mereka bukan muda remaja. Maybe around 30+, or early 40. I pun beritahu my hubby bila dia sampai. Nak kata dah kahwin, I don't think so pasangan yang around that age dan dah berkahwin akan sibuk nak kissing-kissing in public bila orang takda. Lebih baik buat kat rumah, lagi selesa. Lainlah kalau young couple yang baru kahwin ke apa. Mungkin still ada tendency ke arah itu. Nak kata pasangan bercinta.... hahaha... itu I rasa pelik. Dalam kepala ni mungkinlah mereka tu pasangan bercinta 'terlarang' (suami orang+wanita bujang, suami orang+isteri orang etc.) 

But whateverlah, I don't really care sebenarnya. My hubby lain pulak ceritanya. Kata beliau, kalau dia yang nampak dah tentu dia akan tegur. Apalagi perkara berlaku depan anak-anaknya. Dia yang warga asing, boleh bercium tak kira tempat tu pun tak buat begitu. Katanyalah... 

Bila dengar Mommy dengan Daddy sibuk berbual (kebetulan pula kami terlupa yang anak-anak ada dalam kereta bersama, boleh gitu?) si Abang pun bukan main mulutnya...

Hah, panggil aje polis! 

Itulah memang tak tahu malu!

Hah, tak tahu dosa!

(Si Adik pun joined membebel juga tapi again, dalam bahasanya sendiri yang siapapun tak peduli!)

Sampailah kami berdua suruh mereka senyap dan jangan interfere bila dengar perbualan orang dewasa. Lepas tu, kita tukar topik ajelah... nanti meleret-leret pulak mengumpat mengata. Sama aje dapat dosa pulak!

Hai, banyaknya cerita nak ditulis di sini tapi esok-esok ajelah kita sambung. Nanti ada pulak yang tersengguk-sengguk tak tahu hujung pangkal @_@

Ni, nak tanya ni... tak rindu kat I ke ni? Seriously, tak rindu pun? 

Sedih akak tau !!!










Comments

  1. Assalamualaikum..

    A'aa kak...tang hal2 gegirl nih susah kita nk explained dlm bahasa yg mudah budak2 faham kann..hahaha mcm sofia dulu,

    kak, ckp ngn abang...hehe sebelum abang bagi kereta-kereta best tuh..kasi mummy lv,prada dlu pn syukur alhamdulillah dah..hehe kan kan

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... Abang dah bagi green light kan... Mommy nak apa aje cakapklah, Abang akan belikan :D

      Delete
  2. alahai...bijak sgt bijak kak....kecil2 lagi dah berotak bisnes...in sha Allah moga jadi kenyataan....nanti aunty lieya boleh tumpang senang, datang kilang abang mintak sepastik lego kakakaakakaka.....

    seronok borak ngan anak petah gini kan kak...idea yg keluar dari mulut mmg tak terjangka....lagi2 bijak gini...kadang2 kite pun naik kagum sebenarnye hehehehe...lieya rase abang ni pemikiran die matured la kak....rasenye budak sebaye ni pun tak ramai leh berpikir cam nie....ye laa tau main dan main jek....

    yg pasti sengih2 lieya bace conversation akak anak beranak ni tau heheheeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Abang memang pemurah. Kalau dia ada kilang Lego, minta ajelah brp plastik nak, sure dia bagi :D Abang ni bab-bab ini mmg keletah, bab suruh buka buku, baca buku sekolah, hah yang itu kena paksa dengan tangan naik sekali.

      Delete
  3. Salam MD

    sy sdr juga MD takde coz ahad haritu sy dtg sini,sunyi sepi tp sy dh curi sesuatu di sini dn bw blk ke blog sy...hehehe

    byk betul soalan si abg tu ye...pandai plak dia tau mummy dia tk solat 7 hari..nasib masa bln puasa dia x tanya,mkn kena sorok2 la kalau dpn bdk bijak mcm ni..kalau tidak mesti riuh sekampung...ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu dah nampak saya takda, tak rindu ke, WA? Huahahahaha...sedih tau!

      Bulan puasa saya mmg make sure tak makan depan mereka. Nanti teruk pulak kena interrogate macam-macam. Budak-budak tak nampak, baru saya sumbat makanan dalam mulut :D

      Delete
  4. bijak betul anak akak ni.. kecik2 lagi dah pandai. bagus lah klu dia dah pkir ke arah tuh..
    maksudnya, otaknya sentiasa berlegar dgn benda2 yg baik saja..

    pasal benda jepun tu agak parah jugak nak sebut.. mcm my niece senang skit sbb perempuan. easy to explain.. klu laki tak tau mau ckp mcm maner.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kepalanya memang takda benda lain kecuali nak sign cek aje... nak cepat kaya supaya boleh beli Lamborghini dan Bugatti Veyron. Dia dah fikir siap-siap nak belikan Mommy and Daddy kereta apa bila duit dia berkepuk-kepuk nanti sebagai tanda penghargaan :D

      Delete
  5. Sy ada 3 bloglist je MD...satu utk lelaki...satu utk wanita(utk geng2 kita la tu..ehehe) satu lg adik2 remaja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah, masukkan saya dalam kategori wanita, tak mahu adik2 remaja tau (duh, perasan!)

      Delete
  6. 1. Abang punya cita-cita tinggi. Insya-Allah kalau ikut usia dia ada wawasan tu MD
    2. Adik masih terlalu kecik. Belum sayang mainan. Mummy jadi patient tu kes biasalah kan hihi..
    3. Banyak senario kissing tak tahu malu sekarang ni, kita yg tengok yg malu... entahlah speechless kakak apa lagi kalau dah tua (maksud kakak dah lebih 30an tu tualah kan...) bukan remaja lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak tahu malulah pasangan tu, Kak. Saya yang tengok pun dah rasa jelek. Abang tu setakat kissing2 mmglah dia pernah nampak tapi still, malulah kalau buat in public macam tu kelecops syahdu!

      Delete
  7. Entah kali ke berapa baca baru habis..sebabnya.. anak2 ssyik buat hal je hari ni. Baru balik ni nak biasakan diri dgn mak kena buat kerja diorang no macamla..kenalah saya baca sikit sikit dan akhirnya...
    Eh tetiba mengomel kat sini pulak....

    Saya dah lama tak macam ni..dulu terfikir tajuk dan lepas tu datang ilham apa yg nak ditulis.. sekarang main belasah je..

    Pandainya Abang.. insya Allah anak bertuah ni bakal membesar jadi anka gg berjaya dan dapat membanggakan mamanya..seronok baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya... saya ni kalau menulis mana ada jumpa noktah, tapi terimakasihlah ya kerana AN baca juga sampai habis. Kadang-kadang terfikir juga nak try entri pendek-pendek aje tapi sampai la ni tak juga berjaya. Bila siap aje tengok aduhai panjangnya!

      Biasanya saya tak buat draft tetapi kalau terfikir sesuatu, saya terus letak tajuk sementara dulu. Bila tengok2 semula, masa tulah idea datang nak menulis tak ingat dunia.

      Delete
  8. wow..bagusnya cita2 abang..businessman..belajar rajin2 tau..insyaallah boleh je..kena rajin usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah... semoga Abang dapat apa yang dihajatinya. Sekarang ni apa tengok pun tanya kat Mommy, Mommy nak ke tidak sebab dia nak belikan bila duit dah berkepuk-kepuk nanti :D

      Delete
  9. bagus cita cita abang..in syaa allah.
    memang tak boleh nak fikirkan MD..yang kita tau..orang kalau dah tak de rasa malu..dah tentu iman dia kurang..dan apa2 pun boleh berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau muda belia, saya fahamlah mungkin cetek ilmu. Ini dah tua, agak saya memang dalam akhir 30-an atau awal 40-an. Malunya main cium2 mulut di tempat awam. Kalau pasangan yang sah, tak mungkin juga cepat sungguh reaksinya 'back to normal' bila nampak orang lalu.

      Delete
  10. BIla anak dah besar memang susah nak buat penerangan. Haid, nifas dah settle. Bila bab jimak , air mani susah sampai sekarang I pening. sbb kalau dalam bab fiqah kat sekolah ada bab hadaas besar memang tak tau nak terangkan. Kalau bab intimate ni, pun satu hal. cerita melayu pundah daring apa lagi citer mat salleh, so semua tu kena tunggu anak tido baru tgk. Anak I dah biasa tgk mak bapak kiss tapi light kiss and hug je lah. Dorang ok je, cuma yang kiss bukan main macam patut get a room tu pernah kat dalam train masa kat singapore kot. nasib baik dorang buat bodoh je.maybe dorang paham .

    anyway...lamboghini...goleh join anak laki I la..minat kereta. kalau boleh nak jadi racer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang memang pening bila nak explain. Lagi-lagi kepada anak lelaki sebab mereka pun tak berapa faham apa yang kita cakap. Abang di sekolah Cina, ada juga kelas agama. Quite good juga ustaznya mengajar tapi ada juga perkara-perkara yang belum habis belajar.

      Delete
  11. wah tinggi cita2 abang! bagus2! part yg mama period tupun sy alami kes yg sama. sy terpaksa explain kat all my heroes.nasib baik depa cepat faham n absorb.lega mama.hihi.bab yg kissing2 kat public tu mmg sgt byk plak now..rosak minda anak2 kecil kalau tak dijelaskan pd mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tak nak jadi doktor, engineer ke apa. Dia tetap juga nak sign cek aje bila dah besar. So, kalau nak sign cek tu kenalah jadi usahawan berjaya. Asyiklah buat business plan. Oh, ya...business dia dah siap ada website lagi tu tapi atas paper untuk his marketing planlah!

      Delete
  12. Abang dah makin teruna la tu… yg tak tahan tu, abang sayang mommy forever even selalu kena marah…. he's so cute, indeed!
    Harapnya one day, dapat la abang capai impiannya… kalau Irfan, dia selalu kata nak jadi scientis… tu yg suka invent benda mcm2… Aisyah, mcm ada la juga minat nak jadi doktor, tapi lepas tunjuk video org bersalin ceaser, terus rasa gerun even sebelum tu berkali kali dia request nak tgk cara org bersalin.. huhuhuhu
    Eh, dalam kepala saya pun bermain soalan yg sama sbb skrang ni bendera jepun sdg berkibar.. Biasa kami mmg solat subuh jemaah sama2… skrang ni dia mcm confius kenapa saya solat subuh tak tunggu dia (saja nak mengelak so ckp dah solat.. huhhu)… Dah cuba explain yg orang perempuan ni istimewa, tapi dia mcm tak puas hati… tak pandai nak explain mcm mana.. baru terfikir nak buat entry pasal ni… hurm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada part yang Abang memang serius tapi ada juga yang alahai macam budak2 sebayanyalah. Dia tak minat doktor ke, engineer ke tapi anything related to IT, memang ada nampak kecenderungannya, ikut Daddy mungkin. part duit ni pun memang tak sabar betul dia nak tunggu duitnya banyak. Saya kata padanya kena berusaha gigih, duit tak datang jatuh dari langit macam tu aje.

      Saya beritahu dia saya uzur dan cuba juga explain kenapa saya tak sembahyang bila uzur tapi mungkin itu terlalu tinggi untuk pemikiran budak 7 tahun. Abang pun tak suka berkawan dengan gegirl so lagilah sukar nak explain tentang segala yang related to man and woman.

      Tapi insya Allah, kalau Daddy yang explain dia akan mudah faham. Pernah dia tanya saya is it true, boys kena sunat dan girls kena lahirkan anak. Saya pun explained apa yang patut.

      Delete
  13. bubbly abang cita2 tinggi.siap ada marketing planlagi tu..good for him..mummy kena bagi sokongan..dpt Lamborghini, Bugatti Veyron sapa tak mau..haha

    mainan adik cute mmg cute..untung la anak ibu dpt suami doktor.huhu..

    ehh org melayu ke yg dok kissing2 tu?klu anak tgok mmg arr malu..

    rindu juga MD,tp sibuk sgt,jeling2 bloglist takde update tak sempat la nak menegur meluahkan perasaan rindu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy kan jiwang sikit. Segala plan anak, lukisan dan sebagainya semua saya simpan dalam file. Dia sibuklah nak hadiahkan Mommy Lamborghini, saya kata tak mahulah tak sesuai kalau Mommy tua nanti naik kereta tu. So Abang kata jangan menyesal nanti kalau dia hadiahkan Mommy kereta 'randomly' aje jenamanya. Daddy suruh Abang belikan Mommy VW lama tu sebab Mommy ni ada sikit 'klasik' . Nyampah tau...

      Yang berkissing tu Melayulah tu. Kalau non Muslim. saya tak hirau sangat. Abang membebel2 suruh Allah sumbat masuk nerakalah apalah...Adik pun sama, siap naik tangan sambil bercakap...maklumlah keluarga membebel katakan....

      Delete
  14. curlast tau abg ni. bertuah u okay. hihihi.

    ReplyDelete
  15. Pernah baca kat mana tak ingat....tp mmg bagus tanamkan dlm minda anak anak utk menjadi somebody bila dah besar....bubbly abg punya cita cita tinggi tu MD ....bagus!! Mak dia bolehlah tumpang 2 kaki gamaknya....hehe..kalau nasib baik okje pun nk ngendeng lew...hehe....
    Rindulah....sapa ckp tak rindu....cuma tak terluah aje rindu tu.....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa-sapa nak, boleh tumpang 'tui' sama. Tak kisah. Bila kita kaya, kita kayakan bangsa kita sekali...hahahaha....

      Delete

Post a Comment