All about Mummydearie

Hari ni kenalah beri laluan kepada mamarazzi bertukar semula ke Mummydearie. Dah lama  tak cerita pasal tuan empunya blog, ya! Rindu I walaupun you all tak pernah pun rindu dendam kat I. Yalah, siapalah kitakan...!

Diam tak diam, dah lima bulan I menulis di blog ni rupanya. Diam tak diam juga, ini merupakan entri yang ke-100 daripada seseorang yang suka syok sendiri bila menulis. Setuju tak? 

Huhuhu....rupanya semua orang pun setuju memang I syok sendiri selama ni. Nak buat macamanakan? Terima ajelah segala 'penghargaan' dengan hati yang terbuka. Jap, jap... nak kesat air mata yang membasahi pipi ni...

Hari ni nak cerita serba ringkas (memang tak ringkaslah as usual) tentang si Mummydearie ni. Siapa dia? Alahai...yang suka tulis panjang-panjang sampai you all geleng kepala 1000x tu...

Ini alkisahnya the other side of Mummydearielah, ya. The real MD in the real world out there @_@ 

I won't give you my full name. But yes, you can call me Rynn. That's the name my family and close friends used to call me ~_^
 
I berasal dari Batu Pahat, Johor. Kiranya sampai umur 15 tahun, memang di sinilah I bermastautin bersama my big family. I am the youngest daughter walaupun sebenarnya yang paling youngest is my brother ^_^ Nampak tak motifnya mengapa MD ni sampai sekarang manja dan mengada-ngada? I memang suka take over tempat my brother tu. Because of that, kami selalu gaduh masa kecil-kecil. Dia suka panggil I 'anak Cina' dan disebabkan dia seorang aje yang lahir di Hospital Muar, I pun belasah panggil dia 'anak India' sebab kulitnya gelap macam mamak @_@ Jahatkan I nih... Whatever it is, I do love him as my adik!

I bersekolah di Temenggong Ibrahim Girls' School. Masuk aje Tingkatan 4, terus ke boarding school (Oh, yes... I merupakan 30 pelajar terbaik PMR/straight As di sekolah tersebut. See, kalau mengimbau kenangan silam aje mesti nak rasa 'bongkak' sikit) Sejak itulah I keluar rumah dan tak balik-balik lagi. Barulah ada feeling bila orang kata 'balik kampung' .

The first 25 years of my life, memang indah belaka. Dari zaman kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah dan ketika belajar di universiti, I takda memori sedih, pahit, kelam, masam dan seangkatan dengannya. Penat I berfikir, memangnya I tak pernah dilanda kesedihan ketika itu. 

Peristiwa paling sedih dalam hidup adalah ketika menerima panggilan dari mak di kampung mengatakan abah sakit tenat. Hujan ribut semuanya ditempuhi demi pulang ke kampung dengan niat dapat menatap abah. Malang sungguh, hari terakhir beliau di dunia yang fana ini,  I ditakdirkan tidak dapat bersama. Itulah kisah sedih yang pertama berlaku dalam hidup. Selepas itu memang meruntun kalbu ajelah kisah-kisah pilu dalam dairi hidup. Apa-apa pun kasih-sayang my abah dan abang sulung sehingga kini tersemat rapi di hati. 

See, I ni memang terkenal paling cengeng. Tak boleh bersedih-sedih, pastinya air mata merembes automatically. So, kita tak suka kisah duka-lara ...

Kalau ditakdirkan bertemu I di dunia nyata ni, janganlah pulak  terkejut. First impression, memang tak baik ^_^ I ni tak mudah senyum sebenarnya. Sejak di zaman sekolah lagi, kawan-kawan takut nak dekat memikirkan I ni seorang yang sombong. Memang zaman itu I ni almost perfect pada pandangan mereka, sebab itulah kawan-kawan takut nak berkawan. Honestly, I only have two sahabat sejati till now, itupun dah lama tak berhubung ni  dek kesibukan masing-masing ^_^ 

Bila dah kenal, jangan haraplah I nak duduk sopan-sopan lagi. I memang tak boleh dikelilingi orang yang dikenali, memang takda kerja lain. Nak buat lawak bodoh tak kena tempat aje... @_@ But then, it's true. Dulu-dulu memang I tak banyak bercakap (dek fikir belajar aje kot) dan sangatlah sopan ya amat, ampun! Menjerit tak pandai, kalau bercakap pun main 'saya-saya' tak pun guna nama sendiri. Sebab itulah dapat title 'Perempuan Melayu Terakhir' ^_^ Itu dululah...the first 25 years in life. Hahaha....

Lepas habis Tingkatan 5 dulu, I nak sambung belajar di UK dalam bidang....guess what? I minat accountancy tetapi dibangkang oleh family. Keinginan nak sambung belajar di UK pun tak mendapat restu dek kerana my abah takut sangat kalau I tak mahu balik Malaysia, bermastautin di UK dan berkahwin dengan mat saleh. Memang I tak dapat approval langsung. At the end, I sambung belajar di UKM, Bangi aje....

Masa tu I terasa geram juga dengan keputusan my abah dan kerana beliau tak sanggup tengok anaknya hilang dari pandangan, I fikir lebih baik bercinta dengan jiran sebelah rumah lepas tu kahwin bolehlah duduk kat kampung dengan mak abah sampai tua! Selepas beliau tiada, barulah I tahu betapa abah sebenarnya sangat-sangat menyayangi I sehingga boleh 'putus nyawa' kalau tidak dapat melihat anaknya yang satu ini ...

I sudah bekerja di empat buah private companies. Kiranya inilah yang keempat. Dah lama sungguh I di sini. Yes, I am working with a Japanese company and no, I don't speak Japanese  and I don't speak Russian too... ^_^ Ini satu kelemahan yang ketara, I tak suka belajar bahasa  walaupun sejak 10 tahun yang lalu setiap awal tahun I berazam untuk belajar bahasa Jepun, Rusia dan Korea!

Walaupun tergolong dalam golongan yang agak 'bijak', I banyak juga melakukan kesilapan dalam hidup ini. Mungkin inilah yang dinamakan perjalanan hidup, betul tak? Sekarang baru I  tahu hidup itu tidak semestinya indah sahaja, ada masanya kita akan menemui jalan sukar, buntu dan putus harapan tetapi hidup haruslah diteruskan tidak kira apa yang berlaku, betul tak? 

Zaman susah hati, zaman kesedihan itu berakhir juga bila I berjumpa my Hubbydearie. Of courselah, he is my Mr. Right. Kalau tidak, sampai sekarang pun I tak terfikir nak kahwin. Nasib baik berjumpa, makanya dapatlah I menikmati keindahan hidup bersama buah hati pengarang jantung, Bubbly Abang and Adik Cute (of course their Daddydearie too ...) I won't change this chapter of my life with anything else... Indah ya jadi mak superheroes nih @_@  

Eh, sungguh! Memang kalau I tak jumpa with my pujaan hati ni, I dah decide tak nak kahwin. Teringat perbualan dengan my mother pada suatu hari. Mak rasa sedih sebab I tak juga bercerita pasal nak kahwin, Sampaikan disuruhnya I berhubung semula dengan semua ex yang I rasa I suka sangat tu.... I pun beritahu mak yang kalau tak kahwin pun takpa. I kumpul duit banyak-banyak hidup sendiri. Bila dah tua tak larat nanti, I daftar masuk rumah orang tua. Of courselah sedih hati my mak mendengar perancangan bijak si anak. Dan, dan itu juga terus nak dicarikan jodoh. Dan, dan itu juga I membangkang sekuat hati ^_^

Eh, macam dah banyak pulak kisah dalam kain I bentangkan di sini. Huhuhu...sungguhlah tak bagusnya sikap... 

Macam nilah ya... you all aju soalan, I jawab. Itupun kalau you all sudi nak kenal 'lebih mesra' dengan Mummydearie lah ya ~_^. Itupun jawapan bergantung pada MD juga nak jawab ke tidak... Hahahaa....

Apa-apa pun, selamat sudah entri yang ke-100 dari Mummydearie yang tak seberapa ni @_@


 







Comments

  1. Wah...ni yang ditunggu2.. saya nak baca entry lama MD banyak2 tak kesampaian. Jadi baca entry yang ni sedikit sebanyak leh kenal siapa MD ni.. wah.. kiranya hubbydearie ni jejaka yang berjaya membuka hati MD untuk kahwin.. pasti banyak keistimewaannya. Alhamdulillah..
    Kalau arwah ayah MD masih hidup pasti dia gembira anak perempuan kesayangan dia ni masih lagi tnggal di Malaysia dan ada pula cucu2 yg comel..

    Dah diberi peluang tanya, saya nak tanyalah..
    1. Berapa umo cik MD ni tahun 2013?
    2. awatla sampai pikir nak masuk rumah orang2 tua?
    3. Apa MD nak buat kalau seseorang yang dikenali minta tolong sesuatu yang payah nak dibuat?

    Siap soalan psikologi lagi tu. Jawap jangan tak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... ini aje soalannya ya?

      Gambar HD ngan MD memanglah tak kuasa nak tempek kat sini. Memasing jual mahal bila ambil gambar :D

      Soalan pertama tu, saya tak muda lagi :) Of course bukan 25 tahun. Kali 2 pun tidak juga. Tambah 10 pun bukan... hehehe....

      Soalan kedua, mak saya suka sangat topik mencari pasangan. So nak suruh dia stop dan jgn tanya, tetiba terpacul statement tu. Mak takut sangat kalau saya masih sendirian selepas beliau tiada. Mak kata, kasih mak tak sama dengan kasih adik-beradik. Mak sanggup terima apa sahaja demi anak-anak tapi mungkin adik-beradik tak sanggup tanggung beban (sayalah tu yg jadi beban kalau tak kahwin) Itu punca saya keluar statement 'berapi' tu.

      Last question, kalau namanya demi seorang kawan saya akan membantu kalau terdaya kudrat dan akal fikiran saya ni. . Kalau saya tak mampu, saya akan cuba cara lain yang mungkin dapat membantunya. Namun, masih ada batasannya di antara dua sahabat

      Delete
  2. entri yg paling ditunggu-tunggu nie... tak kenal maka tak chenta gitu.. now leh kenal2 chenta2 gitu hahahahahahaha....

    ala, i tak reti jadi mamarazi or FBI bagai... tak reti soal siasat....
    nak tergelak lak baca part ur planning kumpul duit...last2 tua2 stay kat rumah org tua...

    Tu lah kan sis... kita hanya mampu merancang, Dia lah yang menentukan segalanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jwpn saya utk soalan cepumas tu mmg dua aje :

      Semua dah siap tinggal tunggu pengantin lelaki aje. Qualifications mestilah handsome, kaya, ada pangkat & confirmed taknak poligami (berbulu je sedara mara mendgrnya, lepas tu kutuklah balik, 'padanlah tak kawin2, memilih sgt)

      Kalau dgn mak, mmg itu yg saya ckp utk suruh dia stop cari calon. Kalau tidak saya nak single smpai tua pastu masuk rumah org tua yg bayar memahal tu...

      Delete
  3. Ohhhh muka sombonglah sangat....kang okje geletek ketiak tu baru tau hehe....
    Lepas tu masuk SMSM ke MD?
    Batu pahat tu kat belah mana? Walau sebenarnya tak de sedara pun kat Batu Pahat tu....saja menyibuk hehe
    Part gaduh adik beradik tu sama....part cengeng tu sama....part otak geliga tu jauh panggang hehe....
    Tapi part suka buat lawak bodoh tu mcm sama je...hehe...apa taknya nak hidup happy memanjang ....hehe
    Dua je okje nak tau.....cite le macamana boleh kenal HD dan tetingin nak tengok MD... Hei...okje tak mo pun tengok si hidung mancung tu tau....okje lagi suka my kemek Arjuna pujaan hati ku tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, mmg sombong OKje... Kalau zaman sekolah ni mmg jadi seterulah kita agaknya. MD pengawas sepanjang tahun persekolahan, buah hati cikgu lagi...hahaha... skrg ni bolehlah kita berkawan, become kamcing-kamcing gitu sebab kita pun tak leh tutup mulut asyik nak gelak...well, jumpa strangers mmglah muka kita back to dulu2, tak senyum pun....

      Delete
    2. part nak gelak tu mmg MD kalau jumpa 'gu atau jumpa kaum kerabat kat kampung ' hehe....sampai le my mum marah sebab asal cakap je sambil ketawa hehe... nampak sangat tak asyik nak buat lawak memanjang!

      Delete
    3. Eh, eh... bila kita baca balik sambil syok sendiri baru kita perasan tak habis jawab rupanya... Yalah OKje, kita pergi ke district awak sambung belajar. Sebab itulah kita tak heran Muo, Muo ni. Kalau kata Johor aje, makbapak kita ramai sedara tau..lagi-lagi orang Muo. Arwah abang ipar kita orang Muo. Kecik-kecik pun kita rajin gi Muo melawat sedara mara. Eh, awak hafal ke peta BP? Kita kat dengan Tongkang Pecah. Oh, ya...kita memang orang kampung betul. Alamat rumah kampung kita pakai 'nombor pos' gitu ...

      P.S. Semalam kita jawab pakai lappy mengong, takleh tekan abjad 'a' itu yg kita ped up giler...kita taram aje tulis cepat-cepat sebab tensi. Ok dah jwb semua..yg tak jawab tu maknanya tak nak jawab ler :D

      Delete
  4. baru lah complete suai kenal dgn MD. asik baca pasal org lain, kena tau owner blog sendiri jugak kan. baru lah mesra alam kan..
    tak yah tanya lah, akak tulis2 je panjang. Lyn okey je nak baca. Seronok..
    kes akak ni mcm lyn jugak lah, risau anak tak kawin2... sampai one stage kumpul duit byk2 n hantar rumah org tua. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan...asyik cover kengkawan aje terlupa pulak diri sendiri pun orang tak kenal :)

      Penat asyik ditanya bila nak kahwin, itulah jawapan mudah...kesian pulak bila mengenangkan kegusaran mak mendengarnya.

      Delete
  5. Ohoho... kiranya kampung MD di Batu Pahat ye:)
    Entah-entah pernah terserempak dgn kakak tapi sama-sama tak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita senegerilah, Kak. Mungkinlah pernah terjumpa tapi tak kenalkan...

      Delete
  6. Kann,,,dah terselak sikit2 kain tu...ehehehe...tq MD sbb sudi kongsi serba sedikit pasal MD wpun itu cuma sekelumit je dr diri MDkan....soalan saya....

    Nak tgk wajah MD yg masam tu blh tak..?hehehe....sy bygkan MD seorg yg cantik dr apa yg sy baca entri2 MD yg lalu....kalau bukan wajahpun..maybe hati MD itu sendiri dh cantik...wallahualam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah membayangkan saya ni sampai jauh ke bintang sana. Saya ni biasa aje orangnya :) Tang wajah tu, nanti-nantilah WA. Kena tunggu lama lagi kot :) Insya Allah!

      Delete
  7. Nantilah sy dtg blk bc entri di bawah...ada urusan plak.take care MD....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah...jemputlah dtg semula WA. Takpa uruskan apa yg patut dulu :D

      Delete
  8. soalan i..camana u kenal suami u? dan please jawab direct..jangan pjg2 sgt..hahaha..anyway..happy 100th entry (ada ke wish mcm ni?) hihihi..keep on writing dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, nak jawapan direct & pendek. Jawapannya : Biarlah rahsia :)

      Delete
  9. Wahhh bagusnya ada ntry mcm ni..dapat berkenalan dgn lebih dekat lagi..
    Apa pun akak seronok dapat kenalMD..walau hanya di alam maya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut juga org seriau nak baca. Nmpk pulak kesombongannya ... :D

      Delete
  10. oo.... dh tau serba sikit banyak tntg MD ni... byk persamaan antara kitalah MD, KA pun pernah dikatakan sombong masa school. sbb sentiasa di kelas no.1, siap my fren bagi tau macam ni, u tau ada satu jnr bagi tau dier tk sangka yang u ni very d peramah one lepas dier tegur, ingat u ni budget sombong aje, itulah orng kata x kenal maka x cinta, kalau dah kenal, 10 hari 10 malam x abis KA bercerita ... & kebetulan juga momen plg sedih dlm hidup KA bila abah skt tenat & KA x dapat bersama beliau disaat2 akhir. Sampai2 aje arwah abah dah menutup mata. Sedih sgt. Alfatihah to both arwah orng tua kita yer MD. Yup and dulu2 KA pernah bagitau my mum yang KA x nak kahwin sampai mati sbb takut bersalin gara2 pengalaman membantu jadi bidan terjun waktu mak KA terpaksa bersalin di rumah. End up KA kahwin & beranak juga 3 kali lagi tu ! He He He. Dan KA juga kdg2 jd cengeng sebab bbrapa perkara specially bila yg melibat kan keluarga. Well... ni nak komen ker nak buat N3 KA ooi... cukup sampai disini dulu, komen lain n3 pulak kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, KA. Ini kiranya komen terpanjang ni pernah dapat :D Itulah... bnyk persamaan rupanya kan...

      Delete
    2. Jarang tau dapat baca komen panjang dari KA ni....hehe

      Delete
  11. Wakakakakaka...anak Cina VS anak India!
    Sekarang ni dah selalu senyum tak? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu mak, satu bapak tapi tak tahu kenapa color tak serupa :) Skrg ni kena paksa tutup mulutlah, DZ. Lepas geram lama sgt tak reti ketawa....

      Delete
  12. tahniah mummy untuk entri ke 100... panjang lebar kisah mummy yg seronok dibaca dan lebih untuk dikenali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ema kerana sudi membaca walaupun celotehnya sentiasa panjang :D

      Delete
  13. terima kasih sudi join segmen saya.. :)
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen-pencarian.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah semula dan saya dah siap add di sini pun :D

      Delete
  14. byk tahu pasal future besan bila baca this entry.asyik korek cerita org je,skang baru bocor cerita sendiri..:)

    sekarang ni sy membayangkan yg hidup MD cukup indah n beruntung..nmpknya kita ni tak byk sgt persamaan.tang cengeng n nmpk sombong tu je kot sama..haha..

    sy ni takde rupa,tak pandai macam MD,idup sy pun tak byk sgt yg indah utk dikenang.yg pahit je byk utk diceritakan..tp bukan utk dikongsi la.ahakz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 25 tahun yang pertama aje yang memang happy, lepas tu baru terasa byknya ups and downs dalam hidup ni. Sekarang of courselah, happy balik.

      Saya pun bukannya dari keluarga berada tapi mungkin kehidupan ada senang sikit sebab anak yang last dua dalam keluarga, tak pernah kena jentik, tak pernah kena kerahan tenaga...tenang dan aman aje hidup. My abah was very protective sampailah I masuk kerja. Sebab itu ada byk manja, mengada2 n sedikit sombong nampaknya (sbnrnya pemalu & tak byk ckp)

      Delete

Post a Comment