Harijadi Adik ~_^

Salam 25 Safar dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Apalah nasib badan nih... hari ni lagi bertambah malas jadinya; rasa macam nak cuti-cuti sekolah juga. Semalam dok google hotel, penuhlah alahai. Yalahkan, esok nak pergi malam ni baru google memanglah. Lagi-lagi cuti sekolah dah bermula. Sajalah nak kata plan terpaksa dibatalkan ^_^

By the way, Mami @ mak mertua den rasa-rasanya bulan 12 ni sampailah ke Malaysia. Dua bulan nak duduk dengan anak, menantu dan cucu. So lepas ni memang muka Mamilah yang kena tempek dalam blog ^_^

Dan... semalam my anak bujang tersado@Bubbly Abang main-main whatsapp lagi. Siapa punya angkara? Si Daniellah. Kata Daniel dia dah ada grup whatsapp. Nanti dia masukkan Bubbly Abang pulak. Tak boleh masuk sebelum ni sebab dia fikir Bubbly Abang tak pandai whatsapp. Cis, Daniel! Awak tak tahu ke anak bujang aunty ni memang kerja main whatsapp. Nak makan apa-apa pun main order kat Mommynya dalam whatsapp jerk ^_^

Yang paling tak menahan bila Daniel pesan kat Bubbly Abang minta datang awal sikit hari pertama persekolahan tahun depan!

Amboi nak oi! Cuti sebulan ni enjoylah dulu. Cerita sekolah kita sambung tahun depan ajelah yerk! Aunty tak boleh berjanji lagi nak hantar Bubbly Abang ke sekolah tepat pukul 6.30 pagi. Sekali tertipu, selamanya Aunty tak percaya dah!

Jom kita masuk ke kisah Adik Cutelah pulak. Nampak tak betapa adil dan saksamanya Mommy depa ni. Kalau cerita anak ni, lepas tu kena cerita anak tu. Padahal anak-anak bukan buka blog pun. Cuma Bubbly Abanglah yang tahu dan pernah juga dia tanya macamana Mommy ada blog ~_^ Hehhhh...itu rahsia ^_^

Harijadi Adik Cute jatuh pada Nov 9 yang lalu. Macam biasalah kalau harijadi ni memang takda adegan tiup lilin, bergambar dengan belon dan lepaskan belon bagai (^_^) Paling-paling awesome pun makan beramai-ramai. Biasanya I bawa anak-anak ke tempat yang mereka suka. Dan macam selalu, baik my harijadi, HD, Bubbly Abang mahu pun Adik Cute, memang I akan ambil cuti. So, 4 hari cuti setahun memang wajib untuk sebab ini.

Macam I kata sebelum ni kebetulan My Chik ada datang ke KL. Makanya I buat makan-makan simple ajelah. Dah pagi harijadi Iron Man pun masih lagi tak tahu nak buat apa! Jadi belilah senang cerita apa mahunya si kecil ni...

Buatnya pun di rumah Ngah aje sebab senang sikit ramai yang membantu. Kalau buat di rumah I, lintang-pukang ahkak kena keluar masuk dapur which I tak sukalah ~_^



Dah tiga kali beli kek di tempat yang sama. Selain murah, rasanya sedap tapi bab tulisan tu memanglah tak berkenan di hati ...
Kek ni buat cukup syarat aje. Adik Cutekan memang suka potong kek. Habis kek harijadi orang, dia yang sibuk nak potong. Sampai nangis-nangislah kalau tahu harijadi orang sekelilingnya tapi takda kek nak potong! 

Dek kerana tak habis, dua hari berturut-turut juga I terpaksa 'sarapan' kek, bawa bekal pergi pejabat tau dah semua yang lain tak mahu makan lagi! Sebab itulah tak payah membazir beli kek besar dan mahal. Menangis I nanti mengenangkan nasib kena sarapan kek!


Makan yang simple-simple aje sebab semua nak dibeli. Kalau nak buat sendiri tu lagilah banyak menunya I rasa. Kena tunggu Mommy depa ni rajin masaklah ya baru boleh buat menu 'simple-simple' ala gaya orang kenduri kahwin ^_^

Tak payahlah nak komen itu tangan MD ke. Kalau dah muka tak masuk blog, jangan haraplah bahagian badan pun boleh masuk ^_^ Itu kakak sepupu kesayangan Adik Cute yang bakal jadi pengantin akhir Disember nanti

Manjanya si kecil ni dengan Kak Sarahnya memang dah macam mak dan anak!

Banggalah dapat hadiah. Hadiah dari Mommy, Daddy n Abang takda dalam gambar sebab dah dapat dua hari sebelum tu.

Idea kreatif Kak Sara. Last hadiah buat Adik Cute sebab tahun depan Kak Sara mungkin dah di Kuwait.


Kan dah kata I ni Mommy yang adil dan saksama! Kalau Kak Sara buat untuk Adik Cute, kena buat satu untuk Bubbly Abang juga. My anak-anak macam kembar, tak kiralah sempena apa, dua-dua kena dapat hadiah. Kalau tak ada pulak yang kata semua tak sayang dia...
Selesai sudah majlis harijadi Adik Cute, kiranya yang paling last untuk tahun ni. My family ni memang first birthday I punya, lepas tu Daddy mereka, and then Bubbly Abang dan last sekali turn Adik Cute. So tutup buku majlis makan-makan sempena segalanya untuk tahun ni.

Bulan satu nanti ada hari penting juga tapi selalu kena skip sebab mak mentua den biasanya ada di Malaysia waktu begini. HD tak berapa minat nak memperingati itu, ini bila Mami ada. Yalah, nak jaga hati ibunya supaya Mami tahu yang anaknya memang sentiasa sayang dan tempatkan dia nombor satu dalam hati ^_^

I okey ajelah sebabnya dah biasa begini. Lagi pun yang rajin buat kerja macam ni, I juga selalunya. 

Dan berbalik kepada Adik Cute, I rasa cukuplah dia 'perasan' bila nampak kek harijadi ni. Kalau tidak, nayalah habis semua harijadi orang terdekat dia suruh beli kek sebab dia nak potong. Entah berapa kali setahun agaknya dia nak potong kek. Pening omaknya tau! Kita sambung lagi tahun depan nak merengek menangis apa sekadar nak potong kek harijadi orang lain ya dik!

Aha, untuk penutup majlis tahun ni, akan ada kenduri kahwin my anak saudara, Afiq. Nasib baiklah sawan pengantin I tak muncul tiba tau. Kalau tidak, nangis guling-guling you all membaca kisah sawan pengantin I macam yang berlaku ketika majlis kenduri kahwin Iwan tahun lepas ^_^

Selamat bercuti sekolah untuk anak-anak dan selamat bekerja keras melayan kerenah anak-anak untuk semua mak budak, mak saudara budak dan kakak budak-budak yerk ^_^









Comments

  1. Hahahahah.. Suka btl kisah daniel tu aysik kena kan bubbly.. Hahhaah.. Amboi kemain adik aysik potong kek.. Kak ton boleh la buka kedai kek!! Btw hadiah sara so kretif boleh guna pakai tuk birthday anak sedara nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kuasalah akak nak hantar pergi sekolah pukul 6.30 pagi. Buat apa nak terpacak awal-awal kat sekolah. Tapi sekolah depa ni start awal. Pukul 7 pagi dah mula belajar tau!

      Kalau ada skil membaking yang awesome, nak juga buka kedai kek. Senang anak nak potong kek anytime aje, datanglah kedai ~_^

      Delete
  2. Hahahaha. Cuti sekolah belum start lagi dia dah cakap pasal sekolah yang tahun depan. Semangatnyaa kawan abang tu. Hehee. Fuhhh meriah dengan makanan. Ada kfc,pizza,kek. Ahaa 😁 Nani kalau celebrate birthday anak buah memang selalu beli satu slice je. Haha. Kalau beli sebiji kek memang puas nak habiskan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Biarlah cuti start dulu. Enjoy bercuti sakan. Next year barulah fikir nak datang pukul berapa first day di sekolah nanti!

      Makanan semuanya beli aje, Nani. Kalau buat sendiri lagi meriah rasanya. Itulah, dapat Mommy pemalas macam ni, memang kesianlah!

      Delete
  3. Seronok tengok anak-anak seronok. Semoga menjadi kenangan manis buat mereka satu hari nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya bila mereka teringat kita suatu hari nanti, mereka akan teringatlah kenangan indah ni semua ^_^

      Delete
  4. Puaslah adik dpt potong kek.
    Tak apalah beli kek besar setahun sekali aje pun. Memang budak sekarang bukan suka makan kek cuma suka potong kek aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira puaslah tu habis dipotongnya sesuka hati. Dia dah sebulan lebih sebelum tu sibuk tanya kek harijadinya bila nak beli. Kira dah dapat potong kek ni tahun depanlah nanti baru meroyan semula!

      Delete
  5. happy bday adik, cantik kek dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Raihanah. Kek bidan terjun tu namanya. Nak juga kekkan, nah Mommy belikan kek. Lepas potong kek, dia nyamah itu aje. Lain-lain kena beri orang. Ada baki lagi, Mommynyalah yang kena tapau bawa pergi pejabat!

      Delete
    2. bidang terjun pun cantik gak MD.

      Delete
    3. salam MD, saja singgah pagi. lama MD tak update

      Delete
    4. Terima kasihlah Raihanah rajin singgah sini. Hujung-hujung tahun masa untuk berhibernasi sebenarnya ^_^ Yang sebenarnya saya sibuk dengan urusan keluarga dan kerja. Itu yang terhenti sekejap aktiviti berblogging walaupun suka katanya!

      Delete
  6. Eh kak Ton, ai baca semua dari atas sampai bawah tu, mana ada skip2, tapi tak kisahla..tajuk rambang sebab ceritanya cuit situ, cuit sini kan, tak cam den, alergik je nak citer panjang, kalo boleh nak buat entri sebaris je, lebihnya korang pikirla sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak tanya pun..... Hahaha!

      Bukannya kita taknak cerita satu persatu dengan penuh details tapi kita takut semua yang membacanya kena semput! Sebab itulah kita main cuit-cuit manja aje. Sikit-sikit aje udahlah janji ikut tertib. Hahaha!

      Kalau dah gitu gayanya, itu alergi, ini alergi, apa kata panggil penulis jemputan. I sedia menawarkan diri. Hahaha!

      Delete
  7. Mami nak datang ziarah menantu kesayangan ye. Bolehla HD makan makanan uzbek puas2 kan, nak harapkan bini eh entah2 satu menu uzbek pun dia tak simpan dlm memori, haha..

    Tak kisah do nak komen pepanjang, nak tulis entri pun tak kisah. Almaklum den dah sedia maklum sawan bebel you tu belum habis kuotanya lagi, 😏😏😏

    Lhah, lupa lak nak wish beday kat adik cute tu, hai adik cute, suruhla mami belajar buat kek, nnt bila mummy dah pandai buat kek, bolehla adik cute suruh buat kek seminggu sekali..eh..sori mummy
    Kelaut lagi nih, okeh ni betul punya.

    Makcik doakan moga adik cute jadi anak yang soleh sehingga bila-bila, adik yang berakhlak mulia, sayang mummy daddy, jadi anak yg berbakti, aminnn..

    Oo..kak Sarah kawen dengan orang kuwait ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Ni macam nak balas dendam aje. Kita buat dua part komen, dia pun buat dua part jugak. Awat tak buat berpart-part, terus terjunam kedudukan MakJilap (opps, title baru kena guna - DatinJilap) jatuh carta nanti tau ^_^

      Ish, jangan main-main! Kita kalau masak menu Uzbek, together-gether dengan HD tau. Maklumlah bila google semua keluar bahasa Uzbek. Kang kalau derhaka sangat pada resepi, terus jadi masakan Melayu kang. Hah, nak salah siapa?

      Kuota kita membebel janganlah cuba-cuba tiru. Kita guna unlimited punya tau. Memang tak habis-habis. Kalau jenis yang nak tapi entri sebaris, komen sepatah, memang malaslah kita nak ajar macamana nak membebel. Belajar sendirilah yerk ^_^

      Thank you, thank you, Kak Mah!

      Oppsss.... tersasul lagi! Awat ek kalau ingat awak, teringat kat original Kak Mah ^_^

      Sapa kata Mommy budak-budak ni tak pandai buat kek? Angkat tangan!

      Oh aloh! Semua angkat!

      Melampau kome ni semua tau! Saja nak suruh kita tayang gambar kek pulak lepas nih! Nyampahlah!

      Ohhh... Kak Sarah tu sebenar bakal jadi kakak sepupu. Yang sebenarnya Abang Afiq tu sepupu mereka, Kak Sarah yang akan kahwin dengan Abang Afiq ^_^

      Ni semua you punya pasal tau I reply komen terpanjang! Semua salah you! Hahaha!

      Delete
  8. Agak2 sawan terkejut tak tin J kita tu bila ada yg nak rampas ranking dia? Haha..

    Nasib baik si HD tu paham sgt alasan bini dia tak lepas2 lagi menu uzbek, nak dia nolong masak ye bila dah rindu selera uzbek.

    Oo, kiranya kawen sesama msia tapi hijrah sbb keje la tu. Haa..bolelah sesekali you terbang ke sana pastu kona ke uzbek kan, bestnya.

    Tak rela den disamakan dgn yg orii tu walaupun hanya di ingatanmu taw😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah lama tulis entri lepas tu tak balas komen, macam nilah jadinya! Kena skrol dari atas cerita sampai ke komen! Pheww.. penat juga rupanya ek ^_^ Padanlah kawan-kawan komplen kata semput ^_^

      Delete
  9. MD, happening lah your cuti, mom-in-law coming to visit :) Sorry, I am still new to your blog, your mom-in-law is a foreigner? PH ni kaypoh sket.

    Nowadays, banyak WA group. Sometimes pening jugak nak layan. So I have to put the groups on mute. Bila senang baru baca. So your boy pun expert lah bahagian WA. Itu budak Daniel ah, be careful lah, nanti terkena lagi. So cheeky. I can't imagine going to school at 6:30am >.<

    Adik Cute punya party is so nice. I see KFC and pizza. Very kid friendly. Tak kan nak buat nasi minyak, right? hah..hah... And I see his face so berseri-seri smiling happily when cutting the cake. He's so adorable!

    I hope you guys have a great school holidays together. MD will be extra super duper busy for sure :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang happeningnya. PH? Langsung tak ke mana-mana tau. Mak mertua datang dengan bawa sakit kakinya, memang duduk rumahlah kami semua!

      Oh, ya! Mak mertua saya foreigner. Senang cerita, my husband is an Uzbek. Itulah pasal sekali mak mertua datang, sekali terkejut tau. Macam dapat projek drama mega, kena berlakon jadi menantu baik ^_^

      Boys now memang jauh berbeza dengan dulu. Kita lebih main kat luar, depa sekarang lebih main dengan gadgets jerk. Tengoklah sekarang, nak tanya tentang homework, WA aje. Tak mainlah nak pergi jumpa atau dail telefon rumah ke apa!

      Delete
  10. Apa ni cakap pasal belon belon? Sajalah tu kan, nak kenakan mak... !
    Wah! Diam tak diam dah nak sampai rupanya mami ye. Dada jadi datang tak? Camne? Rumah dah siap nak menyambut syurga HD?

    Berapa Rm, kak Ton kata murah tu? Mak pun dah naik muak makan kek ni. Hari tu masa anniversary beli 2 slice, ambik masa 3 hari baru habis. Itu pun mak yg habiskan....loya hokey!

    Nasiblah buat pengakuan siap siap bukan tangan dia....baru nak puji walaupun mmg tak percaya hihi...

    Kreatif jugak Sarah, pandai dia buat....Sukalah adik tu, dapat coklat.

    Wah....mmg kenyang sampai esok pagi ninamoaknya, lepas makan pizza boleh makan mee rebus, lepas tu boleh layan sate, lepas tu boleh makan keledek goreng pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada orang nak kenakan dia! Ada bukti ke nak tunjuk? Eleh, kalau cakap sikit terperasanlah tu orang nak kenakan dia!

      Hehehe, by the time kita reply komen ni Mami telah pun seminggu pulang ke tanahair tercintanya ~_^ Nantilah next trip kita habaq lagi ya macamana punya drama sandiwara kita berlakon ^_^

      Melampau tau! Indirectly nak kutuklah tu kan. Nak kata tangan kita tak semulus tangan si Sara. Eh, Sara tu dah tua! Kita ni muda lagi, sebab itu tangan berbeza gitu ^_^

      Tahun lepas ajelah kreatifnya. Tahun depan dah tak dapat nak kreatif lagi sebab nun jauh di Kuwait. Uwaahhhhh...dah takda babysitter yang sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak den! Uwaaahhhh....

      Eh, lupa pulak! Kakak kita kan ada... ~_^

      Delete
  11. Replies
    1. Terima kasih, MisDiarios!

      Lama hah baru nak ucap terima kasihnya ^_^

      Delete
  12. Hepi besday adik...bestkan dpt potong kek

    Byknya menu besday adik..puas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nur!

      Ini pun menu last minute tau. Kalau tak last minute, memang lagi penuh dibuatnya. Nasib baiklah Mommynya ni memang suka hal-hal last minute macam ni ^_^

      Delete
  13. happy birthday adik cute

    banyaknya makanan, habis tak tu? kalau tak habis, meh pos kat sini, kita habis kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, cikgu!

      Yang tak habis kita tapau bawa balik rumahlah ^_^

      Delete
  14. Salam, lama dah tak kemari jengok anak cucu bunda kat sini... bunda ada, cuma kebelakangan ni ketandusan idea dan kemalasan menulis... apa lagi semenjak dua menjak ni lebih aktif di FB dan Insta lah pulak, yelah tak perlu update berjela2 kan. Mereka yang Friends fb n ig bunda tahu lah.

    Dah besar dah adek, dah 5 tahun dah.. makin cute.. abang pun semakin hensem ..nampak dah abang2 sangat gitew...mesti dah sama besar dengan mommy kan.

    Promo kat tv Hijrah tu kecil2 lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumsalam, Bunda!

      Saya pun lama tak berblogging dan blogwalking, Bunda. Baru hari ni nak berjinak-jinak tengok blog semula. Ini yang marathon menjawab komen nih ^_^

      Masuk tahun ni dah 6 tahun anak kecil saya ni, Bunda. Yang abangnya pun dah 11 tahun. Kejap betullah masa berlalu. Terasa macam ditinggalkan dek anak-anak aje sekarang nih!

      Promo kat AlHijrah yang tahun lepas tu masa umur mereka 9 dan 4 tahun, Bunda.

      Delete
  15. Hahhaha..
    Tiap2 bulan lah harijadi adik cute..
    Kalau tiap org harijadi dia pun sama nak potong kek..
    Suka hati lah adik janji adik gembira kan..
    Dah mommy sentiasa memastikan anak2 nya gembira..
    Jadi kena lah buat hadiah banyak2 utk anak2 nya juga..
    Nampak sangat keadilan mommy tu kan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau boleh tiap-tiap bulan dia punya harijadi. Habislah kek harijadi orang dibuat macam kek harijadi sendiri. Ikut suka hati dia aje si kecil ni. Memang tabiat gitu, manja macam Mommynya juga. Dulu-dululah. Sekarang ni kalau saya nak bermanja, minta kena hempuk aje!

      Delete
  16. Meriahnya makanan tuuu! Happy belated birthday adik!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah kalau makan beramai-ramai. Memang semua pun sedap walaupun hakikatnya semua beli ^_^

      Delete
  17. Hi,saya datang blogwalking and follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah ya. Maaflah tetiba pulak terberhibernasi. Nanti kalau ada peluang saya singgah ya!

      Delete
  18. Happy belated birthday adik cute. Owhhh... Nama adik luqman uzair. Sedap nama tu. Kretifnya kak sara. Boleh tiru ni ☺☺

    Wowww... Mak mertua nak datang. Selamat menjadi menantu mithali selama 2 bulan lah yerp MD ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fiza.

      Kak Sara mereka memang seorang yang kreatif. Asal nak apa-apa yang memerlukan kekreatifan, suruhlah dia. Jangan disuruh Mommy mereka ni, habis jahanam dikerjakan nanti!

      Dah selesai pun projek lakonan mega depan mak mertua, Fiza. Dah seminggu dia selamat pulang ke tanahairnya yang sejuk membeku tu...

      Delete
  19. seronoklah adik ye dapat potong kek banyak kali setiap tahun hehehe..

    oh mentua nak datang ye...mesti jadi menantu mithali MD ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal ada aje kek harijadi, memang confirm dia perasan kek harijadi dia. Kasihan sungguh pada si birthday boy/girl.

      Dah selesai projek menantu mithali tu by now, AA ^_^

      Delete
  20. Wah.. meriahla sambutan hari jadi adik di rumah mak ngah ye.. suka sangat sb ramai kakak yg jadi dayang ye.. ternama pasal jadi adil pasal pemberian hadiah tu, saya rasa saya kena berubah la.. tak selalu saya belikan hadiah utk kedua dua big heroes sekali. Lepas tu mulala berebut. Elok beli dua sekali je.. tp tujuan berkongsi sb rasa nak duduk diorang kasih sayang adik beradik.. haha..

    Abisla, budak sek rendah pun dh ada whatapp group skrg.. lg beberapa tahun budak tadika pulak ada whatapp group..haha.. asalkan tak bincang pelik2 ok je kan.. nati anak kita pulak terkebelakang kalau tak berkesan dengan orang lain.

    Weh.. mami jadi dah dtg mesia? Wah.. manja la gtu MD lepas ni.. cakap sopan2 sb xfaham apa bahasa diorang sgt kan.. huuu.. selamat menjaga mami la.. mesti rajin buat entry makanan lepas ni sb sokmo masak sedap tuk mami..

    Bln 1 apa yang nk diselebrate tu.. pertemuan pertama dgn HD ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat banyak btl perayaan pelik dalam komen sy tu? Ai, hp ni agk tak betul keyboard nya lepas update apa minggu lepas.. lepas sy tukar font dia. Adoi.

      Delete
    2. Dimaafkanlah AN kalau ada typo error. Saya pun begitu juga sebab tahu nak cepat taip aje. Bila publish, entah apa-apa perkataan keluar!

      Mami dah selamat pulang ke tanahairnya seminggu sudah. Dek kerana sibuk sangat saya pun tak sempatlah nak update blog. Nak 'beraya' di rumah kawan-kawan pun tak dan. Dok mengadap kerja dan urusan di rumah aje. Maklumlah, menantu mithali, isteri pekerti, pekerja contohkan, kan, kan!

      Delete
  21. Tok tok tok..

    Assalam..
    Dah masuk DIsember ni..
    Lama benor mengeram tu Datin MD..
    Mami dah sampai ke :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam!

      Rindu ke, CH?

      Dah keluar dari mengeram lepas tu mengeram balik! Nak buat macamanakan! Maklumlah sibuk campur malas terus jadi lesu berpanjangan ^_^

      Mami dah balik pun ~_^

      Delete
  22. alahaiii mmg kretip sgt kak sara tu...
    mesti adik happy dpt byk hadiah tu,

    happy belated birthdaya dik..
    moga trs mbesar mnjdai ank y hensem, cerdik, berjaya dunia akhirat n y paling penting sentiasa sayang n hormatkan mummy n daddy ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak dinafikan Kak Sara memang kreatif! Samalah macam Lya juga, suka buat DIY macam nikan! Kalau nak harapkan akak ni, memang habis punah ranah kekreatifan tu tau!

      Terima kasih banyak. Sorrylah baru ni dapat reply komen. Sibuk katanya...

      Delete
  23. Happy belated birthday Adik Cute. Dah kalau suka sangat potong kek, mommy dia kena la beli kek tiap2 hari. Biar mommy jd gomuk.

    Kreatifnya kad ucapan yang kak Sarah dia buat. Dah tu kalau tanggalkan coklat dan gula2 tu nanti rompong la ayat dalam kad tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia suka makan takpalah hari-hari beli kek harijadi. Ni dia suka potong aje! Manalah tak stress. I tau yang susah hati dok perhati aje kek dalam petisejuk macamana gaya nak habiskan, nak ajak siapa makan kek beramai-ramai! Selalunya I soranglah ^_^

      Ya, lomponglah ayat tak lengkap jadinya. Saya pun tak pernah terfikir nak jadi kreatif macam ni tau. Kahkahkah!

      Delete
  24. hahaha... happy ye adik dpt byk hadiah. happy belated birthday! Semoga berjaya dunia akhirat buat adik. n jadi anak yg soleh. lama sgt aina bertapa ni kak.. hahaha kak oo kak da da la tu lekaih update blog. hihih Hujung2 tahun paham mood pun ikut "cuti sekolah" =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Aina. Mahu tak happy. Apa minta semua dapat. Lepas dapat, dibiarkan aje macam takda makna aje semua hadiah tu. Memang mahu kena ini budak tau!

      Bukan setakat hujung tahun aje, awal tahun pun mood sudah lari tau, Aina. Nasib baik tak buat wishlist apa nak diubah tahun ni. Selamat!^_^

      Delete
  25. sengajakan biarkan hotel penuh... samalah kita ingat nak cari hotel kat jalan TAR masa tahun baru rupanyer dah penuh belaka.. .alahai...
    cuti sekolahni nak melayan anak2ni kesian gak kalau tak jalan mana2 yer...
    hi adik cute dah 5 tahun yer... tahun depan 6 tahun... dah nak masuk sekolahpun dia... yerler anak2 kalau dah namanya besday celebration nak jugak kek walaupun dia tak nak makanpun... wow bestler hadiah dia kreatif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sengaja, Cho. Habis tu kalau esok nak pergi, malam ni baru cari hotel mana nak menginap, bukan ke saja nak cari pasal!

      Kasihan juga kat anak-anak sebab tak berjalan ke mana pun masa cuti sekolah hujung tahun. Bila mak mertua datang, sakit kaki pulak. Makanya kita ber'mastautin' dalam rumah ajelah...

      Delete
  26. Salam Rabu. Menyinggah bila ada kesempatan hari ini. happy belated adik... meriah tu makanan. Mesti seronoklah bila diraikan he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KA kerana tak lupa singgah bila ada kelapangan.

      Budak-budak memang suka kalau diraikan dalam majlis macam ni. Kalau ada kek harijadi pun dah awesome gila pada mereka!

      Delete
  27. lama MD tak update. apa khabar md. cuti2 sekolah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pergi mana pun cuti sekolah hujung tahun tu, Raihanah. Mak mertua aje yang datang melawat. Senang cerita jaga mak mertua yang tak sihatlah!

      Delete
  28. Beb.... mana pigi daaa... taulah mami sampai dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is kerasukan malas, Mak.

      Yang sebenarnya sibuk and then, Mak pun tahukan apa yang dah terjadi hujung tahun lepas! Pura-pura lagi dia...

      Delete
  29. memang cute tak leh nafi lah adik cute ni..selamat hari lahir dear adik cute!

    moga jadi anak soleh pemimpin parents ke syurga Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Husna. Kalau cute tu rasa-rasanya ikut siapa? Hahaha!

      Delete
  30. Hahaha....ramai jer yg winduww kt MD nie ��. Rindu nk baca essei koner baring tuh! (Pn Ziel)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppsss... ada juga yang suka entri korner baring ya. Kebanyakan kawan-kawan saya semuanya kata pening, tak tahu mana point, mana yang dimerapukan ^_^

      Delete
  31. kreatifnyaaa kad tu MD :) Happy birthday Adik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Linda.

      Yang itu tak dinafikan memang kreatif. Kalau saya yang buat, barulah you all boleh kata 'Kreatifnya!' sambil giggle tanda tak ikhlas. Hahaha!

      Delete
  32. Replies
    1. Ada aje di luar alam maya ni, Lya!

      Lepas sibuk campur malas teruslah bertapa katanya!

      Delete
  33. Replies
    1. Ahah! Bab cuti memang betul. Saya cuti lama sampaikan minggu pertama awal Januari pun masih lagi mood cuti-cuti ^_^

      Delete
  34. baca entry ni pun buat saya tergelak...dapat bayangkan adikcute nk potong kek org...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kecil ni banyak kerenah. Mujurlah ada anak-anak. Boleh juga buat modal nak update entri di blog ^_^

      Delete

Post a Comment