Malas nak update sebenarnya...

Salam 14 Safar kawan-kawan!

Tengoklah ni... dah meninggi hari tapi blog masih tak berupdate ^_^

Bukan sebab malas ya tapi sebab sibuk....

Oh, Mak! Manager football team 1-sebelah bukannya MC ^_^ Ada ni bekerja! Sibuklah sikit, sikit aje sampai nak telan air liur pun tersangkut-sangkut ~_^

Ni tak mahu cerita panjang-panjang. Kisah banyak menunggu, bersusun nak didraftkan (laaa...belum draft lagi pun!) Just nak berkongsi dua perkara...

1. My beloved youngest superhero, Adik Cute telah selesai 'berdansa' di konsert tadikanya yang pertama semalam. Makanya Mommynya ni semalam sibuk alahai, banyak kerja tertangguh dek kerana nak menyaksikan anak berdansa katanya!

Adik Cute okey aje, takda masalah tapi team berdansanya semua pun keras kejung. Masing-masing dok pandang masing-masing nak ingatkan step menari. Naik gelak pulak! Tapi takpa, janji Adik Cute berani juga tak menangis dan sampai demam macam Bubbly Abang dulu ^_^

Sekarang ni kena rajin pergi kelas sebab ada final exam pada 28-30 November nanti. 

Oh, ya! Tadika aje, dik... Tak belajar pun takpa! Mommy tak kisah. Tapi kalau nak belajar juga, okey! Mommy takdalah nak marah pulak ~_^

Cerita-ceriti Adik Cute ni banyak ya nak dikongsikan but then kerana tiada masa nak bercerita, tunggulah sampai I betul-betul free nanti ^_^

2. Alhamdulillah! My dearest and eldest superhero, Bubbly Abang telah mendapat keputusan peperiksaan akhir tahun dengan pencapaian yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ni makanya, duduklah dengan rasmi dalam 4 kelas terbaik di sekolah. Alhamdulillah! Panjat tangga stage sekali lagi hujung tahun ni untuk ambil piala ^_^

Itulah! Mommy dah puas menjerit macam bini Tarzan suruh belajar, belajar, belajar demi masa depan sendiri, bukan masa depan Mommy lagi dah! Tapi dia boleh buat tak tahu aje! Asal kita suruh belajar, dia belajar menghadap komputer! Asal kita suruh belajar, dia pergi ajar adiknya main-main! Stress Mommy jadinya! Tetiap pagi niat nak jadi ibu yang baik, tak mahu terjerit terpekik macam tarzan tapi selalu aje niat terspoiled tau tak!

I suspek my anak ni tak mahu belajar masuk kelas paling elit di sekolahnya kerana dia tak suka belajar dan dalam kelas tu 99.9% murid Cina aje yang ada! Takda geng!

Lagi pun bukan I nak dia masuk kelas elit. Kelas pertama tu takda pelajaran Agama pun sebab semua muridnya Cina. So cikgu pun dah kata, paling jauh boleh pergi sampai kelas kedua aje. Okeylah, tak payah nak susah-susah stresskan diri sebab anak tak masuk kelas elit. Masa depan bukan bergantung kepada kelas elit di sekolah rendah pun! Hehehe....

Oh, ya! Dalam pada sibuk di pejabat, terpaksa pula minta keluar ambil anak bujang di sekolah. Sakit badan katanya...

Manalah tak sakit badan. Masa harijadi si adik, dia main lompat-lompat dan terus jatuh satu anak tangga macam nangka busuk. Terseliuh kaki. Malam tu dalam pada kita sibuk nak makan-makan sempena harijadi adiknya, dia boleh naik scooter si adik. Berdebuk jatuh tergolek lagi sekali. Kali ni ibu jari tangan kanan pulak terseliuh. Dua hari MC dan 1 hari cuti tanpa alasan Mommy beri. Dan hari ni baru nak hantar surat cuti sakit dan attend school, boleh pulak dia call kata badan sakit lagi!

Oh, sambung kerjalah! 

Nanti ada masa free kita sambung bebelan yerk!

Nah, belanja gambar Adik Cute pakai baju sempena berdansa lagu Cina ~_^




Comments

  1. i syak adik muka macam mummy dia.. ok jab nak sambung membayangkan muka MD ni sambil membayangkan adik berdansa & abang jatuh tergolek.. Ok la kelas kedua pun at least dia selesa kan belajar dalam kelas tu. Kalau duduk kelas elit dia rasa x best effect jugak mood dia nak kesekolah.. Erkk tadi kata nak sambung berimaginasi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Salah tekaan tu, Suria. Muka Adik Cute macam Daddy. Muka Bubbly Abang yang ada iras dengan Mommy ^_^

      Belum masuk lagi kelas kedua. Kelas kedua tu pun kelas elit. So tak kisahlah masuk ke tidak. Yang penting dia happy belajar dan habiskan pengajian sekolah rendah sudahlah!

      Hah! Pergi sambung imaginasi. Jangan buang masa ~_^

      Delete
  2. takpelah tak masuk kelas elit, buat stress je. kalau tak enjoy belajar and takde kelas agama pun tak baik juga. Comel je adik.macam hero cite kung fu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak akak ni pun bukan suka tekun belajar, Sal. Sukahati dialah janji keputusan exam takdalah menjunam teruk sangat. Lagipun baru sekolah rendah. Nantilah masa nak SPM barulah balun betul-betul sebab itu penentu nak sambung belajar ^_^

      Delete
  3. Emmm...air liur kalau dah tersangkut sangkut cenggitu mak percayalah mmg bizi sungguh tu gamaknya....

    Kalaulah boleh di terjemahkan perasaan adik cute tu mesti legalag gamaknya ye Kak Ton. Ingat tak ngeri ke nak naik pentas sambil menari.... nak bayangkan jap kalau kak Ton yg berdansa....macamanalah agaknya haha...

    Tahniahlah utk abang sebab dapat meningkatkan prestasi...Tak sia sia nampaknya ada mak ala ala tarzan haha....



    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang entah kenapa agaknya membusy pulak dah hujung-hujung tahun macam ni. Selalunya takdalah busy sangat pun. Ngengadalah office nih!

      Eh, office pulak yang dipersalahkan! Tempat mencari rezeki halal tu ^_^

      Adik kata masa nampak Mommy, terasalah sedih sikit tapi bila tak nampak Mommy, okey! Ada ke gitu...

      Anak Kak Ton tak hafal steps, samalah satu team semua pun dok toleh kiri-kanan tengok kawan sebelah masing-masing. Memanglah patut duduk satu team menari tarian Cina ^_^

      Kan, Mak! Tak sia-sia beribukan bini Tarzan. Asal silap sikit aje, praktis pitching!

      Delete
  4. "Masa depan bukan bergantung kepada kelas elit di sekolah rendah pun" aaa.. yang ni SB setuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan, SB. Tak kisahlah kalau jadi pelajar cemerlang di sekolah rendah. Yang lagi penting masa SPM tu nanti. Kenalah score supaya dapat sambung belajar, kalau mahu. Kalau tak mahu, carilah kerja. Janji boleh berdikari!

      Delete
  5. Yeayyy berjaga jugak adik cute menari lepas dah puas buat laihan dekat sekolah dengan rumah. Heheh. Tudiaaaa suara tarzan ye MD. Hahahah! Alahai dapat bayangkan macam mana sakitnya tu. Speedy recovery abang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah lama menghafal steps, akhirnya tetap juga tak hafal. Hahaha!

      Legalah Adik Cute dah beraksi di pentas. Kalau tidak, hari-hari nak kena tengok dia praktis sambil mulut membebel nak bercerita! Pening tau!

      Degil! Dah kata scooter tu tak sesuai untuk dia main tapi tetap juga nak main. Katanya lebih cepat keluar peluh. Hah, kan dah jatuh. Mommynya tambah sesepak dua kat muka ^_^

      Delete
  6. Lega da selesai berdansa ye..
    Hehe.. mesti comel masing2 yg keras kejung nk igt step tu..
    Mummy da bg greenlight tu, best la adik.. lagipun baru 5 tahun kan..
    Tp lewatnya dia pekse ye.. da berdansa baru exam.. biasakan lps exam baru bersuka ria.. hehe..

    Tahniah bubbly abg sbb dpt keputusan cemerlang.. tak masuk kelas elit pun xpe kan, yg penting abg happy nk belajar dlm kelas.
    Alahai.. kesiannya abg.. nasib baik da abis exam.. da nk cuti sekolah, xpe la mc ke cuti kan..
    Semoga abg cpt sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gelak aje Ira bila tengok keletah budak-budak ni menari di atas pentas. Agaknya masing-masing kali pertama berdansa, memang haru-biru jadinya. Tak tahan gelak tau tengok aksi mereka.

      Team tarian Cina Adik Cute sama aje kekdahnya - semuanya keras kejung atas pentas terkebil-kebil alahai. Takpalah, pengalaman pertama! Memang takda bakat menari, nak buat macamana (bagus jugak sebenarnya ^_^)

      Si abang happy ni sebab yang sama naik kelas dengan dia tahun depan adalah 'pembantu kanan'nya. Hahaha!

      Delete
  7. Tahniah eldest superhero.. semoga dapat keputusan yang lebih cemerlang selepas nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya teruslah kekal cemerlang. Nak UPSR lagi dua tahun nih. Kalau tak mahu belajar rajin-rajin, sukahatilah...

      Delete
  8. Apapun tahniah Bubbly abang. Alhamdulillah... tak perlu lah kita paksa sgt kan depa ni.. pantau & beri nasihat penting nya belajar. moga depa mengerti.. hihi..
    **alahai senyuman adik cute tu..mengancam habis... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Atie. Suruh dia belajar, tak mahu belajar rajin-rajin. Nasib baiklah dapat juga naik satu kelas lagi. Dah sampai situ kemampuannya, tak kisahlah. Nantilah masa SPM pulun habis-habisan. Sekarang ni pulun sikit-sikit aje ^_^

      Delete

Post a Comment