Selesai kerja...

Salam 4 Safar kawan-kawan!

Semalam my office tutup sempena cuti di Jepun. Makanya I pun ambillah kesempatan untuk menyelesaikan segala kerja yang tertangguh dek kerana cuti pun dah nyawa-nyawa ikan kalau nak diambil!

Dari pukul 10 pagi kami keluar rumah sampailah pukul 5 petang baru jejak kaki ke rumah semula ^_^

Oh, ya! Anak-anak pun I beri cuti istimewa sempena Jepun cuti kerana......

I kan gurubesar sekolah dan tadika tempat my anak-anak belajar ~_^

I guna alasan ni aje,

Kesiannya Mommy kena duduk rumah sorang-sorang ^_^

Dek kerana my superheroes pun anak-anak mithali dan mereka pun suka aje tak pergi sekolah memandangkan seorang dah habis year end exam dan seorang lagi tengah sibuk berdansa sempena nak konsert hujung minggu depan instead of belajar, maka I pun berilah cuti sehari ~_^

Dan kerana I dah berjanji nak bawa mereka keluar berjalan-jalan dan makan-makan, makanya kenalah janji dikotakan, bukan dipalsu-palsukan sentiasa... 

Oh, HD  takdalah! I pakat dengan my sister Ngah untuk jadi peneman! Ngah apalagi memang on aje sementara emak pun takda di rumahnya semalam dan Ngah sendirian aje termangu tak tahu nak buat apa (tapi kalau I tak ajak pun mahu Ngah melenjan sorang-sorang di Jalan TAR, favouritenya tu!)

And beri amaran siap-siap - entri ni memang tiada bergambar kerana fahamilah naluri ahkak yang sedang malas sekarang ni ^_^ Kita baca bebelan ajelah tanpa gambar ya. Harap baca hingga akhir, jangan main skip-skip ^_^

So, ke Sogolah kami kerana teacher tadika Adik Cute minta beli stokin warna hitam sempena nak berdansa masa konsert nanti (hah, nampak sangat motif saja nak pergi Sogo waktu orang bekerja!)

Sampai di Sogo, of courselah kita bersarapan dulu. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk tapi si Bubbly Abang kalau tak nampak ayam goreng, tak nak masuk. Tak selera! Hish! Geram!

Akhirnya jumpalah kedai jual nasi lemak dan seangkatan dengannya di Medan Mara. Doklah makan empat beranak. Dalam pada tak nak nasi lemak, termakan juga nasi lemak letak rendang kerang. Meletup-letup rasanya, sama juga dengan harganya ^_^

Satu hidangan nasi lemak dan ayam goreng mahu pun nasi lemak dan rendang kerang berharga RM9. Hah, murah ke mahal ni? Akak jual mahal di Karyaneka yang selalu I pergi menempel tu pun jual nasi lemak dan ayam goreng dengan harga RM4.50-RM5.50 ikut nasib muka 'mak datin' masing-masing!

Hidangan Ngah lagi best - nasi lemak+telur goreng+rendang kerang terus jadi RM10.50! I know, I know apa you all nak kata! Kerang dah makin nak pupus dan lagi nak merendang tu mereka tak guna periuk Noxxa, so banyak kerja. Dengan harga minyaknya lagi yang mahal melampau sekarang ni... 

Berbaloi-baloi-baloilahkan.....

Okey, I takmo dah komplen ~_^ Meluah perasaan aje nih...

Selesai bersarapan, teruslah ke CIMB Bank di sebelah Sogo tu. Nak tukar kad debit baru. My superheroes bila dengar aje itinerary Mommynya, teruslah macam aduh, aduh, aduh! Menyesal tak pergi sekolah/tadika hari ni!

Si Adik Cute tu baru aje nampak bangunan Sogo, terus mogok merajuk dalam kereta sebab Mommy janji nak bawa main kat Aeon kenapa pulak kena pergi Sogo - tempat paling tak disukai my anak-anak! Disuruhnya I berpatah balik, jangan masuk ke parking Sogo tu!

I pun berjanji manislah dengan anak-anak supaya hati mereka tak terus lara ^_^

Alahai, CIMB ni memang slow tahu servisnya! Begitu banyak kaunter yang ada, cuma satu aje yang isu kad baru! Itu pun celah belum nombornya bergiliran dengan urusan bank yang lain. Lama juga menunggu di sini tapi my anak-anak, dah I 'suapkan' supaya jangan buat hal memekak dalam bank tu, kalau tak mereka main hide and seek di sekeliling Mommy and MakNgahnya. Samanlah juta kali suruh diam, langsung tak peduli!

Selesai aje urusan di CIMB, kita proceed ke KWSP pulak untuk urusan yang lain. Aha, kat sini bagus. Laju aje staff buat kerja and peramah! Sama ramah dengan  I pulak ^_^ Siap sempat borak hal kawan si staff ni yang kahwin dengan Uzbek juga! 

Kebetulan bila ditengok ejaan nama my husband, dia pun tanyalah betul ke ejaannya tu. Langsunglah kita membebel sebab bila ditengok pada IC number my husband, memang bukanlah dari mana-mana negeri di Malaysia! Dalam pada buat pelbagai pertanyaan tentang KWSP, sempat lagi tu celah belum bercerita kisah kawannya ^_^

Hihihi... takpa! Ahkak memang jenis peramah ikut tempat juga. Kalau tak kena tempat, akak memang nampak penyombong orangnya ^_^ Kena admitlahkan sebelum kena kutuk ~_^

Selesai urusan di KWSP, kita berpatah balik ke Sogo. Time for ehem, ehem, ehem ^_^ Jenuh alahai nak mencari kasut sukan and kasut berjalan si Adik Cute (eh, bukan ke tadi misinya nak cari stokin hitam untuk konsert? hehehe...) Bila kita suka, takda saiz! Bila takda saiz, kita suka ~_^ Si kecil ni kalau suruh try, nak try dua-dua and jogging keliling tempat jual kasut tu nak tengok best ke tidak kasut yang dipakainya!

Pusing punya pusing, rupa-rupanya dah nak dekat pukul 2 petang tau. Tanya kat anak-anak nak makan apa. Masing-masing kata kenyang. Bila tanya sekali lagi nak makan kat McD tak? Masing-masing angguk nak!

Jomlah melawat McD ^_^

Keluar dari Sogo, hujan agak lebat juga masa on the way nak balik rumah. Tapi sebab dah berjanji dengan Adik Cute nak bawa pergi main kat Molly Fantasy, kenalah janji ditunaikan ^_^

So, jomlah pergi Aeon pulak....

Bila semua dah kepenatan, barulah kita balik ke rumah.

Oh, jadi emak-emak ni kalau penat balik berjalan, bukan boleh rehatkan badan dan minda tau! Kenalah uruskan rumahtangga dengan kadar segera sebab hampir seharian meninggalkan rumah. 

Alahai.... pakaian yang I jemur awal pagi semuanya basah dek hujan! Kenalah basuh semula dan jemur kembali pagi nih...

Kena masak lagi untuk HD maklumlah 'raja' di rumah ni sekarang tengah bervegetarian dan no karbo, no minyak bagai. Dah terlanjur masak untuk HD, I tanak jugalah nasi dan masak lauk untuk anak-anak and sambal sotong untuk diri sendiri ~_^

I is penat tau kalau seharian keluar rumah!

Itu ajelah nak cerita. Tunggulah mood mengarang datang semula entah bila. Kalau rajin, kita up entri. Kalau tak rajin, kita duduk diam-diam menuntut ilmu pulak ~_^

Bye!




Comments

  1. Seronok seharian terisi penuh walaupun mungkin menunggu di kaunter bank itu meletihkan juga...

    Selalu mak-mak kena bersabar dengan anak-anak...sesekali, anak-anak kenalah bersabar dengan mak-mak yang urusannya tak dapat disegerakan, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bercuti masa orang lain bekerja memang menyeronokkan, Kakcik. Tapi itulah, ada aje urusan yang nak dilakukan. Kalau nak menunggu hari biasa, memang kena ambil cuti. Jadinya, kita langsungkan sekali semuanya. Senang cerita.

      Kecil-kecil ni kenalah ikut kata emak. Dah besar nanti payah emak nak suruh dengar kata ^_^

      Delete
  2. Bila kita suka tak de saiz...bila ada saiz kita tak suka...

    Selalu cam tu kan....haahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalu pun macam tu. Memang tak best! Tapi dalam hati lega juga kadang-kala sebab jimat duit ^_^

      Delete
  3. Saya baca takde skip2 tau walaupun tanpa gambar hehehe, dah lega bila semua urusan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kalau saya malas, memang nayalah. Saya bantai menulis entri tanpa gambar. Nak buat macamana, katanya readers tegar gitu! Hahaha!

      Delete
  4. Esok hujung minggu, boleh lah bermalas malasan sikit..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, SB. Biasanya kalau dah hari Rabu bawa ke Jumaat, sifat bermalas-malasan dah muncul dalam diri tau ^_^

      Delete
  5. Tak sabar nak tengok hero buat persembahan atas pentas. Jgn lupa ambik gambar bebanyak. Tepek tak payah cerita pun tak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! Hari Ahad ni konsertnya. Nanti saya buat muka tak tahu malu ambil gambar anak aje. Maklumlah, anak kali pertama buat konsert katanya ^_^

      Delete
  6. amboi..mahal bebenor nasik lemaknya..
    yelah klo nak di kira pengankutan minyak naik..piyuk noxxa mahal. minyak masak naik. mahu2 jualan nasik lemak tu setahun baru pulang modal..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. So kira okeylahkan Kak Yon bayar nasi lemak rendang kerang RM9 seorang. Hahaha! Kita kena ambil kira semua tu. Kalau kita yang berniaga, macam tu juga calculationnya kot ^_^

      Lepas ni kena makan nasi lemak hasil air tangan sendiri ajelah kalau nak murah dan banyak kuantitinya! Takdalah kerja komplen jerk!

      Delete
  7. HD tak marah ke anak-anak cuti sebab Mummy dia suruh? Jepun cuti apa? Meraikan saya dah blah dari sana kot. Aish, sebut Jepun rindulah plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urusan anak-anak kan akak prinsipalnya. HD dengar kata aje. Hahaha!

      Jepun cuti apa ek hari tu. Lupa pulak sebab apa. Malaslah Sal nak buka kalendar balik tengok cuti sempena apa.

      Hah! Sebab Sal melawat Osaka, tahun depan akak tak dapat langsung cuti Jepun tau tak! Ni yang akak nak marah nih!

      Delete
  8. Dari CIMB ke KWSP, nasib baik anak-anak tak mogok lapar. Itinerary Mummy tak menarik langsung.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lepas makan sarapan tu. Lepas tu sogokkan dengan jajan. Sikit jerk. Janji mereka senyap masa Mommy tengah berurusan di kaunter CIMB/KWSP.

      Kalau mereka tahu itinerary ni dari rumah, dah tentu-tentu dua-dua pun tak mahu ikut. Masa keluar rumah tu kita katalah nak pergi main kat Molly Fantasy. Itu yang laju tu...

      Delete
  9. Patutlah semalam melayan WA mcm nak tak nak je rupanya tgh ehem...ehem ...kat Sogo.Ceh....Tanya kat mana, tak jawab takutlah tu mak skodeng dia.

    KWSP area situ kat mana Kak Ton ? Mak jarang sungguhlah hala area sana. Reject Shop kat bawah Medan Mara tu ada lagi?

    Macamanalah org yg keje kat sana kan Kak Ton. Sehari paling kurang mau belanja Rm20 untuk makan jer tu, kan ....kalau dapat bini terlampau rajin mcm Pak Jilap tu, mmg parah lah haha....

    Eleh ....peramahlah sangat, dlm blog jer tu peramahnya, realiti huh....harap muka terkejut jer lah haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wiwuuuuuuu ....Takkan betapa kot. Ngalahkan anak dia yg ambik SPM huh....

      Delete
    2. wuihhhhh..... baca buku ke?

      Delete
    3. Ada ke Mak menyapa dalam WA hari tu? Tak nampak pun....

      Sajalah tu nak buat cerita Kak Ton sombong! Hahaha...

      KWSP Jalan Raja Laut, berhampiran dengan stesen LRT kat Sogo tu, Mak. CIMB sebelah Sogo aje. Bab Reject Shop kat Complex Pertama tu rasanya ada lagilah kot. Tak perasan pulak. Tapi sekarang ni Medan Mara pun dah agak happening, Mak...

      Ish, tak tahulah Kak Ton Mak macamana depa survive. Bawa bekal gamaknya. Tak pun kongsi belanja masak bersama. Sedangkan makan kat area pejabat Kak Ton pun takdalah semahal tu... Kak Ton suspek guna periuk Noxxa ni. Itu yang mahal banyak!

      Eleh, Mak pun apa kurangnya! Kata aje peramah tapi bila jumpa malu-malu kucing gak jadinya. Ke Mak malu dengan Kak Ton? Kalau Mak buka mulut, dah tentu-tentu Kak Ton pun tak sayang mulut tau!

      Delete
    4. Laa... ni mesti rindu sangat nih. Sanggup tu dia keluar dari persembunyian sementara anak ambil SPM semata-mata rindu kat Kak Ton.

      Nak menyapa jugak!

      Delete
  10. Bila seharian keluar dihari cuti, rasa mcm tak cuti kan.. hehe..
    Syukur, semua urusan da selesai..urusan dgn bank ni kdg2 kene amik cuti, lama menunggu..
    betul la, servis kat kwsp mmg cepat, staffnya pun peramah.
    Hehe..stokin yg dicari dpt ke?
    Harga nasi lemak di kota metropolitan.. hehe.. blh mkn tghari harga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yang sebenarnya kalau cuti duduk rumah, lagilah tak rasa cutinya, Ira. Macam-macam kerjarumah nak dibuatnya padahal masa tengok balik senarai kerja, macam takda kerja tertangguh dari hari sebelumnya! Hahaha!

      Stokin dapat ^_^ Dah kata nak keluar cari stokin kalau tak beli juga, memanglah nak minta kena hempuk tau... ~_^

      Delete
  11. kita kalau baca orang pergi sana sini lebih dari 5 tempat satu hari.. tetiba macam rasa penat jugak. tak tau kenapa.. maybe sebab baca dengan penuh perasaan kot di tambah balik rumah kena settle kain baju masak bagai.. hahaha... ok sebab penat malas nak komen panjang2. nak rehat jab hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, 5 tempat ke? Akak tak kira pun sebab itinerary tu semua akak susun sendiri. Cubalah kalau orang lain yang susunkan, mahu akak monyok aje muka buat-buat menyampah! Hahaha!

      Eh, Eh! Boleh pulak gaya gitu mengomen! Hahaha!

      Delete
  12. jepun cuti office pun cuti? wahhh bestnyer...budak-budak kalau McD memang laju...cuba bagi petola, bayam peria haaaa

    mahalnya lah kan harga makanan sekarang huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu pun, cikgu. Sesekali aje. Itu pun kalau dikira cuti Malaysia tak cukup, barulah kita ambil cuti Jepun juga. Tapi yang selalunya, cuti kat Malaysia ni lebih dari cukup! Tahun depan takda cuti Jepun katanya! Sadis sungguh!

      Hahaha...kalau beri petola ke, bayam ke, Mommy mereka pun tak makan!

      Delete
  13. Saya suka baca entry takde gambar..feeling baca novel je.. hehe... Lepas ni up entry kurgkan gambar pun xpe..ai suka... Hehe..cepat sikit blog loading..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga orang macam ni ya, Maria. Biasanya kalau tak bergambar ni orang kata boring. Bosannya tengok banyak sangat tulisan, macam baca novel. Hahaha!

      Delete
  14. ticer anak saya pun suruh beli baju merah dan seluar hitam ni. hujung minggu lepas tak sempat nak cari. harap sempatlah esok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahulah anak saya pakai pakaian macamana masa konsert ni. Cikgu suruh pakaikan aje uniform tadika, nanti kat hotel mereka tukar pakaian.

      Kalau si abang dulu tahun pertama pakai baju sukan basketball dan tahun kedua pakai baju ala-ala petani. Bab adik ni entahlah tak tahu apa cerita!

      Delete
  15. Kslau yang bekerja terasa mahalnya MD..yang pencen mcm acik ni lagi la..terasa sangat sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang terasa mahal, Acik. Tak tahulah macamana orang lain. Pegang duit dalam tangan tiba-tiba tengok dah tak berbaki langsung. Nak kata tak berkat, tak juga. Ni semua bahana harga barang melampau-lampaulah nih!

      Delete
  16. Tudiaaa sekali dapat cuti terus settlekan semua benda. Hehehe. Nasi lemak ke apa apa makanan dalam mall tak pernah tak mahal. Hahha ! Sebab tu Nani kalau berjalan duit banyak jugak untuk makan saje. Eheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Kalau makan dalam shopping mall, memang harga mahal kita patut expect dari awal. Tak payahlah terkejut sangat, ya tak? Hahaha!

      Selagi mampu menikmati makanan, spend duit untuk makan apalah salahnya. Nanti-nanti dah kertu, ada duit pun tak boleh nak rasa nikmat makan! Just berpada-pada aje sudahlah...

      Delete
  17. lamanya MD tak update ni. pi jalan mana pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ni hah, Raihanah! Tak pergi mana-mana. Saya sibuk bekerja dua hari pertama minggu ni. Lepas tu cuti pulak sebab harijadi anak. Ada aje nih... ^_^

      Delete
  18. seharian ronda ya MD. cuaca panas pun tak kisah. Klu ikutkan kira mahal gak harga makanan tu MD. tapi tulah, dulu2 pernah makan area2 sana tu memang mahal kan. SOGO, Jln Tar tempat meronda juga zaman muda-muda. Round sorang2 pun boleh. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka,apa cabaran pun tak kisah, Atie. Cubalah kalau tak suka, mulalah buat muka seposen, penat memanjang ^_^

      Saya pun rasa macam mahal sebab tempat saya selalu bersarapan di pejabat tu, takdalah macam ni punya harga walaupun menu yang sama.

      Sekarang ni Sogo, Jln TAR, Medan Mara semua dah lain rupanya. Saya pun jarang ke area sini sebab selalu sangat kena bersesak kalau di hujung minggu. Ni pun nasib baik terjah masa saya aje yang bercuti kat Malaysia ni. Hehehe...

      Delete
  19. Molek benolah si kak Ton dan mak okje ni berkawan, dua2 kaki nguko jalan ropenya, haha..den ni jenis tak sayang mulut nih.
    Takpelah penat sikit, janji srmua urusan selesai, apa yg dihajati dpt dicari, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan itu sahaja sebenarnya. Ada banyak lagi persamaan yang tak elok antara MakJilap ngan Kak Ton ni kalau nak tahu. Itu yang kekal jadi jiran sebelah. Dua-dua pun 'sengit' . Hahaha!

      Errr...dapat! Mana boleh tak dapat! Penat berjalan dari pagi sampai ke petang!

      Delete
  20. Wah bagusnya HD.. saya nk contohi gaya pemakanan HD la.. mana tahu lepas beberapa minggu kembali berat ke 45kg.. huuu.. ingat mudah ke? Haha.. kan, saja cakap buat sedapkan hati sendiri..

    Amboi motif ke jalan TAR, besarnya hajat tu.. huhu.. saya pulak, asyik lupa je sehinggala semalam baru keluar cari jeans hitan utk konsert naim. Maknya ni asyik buat keje lain sebelum ni.

    Seronokla MD dapat ke sogo dan jalan tar selalu.. rasanya saya ni dah lima tahun tak jejak area tu.. last pergi masa naim kecil rasanya.. lepas tu tak sanggup pergi dengan dua ank kecil.. ni dah tiga lagi ler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius, tahan HD berdiet makan sayur aje. Langsung tak sentuh karbo. Hari-hari minta buatkan menu sayur-sayuran aje!

      Besar apa hajatnya tu AN nak berjalan ke Jalan TAR. Bukan senang nak sampai ke Sogo kalau bukan pada hari bekerja! Hujung minggu memang tidaklah, tak sanggup saya.

      Saya ni ada habit. Sejak anak kecil dulu saya memang tak suka bawa anak kecil ke shopping mall untuk bershopping. Saya rasa terseksa, paknya rasa terseksa dan saya rasa anak kecil saya masa tu pun rasa terseksa juga. Lebih baik kita duduk rumah!

      Delete

Post a Comment