Salam 21 Safar kawan-kawan!
Hari ni I terlebih rajin ya makanya, kita uplah dua entri sehari ^_^ Actually sejak malam semalam I bertambah rajin menghadap my blog. Tapi biasalah bila dah malam ni, sempat draft sikit-sikit aje, lepas tu tengok Gegar Vaganza ~_^
Di Malaysia ni memang takda canlah kita nak tengok school meal percuma di sekolah tapi kalau I tak silap masa zaman persekolahan rendah I dulu, macam ada aje makanan free gaya gini. I ingat-ingat lupalah makan guna tray ni. Ke masa I kat boarding school kejadian makan percuma ni berlaku di dewan makan?
Tapi entah mengapa I duk teringat sayur hijau masak air... lupa pulak sayur apa! Yang pasti ada aje sayur tu dalam pinggan! Jadinya, kalau kejadian ni masa di boarding school, tak akanlah ahkak ambil sayur masuk pinggan/tray sendiri! Ahkak bukan 'penyayur' orangnya, maka tidak logik pulak rasa ingatan itu ~_^
Sila maafkan ahkak sebab akak dah terlanjur......... usia !
Lupa dah ~_^
Marilah kita tengok apa anak-anak di seluruh dunia ni makan ketika rehat di sekolah mereka...
Yang mana agaknya paling sedap di mata you all ya?
Kalau sedap di mata kita, tak bermakna sedap pada pandangan mata anak-anak kita, right, right, right?
Ini semua percuma ya, sekolah yang menyediakannya ^_^ Jadi, bergantunglah pada bajet tapi tengoklah di negara seperti Jepun dan Korea, memang nak kasi seimbang habis ler... ~_^
Paling best di Korea kalau ada anak-anak yang tak cukup berat/kurus melidi, mereka akan diberi minyak ikan (tengoklah dalam gambar tu...)
Dan di Jepun pulak, tiada vending machines di kantin dan anak-anak ni tak makan di kantin. Mereka akan memakai white coats, ambil makanan dan makan di kelas masing-masing! Bagusnya anak-anak kecil Jepun ni ikut peraturan tapi cubalah lepaskan ke Malaysia, entahlah tak tahu apa jadi ~_^
Kalaulah makanan diberikan percuma macam ni di sekolah-sekolah kita, memang hari-hari nak pergi sekolah rasanya! Makan beramai-ramai tu best apa ^_^
Tetiba teringat kenangan lalu bila makan sedulang ketika ada majlis di sekolah agama ^_^
Itu ajelah nak dikongsi bersama.
Sumber dari sini.
Hari ni I terlebih rajin ya makanya, kita uplah dua entri sehari ^_^ Actually sejak malam semalam I bertambah rajin menghadap my blog. Tapi biasalah bila dah malam ni, sempat draft sikit-sikit aje, lepas tu tengok Gegar Vaganza ~_^
Di Malaysia ni memang takda canlah kita nak tengok school meal percuma di sekolah tapi kalau I tak silap masa zaman persekolahan rendah I dulu, macam ada aje makanan free gaya gini. I ingat-ingat lupalah makan guna tray ni. Ke masa I kat boarding school kejadian makan percuma ni berlaku di dewan makan?
Tapi entah mengapa I duk teringat sayur hijau masak air... lupa pulak sayur apa! Yang pasti ada aje sayur tu dalam pinggan! Jadinya, kalau kejadian ni masa di boarding school, tak akanlah ahkak ambil sayur masuk pinggan/tray sendiri! Ahkak bukan 'penyayur' orangnya, maka tidak logik pulak rasa ingatan itu ~_^
Sila maafkan ahkak sebab akak dah terlanjur......... usia !
Lupa dah ~_^
Marilah kita tengok apa anak-anak di seluruh dunia ni makan ketika rehat di sekolah mereka...
Di Finland |
Di Iran |
Di Jepun |
Di South Korea |
Di Rusia |
Di Thailand |
Di Turki |
Di USA |
Di Perancis |
Di Hungary |
Di UK |
Yang mana agaknya paling sedap di mata you all ya?
Kalau sedap di mata kita, tak bermakna sedap pada pandangan mata anak-anak kita, right, right, right?
Ini semua percuma ya, sekolah yang menyediakannya ^_^ Jadi, bergantunglah pada bajet tapi tengoklah di negara seperti Jepun dan Korea, memang nak kasi seimbang habis ler... ~_^
Paling best di Korea kalau ada anak-anak yang tak cukup berat/kurus melidi, mereka akan diberi minyak ikan (tengoklah dalam gambar tu...)
Dan di Jepun pulak, tiada vending machines di kantin dan anak-anak ni tak makan di kantin. Mereka akan memakai white coats, ambil makanan dan makan di kelas masing-masing! Bagusnya anak-anak kecil Jepun ni ikut peraturan tapi cubalah lepaskan ke Malaysia, entahlah tak tahu apa jadi ~_^
Kalaulah makanan diberikan percuma macam ni di sekolah-sekolah kita, memang hari-hari nak pergi sekolah rasanya! Makan beramai-ramai tu best apa ^_^
Tetiba teringat kenangan lalu bila makan sedulang ketika ada majlis di sekolah agama ^_^
Itu ajelah nak dikongsi bersama.
Sumber dari sini.
Nasi lemak juga tetap di hati. Bestnya dengan pedas lemak dan kerangupan kacang dan ikan bilis.
ReplyDeleteKeharuman daun pisang. Perfect
Ishhh... jangan disebut-sebut nasi lemak. Nanti meleleh air liur walaupun pagi tadi baru aje melantak nasi lemak juga ^_^
DeleteKalau menu makan di sekolah nasi lemak pun best juga ya. Antara yang rajin makan di sekolah dah tentu anak bujang saya tu. Peminat fanatik nasi lemak + ayam goreng! Kalau tak sekat, memang bertambah kesadoannya!
Suka tengok gambar makanan. In my eyes, the one from Iran (looks like kebab), Korea and Thailand (ada kari) nampak sedap. Turki punya, I think I will kebuluran. Finland, Russia, USA, Perancis, Hungary and UK, I tak lalu makan.
ReplyDeleteKalau sekolah kat sini buat cam tu, would be nice but some of this budak-budak might not like the school food. I remember having food at the sekolah berasrama penuh in KT. Pakai tray. Seronok juga because on Friday ada nasi minyak.
You orang di dapur memang suka tengok gambar makanan ya. Eh, I should rephrase statement ni ~ You sama macam I, suka makan maka suka tengok gambar makanan. Tak gitu ke, PH? Hehehe!
DeleteAll the balanced and healthy food memang akan buat I kebulur juga tau! No worries, you have me kalau you asyik teringin nak makan. Kita serupa..... ^_^
Sebenarnyakan, kalau takda sambal belacan or takda cili merah kelihatan, I tak lalu nak makan! Walaupun tak lalu nak makan, gambar di atas tu masih lagi tempting to me, mak-mak budak nih.... Camna nak buat ek?
Ishhh...betulla you terlebih rajin hari ni, entri tadi pun lum sempat laie den kasi komen dah kuar entri baru, satu perkembangan sihat ni, harus dicontohi ni.
ReplyDeleteWow, kalo menu cenggini la, dahla cantik, free lak tu, mau den hambat ank den pegi sekolah jgn cuti walau sehari ni. Tapi tahun ni susu free pun dah tak dapat tau. Dulu ank2 den bawak balik dua tiga kotak sorang, simpan dlm freeze jadi aiskrim, sedap gak.
Itu petanda esok kemungkinan besar takda entri. Kita ni kalau tetiba rajin up entri lebih daripada satu bermakna tengah berangan lebihlah ni, kerja kurang. Hahaha!
DeleteKalau menu cam ni, kita kasi tupperware kosong kat anak kita. Agak-agak tak habis makan, kita suruh tapau je bawa balik rumah. Senang kerja kita, tak payah susah-susah fikir nak masa apa untuk dinner tau. Nampak tak kerajinannya di situ?
Jelas nampak, haha
DeleteNasib baik nampak jelas. Itu guna bahasa dengan maksud tersirat sebenarnya. Hahaha!
Deleterajin sungguh kak ton!!! kalau makan menu macam ni memang slim la jawabnya
ReplyDeleteKak Ton tengah rajin hari ni, Dik. Hari Kak Ton tak rajin, singgahlah juga baca entri lama hasil kemeroyanan Kak Ton!
DeleteKan! Kalau tinggal kat Jepun ke, Korea ke, Turki ke, memang tak dan badan nak membesar ^_^
Ha a zaman kita kecik mmg ada makan tambahan ni. Alah....mcmlah kita ni bukan sezaman kan.... Kalau sekolah mak utk anak anak yg kurang berada. Macamlah mak kaya sangat masa tu ek, padahal abah mak penoreh getah jer pun tau, tp tak terpilih. Mungkin murid sekolah mak masa tu ada yg lebih susah kot. Tp tulah, mereka yg dpt makanan ni dulu dulu sebelum rehat dah kena beratur sambil bawak pinggan oren. Rasa jeles jugaklah tak dpt makan free masa tu ....
ReplyDeleteMak ai bukan main mewah diaorang punya makanan tambahan ek. Mcm sedap jer. Betullah Kak Ton kalau cenggini punya menarik, mmg rajin nak ke sekolah gamaknya bebudak ni.
Kat Thailand tu mesti lauk tomyam ek...
Chinese ni suka makan bunga teratai ek. Sedep ke?
Yalah, Mak. Masa zaman kita dulu (yalah kita sezaman, pura-pura lupa pulak dah!) rasanya memang ada makan free kat kantinkan. Kak Ton tak pernahlah merasa sebab Mak Kak Ton dah siap-siap tunggu kat kantin bawakan bekal. Kalau tak nampak emak, nanti Kak Ton nangis siap-siap! Hehehe!
DeleteKalau tak silap, masa tu pun ada juga bihun goreng bagailah, Mak. Eh, macamlah Mak dan Kak Ton satu sekolah pulak. Lupa mu di Muo, den di BP ^_^
Tapi Kak Ton ingat betullah sayur masak air tu. Kangkung kot! Ke sawi! Tak tahulah kenapa melekat dalam fikiran walaupun tak pernah makan!
Kalaulah ada makanan free macam ni kat sekolah, tentu jadi tarikan juga untuk anak-anak datang sekolah!
By the way, HD merasa free school meal kat sekolah katanya. Hari-hari boleh pilih lagi nak makan apa, maklumlah penat belajar sejarah Soviet katanya ^_^
eh..rajin betul update entry.saya juga yang tak sempat. tapi tengah rajin ni rasa ngantuk plak..haha. Napelah sekolah kat Malaysia tak bagi minyak ikan, takdelah saya kurus melodi..eh melidi.
ReplyDeleteIni hari akak tengah rajin, Sal. Hari akak tak rajin, merangkak nak menaip entri baru tau ^_^
DeleteHari tu masa pergi Jepun, tak dapat minyak ikan kod ke? Hahaha!
Di malaysia ni junk food bersepah. Dulu kat kantin sekolah pun ada jual. Sekarang tak taulah lagi.
ReplyDeleteGaya hidup sekarang ni memang lah nak instant segala. Makanan pun instant aje. Semua dah siap dalam peket.
DeleteKecoh jugakan dulu pasal jual junk food kat sekolah tapi saya pun tak pasti sekarang ni masih ada lagi ke kantin sekolah jual junk food. Anak bujang saya sekolah Cina, so saya dah 'haramkan' siap-siap beli makanan di kantin ^_^
Dah lah free, makanan pun portion banyak. Untung perut macam ni, duit pun jimat. Hehehe :) Kalau tengok mostly makanan diorang semua sihat sihat eh, semua ada sayur. Nani ni dedulu masa duduk asrama, bila nak ambik lauk mesti skip bahagian sayur. Hahahaha! Dah besau ni baru lah mula berjinak jinak makan sayur. Kahkah :p
ReplyDeleteKalau dapat free meal kat universiti, lagilah teruja nak belajar sungguh-sungguhkan, Nani. Barulah cerah masa depan ^_^
DeleteNampaklah keseimbangannya di situ tapi kalau kat Malaysia ni ada free meal, agak-agaknya apa menu yang paling sesuai? Hahaha!
Alahai, Nani! Akak ni bukan aje masa duduk asrama, sampailah ke hari ni tak makan sayur tau!
kita ni MD kalau takde rasuah, banyak je duit boleh buat macam2 especially buat menu sihat percuma mcm ni. sedihnya kan. anyway saya suka yang turki. ala2 detox gitu. hahah
ReplyDeleteYang Turki tu nampak macam healthy sangat tapi saya ni, rasanya kalau dapat free meal zaman sekolah tetap juga nak nasi campur ^_^
DeleteMak aiii makanan depa MD.. punyalah sedap & seimbang .. tertarik dgn makanan utk anak2 di Jepun & Korea tu kan.. siap bagi minyak ikan klu budak2 nmpk tak sihat ye.. Jepun rasanya terbaik gak dlm serba serbi.. dgn akhlak anak2 depa lagi.. disiplin sgt! teringin nak kesana nti..
ReplyDeleteKlu anak-anak Pra Sekolah kerajaan rasanya, depa bagi lagi makanan percuma MD.. tapi tulah, kadang menu pun..ermm sedih... huhu
Itulah, negara macam tu memang menitikberatkan keseimbangan makanan. Kalau kat Malaysia ni, pilihan apa yang kita ada, nak murah dan sedap? Hahaha!
DeleteTak tahulah sekolah rendah sekarang ni masih ada lagi ke makanan tambahan? Bab susu sekolah tu adalah kotnya yerk!
Entahlah ya. Mengantuk ke tidak. Tapi kalau dilihat, kebanyakan mengamalkan pemakanan seimbang. Kalau makan nasi lemak, aha mungkinlah mengantuk lepas tu. Macam saya ~_^
ReplyDeleteCH masa sekolah rendah dulu dpt juga mkn percuma ni..
ReplyDeleteMaklumlah ayah kita bukan guru besar 😆
Abah kita PAR ajer.. pembantu am rendah jer 😌
Namun bersyukur yg amat sgt dapat juga mkn kan..
Jepun dan Korea memang menu seimbang dan sihat sgt..
Teringat pula anak2 di Syria.. plastine dan mymar yg tiada makanan tu...😢😢
Alah, CH dengan saya tu kira sezamanlah. Tapi tak ingatlah ada ke makanan percuma masa tu? Rasa macam ada tapi rasa macam tak ingat. Hahaha!
DeleteAhah! Dah CH sebut di sini, terfikir juga saya ya. Kita ni sibuklah seimbang ke tidak anak-anak ni pemakanannya tapi nun di sana, pedulilah seimbang ke tidak! Yang penting dapat meneruskan kehidupan. Kalau jumpa sebutir nasi pun rembat masuk mulut demi hidup!
Insaf sekejap!
Eat Healthy. Interesting blog.
ReplyDeleteFollow each other.
Oh, thank you so much!
Deletewahhhhh meriahnya tengok school meal dorang. free pulak lagi tu. berkhasiat dan sihat. kalau masa kira dlu ada RMT namanya. Rancangan Makanan Tambahan. tapi sekarang tak sure ada ke tidak lagi. dulu kalau hari tu kawan yg patut dapat RMT cuti, ktorang merasa lah ambik RMT dia. kira dulu tak dapat RMT. best jugak makananya. tapi selalunya dapat air kotak la kalau air. makanan apa yang ada dekat kantin.
ReplyDeleteOh, yes! RMT! Barulah teringat.
DeleteOh boleh ya kalau kawan yang dapat RMT tu takda, kita 'rembat' makanannya! Barulah tahu. Apa yerk pilihan makanan yang ada masa zaman Kira ni. Mestilah lagi best daripada zaman akak dulu-dulu kotnya!
Kalau di pra sekolah masih ada lagi diberi makanan free macam ni, MD. Anak saya dulu Pra, pagi2 dapat minum susu, roti dan buah. Waktu rehat ada lah nasi lemak ke, bihun ke, mee ke. Macam tu lah lebih kurang. Jadi saya takdelah runsing anak bila anak tak sempat sarapan.
ReplyDeleteBila di sekolah kebangasaan murid2 tertentu je dapat! Mcm Kira cakap tu - RMT.
Masa tgk gambar2 kat atas tu, saya scroll laju2 ingatkan ada terselit makanan Uzbek! T__T
Pra sekolah tu maksudnya tadika kemas dan pra di sekolah rendah tu ya?
DeleteTapi anak saya yang di tadika pun masih lagi ada free meal. Maklumlah dah bayar sikit punya mahal takda makan free, memanglah omaknya naik angin nanti!
Hahaha! Tu kan ada gambar makanan dari Rusia. Samalah lebih kurang aje makanannya tu, KB.
Nanti kalau mak mertua saya datang, kita suruh dia main masak-masak lepas tu kita up entri makanan Uzbek ya ^_^