Salam kawan-kawan!
Macamana hujung minggu baru ni? Jauh mengukur jalan? 😃
I sekeluarga tak ke mana-mana. Malaslah nak keluar hujung minggu baru ni dek kerana perhimpunan tu semua. Tentu jalan jem ( I assume...) dek kerana sana-sini tutup. Apa dapat join perhimpunan ni semua? Buang masa dan tenaga aje. Oh, I bukan minat politik ni so tak payahlah nak berdebat tentang ini...
Dah terlanjur hari Sabtu duduk di rumah sepanjang hari, maka hari Ahad pun malas nak keluar dibuatnya. Beli barang untuk memasak aje, itu pun pergi supermarket dekat dengan rumah. Malaslah nak keluar jauh-jauh macam selalu.
I ni kan kalau tak keluar rumah, memang memasaklah. Nak buat macamana. Nanti kebulur pulak seisi rumah sebab I malas masak! Walaupun begitu, I ni bukan macam emak-emak lain yang rajin di dapur. Ikut mood juga sebenarnya. Datang mood tak rajinnya, jangan haraplah I akan berada di dapur lama-lama. Most of the time, macam tulah.
Nasib baiklah my superheroes cerewet belaka. Senanglah sebenarnya kerja memasak ni sebab mereka tak akan request menu yang luar biasa 😛
Di rumah ni kalau memasak untuk anak-anak, memang mudah. Tambah mudah sekarang ni sebab Hubbydearie pun nak jadi vegetarian kononnya, maka makin mudah my kerja memasak...
Tengoklah menu hidangan untuk anak-anak,
Mudahkan!
Tak payah bubuh sayur- mayur bagai. Tak perlu fikir nak letak udang, sotong, fishball, fishcake selain daripada isi ayam! Semua pun mereka tak suka makan. Kalau nak letak juga, merasalah makan sendirian sambil nangis-nangis tepi meja! Kalau boleh, bawang pun mereka tak beri letak. Biarlah togel... 😄
HD pulak sekarang ni memang tak makan nasi, ayam, ikan mahu pun daging. Tahan sungguh HD berpantang! Semua nak sayur aje sama ada digril, direbus dan sebagainya. Ada masanya bila malas, I guna juga minyak terutama macam ni...
Sesekali I psiko juga suruh makan pelbagailah sikit tapi tetap tak berjaya 😄
Kalau bab kentang tu, bolehlah I tumpang sepinggan sambil sibuk asingkan bawang, tomato bagai di tepi pinggan. Yalah, I minah kentang aje, lain tak makan!
Kentang di rumah ni memang masuk dalam segala hidangan kalau dah buntu sangat tak tahu nak masak apa yang cepat untuk HD. Habis semua hidangan diletak kentang 😏
Sekarang ni memang mudahlah. Kalau dulu kena sediakan sekurang-kurangnya tiga, empat hidangan sekali makan - satu menu HD, satu menu anak-anak dan satu atau dua menu lagi hidangan bersama. Sekarang ni senang aje, satu menu untuk HD, satu menu untuk anak-anak dan I sendiri pandai-pandailah nak hidup.
Kalau setakat untuk I ni, nasi putih, telur hancur dan ikan bilis goreng pun jadi. Sedap aje makannya. Tak pun sesekali pekena ni...
Jenuh juga nak menghabiskan sampai berpuluh kali makan pun ikan masinnya tak juga habis-habis!
Sudahlah masa nak menggorengnya, semua tutup hidung tak mahu cium bau. Bila nak makan pun kena jauhkan dari meja makan, takut ada yang tak jadi nak makan! Teruk betul tau!
Hidangan syok sendiri macam ni pun dah lama berlalu, tak dibuat lagi 😡
Kalau dibuat ikut anak tekak si tukang masak yang malas, memang jenuhlah nak kena simpan pulak untuk dibawa sebagai bekal ke pejabat!
Uhuh, tak sanggup den!
I bet hidangan you all semua mesti lagi best terutama sekali chef-chef tersohor dalam blog 😉

Menu pujaan tika dan saat ini. Asal kata tak mahu nasi, inilah yang diminta! |
Lupa bila kali terakhir membuatnya kerana anak-anak sudah jemu. Asal kata nak buat mi goreng togel, memang semua pun pandang ke lain *_* |
Makaroni goreng siap bubuh kari lagi sedap anak-anak suka pedas. Itu pun Adik Cute aje yang suka, Bubbly Abng kurang banyak sukanya! |
Mudahkan!
Tak payah bubuh sayur- mayur bagai. Tak perlu fikir nak letak udang, sotong, fishball, fishcake selain daripada isi ayam! Semua pun mereka tak suka makan. Kalau nak letak juga, merasalah makan sendirian sambil nangis-nangis tepi meja! Kalau boleh, bawang pun mereka tak beri letak. Biarlah togel... 😄
HD pulak sekarang ni memang tak makan nasi, ayam, ikan mahu pun daging. Tahan sungguh HD berpantang! Semua nak sayur aje sama ada digril, direbus dan sebagainya. Ada masanya bila malas, I guna juga minyak terutama macam ni...
Sesekali I psiko juga suruh makan pelbagailah sikit tapi tetap tak berjaya 😄
Kalau bab kentang tu, bolehlah I tumpang sepinggan sambil sibuk asingkan bawang, tomato bagai di tepi pinggan. Yalah, I minah kentang aje, lain tak makan!
Kentang di rumah ni memang masuk dalam segala hidangan kalau dah buntu sangat tak tahu nak masak apa yang cepat untuk HD. Habis semua hidangan diletak kentang 😏
Sekarang ni memang mudahlah. Kalau dulu kena sediakan sekurang-kurangnya tiga, empat hidangan sekali makan - satu menu HD, satu menu anak-anak dan satu atau dua menu lagi hidangan bersama. Sekarang ni senang aje, satu menu untuk HD, satu menu untuk anak-anak dan I sendiri pandai-pandailah nak hidup.
Kalau setakat untuk I ni, nasi putih, telur hancur dan ikan bilis goreng pun jadi. Sedap aje makannya. Tak pun sesekali pekena ni...
Jenuh juga nak menghabiskan sampai berpuluh kali makan pun ikan masinnya tak juga habis-habis!
Sudahlah masa nak menggorengnya, semua tutup hidung tak mahu cium bau. Bila nak makan pun kena jauhkan dari meja makan, takut ada yang tak jadi nak makan! Teruk betul tau!
Hidangan syok sendiri macam ni pun dah lama berlalu, tak dibuat lagi 😡
Kalau dibuat ikut anak tekak si tukang masak yang malas, memang jenuhlah nak kena simpan pulak untuk dibawa sebagai bekal ke pejabat!
Uhuh, tak sanggup den!
I bet hidangan you all semua mesti lagi best terutama sekali chef-chef tersohor dalam blog 😉
betul, mudah je masak utk anak2. depa tak cerewet pun
ReplyDeleteAnak-anak ni tak cerewet pun bab makan tapi kalau mereka cerewet sekali pun, mudah juga kerja kita sebab apa yang mereka suka makan tu limited sangat ^_^
Deletesenangnya hidup MD takyah pikir nak masak yg kebabom kan. Tak perlu pening2.
ReplyDeleteHidup saya seharian pun gitu, simple2 ajer. Satu lauk, satu sayur dan satu sup utk si kecik! kdg2 lauk dan sayur campur sekali jd satu hidangan!
Hari biasa memang tak perlu fikir panjang bila nak masak. Kadang tu bila fikirkan cerewetnya anak bila nak makan, pening juga dibuatnya. Tapi bila dah biasa, masak ajelah apa yang mereka suka sampai mereka jemu. Lepas tu boleh tukar menu baru! Senang betul!
Deleteperghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kak!!! sekali ko up pic menu2 ko kak...berjejes2 ailiyooo ni...kumpul2 mau sebaldi ni tadah ni hahaahahahaah...
ReplyDeletekak ko jgn dengki kak, ko kene bagi sokongan kat cik husben nak diet tu.... diet tuk sihat...tapi diet tu nampak hensem kite kene same2 benteras kak hahaahahahaah...zaman skrang mcm2 leh jadi...anak dare pun geletis semacam bukan kire laki org...hahahaahahaah...
anak2 lieya jenis tak cerewet kak..sbb maknye mcm singa..rules kat umah salah satunye ape yg mak ko masak kene abiskan hahaahahahaah....bunyi kejam tapi pedulik ape aku kak yg penting aku penat2 masak korang abiskan hahaahahah
Haiyo! Come onlah, Lieya. Saja ajelah ni! Ni mesti tengah puasa sunat nih!
DeleteLieya yang begitu pakar tak akanlah terliur setakat tengok lauk biasa-biasa aje ni. Akak ni masa buat lauk sebegini rupa memang selalu terfikir tau, kalau lauk macam ni dihidang di rumah orang lain, memang tak lalu nak makan dah! Hahaha!
Akak beri sokonganlah ni. Sebab itulah instead of HD masak sendiri segala menunya, akak tolong masakkan walaupun penat juga tahu dok mengasingkan lauk untuk suami dan anak-anak dan mostly lauk HD memang kami tak sentuhlah! Tak terliur pun ^_^
Yang itu memang betul. Anak dara ke, mak dara ke, janda tak dara ke, semua pun sama. Pantang lepa, laju aje offer diri zaman sekarang ni! Kenalah jaga-jaga! Hahaha!
Akak cuba juga buat undang-undang macam tu. Apa akak masak, kena makan. Tapi lagi akak buat macam tu, lagi tak makan. Tak cukup singa agaknya. Tu hidangan yang kat bawah tu, mereka berdua sanggup makan nasi putih dengan kicap aje lepas tu kata dah kenyang! Akaklah nangis-nangis kena simpan sakibaki lauk buat bekal akak sendiri esok harinya tau! Tak ke sadis!
Apa ni jawab komen dh sepanjang satu entry? Huhu.. dh kira ada 4 entry dlm 1 ni
DeleteSebab itulah menang anugerah khas juri ^_^ Nampak tak kenapa Kak Ton sorang aje calonnya dan MENANG? (Kak Ton tengah marah ni sebenarnya... hahaha)
DeleteHabis tu orang dah borak komen, kenalah borak jawab juga dalam komen, AN ~_^
Dua buah hati MD sah-sah ikut mummy dia tak suka sayur. Kalau ada anak perempuan agaknya ikut HD kan.. Kalau kakak pulak ni biar macamana pun sayur kena ada kalau tak pun ulam baru ok.
ReplyDeleteYang besar tu memang lagi teruk daripada saya tapi yang si kecil tu moderate sikit, kak. Adik Cute boleh aje makan tomato, makan sup sayur untuk Daddynya tapi si Bubbly Abang, jangan haraplah. Dia sanggup mengaku kenyang lepas tu jenuh selongkar cari makanan lain lewat malam!
DeleteAnak anak tak cerewet makan. Senang :) Kalau cerewet tu yang susah. Masak ini, ada pulak yang tak suka
ReplyDeleteYang sebenarnya anak-anak saya picky eater. Itu yang jadi senang sebab mereka akan makan menu kegemaran sampailah jemu. Bila dah jemu, boleh tukar menu. Senang kerja saya memasak di dapur. Dahlah Mommy mereka ni pun bukan suka berlama-lama sangat di dapur ^_^
Deleteassalam mommy
ReplyDeletemeriah hidangan dihujung minggu sempena perhimpunan tak diundang tu kan..
kene ada sokmo perhimpunan ni, baru lah mommy x ngukur jalan jejauh. hihihi
alahai senangnya kan memasak bila memasing ada selera memasing tp jenuh jugak lah kan..
betul betuk sama mcm saya. utk diri sndiri makan apa yg ada. x kisah.
pppssttt: mommy, dlu mommy pnh tnya ikan pekasam kan. kalau su nk bg nk tak? abg sepupu ada bawa.. nak merasa boleh lah. mommy kja dkt area mana.. ada masa blh tlg hantaqkan..
su cuma ingt alamat ari tu area jln tun razak, to bangunan ape ye?
Wa alaikumsalam!
DeleteMana ada meriahnya, CikSu. Ni spesies orang malas masuk dapur punya menu. Cuba tengok yang rajin ke dapur, terliur-liur meleleh air liur dibuatnya tau! Kalau setakat macam ni buat CikSu, pejam mata pun dah siap!
Kalau difikirkan ada bagus juga mereka picky eater. Senang kerja Mommynya yang malas. Masak satu jenis menu kegemaran sampailah jemu. Lepas tu kita rotate menu kegemaran yang lain pulak! Dasar emak pemalas, kasihan alahai anak-anak!
Laa...CikSu! Malulah nak terima! Segan pulak saya jadinya! Saya kat Jalan Tun Razak, berhampiran dengan US Embassy tu aje!
sedap nya . post g sabah blh x:(
ReplyDeleteAkak masak tak sedap mana. Kalau nak minta pos, lebih baik pi cari blog yang rajin 'hidang' resepi dek. Nescaya dijamin kesedapannya walaupun lambat sampai. Hahaha!
DeleteYour hubby full time vegetarian ke? PH pernah cuba. Konon-konon nak buat perubahan dalam diet. Tapi tak boleh tahan. Lepas makan, kejap jer lapar (makanan biasa pun kejap lapar heh..heh..) so give up :(
ReplyDeleteDah a month plus jadi full time vegetarian, PH. Puas I psiko, tak mahu juga berganjak nak makan vegetables jerk. Okeylah, I suapkan vege ajelah ^_^
DeleteI yang karnivor ni pun tak tahan kalau skip one meal tau. Nak pengsan tepi jalan rasanya. Hahaha!
Wah, kalo most menu taruk kentang, mau seplastik kentang habis 3 hari je kan. Eh, den baru dpt satu menu kentang baru tau, tapi den tak kedekut nak share ngn you ni, very the senang one, potong baji kentang, tuang tepung goreng kfc tu, goreng, siap...cicah sos tomato, perghh...tryla utk ank2 you, mesti dorg suka pya.
ReplyDeleteKalo utk isi perut kita sorang mmg senang kan, ada nasi goreng ikan bilis taruk bwg ngn cili pun dah selamat perut kita ye tak.
Agak-agak berapa kilo kentang kami beli tetiap bulan?
DeleteTak payah tekalah... kita terus beri jawapan ~ 5 kg ^_^
And, yang pentingnya anak-anak tak suka kentang! Yang makan kentang dalam segala aneka menu di rumah ni cuma makpak depa aje! Anak-anak cuma tenung aje kentang dalam pinggan. Kena paksa baru tertelan. Kalau tak paksa, ditenung tajam-tajam lagi dalam pinggan tau!
Kalau isi perut kita sendiri memang mudahlahkan. Dapat jemput-jemput letak kentang (eh,kentang lagi), ikan bilis dan bawang pun dah lahap sangat masa memakannya ^_^
Kak Ton cubalah makan bawang, sedap tau manis manis gitu. Nak nak makan bersama sama kentang....sedap ooo...
ReplyDeleteSamalah mcm laki mak dia pun konon nak diet. Nyampah tau. Tak ada geng nak makan. Kalau suh makan nanti mak pulak yg kena marah. Huhu...
Tp betul kata Kak Ton, senang jugak kita, tak payah nak masak beriya kan Kak Ton. Masak je ikut tekak diaorang.
Lain kali kalau goreng ikan masin tu ajaklah mak join melahap. Sure habis...
Mak dah beli tempe tadi, ingat nak goreng nipis nipis lepas tu nak goreng bawang ....tabur atas tempe...lepas tu curah kicap manis. Pergh mesti sedap ek.
Kak Ton tak lehlah Mak... Selalunya Kak Ton tertelankan terus aje. Rasa manis-manis bawang ni tak boleh terima. Manis-manis gula okeylah. Pendekata makanan yang 'menyesatkan' kesihatan ni memang lebih tertarik menarik aje tau!
DeleteOh, janganlah sebut-sebut kentang! Kak Ton ni alergilah dengan kentang. Tak boleh disebut-sebut, nanti asyik nak mengentang aje kerjanya!
Kan...kita kena think positive. Kalau suami nak diet, kita tolong prepare menu dietnya. Bukan susah pun. Kalau dapat diet tumbuh-tumbuhan macam HD ni, tidak ke senang kerja Kak Ton. Minyak pun tak perlu beli 5kg lagi! Jarang guna!
Anak-anak tu ada masa mereka sakan suka menu yang sama. So, kita sakanlah juga memasak menu sama sampai jemu. Kita pulak makanlah nasi putih panas-panas dengan ikan masin sampai naik darah! Hahahah!
Uish, Mak! Buat apa mention tempe pulak ni! Malaslah Kak Ton nak singgah supermarket beli tempe balik kerja kang! Mak ni buat orang terliur aje!
Duh! Tempe goreng bercili pun sedapkan Mak.....
Dalam banyak2 menu kat atas tu, ikan masin tetap dihati
ReplyDeleteYeslah! Ikan masin tenggiri ni walaupun baunya wallaweyh tak tahan, bila dah terhidang memang tak tahan nak memakannya!
Deletehaha...mana ayam goreng? bukan tu favourite diorang ke? Gigih HD jadi vegetarian..mesti dah lose weight banyak kan? Kak MD tak join ke? Saya pun suka kentang. tetibe teringin mash potatoes. mesti kak MD pandai buat..meh resepi
ReplyDeleteIsh! Ayam goreng tak sempat berposinglah, Sal. Asal siap goreng aje, licin. Kena sembunyikan dulu supaya dapat makan bersama-sama sekeluarga ^_^
DeleteMemang gigih betul. Sampai hari ni tak mahu sentuh nasi, ikan, ayam, daging dan seangkatan dengannya. Memang bertepatan betullah HD nak diet macam ni waktu harga minyak masak naik!
Oh, Sal! Sep, sep sikit meh!
Lain kali kalau nak makan mash potatoes ajaklah akak sekali yerk!
Hopefully anak anak Nani nanti jenis yang tak banyak songeh macam ni jugak. Senang kerja masak togel togel aje ni. Campak campak siap! Hahah. Wahh boleh tahan tu nak makan sayur sayuran je. Nani dulu pernah lah kenkonon nak makan sayur je, bertahan sehari je kot esoknya nak cari jugak lauk lain. Hahahahah! Tak boleh jalan makan sayur je. Ikan masin tu aummm. Sedapnyaa makan dengan nasi panas panas :)
ReplyDeleteAmboi, Nani ^_^ Kenalah cari bapak budak-budak tu dulu. Hahaha!
DeleteHarapnyalah ya bila ada anak nanti, senang aje nak jaga mereka. Budak-budak ni macamana pun kelakuan kalau dah nama anak sendiri tu, memang kita hadam aje. Maklumlah sayang anak katanya...
Akak memang surrenderlah Nani. Mana boleh diet vege aje. Pengsan duplohlapan hari akak nanti tau!
Kiranya weekend baru ni main masak2 kat rumah jer lah MD..malas nak ukur jalan, kompom jem sbb merah kuning tu.. hahaha.. senang lah nak masak klu mcm ni, tak banyak rencah nak guna.. adoi, samalah si abang Pae..semua tak mau..last2 pilihan hatinya nasi telr kicap.. hahaha... dah puas ajar makan sayur.. huhu..
ReplyDeletepergh! bertahan sungguh HD dengan diet vegetarian, tabik spring! MD tak nak join HD kerr diet vege??? hahaha
Kalau tak keluar mengukur jalan, memang kerja masak-masak ajelah, Atie. Tapi masak pun bukanlah complicated mana menunya. Takdalah sampai berpeluh ketiak dibuatnya. Hahaha!
DeleteSaya tak bolehlah diet vege macam HD tu. Saya ni bukan makan sayur. Ahah, itulah rahsianya! Kalau tidak, nak jugalah amalkan. Nak tengok berapa hari (silap haribulan jam aje) boleh tahan!
CH punya anak2 kalau goreng togel2 mcm tu lagi tak dimakannya..
ReplyDeleteDorang mkn perencah ayam.. daging.. udang ke..
Sayur2 yg dimakan..
Yg itu semua letak dlm pinggan mama..
Mujurlah mama ni mkn sayur..
Sawi yg dorang suka termasuk abahnya..
Mama mkn jugak..
Hahaha ikan masin tu mmg MD..
Masa goreng bau sungguh mengancam org tak suka..
Tapi mkn.. emmm mahu bertambah nasi dipinggan.
Untunglah CH anak-anak suka makan sayur-sayuran. Senang hatikan menengoknya. Ini ikut gene juga CH. HD punya gene tak turun habis makanya terikutlah style Mommy mereka ni yang tak makan sayur!
DeleteIkan masin tenggirilah paling suka. Kalau dapat makan dengan nasi putih panas-panas, ada sambal belacan sikit, aduh... tak tahan dah nak membayangkannya!
adoiiiii tapi kalau hari2 kena hadap macam ni memang boleh stress kira. akak kira tough la jugak boleh lalui hari2 macam ni hihihihi. suami kira pun ada jugak bunyik2 nak diet bila tengok perut dia mcm makin membulat je. tapi selalu kalah dengan bini dia. hahahhaha. mana best makan sedap sensorang. mesti ajak jugak makan sekali. mulanya kata sikit je. tapi bila dah sedap eh eh makin bertambah2 pulak kalah kita hihihi
ReplyDeleteAkak tak payah pening nak masak menu apa sekarang ni. Satu menu aje dah cukup untuk dua beradik tu. Pilihlah menu apa yang mereka suka. Suami pulak dah senang bangat - nak makan sayur-sayuran aje. Oh, mudah tu walaupun masa memasak sayur-sayuran tersebut akak langsung tak rasa! Main hentam sajalah labu!
Delete