Habislah macam ni....

Salam 26 Safar kawan-kawan!

Eh,  you all ingat tak kisah kompang dipalu yang tergantung aje ceritanya tu?

Tak ingat?

Tak ingat bagus juga. Alhamdulillah!

Takdalah I susah hati berjiwa-lara nak menyambung cerita... 

Tengoklah tahun depan ke kita sambung cerita ya ~_^ Sekarang ni tengah musim menuai padi lemak dan vitamin M dalam body ^_^ Lagi pun hujung tahun macam ni mood ceria semua dah merasuk dalam badan feeling-feeling holiday aje kekdahnya walaupun dok berehat kat rumah aje pun!

Oh, I belum bercuti lagi yerk! Itu dua minggu terakhir punya cerita so takdalah heboh nak dimasukkan dalam blogkan. Blogger melampaulah tu kalau belum pi mana-mana tetiba cerita dah keluar dalam blog ^_^

Ni, I nak beritahu kisah yang baru berlaku recently.... 

Hari Isnin baru ni my kereta buat hal. Makanya I 'terkandas' betul-betul di tengah jalanraya. Nasib baik traffic light merah tapi I dah berderau-derau, pucat lesi muka ketakutan, tak tahu nak buat apa! I tabahkan hati jugalah cuba start enjin kereta dan 'merangkak' slowly-slowly pi cari tempat yang sesuai nak park kereta. Lepas tu I pun calledlah my husband sambil tersedu-sedan (Eh, I ni memang cengeng sometimes ler...)  So, berdriverlah I pagi tu ke tempat kerja ^_^ Best!

Sampai di pejabat tetiba I nampak 'a gentleman' dok kat tempat my bos lama. Tempat my bos yang ni memang dalam lama vacant, since April this year. Lepas dia balik, HQ ambil keputusan tiadalah pengganti lagi. Jadi, dari 3 bos sekarang ni I cuma ada 2 boslah, termasuk yang perempuan tu!

I tahu dah beberapa musim yang lalu dah bertiup khabar angin kencang katanya ada pegawai lain yang teringin nak minta transfer ke my department. Tapi the latest news katanya, Januari tahun depan barulah dia mai turun bawah ke my department ni. Tiba-tiba aje terpacak kat situ di pagi Isnin yang indah. Tergamam I tau... ^_^

Makanya, dengan kehadiran another boss yang lokasinya di belakang aje my table, nampak gaya  tak bolehlah I berleluasa nak menaip entri panjang berjela dan meng-watermark gambar pada waktu bekerja! Masak weyh kalau boss nampak! Kalau boss tanya apa nama blog I sebab dia pun teringin nak baca untuk sharpen BMnya, tidakkah I yang sejukbeku menggeletar nanti!

Oleh sebab itu (Eh, dah macam tulis karangan pulak...) susahlah I nak update entri dengan gambar. Oleh yang demikian, kenalah I back to basic macam dulu-dulu, taip aje panjang berjela tapi nan adonya gambar! Itu pun kalau I rajin mengupdate bloglahkan. Kalau I decide nak masuk dalam gua batu kapur mengkaji staglatites and stalagmites, itu lain ceritalahkan ...

Untuk merealisasikan kata-kata I di atas adalah benar belaka, makanya hari ni my entry tiadalah gambarnya yerk. Hahaha...

Okeylah tu aje sebenarnya! 10 minit aje taip entri ni sebab itulah pendek ya ^_^ 
 

    

 

Comments

  1. Alamak, habis lah kali ni...
    Mesti rindu nak tgk muka2 comel hero2 MD...
    Alah, pandai2 la nyorok kasi boss tak nampak...
    Kalau tak pun, tunggu boss takde baru update...
    Hehehe, pandai pulak mengajarnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal! Susahlah macam ni nak mengarang entri sambil tempek gambar. Bos betul-betul kat belakang ni. Memang boleh nampaklah dah PC betul-betul menghadap muka bos!

      Delete
  2. Awat halnya Ferari Kak Ton tu? Mintak diupgradekan ke standard yg lebih tinggi lagi tu gamaknya...

    Patutlah senyap sunyi jer blog, rupanya datang sorang lagi boss baru. Faham...faham....

    Agak agaklah kalau nak betapa tu ye, ukir ukir kat batu sikit, bawak bawaklah keluar gua, ambik sekejap vitamin C, takut kang sejuk kejung pulak dalam gua tu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, kereta dah tua memanglah maintenance mengalahkan artis antarabangsa kekadang tau! Geram betul...

      Itulah macam-macam hal sekarang ni, tak boleh berleluasa sesuka hati nak menghadap blog macam selalu. Setakat blogwalking tu bolehlah celah belum bila kelapangan. Nak tulis entri ni yang payah. Katanya takda gambar, tak bestkan kalau entri panjang berjela ^_^

      Eh, kalau dah nak mengkaji gua batu kapur memang panjanglah jangkamasa bertapanya, Mak! Jangan merindui daku ya, Mak ^_^

      Delete
  3. syabas mampu mengarang cerpen dalam masa 10 minit katanya. kadang2 orang tak percaya sangat kita yang suka mengarang entri macam karang novel ni bukan lama pun masa kita ambil. Tu yang 1 hari 3 4 entri kat blog lekat lekit. Sampai orang pun pelik bila masa dia memasak, membasuh, bergosip dengan jiran2.. ops. adegan tu takde dalm rutin harian hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, hanya yang memahami aje tau bagaimana pantasnya kitakan, Suria ^_^ Setakat entri macam ni, setakat nak baca entri panjang ni, sapsapsoi ajelah! Tak payah inhaler akak kata ...

      Eh, apahal pulak orang nak susah hati bila kita memasak, bila kita membasuh pulak! Yang memasak pun kita, yang membasuh pun kita. Kalau kita tak masak, tak membasuh, tak bergosip, ada ke yang offer nak tolong buatkan? Kalau takda, tak payahlah susah hati sangat dengan rutin hidup kita. Kan akak dah kata, spesies macam kita ni memang efisien gitu ^_^

      Delete
  4. Nani pun kalau tetiba kereta mati tengah jalan raya memang cuak habis. Hehhehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak cuaknya,Nani. Berpeluhlah tapak tangan. Black out terus ^_^

      Delete
  5. oklah tu kak... takdo pic pun boleh taip berjela2..
    Lyn ni tgh duk pikir mcm nak tutup blog jer.. mood dah malas nak update.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa nak tutup blog, Lyn. Kalau tak tahu nak buat apa atau nak taip apa, biarkan aje blog tu. Buat kenang-kenangan kalau tak aktif lagi ^_^ Sayang tau sebab Lyn dah lama berbloggingkan!

      Delete
  6. Ooooo blakang meja MD ke? Aduh duh patut la kata main hide and see

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu, mejanya di belakang aje. Walaupun ada partition, masih boleh mengendap lagi apa yang saya buat. Bukan main khusyuk berblogging kadang-kadang bila takda kerja, mahunya tak perasan!

      Delete
  7. Bila dah tak ada modal nak buat entri..
    Boleh ajer di sambung cerita kompang di palu tu MD..
    Mcm CH.. tahun lepas punya cerita.. tahun ni baru nak buat entri... suka ko lah labu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas betul CH nak sambung kisah kompang dipalu ni. Lagi malas sekarang ni bila nak letak gambar dalam entri. Nak watermark tu sikit punya payah. Ingat nak merajinkan diri di rumah siap-siapkan entri laksana blogger jutawan, tapi malasnya alahai ^_^

      Delete
  8. Lor.. ingatkan nak cerita pasal kereta wat hal.. suspen je tau u ni.. tp lagi suspen ur boss tu.. dok blkg yg x menahan tu.. kena curi2 masa lak nak update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu orang kata intro aje. Intro dengan isi entri kat blog I ni manalah pernah sama. Memanjang aje lari tajuk tau ^_^

      Stresslah bila bos duduk kat belakang kita. Habis sebesar-besar pc tu dia boleh nampak. Ini pun I buat derk jerk menjawab komen. Kalau takda gambar tu, takdalah kot dia perasan sangat. Hopefullylah... Kalau dia perasan, maknanya tahun depan increment den kureng ler... ^_^

      Delete
  9. ambil la masa sikit sebelum tidur ke belek2 hp watermark gambar..kok semua nak dibuat di opis..itu pun susah sangat..alasan la tu.haha..tp takpe MD klu entry tanpa gambar pun org baca punya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas PK nak sentuh komputer kat rumah. Saya ni kalau nak berblogging ke, blogwalking ke, mesti nak duduk depan meja taip komputer. Bab guna lappy ke, smartphone ke, tab ke, memang saya tak suka. Maklumlah, rabun katanya .... Skrin besar juga sedap ^_^

      Delete
  10. selalunya boss lelaki ni lbh sporting dr boss perempuan . alah , kenyit mata je kat dia ... heheheee ... meletak watermark mmg meletihkan tapi kena buat sebab tak syok klu org curi gambar utk tujuan yg bukan2 ... saya ni tgh cari entry ttg majlis kahwin tu yg katanya dah terkena badi pengantin . nampaknya , saya kena bongkar entry november MD ni ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya begitulah tapi bos perempuan saya yang pertama ni pun tak kurang juga sportingnya. Walaupun usia beberapa tahun lebih daripada saya, tetap jugalah perangai macam budak-budak lebih daripada saya. Hahaha!

      Bos lelaki baru ni pulak senyap orangnya. Tak banyak bercakap dan tak ambil port pun apa orang buat. Tapi jangan tak tahu, diam-diam gitu time appraisal nanti tak tahu macamana pulak ceritanyakan!

      Delete

Post a Comment