Skyrides Festivals Park (Presint 2, Putrajaya)

Salam 20 Safar kawan-kawan!

Di manakah kita sekarang?

Wah, dah di penghujung 2015 rupanya... Sekejapnya masa berlalu! Tick, tock, tick, tock my grandfather's clock (eh, termenyanyi pulak!) tau-tau aje dah nak habis tahun 2015 ni ya! Fuhhhh.... bila berangan balik segala kejadian yang berlaku pada tahun ni, takdalah banyak mana pun yang meninggalkan kesan di hati ^_^

Tapi, kita lupakanlah tentang tahun baru, azam baru, azam lama yang very rare tercapai misinya dan segala-galanya tentang 2015 yang sudah di penghujung dan 2016 yang bakal menjelma sebabnya masih ada lagi beberapa minggu yang harus dilaluikan! Yang pasti, dua minggu terakhir tu, ah kak cuti panjang dah! Bukan ambil cuti tapi sebab my office TUTUP ^_^

Jangan jealous ya... I know, I know, bab-bab menjealous ni dari jauh pun dah boleh nampak tau ~_^ 

Kita kembali ke jalan cerita hari ni... (Ini kalau buat drama TV3, memang rating menjunam terbongkang dalam paritlah sebab peminat drama pening-pening lalat setiap kali menonton dek kerana banyak corner baring dan jalan berliku ~_^ Nasib baik takda siapa yang ambil I jadi penulis skrip drama!) 

Baru-baru ni I bersiar-siar di taman larangan di Putrajaya. Ahah, jangan nak gelaklah orang Putrajaya! Kita taulah you all semua takda benda  dah yang mendatangkan kehairanan di Putrajaya tu sekarang, maklumlah alamat rumah dan tempat kerja semuanya berakhir dengan poskod 62XXX tapi macam Kak Ton ni yang poskod berakhir dengan 55XXX nampak banner 'Hero Kini Dibuka' pun kecilbesarkecilbesar pupil tau tak ~_^ Sempat singgah tu yang paling tak menahan nak habaq ler ...

Okey, okey, berbalik kepada tajuk kita hari ni (Duh, kali kedua dah ni tersasar dari tajuk! Rasanya sampai ke habis nanti tajuk tak masuk-masuk jugalah macam selalu ~_^) sebenarnya I nak bercerita tentang kehadiran MD sekeluarga di Presint 2 baru-baru ni (Mengalahkan artis antarabangsa punya statementlah pulak! Macamlah kalau dia 'hadir' di mana-mana, peminat dah mampat menunggu minta autograph... MD, MD... mohonlah buang sifat penuh perahsantan tu tahun depan ^_^)

Terlanjur bersarapan lewat pagi di Putrajaya, apakata kita terus ajelah beriadah dan bersuka-ria di bawah panas mentari yang baru jerk nak membahang katanya ... 




Yang si Abang 'mengepak', si Adik pulak 'menguncup' aje bila bergambar ^_^


Tiba-tiba ternampaklah Skyrides Park ni makanya apalagi, time to snap photo ya, anak-anak tersayang ^_^ 

You all fikir I ada berani ke nak naik belon ni? I propa jerk lebih. Kalau dipaksa juga naik, memang putus semua tali tu I tak bagi belon 'berlepas' Hahaha!



Posing depan ni cukuplah. Nak mencuba, bukan anak-anak aje takut, Mommynya pun bukan main lagi berteriak tak bagi kebenaran! Sebab itulah I tak pernah bawa anak-anak ke District 21. I takut jeritan I lebih kuat daripada my superheroes @_@



Si Adik Cute suka sangat kat sini sampai disuruhnya I ambil gambar banyak-banyak di sini!

Kalau dulu bergambar macam ni sebab nak masuk dalam majalah Kuntum mencari sahabat pena tak pun untuk segmen Kembang Setaman dalam majalah apa erk? Lupa dah...

Masa ni kami pergi dengan Ngah dan my emak juga. Jenuhlah Ngah dan emak ikut aje berjalan ke mana kami pergi. Kata Ngah sejak balik dari Kuwait ni tak tahan sungguh cuaca panas. Aduhai....aksyen betul ler! Nasib baik duduk sebulan aje, kalau setahun, dua ikut Afiq di sana, mahu tak mahu keluar rumah bila nampak matahari mencanak!

Sekejap aje sebenarnya 'pengembaraan' kami di Skyrides Park ni. Maklumlah, tujuan utama kalau jalan-jalan tu asyik nak snap photo aje kekdahnya. I fikir dah habis seluruh Putrajaya tu I ronda bersama keluarga rupa-rupanya tak juga. Ada aje tempat baru yang kita nampak di Putrajaya ni. La ni kita tengah gian nak ke Cyberjaya aje ^_^ 

Kalau you all semua banyak kelapangan dan suka sangat melepak kat Putrajaya, silalah datang ke Skyrides Festivals Park di Presint 2, Putrajaya ni. Walaupun takda apa sangat, boleh lagilah keluarkan peluh bergelen-gelen ^_^ 

Marilah kita akhiri entri hari ini dengan gambar my anak bujang tercomel yang selalu buat you all makan hati berulam jantung sebab tak dapat dibuat menantu. Kah3x...


    



 

  


Comments

  1. Majalah URTVlah......Kembang Setaman tu..maklumlah kalau bab bab hiburan ni mak mmg suka hihi....

    Rindu dengan mamilah tu....tak habis habis gi taman jer. Tengok taman terbayang wajah kesayangan hamba gitu hahaha.....
    Makan kat mana tengahari hari tu? Restoren Saba ke?

    Mak larat jalan ke Mak Ton?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke majalah URTV? Kak Ton pun pembaca tegar majalah hiburan juga dulu-dulu. Habis semua Mangga pun Kak Ton sapu bersih membacanya. Maklumlah nak uptodate dengan perkembangan artis kat Malaysia ni katanya...

      Bukan main lagi. Sajalah tu nak menyeru-nyeru. Nak tengoklah tu sama ada kita ni menantu terpilih ke atau menantu hantu ^_^

      Weyh,weyh! Betulkan vocab tu yerk. Pangkat Kak Ton muda sikit dari Mak. Kalau Mak tu, Mak Jilapah tapi kalau Kak Ton ni bukan Mak Ton lagi erk, Kak Ton nama komersialnya tau ^_^

      Eh, Mak kita kuat lagi bab-bab berdiri tegak, berjalan ni semua. Cuma fikiran aje yang dah lemah sikit, selalu repeat statement ...

      Delete
    2. Hihi......tak nak panggil mak rupanya....

      Delete
    3. Mestilah.... I kan muda sikit jerk ^_^ Kitanya level masih tahap-tahap 'kakak' lagi Mak oi. Hahaha!

      Delete
  2. Huh.....pengecut rupanya, tak semangka haha.....samalah, mak pun belum tentu berani hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, yalah, kita memang pengecut! Habis tu Mak tu berani sangat ke? Sama aje kekdah rasanya ^_^

      Delete
  3. majalah Urtv tu lah segala nya MD haha
    sampai membawa kak Noor ke Brunei ni hahaha
    pecah rohsia ni larikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...terpecah rahsia perkenalan ya, KakNoor! Takpalah, saya janji tak akan beritahu semua orang. Hahaha!

      Oh, KakNoor ni kiranya bekas ahli Kembang Setamanlah ni..... ^_^

      Delete
  4. btw gambar abg dan adik mmg cun hensem, suka tengok adik tenyummm manis sngt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah puji Adik lebih-lebih, KakNoor. Adik sekarang ni dah dapat penyakit perahsantan macam Mommynya. Mungkin penyakit perasan ni penyakit keturunanlah Kak Noor ^_^

      Delete
  5. Wei. Jeles wei ada orang nak cuti dua minggu akhir tahun ni.. kami time minggu akhir tulah kena kerja.. ada majlis orientasila semuala kalau awl2 tahun bakal berlaku..

    Saya rasa kalau MD buat skrip filem atau tulis novel, pasti menarik.. penonton akan rasa mcm tgk cerita village.. haha.. ye kan?

    Ai Yeye suka bila tahu Mak Ngah fah balik..best la adik bila mak ngahnya yang jaga ya..tu yang makin bertambah hensem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mengapa perlu jealous, AN? Awak tu dapat cuti sebulan lebih tau setiap hujung tahun. Kita tak jealous pun (tapi cemburu jerk...keh3x) Dalam pada sibuk dengan SPM bagai, dah berlepas pun untuk cuti-cuti Malaysia ya, AN. Lagi menjealouskan tau!

      Eh, kalau saya buat skrip drama saya rasa memang tak lakulah drama tu! Dah macam sinetron Indon, tentulah penonton pun menyampah jerk. Ke teruk saya kena kutuk sebab buat jalan cerita penuh berliku sampai penonton geram? Hahaha!

      Delete
  6. Double kiut adek gambar dok kat tangga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu memang sahajalah nak bagi cair anak-anak perempuan orang di luar sana, Bunda ^_^

      Delete
  7. Hahahhaha. Kelakar pulak baca part yang Ngah tu. Hai hensem boyss. Hikhik. Nani nampak ada sky juice dengan sky desssert tuu macam best je. Hehehe. Rasa nk pergi pulak Dah lama tak ke sana ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sky juice and sky dessert tu macam propa ajelah, Nani. Masa kat sini dah dekat pukul 12 kot tapi takda pun nampak macam beroperasi sepenuhnya. Ish, Nani ni! Akak promote tempat ni suruh pi try hot balloon tu, dia nampak part makanan aje ^_^

      Delete
  8. Jadi, tahun depan, azam tahun baru MD ialah nak reduce ka feeling perahsantan tu la ye? Heheh. Nak wish dulu, good luck.

    Ni la dua org jejaka yang femes amos kat tV al Hijrah time montaj tu ye? (eh, montaj ke nama dia?). Setiap kali i tengok keluar kelibat budak berdua ni kat TV al Hijrah, tiap kali tu jugak i kabo ke husben i, eh ni la anak Mummy Dearie yg blogger tu. Mcm dah tepu otak dia dgr. Dan setiap kali kuar kelibat derang juga, i akan feeling mcm tgh baca blog MD. Melampau tak? Heheh.

    Dah tu gi taman tu buat mende je? Setakat amik gmbr je. Kat umah boleh amik gmbr. Gi la naik sky ride tu. Ketepikan rasa takut tu hokey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I jarang buat azam tapi kalau terpaksa buat maybe itu salah satulah. Wish me luck (tapi macam siang-siang nak surrender aje, tak mahu kurangkan perahsantan tu ^_^)

      Oh, meng! You pun dah tengok ya? Hai, ni yang mak retis nak sibuk potpet ni, Lyd... Well, you know, I sebagai mak si budak-budak yang keluar TV tu pun sekali aje tengok, Lyd. Nampak sangat TV kat rumah tu memang tak pernah tukar channel dari News, kartun dan Korean drama tau ^_^

      Tapi sebenarnya I ni low profile. You tengok, sampai la ni I tak keluarkan lagi entri pasal tu (padahal I tak dapat lagi link penuhnya ^_^) Ish, malu pulak I bila you mention nama glamour and komersial I kat your husband tau. Terasa-rasa I ni pemes amos pulak ^_^

      Eh, I memang selalu kalau keluar rumah amik gambar gigil je tugas I. Bab-bab mencuba tu, kita tolak tepi. You taukan malang takda bau. Buatnya I try naik belon tu tetiba terputus talinya tak pun burung gagak tercucuk belonnya, tak ke nangis I kat atas tu? Cuba you fikir negatif side sikit :)

      Delete
  9. Amboi, apa yang aum,aum, aum tu, Diana? Hahaha...nak tergelak pulak saya membacanya tau. Terus terbayang muka singa comel ^_^

    Ish, aurat kena jaga tu! Tak boleh terkam dari belakang. Kalau terkam dari depan tak mengapa. Kah3x!

    ReplyDelete
  10. Putrajaya ni salah satu tempat fevret mama kira. tatau la apa yang best nya (matila nak kena kecam nanti hihihi). tapi kalau naik belon panas ke, banana boat ke, moto boat yang boleh kita sewa naik dekat laut tu ke. kira pun selalu susahhhhh nak bagi permision dekat hubby dengan anak. yela kita mak2 ni memang banyak fikirnya huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka. HD pun suka. Mami aka mak mertua pun SUKA, Kira ^_^ Kiranya kalau kami tak tahu nak buat apa, memang ke Putrajayalah jawabnya. Kat sini walau banyak kali datang pun tetap juga setiap visit tu ohhhh, ahhhh, wowwww....gitu ^_^

      Akak memang jenis freaking tak bertempat sampai anak-anak pun akak kawal sama. Kasihan tau anak-anak akak masih tak dapat lepas bebas macam anak-anak orang lain!

      Delete
  11. naik menara tinjau @ menara pensil tu , baca ke idak catatan sejarah kat situ ? confirm melaram je tu ...heheheeee ... dah byk berubah taman kat situ . senang - senang nanti nak gak bawak anak buah berjimba - jimba kat situ time cuti sekolah ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok sepintas lalu aje, Vee. Hahaha.... HD siap beritahu lagi itu ini tentang sejarah, kami buat dunno aje! Penatlah kalau bab-bab sejarah ni tau ^_^

      Cantiklah tempat ni. Kalau nak lapangkan fikiran sekali-sekala, haruslah ke sini. Tenang aje. Anak-anak pun dapat lepas bebas berlari ke sana ke sini!

      Delete
  12. byk jugak tempat menarik kat putrajaya ni.. mmg lyn pun tak habis pergi..
    takde masa.. hahaha.. sbnrnya ada jer masa, tapi malas.. hahahah
    best lah akak cuti pjg nnti.. jeles ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali datang, ada aje tempat yang belum terjah, Lyn padahal akak ni kerap jugalah ke Putrajaya ni meronda tak tentu pasal ^_^

      Janganlah jealous. Awak tu katanya bukan main hebat lagi buat itinerary untuk tahun depan ^_^

      Delete
  13. Kalau ai.. ai dengan anak2 layan je aktiviti lasak dan my hb rela hati jaga dak Nuha.. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh panggang dari penunu bunsenlah you dengan I ni. Kalau I pulak, I rela aje duduk menunggu. Tapi bab-bab adventurous macam ni, I memang surrender. Bukan I aje surrender, I suruh semua ahli keluarga surrender sama. Hahaha!

      Delete
  14. statement last tu adoyai.hahaha..

    yg dekat pun tak habis lg pusing putrajaya kami yg jauh ni entah bila kan nak jejakkan kaki ke putrajaya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statement bagi makan hati jerk tu... Hahaha!

      Yalah, Putrajaya ni sekali pergi, ada aje tempat baru tau! Padahal kami anak beranak ni macam warga Putrajaya aje. Dalam sebulan tu mestilah 2,3,4,5 kali jejak sana. Kadang hari bekerja pun boleh sampai!

      Delete

Post a Comment