Jalan-jalan ikut kaki melangkah....

Salam 3 Rabi ul Awal kawan-kawan!

La ni kalau nak menaip entri memang kena pasang antena dulu tengok awak bos kat mana ~_^ Kalau line clear dan kerja takda, barulah boleh jari-jemari menari riang gembira di atas papan kekunci  gitu @_@

Well, you all pun dah sedia maklum! I sekeluarga ni kalau suka akan sesuatu tempat/makanan, memang itu ajelah yang kita tuju/makan! Makanya, memandangkan kita suka dengan makanan di Umai Cafe, Presint 2 di Putrajaya nun dan pemandangan berhampiran, kita pun terjahlah berpuluh kali ikut sedap kaki melangkah dan anak tekak merasa makanan ^_^ 

Kali ini kami pergi bukan sebab I yang suka tapi my sister dah sms seawal pagi ajak pergi bersarapan di sana! I baca sms pukul 9 pagi makanya jomlah kita pergi (kalau tak kami makan roti sapu kaya/marjerin aje kat rumah ^_^) Lebih teruja sebab ditambah dengan statement, ' Akak belanja!' ^_^ Keh3x!

Macam biasa, siapkan anak-anak dan bapaknya (^_^) dan offlah kami ke Putrajaya. Nak kata pagi tu takdalah pagi sangat tapi bila sampai wallaweyh, penuhnya umat manusia kat cafe tu! Lebih ramai lagi bilangannya di dalam cafe berbanding dengan yang sedang berjogging di kawasan tasik sekitar ^_^  

Nak mencari tempat duduk pun terpaksa menunggu. I pun seriau juga tau! Toleh kanan, kiri manalah tahu terjumpa 'peminat'. Kah3x! 



Nampak aje satu keluarga ni bangun, kita laju-laju booked tempat tu. Selesai masalah ^_^ Bab servis restoran ni quite good. Baru duduk nak tarik nafas, waitress dah sampai tanya nak order apa! 

Dek kerana teringat lempeng pisang, maka I pun gatal-gatal mulut order lempeng pisang. Lepas tu siap minta mi kari lagi ^_^ My sister sibuk nak makan nasi lemak sambal sotongnya lagi sebab katanya sambal sotong sedap ^_^ My anak-anak macam biasalah nasi lemak dan ayam rempah manakala HD pulak maintain dengan nasi lemak rendang ayam ^_^ Gambar makanan takdalah kali ni sebab hari tukan I dah tempek gambar. Malas weyh ^_^  








Sedang elok berborak menunggu hidangan sampai, tetiba waitress yang sama datang ke meja kami,

"Kak, mi kari dah habislah! Boleh order lain tak?"

"Dah habis? Okeylah, akak ambil nasi lemak sambal sotonglah!"

5 minit kemudian, datang lagi waiter pulak....

"Puan, tadi ada order nasi lemak sambal sotong ya? Maaf ya sambal sotong dah habis!"

"Habis gak? Err... bagi nasi lemak ayam rendanglah senang!"

Makanya my sister, I and HD makanlah nasi lemak ayam rendang lagi....

I suspek budak perempuan yang ambil order dan datang selepas tu beritahu mi kari dah habis, tak sanggup dah nak kata sambal sotong pun habis! Dihantar wakil lain lagi hah ^_^ Don't worrylah, dik.. akak ni kalau time mood tengah baik, tak makan orang tau! Nak marah orang pun jaranglah in public! Akak simpan dalam hati jerk lepas tu tulis dalam blog ^_^ 

Wah... bukan main laku nampaknya cafe ni! Ke warga Putrajaya takda tempat makan sarapan yang lagi sedap ni? Keh3x!

Tapi bila kena makan menu yang sama tetiba aje rasa macam tak umpphlah pulak! Bab lempeng pisang tu memang serius sedap sampai masa menaip ni pun teringat-ingat nak makan lempeng pisang lagi. Nak buat, tak kuasa katanya ^_^

Selesai sarapan tetiba teringat ada baca dalam blog kawan-kawan katanya ada jual kacang pool yang famous kat JB tu di foodcourt Presint 9, Putrajaya. So apalagi, marilah kita suruh HD bawa ke sana pulak walaupun dah kenyang katanya! Nak tapau aje pun, nanti-nanti balik rumah dah penat bolehlah merasa. Serius ni, I tak pernah lagi makan kacang pool walaupun ngaku anak Johor sejati gitu ^_^ JJCM ke Johor 3H2M entah bilalah agaknya nak terlaksana...

 Memandangkan kita tak pernah merasa kacang pool ni, belilah dua. Satu set tu RM6. Makan seorang memanglah kenyang. Kalau nak makan berkongsi tak cukup kot ^_^ My sister pun mulalah berlagak kononnya dah merasa kacang pool ni banyak kali masa ke rumah my another sister di Taman Pelangi nun ^_^ I diam ajelah sebab tak mampu menjawab balik ^_^

Maaf ya, kacang pool punya gambar pun takda sebab kita nak cepat! Masa makan kat rumah pun malas dah nak snap gambar sebab tak tertahan jiwa raga nak merasa kacang pool ni buat kali pertama ^_^

Lepas selesai membeli kacang pool, kita pun jalan-jalan membawa diri ^_^ Asalnya nak ke 1 Mont Kiara, yalah  teringin nak main salji palsu-palsu gitu. I baca dalam suratkhabarlah sempena Krismas ni ada salji untuk budak-budak. HD akur ajelah walaupun tak berapa nak hairan dengan perkataan salji ni!

Dek kerana kami terlepas simpang, teruslah kita ke IKEA (yeah!yeah! lama tak pergi IKEA walaupun katanya IKEA baru kat belakang rumah aje ^_^) My sister senyum aje sebab dah banyak kali tersebut-sebut IKEA ni. Bak kata HD, hajat my sister nak tercapailah tu ^_^

Tapi .... bila dah sampai di IKEA, kita tak pun parking kereta kat IKEA yerk ^_^ Kita pi The Curve ~_^




Dek kerana jauhkan sepagi di Putrajaya dan setengahari di Damansara, makanya my sister kata marilah kita basahkan tekak dulu! 

Jomlah masuk Santai pekena air minuman jerk...



Nak makan tak lalu lagi sebab perut masing-masing tengah kenyang!       

Lepas meronda sana-sini dalam The Curve, jomlah kita balik. Hajat sebenar nak ke IKEA terus terbantut sebab kaki dah penat melangkah ^_^

Jomlah balik rumah pekena kacang pool kita landing atas katil jap. Sesekali dapat tidur petang seronok rasanya tau!   

 

    

   


Comments

  1. Tuari kakcik ke Johor tak sempat nak cari apalagi makan kacang pool. Bolehlah cari kat Putrajaya nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke, Kakcik? Kalau gitu gaya, kena pergi Johor lagilah, Kakcik ^_^ Saya ni yang plan tak tahu bila tapi itinerary makan-makan di JB dah penuh kertas A4 tau, Kakcik ^_^

      Delete
  2. tak pernah lg mkn kacang pool walaupun selalu turun johor.presint 9 dah dekat sgt tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun tak pernah. Nama aje orang Johor ^_^ Saya pun baru tau kat Presint 9 tu ada kacang pool. Sempatlah interview penjual tu. Katanya memang ini ajelah satu cawangan kacang pool yang kat Johor tu. Sama rasa ke tidak, saya tak tahulah sebab yang the real kat JB tu saya tak pernah rasa lagi!

      Delete
  3. Hihi....tau jugak takut ek, toleh kiri kanan. Best jugak tu kalau dpt kejutkan Kak Ton. Tak sabar ar nak tunggu saat terserempak dgn Kak Ton. Tak sabar nak bergusti lengan gitu....

    Kat manalah Umai Cafe ni ek...mak masih belum dapat bayangkan kat manalah agaknya cafe tu....Kalau mak tu mau jugak kena sedas dua adik tu, asyik habis je...apa yg tak habisnya.Dahlah jauh perjalanan.

    Lempeng pisang tu faveret Pak Jilap tu. Kalau Kak Ton kata sedap sampai la pun terbayang bayang, sure sedap sangat tu. Makan pulak masa panas panas mmg pergh!

    Berapa Rm Kak Ngah kena pau dengan adik dia tu? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak takut, Mak. Lebih-lebih lagi kalau teringatkan Mak. Hahaha!

      La, Umai Cafe ni dekat dengan imigresen semua tulah, Mak. Kat tempat pasar tani lama kat Putrajaya tu. Sekarang kan dah berpindah dekat ngan masjid besi.

      Pada tekak saya memang sedaplah Mak lempeng pisang. Ingat hari tu masa ikut HD naklah juga makan lempeng pisang tapi tak dapat pulak. HD takda mood nak makan kat Umai katanya ^_^

      Eleh, RM42.70 aje pun Ngah kena pau! Tapi sebab Ngah ajak keluar, Ngah rasa bersalah dan belanja makan-makan untuk seharilah ^_^

      Delete
  4. Tu dia.. kalau kat kedah ni lempeng jadi peknga namanya.. Awat hero kecik nampak sedikit susut. Diet ke hapa..Saya ni kalau keluar JJCM pun malam balik tetap kena masak. Ntah hapa selera Asben ni, dia suka air renjisan tangan bini jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya lempeng jadi peknga, Suria! Dah bunyi macam 'pengko' jerk ^_^ Tahu tak pengko apa? Tak tahu ek....

      Mana tak susut Suria kalau makanya sehari sekali itu pun kena paksa. Kalau tidak, kenyang memanjang makan lego dan tengok kartun!

      Delete
  5. MD, sedap tak kacang pool tu? leh cari pasni..
    air ape tinggi camtu..nak kata abc bukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah tahan, Zee. Nak dibandingkan dengan yang kat JB tu saya sendiri tak pernah cuba. Macamana ek rasanya nak explain, tak retilah. Kena pergi try sendirilah nampaknya, Zee!

      Alamak! Lupa pulak nama air ni apa! Dah banyak kali minum tapi lupa nama! Something to do with 'soda'lah kalau tak silap, Zee tapi bukan ABC.

      Delete
  6. your sister tak frust ke hajat ke IKEA x tercapai? tapi kan, kadang-kadang weekend tido kat umah gak yang sedap.lagi-lagi pas makan nasi lemak tu kan, walaupun kempunan sambal sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak cari apa pun kat IKEA. Nak melepaskan geram aje sebab dah lama tak pergi IKEA. Kalau ikutkan IKEA yang dekat pun ada tapi malaslah setakat ni nak pergi ke sana! The Curve lagi best, Dik Sal oi ^_^

      Akak pun kalau dapat lelapkan mata barang 3,4 jam kat rumah di hujung minggu memang syahdunya terasa ^_^

      Delete
  7. erkkkkkkkkkkkk nape i tak tau pun ade kacang pool kat food court p9 tu kak hahaahaha...org putrajaya tak tau nieh...okey2 balik keje nak pi terjah ler.....

    lieya pun suke lepak umai tu...dari dulu mknn die same jek...tetap sedappp...tapiiiiiiiiiiiii dah lama tak pi.... sebab kiteorg lak suke jjcm keluar dari putrjy hahahaaha....boring dah kak dok putrajaya, keje putrajaya huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka? Ya ka Cik Lieya kita tak tau? Hahaha... ingatkan dah habis khatam semua tempat kat tanah tumpah daraku ^_^

      Akak dengar kat pasar malam tu pun ada yerk tapi bukan cawangan JB tu punyalah. Kacang pool versi entah dari mana. Yang ni pun akak tahu dari blog kawan-kawan alam maya, Lieya. Terlanjur dah pijak tanah kat Putrajaya, haruslah mencubakan. Nak balik Johor, macam tak ingat kampung halaman jerk kekdahnya!

      Umai tu bestlah sebab view kat luar tu menarik. Kalau dapat lelari kat menara pensil tu dah terasa macam heroin dalam filem Hindustan pulak ^_^

      Yalah betul tu! Kita terjah Putrajaya, orang Putrajaya mestilah nak terjah keluar dari situ.

      Ni nak tanya, Hero Supermarket baru buka tu dah tahu ke belum? Hahaha!

      Delete
  8. Erkk macam mana nak minum air tu MD..
    Tinggi sungguh ais tu..
    CH pun tak pernah makan kacang pool ni..
    Dok meleleh air liur jer bila orang dok kata sedap huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sedut sikit-sikit, CH. Ais kat atas tu pecah-pecahkanlah dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaan. Hahaha!

      Kacang pool ni okeylah, CH. Sesekali mencuba. Nak explain pun tak retilah nak kata macamana rasanya. Kalau nak suruh makankan tu bolehlah ^_^ Yang paling best telur separa masak tu @_@

      Delete
  9. Akak pon baru hari tu pestime merasa kacang pool ni...bole la sedap jugak tapi roti bako dia memang mabeles la cam nak order tambah je tapi nak roti je banyak2...kikiki...kirenye gigih la korang ni ek pi jauh2 cari makanan sedap..akak putrajaya tu pon tak penah jejak lagi tau...T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti tu yang bestkan. Besar betul sedap tu kalau tempek lagi kaya! Hahaha!

      Rasa kacang pool tu okeylah bagi saya tapi saya paling sukalah telur separuh masak tu. Marbeles!

      Kami ni memang gigih kalau bab makan ^_^

      Delete
  10. Replies
    1. Kalau tak pernah merasa, bolehlah mencubanya. Setakat ni memang di Putrajaya aje. Kalau nak lagi jauh, kenalah pergi Johor ^_^

      Delete
  11. Hensemnyaaa kau dik berkata mata hitam lagi. Hahahaha. Bukan apa tuu semua makanan yang nak order habis, dia nak suruh datang lagi makan situu. Kehkeh. OMG ! Sedapnyaa lempeng pisang, lama tak makan. Sekarang dah treliur. Hahahaha ! Ehh air apo tuu sampai tinggi nau aisnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik mana boleh tinggal spek mata hitam dengan cap. Memang itu yang dicapainya bila nak keluar rumah! Si Abang biasalah, malas nak merapikan diri katanya takut gegirl tergoda. Hahaha!

      Memang akak suka Umai Cafe ni sebab view tu cantik. Tenang aje jiwa. Tapi kalau lama menunggu tempat nak duduk pun boleh hilang ketenangan jiwa ^_^

      Lupalah Nani apa nama air ni. Selalu juga minum kat Santai!

      Delete
  12. Amboi sweetnya adik!!!spek mata tak tinggal.


    Haha LM jenguk ikea isnin lepas smpi melecet kaki . Nyesal pun ada carik jln kluar x jumpa2. Bdn dah letih perut lak kenyang rasa nk byr cepat terus balik. Seret kaki i tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spek mata kalau jenjalan kena pakai, LM. Sama macam Daddylah senang. Cuma bila tak mahu pakai tu, penuhlah handbag Mommy dengan macam-macam barangnya!

      Oh, dah sampai IKEA ke? Apa macam syok ke tidak? Masih ramai lagi orang yerk. Tak jadilah saya nak pergi. Setakat ni belum ada keperluan lagi nak menyopping di sana.

      Delete
  13. apa benda tu kacang pool..kolam kacang ka..haa ni la jakun tak tahu.hahaha..air ke abc ke apa tu dah macam piramid tingginya..

    makin hensem la adik cute..bubbly abg makin sado

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, ini bukan kolam dipenuhi kacang ek....

      Kita pun baru makan kacang pool ni, PK. Kita tahu sebab si Wan Maimunahkan kahwin dengan pengusaha kacang pool kat JayBee tu ^_^ Itulah sebab kita tahu pasal kacang pool ni. Sebelum ni kita tak tahu pun kacang pool cuma terdapat di Jaybee aje rupanya ^_^

      Itu air soda tapi lupa pulak nama sebenarnya @_@

      Delete
  14. untung lah dpt JJCM di pagi hari..
    ehhh ingat pergi ikea cheras.. ikea damansara jugak dlm ingatan erkk. haaaa ikea cheras masih sesak lagi ker?? nk terjah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pergi lagilah Lyn IKEA Cheras tu. Memanjang penuh. Malas nak bersesak. IKEA Damansara pun lama tak terjah. Ingat nak terjah tapi sampai The Curve aje dah penat ^_^

      Delete
  15. laaaaa baru nak tengok memborong apa dekat ikea nunnnn. kacang pool tu pun kita teringin kak nak rasa. katanya dekat The Place Tarik tu ada. betoi ke nama restoran tu ntah. nak mencuba la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak sampailah lagilah IKEA baru tu. IKEA Damansara pun kiranya dah lama juga tak sampai tapi itulah, baru jejak kaki kat The Curve dah penat. Malas pulak rasanya nak masuk IKEA. Kalau ada hajat di hati, dah tentu masuk jugak kalau penat, Kira. Ni sebab tak berhajat, itu yang tak berapa kisah. Hahaha!

      Turunlah ke JB. Barulah best makan kacang pool. Akak tak tahulah pulak kat The Teh Tarik Place ada kacang pool. Eh, betul ke Kira maksudkan Teh Tarik Placekan?

      Delete
  16. haaaaa....akhirnya MD berjaya jugak jejak kaki kat precint 9 carik kacang pool...xsesia saya promot....hahahhahaha.....sedap x kacang pool tu???? hihihi....sy pun suka makan kat umai tu tp dah lama xmakan situ....orang ramai sangat....sy suka roti jala dan cekodok pisang dia...perghhhhh....mmg sedap.....berbaloi.....IKEA pun dh lama tak jenguk....yang baru pun dah melambai suh dtg...tp blom ada kesempatan nak pergi terjah lagi...sy kalau nak pergi situ kena kuatkan iman sebab mcm semua benda nak kena beli..bahaya tuhhh....hahahahhaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah... DM yang kenalkan akak dengan kacang pool kat Precint 9 tu kan... Akak dah sampai tapi itulah baru sekali. Sekarang ni jarang ke Putrajaya. Kalau dulu, memang seminggu dua, tiga kali juga melenjan ke sana tau. Saja je suka-suka habiskan minyak kereta. Hehehe!

      IKEA ni walaupun kita takda hajat apa nak beli tapi kalau masuk, memang keluar tanpa beg biru tu tak sah rasanya dalam hati tau. Lebih baik baik list barang yang perlu dibeli. Barulah ohsem duduk dalam IKEA lama-lama!

      Delete
  17. dah md dok story pasal umai je , next den nak bwk my anak buah pi umai . my anak buah suka jer sebab ada taman permainan ... bab kacang pool tu , saya pun blm pernah mk MD . heheheee ... owh IKEA baru kat belakang umah ye . mcm tahu je kat mana . nampak bujang MD tu , dan dan saya snap picture ekkk ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawalah anak-anak saudara Vee tu ke sana. Seronok apa sesekali makan di luar. Saya selalunya breakfast kat sini. Lain kali nak cuba bersantai petang-petang pulaklah. Yang pelik, HD dah mula bosan dengan tempat ni padahal HDlah yang perkenalkan tempat makan ni pada kami anak-beranak. Kelakar pulak rasanya!

      Nak snap gambar boleh aje tapi kena berjanjilah tak masuk blog masing-masing. Hahaha!

      Delete

Post a Comment