Putrajaya dan anak-anak ^_^

Salam 2 Rabi ul Awal kawan-kawan,

Sekejap aje dah berada di bulan baru dalam kalendar Islam. Hari ni entri lambat sikit keluar sebab macam biasalah, bos ada kat belakang ~_^

Entah mengapa memang kerap betul kami ni ke Putrajaya sekarang ni. Apa dicari pun tak tahulah ^_^ Tapi kali ini bukannya nak berJJCM; HD ada urusan. Maka kami pun ditinggalkan sekejap di depan supermart yang baru dibuka ni ~_^

Cuba teka kat mana kami ni ...

Marilah kita suruh Adik Cute beri cepu lempang yerk ^_^ Memang tak dapatlah jawapan yang betul sebab kekurangan pilihan yang diberinya @_@
 
' Kalau makcik-makcik, akak-akak semua pandai, cuba teka saya ni kat mana? (A) kat Umai Cafe (B) kat restoran di IOI City Mall. Dan jawapannya ..... Yeah, pandai! Jawapannya adalah (C) kat depan Hero jerk pun ^_^'

Lepas puas bergaduh berebutkan makanan, pandai pulak minta maaf. Pandai pulak tu suruh Mommy ambil gambar letak dalam blog. Keh3x!

Pantang nampak minuman baru, mesti nak beli. Nak rasa katanya... Kat rumah sekarang ni memang takda air manis dalam peti sejuk. Plain water banyaklah ^_^

Agak-agaknyalah, Mommy mereka di mana?

Ada kat depan tu hah...tengah sibuk membelek-belek .... @_@

  

Sekejap aje pun urusan yang perlu dilakukan oleh HD. Tak sampai pun setengah jam. I ingatkan lamalah, itu yang I suruh turunkan kami di sini. Ingatkan bolehlah ronda-ronda sampai ke Umai Cafe nun berjalan ^_^ 

Selesai urusan, kita terus pulang semula ke KL. Hai, macam pergi balik kerja aje kekdahnya tau! Dalam masa tak sampai 2 jam selesai sudah acara 'pijak tanah' kat Putrajaya. Macam belakang rumah aje jauhnya tau!

My anak-anak sekarang ni tak berapa sukalah berjalan-jalan. Kalau kita nak berjalan aje, tentu adalah suara yang mengeluh. Letihlah, malaslah, mengantuklah... macam-macam alasan diberi. Rugi betullah my superheroes ni tak ikut resmi Mommynya ^_^

Si kecil tulah yang paling hebat. Asal nak keluar aje mesti dia mengeluh, 

Laaa... kenapa kita nak keluar! Duduk rumah aje tak boleh ke?

Pernah sekali I mengeluh dalam kereta akibat sakit kaki kerana banyak berjalan, selamba dijawabnya,

Mommy pakailah terompah macam opah! (merujuk kepada opah si Upin Ipin) 

Ke mana tumpahnya kuah kalau  tak ke nasi, ya tak? Memang sebiji peramah ikut Mommy ^_^ Mommy lainlah memang peramah bak kata entri ni, orang Johorkan @_@

I memang selalulah 'terkena' dengan si kecil ni sebabnya dia kalau bercakap selamba aje. Faham ke tidak, tak pastilah pulak ~_^

Dik! Kenapa Adik tak pakai spender masa keluar tadi? 

Mana Adik tahu....! Mommylah! Kenapa Mommy tak tanya tadi Adik pakai spender ke tak?

Balik-balik memang kita kena semula! Loyar buruk boleh tahan tau si kecil ni. Nasib baik jugalah si abangnya dah kurang berloyar buruk, maklumlah dah besar katanya dah boleh terima menantu kononnya ~_^

Pernah suatu hari Daddynya beritahu,

Adik, you must speak English!

Yes, baby! (jawab si anak..... ~_^)

Tak jadi Daddy nak beromputih sangat dengan anaknya. Hahaha! Teruslah kami buat joke tentang 'yes, baby' ni. Si Bubbly Abanglah yang suka tease adiknya. Kata Bubbly Abang nanti bila adiknya masuk tadika, bila teacher kata,

Do your homework!

Mesti adiknya jawab,

Yes, baby ~_^     

Maka meraunglah si adik kena jadi bahan ketawa. Siap tutup muka menangis sambil kata,

Jangan cakap lagi cerita tu!!!!

Kalau nak berkisah tentang keletah si kecil ni, memang tak habis-habislah I menaip entri. Ada-ada aje keletahnya yang boleh dijadikan bahan ketawa!

Lain kalilah kita sambung ya. Sekarang entri tak boleh lebih panjang dari senaskhah novel tau ~_^ Nanti bos bising @_@ 

    



  

   




















Comments

  1. Replies
    1. Jalan-jalan sampai Putrajaya memang best terutama orang yang tak tinggal di sanalah ^_^ Dapat melepak 5 minit kat Hero yang baru tu pun best katanya! Hahaha!

      Delete
  2. Hensemnya adik dan abang...
    Tak sempatlah mommy nak shopping ek?

    Sama lah dgn anak2 saya pun MD... Bukan main susah lg sekarang ni nak ajak mereka keluar.... Tu tandanya anak2 dah makin besar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy nak shopping apanya Nur kat Hero tu. Ada kang kena marah dengan suami. Hero kat belakang rumah pun boleh pergi shopping. Jauh benarlah nak beli barang dapur kat Hero Putrajaya nun. Hahaha!

      Sekarang ni tengah musim mereka tak mahu keluar rumah tau. Saya pulak yang rimas dok kat rumah aje ^_^

      Delete
  3. Replies
    1. Yes, babe nak apa? Hahaha.... Habislah kalau si kecil ni cuma tau jawab yes baby, yes darling aje! Punah hati teacher ^_^

      Delete
  4. tak sempat nak pusing pitrajaya dah kena balik.alahai kesiannya..patutlah bebudak ni tak nak keluar.buat penat je.hahaha..


    adik cute oii..yes baby.muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Kalau dengan Daddy buat kerja mesti tap, tap, tap, siap! Daddy memang tak suka buang masa! Lainlah kalau memang pergi semata nak 'berlibur' di Putrajaya katanya. Itu pun dapat singgah kat Hero macam dapat singgah kat IOI CityMall aje gamaknya tau ^_^

      Delete
  5. kaknoor pun nk yess baby!! haahaa
    amboi panjang berjela MD bercerita pasal dua hero hensem tu ye, tk tau lah kalau kaknoor terjumpa MD ni kt mana2 memang melopong mulut kaknoor mendengar MD bercerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, baby! ^_^ Boleh aje KakNoor kalau nak cakap macam tu. Okey je ^_^

      Saya kalau bercerita memang tak pernah pendeklah, KakNoor. Tak payahlah jumpa saya, nanti sampai tengah malam tak habis cerita!Hahaha!

      Delete
  6. Janji boleh ikut HD, tak kiralah kena turun kat mana mana pun haha....
    Baguslah kalau saling bermaaf maafan cenggitu, adik beradik bukannya ramai pun. Itulah lawan, itulah kawan gaduh...

    Mommy tak habis habislah duk asyik tengok katalog jer kerojenya. Nak soping apa lagilah tu.....

    Haha.....kan dah kena sedas dengan adik cute, kalau HD yg ckp sure merajuk setahun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul! Janji dapat ikut pergi Putrajaya! Tapi kali ni sebenarnya saya tak mahu ikut sebab hari bekerjakan, HD tu ngengada ajak wife mithali dan anak-anak, buat teman dalam kereta katanya. Hahaha!

      Tengok katalog best, Mak walaupun katalog barang dapur aje ^_^

      Delete
  7. haah la..you oll ni rajin.budak2 sekarang ni suka duduk rumah sebab nak main game kot?hihihi. selalu lepak putrajaya ya?nasib baik sekarang sy x lepak situ dah, kalau tak nanti tetiba u olls ada peminat tegur ajak bergambar.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Sal. Mereka lagi suka dok rumah. Kalau setakat pi jalan-jalan makan, pi shopping mall ni dah tak berapa nak suka. Tapi kalau ajak shopping barang depa, suka balik ^_^

      Beri salam dulu no kalau nak ajak bergambar. Lepas tu bersyarat pulak tu. Hahaha... mengalahkan artis antarabangsa pulak. Kena cukup syarat gitu kalau nak rapat ^_^

      Delete
  8. hahahha baru nak jejak kaki kat tanah dah balik ye MD..
    Kesian lah pulak CH membacanya..
    Habis tu tak sarapan pagi ke kat Umai Cape..
    Patutlah adik malas nak jalan sekarang ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan lamalah kat Putrajaya. Itu yang beria-ialah nak mengikut sama. Tapi kejap aje urusannya . Tak sempat nak bersidai lama-lama kat Putrajaya tu!

      Ni pergi lepas kerja,CH. Ingat nak pekena lempeng pisang tak jauh pun dari situ tapi malas pulak nak jalan kaki bila driver takda ^_^

      Delete
  9. oklah tu kak,, kang duduk rumah membosan plak. Ikut HD pun at least boleh cuci mata even kejap je pun.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat pijak tanah sekejap pun jadilahkan, Lyn ^_^ Janji dapat keluar rumah di petang hari ... Selalunya kami ke Putrajaya hujung minggu tapi ada jugalah once in a blue moon, kita bantai pergi Putrajaya hari bekerja ^_^

      Delete
  10. Hahahaha ! Comel je abang dengan adik minta maaf tuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas gaduh kenalah minta maaf. Tak kira salah siapa. Kalau tidak, tengoklah Mommy mereka naik tocang, naik angin, naik segalalah senang cerita @_@

      Delete
  11. bahahahahaha padan muka mummy kena sebijik!!! kehkehkeh mulut dorang tengah nak membesar ni kan kakkkkk. rasa macam nk kunyah2. geram!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Bubbly Abang tu dah kuranglah kepohnya. Sekarang ni turn di Adik Cute pulak. Selalunya akak ikutkan aje keletah mereka ni. Bila diingat-ingat kembali memang seronok melayan kerenah anak-anak ni tau! Jadi memori terindah dalam hidup ^_^

      Delete
  12. hahhahahaha....kelakar si kecik tuhhhh....nak pakai spender pun kena tggu org tya dulu yerrr......hahahah...anak MD berbeza dgn anak sedara sy.....kalau anak sedara sy pantang di ajak keluar.....kdg dia yg sibuk tya kita kalau kita pakai cantik2 nak pergi mana....adehhhh.....nak ngekor jer kejenyee...hahahha...kalau ngekor saje xpe lagi...tp bila kt kedai...mcm2 jenis benda dia nka suh kita beli....time tu laa dia amik kesempatan....layan kan ajer....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak akak ni dah mula tak suka keluar rumah. Entah apa yang best kat rumah pun tak tahulah. Itulah puncanya mereka tak berapa bercampur gaul dengan budak-budak lain. Kena buat sesuatu ni. Kena banyakkan melenjan di luar rumah semula. Hahaha!

      Delete
  13. saya suka dgn budak yg blh bagi respon mcm adik tak kering gusi tau md . dari kita tgh stress blh jadi senyum dan ketawa ... yes baby mengingatkan saya pd my anak buah . tahun lepas rasanya , ada yang bertanya pada hanani , abah nak gi mana , hanani jawab , gi london . lepas tu dah jadi joke . sesapa yang tanya soalan bodoh aka tak masuk akal , memang jwbnya , pi london ! ... heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya memang semulajadi banyak cakap tapi selalunya dengan sayalah sebab saya suka melayan. Dengan Daddy mereka tak berani banyak mulut sangat. Daddy tak suka ^_^

      Keletah anak-anak ni memang seronok dilayan. Bila dah berlalu mulalah terkenang-kenang kembali saat bergelak sakan dengan mereka!

      Bagus juga menjawab soalan bodoh macam tu. Yang mendengar terus terpaku tak tahu nak bertanya soalan bodoh selanjutnya. Hahaha!

      Delete

Post a Comment