Hujung minggu yang sibuk

Salam 26 Zulkaedah ya kawan-kawan!

Hari ni my boss baru naik bekerja selepas bercuti sebulan balik kampung nan jauh nun ~_^ Lemah-longlai segala sendi rasanya nak bekerja walaupun hari ni baru hari Isnin!

Apa kisahnya dengan kawan-kawan semua? Ke mana 'menghilang' semasa cuti hujung minggu baru ni?

I pulak kali ni sibuk betullah hujung minggu baru ni. Macam-macam kerja nak buat, macam-macam tempat nak pergi dan macam-macam makanan nak dijamah tau ~_^
Itinerary memang full betullah dua hari sudah ni.

Sampaikan pagi ni lewat bangun. Terpaksa lembut-lembut berbisik dengan HD minta tolong hantarkan Bubbly Abang ke sekolah,  mem terlajak laris tidur sampaikan tak sempat nak sediakan sarapan dan berdandan! Nasib baiklah sempat solat Subuh...

Kasihan hari ni anak-anak bawa bekal semuanya 'instant' ^_^

Inilah akibatnya kalau berjaga lewat malam. Yang sebenarnya I start menggosok pakaian pukul 12 tengah malam semalam. Sampailah ke pukul 2.30 pagi. Habis dua bakul  pakaian I langsaikan kerja-kerja menggosoknya. Naik sakit kedua-dua bahu dan tangan kidal I ni tau! Alarm smartphone pulak buat hal. Kalau terhempap bantal ke apa-apa ke, teruslah tak dengar bunyi alarm. Atau pun memang I ni tidur mati? Tau tak apa tidur mati tu? Tidur yang nyenyak sampai tak sedar apa pun berlaku di sekeliling!

Kalaulah boleh MC hanya kerana ini aje alasannya bukan ke bagus...

Hari ni pun entri tak boleh panjang berjela sebab kenalah 'bersopan-santun' buat kerja bila boss berkeliaran di sekeliling ^_^

Jumpa nanti ajelah ya!

   
 

Comments

  1. semoga dipermudahkan urusan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hendaknyalah!

      Baru berangan nak update entri kisah hujung minggu tapi macam masa tak mengizinkan aje. Tengoklah nanti!

      Delete
  2. Amboi, tengah2 boss berkeliaran pun sempat lagi mengudpate entri ye. takpe pelan-pelan kayuh, dah selesai segala tugasan baru lah boleh berceloteh panjang berjela. katanya sibuk dua hari ni, mestilah banyak cerita nak dikeluarkan tu.

    saya pun pernah merasa kejadian2 kat atas tu. kelam kelibut dibuatnya. untunglah ada HD yang boleh tolong. kalau saya, hantar anak2 ke sek dulu, pergi ofis punch card kemudian balik rumah semula, bersiap. fengsan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Blogger tegar katanya! Asal boss pergi pantry aje, laju-laju bukan blog. Asal boss duduk kat tempatnya aje, pun laju-laju reply komen! Hahaha!

      Nak siapkan kerja dulu lepas tu barulah boleh menghadap blog dengan penuh khusyuk katanya!

      Pagi tadi dapat masukkan biskut Oreo dan kek pisang aje dalam bekal anak-anak, KB. Hak Daddy mereka tu, pepandailah apa nak makan. Ibunya enggak punya waktu luang yang banyak pagi tadi...

      Delete
  3. Huh....kalau dah siang berjalan tak sedar diri memang patut pun gosok sampai pukul 2 pagi hihi.....
    Ohhh boss adalah ni ek....boss yang pompuan tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak arghhhh... Hari Ahad, Kak Ton sebelum Maghrib dah ada di rumah, Mak! Maklumlah esoknya nak kerja ^_^

      Kak Ton rehat-rehatkan minda dulu. Lepas tu tersedar dah nak dekat pukul 11 malam. Dah tak leh tidur, Kak Ton pun mainlah gosok menggosok ala sayang ^_^

      Eh, bukanlah! Boss perempuan tu pun kepohnya sama aje. Rajin nak bergosip juga. Ni yang lelaki turun dari atas langit.. erkkk... yang pindah dari dept lain gatal-gatal nak masuk dept Kak Ton nak jadi bos katanya! Baru balik cuti sebulan.

      Ni Kak Ton tengah dok tertunggu-tunggu bila masa agaknya dia nak beri biskut Hello Kitty yang sedap tu!

      Delete
  4. Jauh sangat perjalanan mencari makan tu MD..
    Tu yg nak menggosok baju sampai pukul 2.30am..
    Mahu tak terbabas tido tu..

    Kalau CH gosok utk pakai esok aje MD..
    Malam esok baru pulun habiskan utk seminggu
    Tak daya nak menggosok larut malam hahahhah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat CH jalan-jalan, makan-makan, kemas-kemas ^_^ Itu yang terlajak penat, teruslah terlajak terjaga malam, teruslah menggosok pakaianlah kita ^_^

      Ingatnya nak buat gitu juga tapi bila fikir-fikir balik, dah terlanjur menggosok tu, kita langsaikan ajelah!

      Delete
  5. Kalau kakak dah tak adalah nak iron tetengah malam tu MD.
    Pukul 12 kakak dan diulek mimpi rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakaian dah penuh dua bakul, kak dek kerana asyik keluar malam aje since malam Khamis ^_^ Nak tak nak, kenalah usaha lebih sikit kasi clear itu bakul pakaian!

      Delete
  6. Assalamualaikum MD sihat? Lama acik tak baca cerita abang dan adik cute.
    Sampai 2.30 menggosok MD memang rajin menggosok.malam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'alaikum salam, Acik!

      Sihat! Lama tak dengar khabar Acik. Nanti-nanti kalau dah sihat bolehlah roger-roger saya kat tempat satu lagi tu ya, Acik ^_^

      Oh, saya bila datang rajin memang rajin alahai menggosok atau mengemas rumah tengah malam ^_^

      Delete
  7. Klu saya gosok Baju yg nak dipakai je MD . mmg rajin tu ... Klu boss x de blh LA cilok pejam Mata jap ... Tak memasal hari INI DLM sejarah entry ringkas je ... Heheheee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlanjur mata tak mengantuk dan dah tak tertahan tengok bakul pakaian dah penuh, kenalah usahakan untuk minimizekan penggunaan bakul pakaian tak bergosok tu, Vee...

      Itulah, baru perasan hari ni tak cukup 1000 patah perkataan pulak ^_^

      Delete
  8. perghhhh? gosok baju tengah malam? kagum ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara yang quite biasalah saya buat. Selalu sangat mata tak boleh lelap. Mengemas/menggosoklah kita ^_^

      Delete
  9. lewat benor gosok bajunya mommy..
    xpa lah bukan selalu terlewat, kan !
    peringatan di lain hari..

    mcm mna hari ni.. berjalan lancar sampai ke ptg ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerap juga kejadian macam ni berlaku, Ciksu. Asyik tak boleh lelap, memang saya kerjakanlah pakaian yang tak bergosok tu. Kalau tak keluar berjalan hujung minggu, memang salah satu tugas menggosok segala pakaian sampai kosong bakul pakaian tu. Ni dah berjalan sana-sini, memang tak cukup masalah nak buat kerja rumah!

      Alhamdulillah, semalam okey aje!

      Hari ni yang kurang lancar di pagi hari ^_^

      Delete
  10. betoi2 sibuk ni. apa pun nmpk bahagia sefamili tu.. hhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk sangat ni, Zul. Maklumlah bila asyik melenjan kat luar rumah, memang sibuklah tu ^_^

      Delete
  11. Fuhhh dari pukul 12 sampai 2.30 menggosok baju kak?! Gigih sungguh ty. Nani baru tiga emoat helai mengeluh dah. Hahaha. Adoi ! Happy working ye kak. Alah Rabu nanti public holiday boleh rehat puas puas :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah akak paksa diri berhenti. Kalau tidak, mahu akak sambung sampai pagi. Tak tidurlah gamaknya. Pukul 5 pagi dah kena bangkit dari tidur!

      Arghhh... tak sabarlah Nani nak cuti esok. Seronoknya berehat-rehat di rumah.

      Eh, ya ke duduk rumah dapat berehat? Macam tak betul aje statement ni tau~_^

      Delete
  12. tu diaaa kak....sibuk betul nie..tang makan2 tu den suke kak...hidup mesti makan gitu slogannyer haahahahaah

    kak lame nye gosok baju...akak pakai laa iron philips mcm dlm entry lieya tu..serius kak best...rase mcm bukan gosok baju tapi mcm pakai vakum sedut kedut ajek....heheheheehe....baju2 gosok 1 side ajek otomatik belakang dah licin jugak..jimat mase sgt2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi boleh makan, kita makanlah, Lieya ^_^ Bila orang sibuk cakap pasal diet, kita pun dan-dan tu teringin nak diet (ke laut). Hahaha!

      Dua bakul juga akak mengerjakan pakaian nak digosok tu, Lieya. Ada lagi sebakul, dik!!!

      Ya ke Iron magik Philips tu boleh gosok pakaian begitu cepat? Ni yang akak menggeletar tangan kaki. Nak minta siapa ek buat hadiah harijadi? Harijadi akak dah lepas ^_^

      Delete
  13. Wah... Pendek lah entry... hehehe...

    Amboi... tengah² malam menggosok baju. Kita paling tak suka gosok baju. Skang pepagi husband yg tolong gosok baju anak² ngan baju bini dia skali sebab bini dia buat kerja lain. Kerjasama itu penting kan... hehehe.. Pujuk HD soh beli iron Philips yang dah viral tu. Kita kalau nak beli pon kena main kutu dulu. Kalau nak beli sedebuk cam tu tak mampu mak nyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangkakan. Pandai juga MD mengarang entri pendek ~_^

      Takda masa nak gosok pakaian, terpaksalah gosok tengah malam dah mata pun tak boleh nak lelap.

      Untunglah alahai suami boleh tolong gosokkan pakaian ya. Kita ni berbeza, kitalah tuan rumah, kitalah mem dan kita jugalah bibik ^_^

      Hah, tulah! Berkobar semangat kalau membaca pasal Philips iron tu. Kalau beli satu, memang jimat masa menggosok. Tak payahlah nak berjaga malamkan!

      Delete

Post a Comment