JJCM : BP Beriani Power

Salam 8 Zulkaedah kawan-kawan!

Alkisah, cerita ni dah lama ya!

Hujung minggu sebelum kita mula berpuasa, kan I sekeluarga balik ke kampung di Batu Pahat. Memandangkan hari Isnin minggu hadapannya dah mula berpuasa, apalagi yang kita boleh buat di kampung ^_^ Makan-makanlah aje kerjanya!

Oh, by the way terlanjur I ingat! Sebenarnya kami makan sedap juga di Ahmas Seafood Centre di Tasik Merdeka tapi sebab beramai-ramai dengan emak, my sister Ngah, Chik sekeluarga dan my abang sekeluarga, takdalah kukisah nak ambil gambar. I ni still pemalu, down to earth, low profile gitu. Hahaha!

Berbalik kepada kisah makan-makan di Restoran BP Beriani Power ni, masa ke sana memang packedlah dengan umat manusia. I pun tak tahu kenapa penuh sangat. Mungkin juga mereka semua sama macam kamilah, nak merasa makan beriani power sebelum bulan puasa ^_^ Macamlahkan bulan puasa tak boleh makan beriani!



Sampai-sampai aje, ada sekumpulan bikers baru nak keluar. Mereka punya vroomnya depan restoran, bingit telinga. Maklumlah motor semuanya berkuasa tinggi, kalau bunyi sendu aje apalah nak dibanggakan ^_^

Masuk dalam restoran, takda tempat duduk langsung. Penuh! 

Kenalah menunggu macam  muka tak malu tepi-tepi meja tunggu pelanggan habis makan! Mujurlah tak lama! Sebaik dapat meja, terus booked dua tempat dan segeralah panggil kaum kerabat suruh masuk segera. (Ya, ya! Ahkak punya tugaslah tu menunggu meja clear!)   

Bila dah lega dapat tempat duduk tu, teringatlah pulak kat Acik Erna. Kata Acik, nak makan di sini bila melawat anak bujangnya yang belajar di BP tu. I pun melilau jugalah mencari kotnya manalah tahu berjodoh terjumpa Acik Erna di sini. Bolehlah salam kaut untuk anak anak hug-hug, kiss-kiss macam kawan lama ^_^ 

Oh, corner baring jauh sangat! Lari daripada destinasi cerita dah nampaknya ^_^

Aha, nak tanya... tau tak ini apa?



Inilah namanya telur pindang. Eh, walaupun bau semacam, kalau dah makan sedap aje tau! Lain rasanya daripada telur rebus biasa tu. Kalau dulu-dulu, masa my kakak-kakak kahwin, memang kami sediakan telur pindang; takdanya nak bagi door gift pokok ros ke, coklat Tora ke, kuih baulu hangus ke...  

Bukan senang nak buat telur pindang ni tau. Jangan tanyalah kat I macamana susahnya, pergi tanya kat Kakzakie ^_^ Kakzakie ariflah benda-benda macam ni. Kalau tanya kat I, I pi google dulu siap-siap baru beri jawapan ^_^

Mari tengok menu pulak ya...



Arghhh, melambai-lambai nasi beriani ayam masak merah ni minta dijamu ~_^

Sirap bandung power ni memang power. Teringat-ingat sampai balik KL*_*

Malang sungguh tau. Dah beberapa kali I sekeluarga ke sini, selalu aje tak dapat makan beriani gam. Last makan dapatlah juga merasa beriani daging tapi kali ni dek kerana penuh sangat dengan pelanggan, semua pun habis!

Tinggal beriani ayam masak merah aje...

Nak buat macamana. Takkan  terus nak keluar selepas penat menunggu meja. Takkan nak balik KL tanpa melepaskan gian nak makan berianikan! So kita orderlah semua pun makan beriani ayam masak merah!

Sedap memang tak terkatalah! Maklumlah, keluaran orang kampung sendiri katanya ^_^ Kalau nak beriani sedap, silalah turun ke BP ya kawan-kawan. Makanlah puas-puas. Dah kenyang kebuntang barulah balik KL ^_^

Harga pun murah aje - RM10 sepinggan. Kalau yang beriani gam tu, RM11 kalau I tak silap. Air sirap bandung power pun cuma RM3.90 aje. Kalau beli teh O ais limau pun dalam RM3 juga ~_^ Ada juga acar buah ya tapi tak pastilah kena bayar lain harga ke apa. Sebabnya masa sebelum ni dapat acar buah tapi tak perasanlah my Ngah request ke atau memang dah ada dalam set.

Lepas perut dah kenyang, kita pun jenjalanlah ke Tasik Y, mengenang kisah silam isteri mithali HD dan Mommy my superheroes ni ~_^

Esoknya bangun tidur, boleh teringat lagi nak beli beriani!

Asal rancangan nak tapau aje beriani bawah pokok berhampiran Shell (dekat dengan area Summit Parade pada yang tahu daerah Batu Pahat ni... ) dan bawa balik ke KL. Tapi selepas ditimbal balik, melampau sungguhlah nak makan beriani hari-hari di kampung. Gaya macam nak balik kampung setahun sekali ajelah tu...

Okeylah, malas nak melalut lagi (dah panjang berjela menaip baru kata tak nak melalut! Apakah ini!)

Jumpa lagi di lain entri ya ~_^ 

P.S. Nasib baik ada entri dah lama siap draft ^_^ Selamatlah hari ni boleh up satu entri walaupun lesunya tak terkata. Eh, badan aje sakit ya! Otak masih boleh berfikir elok lagi nak membebel pasal apa dalam blog tapi nak blogwalking tak laratlah nak membaca ~_^ Nanti-nanti dah kembali sihat, I lenjanlah singgah 'rumah' you all semua!

 

  

   













  


Comments

  1. kalo ke BP mmg tak sah tak singgah cari nasi beriani gam atau mee racun kan kak...tapi lieya tak penah rase pun.... balik johor nak pi jjcm BP mmg tinggal harapan sebab mak masak mcm2 hahaahahah tak dan lapor ade jek makanan baru...dah gitu, camne nak pi jjcm nye hahaahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, serius ni akak belum pernah makan mi racun jadinya belumlah kena 'racun'nya lagi. Kalau tidak, mahu juga setiap kali balik kampung nak meracun diri. Hahaha!

      Mak akak dah tak masak lagi, Lieya. Chik akak pun jarang masak kat rumah. Makanya terpaksalah berkelana kalau balik kampung mencari makanan sedap ^_^ Sukalah tukan! Hahaha!

      Delete
  2. salam MD, bersembang punya kencang ingatkan dah kembali sihat segar bugar. Hairan juga cik ahkak kat sini! Mujur ada entri yang nak tunggu kena publish aje. Takde lah sunyi sepi rumah.

    Takpe, takpe, take your time. bykkan berehat. nanti dah sihat betul boleh berjalanlah sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dtg balik ni MD, nak tanya telur pindang tu apa rasanya ye, sedap sgt ke?

      Nasi beriani power BP mmg sahlah saya tak pernah makan sebab tak sampai pun lg ke sana. hehe

      Delete
    2. Sembang memang sentiasa kencang, KB baik sakit mahu pun sihat ^_^ Nasib baiklah ada entri ni untuk up masa darurat katanya. Itu yang orang kata macam tak sakit tapi yang sebenarnya sakit segala sendi ni hah. Berpinar mata masa ni menahan sakit kepala! Tak cayakan? Hahaha!

      Eh, sedap tau telur pindang tu walaupun baunya busuk bagi sesetengah orang. Yalah macam-macam herba katanya direbus sekali of courselahkan. Cubalah rasa kalau nampak telur pindang ni ya, KB ^_^

      Delete
  3. Nanti balik Muo nak jugaklah singgah BP dulu pekena Briyani Gam BP yang katanya power sangat tu....Tapi nampak mmg menggiurkan sungguhlah....Mapley mak mesti suka ni. Dia tukan hantu Briyani....
    Kalau mak pulak, kalau masi dia lembut mmg mak sukalah tapi ada setengah tu nasi tak lembut sangat tu yg rasa mcm menyesal je makan tu....

    Ni kalau nak makan 2nd round mmg kena pikir 10 kali ni, dengan Siranp Bandung SOda lagi...perghhhhh mau dan dan terus naik gula ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgahlah Mak daerah kelahiran kita ni. Bukan jauh pun Muo tu dengan BP tau. Sesekali mengetuk mapley, biarlah sampai ke BP. Jangan berhenti di Tg Mas aje ^_^

      Mak, umur macam kita ni (eh kita rakan sebaya ke? Hahaha) soal tu tolak tepi. Lepas makan baru rasa ngeri-ngeri, ngilu-ngilu gitu. Hahaha!

      Delete
  4. portion besar tak? kalau saya, satu pinggan tu mesti share..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Portion besar, Dik Sal. Kalau Dik Sal yang kecil molek ni tak kuat makan, silalah share berempat. Lagi afdal makan bersuap, takdalah rasa banyak sangat ^_^

      Delete
  5. Telur pindang - kakcik punya perebet...eh! peberet tu...

    Sirap bandung pun nampak sedapppppppppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan Kakcik telur pindang ni. Kenapalah sesetengah orang tak suka? Tak cuba, tak tahu. Jangan tengok jerk. Chewah, bercakap macamlah saya ni semua makanan saya boleh telan! Diri sendiri pun cerewet yang amat!

      Delete
  6. aduhai, feveret saya telur pindang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita genglah. Sedapkan telur pindang ni tapi jangan sampai sendawa ke, lepas angin merata ke. Hahaha!

      Delete
  7. nasi beriani...sedap..telur pindang pon sedap..menu2 kenduri kawen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dapat, sedapkan. Kalau hari-hari mau, fikir sendirilah apa nasib badan. Hahaha!

      Delete
  8. Akak paling suka telur pindang tu MD..
    Kalau sebijik tak cukup kat akak..
    Mau sepuloh bijik sekali makan hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan 10 biji satu-persatu masuk mulut ke atau nak makan 10 biji sekaligus? Hahaha!

      Delete
  9. kalau beriani ada satu tempat saya suka makan. kat sg buloh belakang the store. Restoran dia nama beriani gam johor tak silap. Harga dia lebih kurang harga restoran MD makan jugak.. tapi dah lama pulak tak menyinggah... almaklum la benda sedap kalau hari2 makan pun jemu.. tunggu sampai rindu bertandang lagi baru kita mengusung perut yang rindu ke sana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meratalah orang guna beriani gam Johor ni tapi banyak tempat akak pergi, takdalah ohsem mana! Next time anak dah besar sikit, Suria n hubby bawalah pergi BP, tempat kelahiran akak gitu, tempat asal beriani gam gitu. Hahaha!

      Nak makan, perasaan rindu tu biar menggebu, barulah sedap melahap ^_^

      Delete
  10. Telur pindang tu kalaulah kite yang dapat kan mamikkkk... rasa macam tak ingat orang belakang dah.. Lepas tu buang angin amboihhh semerbakkkk harummmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, makan ajelah senyap-senyap jangan terlepas angin. Telur pindang ni memanglah baunya ohsem tapi rasanya lagi ohsemkan, kan, kan!

      Delete
  11. Sebab itulah saya tak dapat review yang berbayar, Diana. Lurus bendul alkisahnya. Hahaha!

    ReplyDelete
  12. Sedapnya briyani.kat sini payah nk dpt briyani gam.klu ada x sdp.blk johor mmg tu yg wajib dicari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah lagi makan beriani gam di KL ni. Tak tahu kat mana yang sedapnya. Kalau sebut aje beriani, mesti kata original dari Johor. Apa yang originalnya tak tahulah pulak!

      Delete
  13. Bila lah saya nak menyinggah sana ... Klu balik kg jarang menyinggah BP ... Huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun jarang balik BP tapi kalau dah balik, BP Beriani Power ni memang tak pernah lupa nak singgah ^_^

      Delete
  14. Telur pindang, kalau original tanpa guna rempah ratus yg pelik2, mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan orang tak suka baunyakan; saya pun sama. Tapi bila dah makan, nikmatnya...

      Delete
  15. Telur pindang mmg x blh nk msk la dlm tekak sy. X sdp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak kata apalah, Salkan. Masing-masing ada suka dan tak sukanya. Saya ni pelik tau bab memilih makanan tapi boleh pulak in dengan telur pindang ni ^_^

      Delete
  16. Akak sejak adek ipar dah pindah jarang ke BP....tapi memang femes kan nasi beryani BP.
    Tasek Y ...aduhsi nostalgia sungguh bagi akak masa form 6 duk BP selau jogging kat situ,lebih nya cuci mata dgn kwn2.
    Telor pindang ....sedap kan...tapi anak2 akak kurang suka.Kalau ada biasanya akak bedal sorang je :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tasik Y tu tempat menjalin cinta monyet, kak ~_^

      Paling suka sekolah kat TIGS ni sebabnya bila ada acara merentas desa, kita akan 'merentas' sekolah High School BP. Mulalah kegedikan melanda termasuklah saya sekali. Gatai ^_^

      Anak-anak saya memang tidaklah makan telur pindang ni. Sampai tahap saya ajelah yang merasa telur pindang. Lepas ni kalau tanya pada anak-anak saya, mahu mereka blur tak boleh nak imagine macamana rupa dan rasa telur pindang!

      Delete
  17. Ok lapar balik lepas tengok nasi beriani ni hah. Haha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni makan biskut cicah air teh aje tau! Lagilah lapar tengok entri makan-makan sendiri ~_^

      Delete
  18. Tak pernah sampai BP lagi.Alah beriani kt sp ni pun banyak apa.huhu

    Org johor memang terkenal dengan telur pindangnya kan..kerja kawen klu takda telur ni macam tak lengkap la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hish...janganlah nak ke BP setakat nak makan beriani power! Kalau datang BP tu kenalah try mi racun, beriani, lontong, telur pindang etc.etc. Pendekata yang ada terdapat di Johor tapi tidak di utaralah, PK.Barulah berbaloi perjalanan jauh. Tak pun kalau nak jumpa TMJ, masa tu barulah try beriani power. Hahaha!

      Delete
  19. telur pindang pernah juga dimakan sekali dua..

    tak pernah sampai BP lagi saya ni MD, mungkin satu hari nanti kalau samapi ke sana boleh la mencari kedai nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, satu hari nanti sampailah tu. Tapi BP bukannya ada apa-apa sangat pun. Macam saya ni lainlah, meninggalkan 1001 kenangan silam di BP ni, maklumlah tempat membesar katanya!

      Delete

Post a Comment