My anak bujang yang semakin sado...

Salam 1 Zulkaedah kawan-kawan!

Hari ni dah masuk bulan baru ya, no more Syawal ^_^

Mari kita terus masuk ke tajuk cerita hari ni...



Pada semua yang rajin mengikuti my blog ni memang sudah sedia maklum betapa 'sado'nya my anak bujang, Bubbly Abang. Memang jauh berbeza si abang dan si adik ni ya!

Badannya memang berisi dan berat tu memang dah obeselah. Sekejap naik (banyak), sekejap turun (sikit) berat badannya. Macam mengamalkan diet yo-yo aje kekdahnya! Walaupun pada usia 10 tahun  Bubbly Abang mempunyai ketinggian 148cm, beratnya juga boleh tahan ya - dah mencapai 60kg!

Sejak berakhirnya Ramadhan, memang nafsu makannya dah mula sukar dikawal. Sentiasa lapar memanjang. Walaupun dia seorang picky eater yang sangat sukar untuk menerima perubahan menu, tetap juga tak kurus! Kesetiaannya kepada ayam goreng memang tidak boleh  disangkal tapi bila difikirkan semula, memang itu ajelah yang disukainya!

Kalau diikutkan rutin makan hariannya, takdalah Bubbly Abang ni asyik makan makanan berat sahaja. Setiap pagi dia bersarapan sebelum pergi sekolah dan bekal makanan untuk waktu rehat bergantung pada keinginannya; adakala nasi lemak kosong RM2 (kosong maksudnya cuma nasi lemak dan sambal tumis aje) atau nasi lemak dengan ayam goreng atau ayam goreng sahaja atau maggi goreng dengan perencah 'rahsia' Mommynya atau pun sekadar sandwich telur hancur atau burger yang berisi chicken patties aje. Itu di antaranyalah ya... 

Bila balik dari sekolah memang MakNgah sediakan ayam goreng dan nasi putih aje untuknya. Ada masa tu buat juga ayam masak lemak cili padi kesukaannya. Setakat ini, itu ajelah yang menjadi kegemarannya. Menu lain dia tak berapa sentuh. Kalau Bubbly Abang kenyang makan nasi lemak ayam goreng waktu rehat di sekolah, biasanya dia akan skip makan tengahari (dah MakNgah pulak bising kenapa tak mahu makan!)

Makan malam kami pulak biasanya sebelum Maghrib, around pukul 7 malam. Untuk makan malam pun, I tetap kena sediakan ayam goreng untuknya (I ada banyak resepi berbeza untuk ayam goreng, bergantung apa mahunya sehinggalah dia merasa jemu dengan resepi tersebut) walaupun ada banyak hidangan lain yang boleh dimakan oleh kami bertiga tetapi bukan menjadi kegemaran Bubbly Abang. Ayam goreng pun sekadar 4 ketul. Biasanya Bubbly Abang akan makan satu atau dua ketul, seketul untuk Adik Cute dan seketul lagi untuk Hubbydearie. Kecuali kalau pagi tu Bubbly Abang dah bawa bekal nasi lemak dan ayam goreng, memang makan malam I tak sediakan ayam goreng!

Kalaulah menu untuk makan malam tiada ayam goreng, memang Bubbly Abang akan makan sedikit. I pula yang jadi risau takut dia tak cukup makan walaupun kata HD, banyak lagi lemak dan zat yang boleh cover kalau tak cukup makan sehari ^_^ Tapi tahu ajelah perangai emak-emak nikan; susah hati kalau anak-anak tak cukup makan!

Adakalanya bila I jadi geram, memang I tak akan sediakan ayam goreng sebaliknya I buat  beraneka menu ayam - ayam masak kicap, ayam masak lemak, kari ayam, kurma ayam, sup ayam, tomyam ayam atau ayam bali dan macam-macam lagi tapi semuanya tak mampu membuatkan Bubbly Abang menyukai hidangan makan malamnya seperti mana bila ada ayam goreng dalam pinggan! Ayam yang tak bergoreng macam dalam sup atau tomyam tu memang tak berapa 'in' dengan anak tekaknya. Sebab itulah hampir semua masakan ayam yang berkuah, I goreng dulu ayamnya ^_^

Sebagai emak, I ni belum cukup kuat untuk berkata tidak pada anak bujang bab-bab makanan ni walaupun sedar akan akibatnya. Bak kata HD, I bukannya sayangkan anak kalau beri anak makan apa sahaja mahunya tapi yang sebenarnya I tak sayang anak sebab I lah yang menyebabkan anak jatuh sakit di kemudian hari (minta dijauhkan!)

 Kadang bila difikirkan memang betul tapi untuk mengatakan 'tidak' memang payahlah. Takut pulak anak kempunan bila berkehendakkan sesuatu!

Yang menjadikan Bubbly Abang ni tak terkawal sebab dia suka mengunyah hampir 24 jam! Waktu makan memang dia jarang makan bertambah. Sepinggan nasi itu ajelah. Sebaik aje lepas makan, dia mula minta izin nak makan rotilah, nak makan itulah, nak kunyah ini, nak gumam itu! Kata HD, kalau diperhatikan perangainya memang sepanjang masa dia mengunyah kecuali waktu asyik main komputer!

I pun buat larangan buka peti sejuk ambil makanan kecuali kalau dapat izin daripada Mommy atau Daddy. Selepas pukul 8 malam, memang tak boleh makan apa-apa! Tapi, bila kita tiada di rumah atau masa kita tengah sibuk dan terleka, mulalah dia curi-curi tengok dalam peti sejuk atau apa sahaja yang ada di dapur!

Kalau nak  tahu, makanan semuanya I terpaksa sembunyikan di satu tempat. Hanya I dan HD aje yang tahu di mana. Itu pun kadang-kala bila dia mengadu lapar, terpaksa juga beri walaupun sedikit sebab takut anak kempunan atau tidur kelaparan pulak! Pernah juga dia nampak di mana kami simpan makanan; dan bila dah tahu mulalah sembunyi-sembunyi ambil makanan sendiri! Bila kena marah aje, teruslah buat muka sedih sangat sehingga Mommynya tak sampai hati nak terus-terusan marah!

HD pulak lain caranya. Asal Bubbly Abang mengunyah aje, mulalah kena tegur! Makan banyak aje kena tegur! I rasa by now, memang Bubbly Abang ni dah give up nak makan depan Daddynya. Kalau ditegur aje, teruslah muncung muka merajuk terus tak mahu makan! Tapi, bila ada peluang makan juga!

Pernah juga ya beberapa kali, I 'kosongkan' dapur tanpa ada stok makanan sampingan! Mereka cuma dapat makan bila I memasak aje untuk minum pagi, makan tengahari atau malam. Selain daripada tu, memang melilau kat mana pun tak akan jumpa makanan untuk dikunyah in between waktu makan!

Bila anak-anak terkebil-kebil buka peti sejuk kosong, buka almari kosong, kasihan pulak rasa hati. Maka Mommy yang tak kuat semangat ni akan stock up balik makanan dan pantau!

Kadang-kadang I rasa bersalah pulak kena sembunyikan makanan bagai tapi bila Bubbly Abang makin berisi, memang I lah yang terima 'padah' dari Hubbydearie. Bingit telinga dipersalahkan tau!

Pernah juga kami cadang nak bawa Bubbly Abang beriadah setiap petang tapi asal plan aje, tentu hari hujan! Bila dah kerap berlaku, plan tinggal plan ajelah. Kalau cuaca panas sangat pun tak boleh juga nak bawa anak-anak ni keluar. My anak bujang tercomel pulak sensitif dengan perubahan cuaca tak menentu, boleh jatuh sakit pulak tau kalau tetiba kena bahang panas matahari melampau!

Dulu-dulu sebelum dia bersekolah, I selalu juga dengar orang kata,

Nanti dah sekolah, dah penat, kuruslah dia...

Nanti dah pandai cari makwe, kuruslah dia..

Nanti besar sikit dan pandai jaga imej, kuruslah dia...

Entahlah betul ke tidak. Setakat ni, yang pertama tu memang tak nampaklah kebenarannya!

Entri ini tak tahulah entri keberapa I pernah berkongsi dengan semua tentang my one and only picky eater dalam rumah ni. Dah tak tahu nak buat macamana...

   

 

 

     

       


Comments

  1. Oh macam tu pulak Si Abang ni ye. Makan memilih tapi naik juga badannya. Dulu anak sulung saya Si Amir pun begitu. Dia tak memilih makan. Sampai org kata tolak batu dan kayu saja. Badan berisi,perut berlapis. Tp dia rajin bersukan. Bila sudah naik sekolah menengah, badannya dah mula susut. Skrg lagilah nak jaga penampilan saja. Tp sampai skrg kuat makan lagi.
    Kes Abang ni bila sudah matang dan tahu jaga penampilan mungkin dia akan kawal tabiatnya. Jgnlah risau sgt MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memilih sangat dia ni, KB. Tapi itulah, gene pun ya juga. Badan tu maintain sado walaupun makan memilih katanya!

      Tak tahulah saya nanti bila dah pandai jaga penampilan, akan ada perubahan. Setakat ni, memang dia tak kisah pun badannya montel. Tapi kalau kita usik, merah juga muka menahan malu. Sampai hat tu ajelah...

      Delete
  2. hurmmm payah jugak ni sebab mommynya hati tak kental..huhuuu..
    ape yang HD kata tu betul..
    dah pegi check kesihatan? haa tu penting..
    kadang orang kurus pon berpenyakit MD..ingatkan sihat rupernya dot dot dot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak berapa kentallah Zee bab makan ni. Bukan apa, dia pun memilih so kalau nak stop terus dia makan apa sukanya, memang kasihanlah. Bab-bab snacking tu memang bolehlah tahan tapi tengok mukanya tak dapat makan, memang kasihan sungguh!

      Delete
  3. anak sedang membesar tu MD...selera makan selalu tinggi.. rajin beriadah ok juga...tapi nampak pic abang sado xllah obes sgt biasa je...bila semakin besar n tinggi sesuailah berat dgn tubuhnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera mengunyah tu kak yang tinggi sangat ^_^ Itu yang buat makin hari makin sado!

      Boleh perasan kak kalau beratnya bertambah. Part chubby muka tu dan dada tu bukan main alahai...

      Delete
  4. Bila mak tengok gambar Bubbly Abang ni terbayang mak dengan awak Kak Ton, terbayang muka Kak Ton ketika Kak Ton terpinga pinga bila mak tegur.....alahaiiii rindu saat itu.... Jom ngeteh kat Aeon yg dah nak tutup ni hihi.....

    Bubbly abang ni dah berkhatan lum Kak Ton?
    Sebab masa anak sulung mak dulu lepas berkhatan badan dia jadi semangat....Tapi bila dah sekolah menengah dan meninggi badan dia dah semakin kurus...Kurus tak delah kurus jugak jenis berdaging jugak anak mak tu.

    Bubbly abang ni dah mcm mak ajelah. Kalau kat rumah tu keje mengunyah aje hihih...Kejap kejap makan....walaupun skip lunch katanya.Mmg tak tahulah bila nak kempis badan ni.

    Mak rasa kena beriadah jugaklah Kak Ton. Makan ayam goreng tu OK kot cuma mungkin kuantiti nasi tu dengan kudap kudapan tu kena kurangkan.
    Ececeh....pandai je bagi nasihat diri sendiri pun tak lepas haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebenarnya memang Bubbly Abang tu ikut muka kitakan, Mak! Semua pun kata begitu. Kalau Adik Cute tu memang ikut Daddylah sebiji ^_^ Tapi emak kita kata, muka Adik Cute tu ada juga iras-iras dengan kita masa kecil dulu. Maklumlah kecil dulu terlebih comel sekarang ni terlebih segala. Hahaha!

      Belum lagi. Mananya nak dikhatankan Mak, kecil alahai. Adik punya pun lagi besar. Hahaha! Ingatnya nak juga khatan akhir tahun ni tapi tak tahulah lepas ke tidak!

      Tabiat mengunyahnya memang ohsem sungguh. Asal nampak apa aje makanan nak dikunyahnya. Kalau takda apa dalam peti sejuk, roti pun jadilah! Kalau dia tak mengunyah, tengah asyik main game kat komputerlah!

      Orang diet Atkins makan ayam goreng ajekan Mak tapi ada juga yang kurus. Contohnya anak saudara Kak Ton. Kurus tau masa dia buat diet Atkins tu. Tapi tak bagi makan nasi terus, kasihanlah pulak. Maklumlah budak lagi. Ni nak sergah dia suruh beriadah macam dululah. Baru lari 1 m dah semput si abang ni tau!

      Delete
  5. rasanya perlu dibawa beriadah tu MD. Ye lah kita mak2 ni kalau anak cakap lapar menggelupur cari makanan kan, apa anak nak makan bagi je, tapi itulah kesannya kita pula yang kena, cara saya memang saya biar anak bermain dan melompat2lah.. cuma sekarang bila yang no.2 tu dah kurus rasa macam eheh tak cukup makan ke budak nih, dulu2 berisi sekarang dah boleh kira tulang pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, AA. Semalas mana pun mak-mak ni (contohnya sayalah tu) kalau anak kata lapar, menggelupur cari makan (belilah tu...) Takut betul kalau anak tak cukup makan atau tidur dalam kelaparan atau kempunan katanya! Over kadang-kadangkan ^_^ Padahal kalau tengok badan, skip satu meal pun takpa rasanya. Banyak lagi lemak, tak susut punya!

      Adiknya tu memanglah aktif sepanjang masa. Lari sana-sini tapi si abang ni memang sedentary lifestylelah yang diamalkan. Baca buku nak baring, tengok youtube nak baring. Janji dapat baring, semua pun nak dibuat sambil baring!

      Delete
  6. Walaupun abg memilih makan, tp sado juga badannya..
    Mummy kene kuat semangat.. tp ye la kan, kita ni bila anak mintak, x sampai hati tak bagi lebih2 lagi pasal makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelebihannya ikut gene ^_^ Kalau ikutkan picky eaternya, memang kurus melidi!

      Bab tak kuat semangat tulah jadi salah satu punca anak tak kurus-kurus. Bila anak request nak makan, rasa serba-salah nak kata tidak walaupun baru diberi makan!

      Delete
  7. nampaknya si abang lebih tinggi dari saya..huhu
    tapi kan MD, saya ada sorang adik sepupu yang berbadan 'sado' ni tapi dia sangat aktif bersukan, main bola petang2 tu memang hari-hari tapi kuat makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak hampir dengan ketinggian Mommynya, Mar tapi Mommynya pun takdalah tinggi mana! Cukup-cukup 5 kaki jerk ^_^

      Kadang tu pelikkan, walaupun aktif tetap juga 'sado' badan. Part tu tak berapa nak faham sangatlah!

      Delete
  8. memang peminat ayam goreng rupanya...macam saya masa kecik...ayam goreng paling minat tapi badan tak naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak memang suka ayam gorengkan tapi anak akak yang sulung ni kecintaannya pada ayam goreng memang luar biasa sikit!

      Delete
  9. Yg buat bdn dia berisi tu adalah kudapan smpingan tu MD..
    Mcm MD kata lepas mkn nasi dia boleh lagi mkn roti..
    Jadi perutnya dah membesar ..
    Tu sebab terasa lapar ajer..

    Anak2 CH ni pulak kurus melidi..
    Mcm tak cukup mkn pulak..
    Wlpn mama dia masak bermacam2..
    Sebabnya dorang ni kalau mkn satu tu.. tu lah yg dia mkn..
    Comtohnya mkn roti lps suruh mkn nasi dorang tak nak sbb dia mkn sekeping roti tu..
    Nasi pun mcm tu jrg nak bertambah kecuali lauk tu kena dgn seleranya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itulah puncanya, CH. Puas kata jangan makan lepas ambil heavy meal tetap juga senyap-senyap aje dia mengunyah. Saya dah pernah banyak kali kosongkan stor makan dan peti sejuk tapi kasihan pulak bila anak-anak terkebil-kebil cari makan. Akhirnya, saya sembunyikan makanan, CH! Terpaksalah, nak buat macamanakan!

      Itulah pasal. Dapat emak tukang masak ala chef tapi anak-anak tak gemuk. Saya ni pulak berbeza, memanjang aje pegang title pembantu chef tapi anak-anak wallaweyh, sihat walafiat!

      Delete
  10. jika si abang kuat beriadah..insyaallah boleh kurus.kena bagi semamgat dan sokongan pd dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasanya takda cara lain. Memang kena beriadahlah ni. Dia ni tak macam si adiknya, aktif memanjang melenjan!

      Delete
  11. Badan abang memang dah besar .. nak pulak umur dah hampir remaja... memang tengah membesar... apa lagilah ..nampak lah tambah kesadoan nya tu...

    Mungkin keturunan jugak kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab keturunan tu memang betullah, Bunda. Daddynya pun berbadan besar juga. Tapi kerabat sebelah Daddy takdalah besar mana pun, tinggi tu mungkin. Hahaha!

      Delete
  12. Begitu bersungguh2 MD nak bagi abang sado tu diet ya...memang sukar MD sebab budak sedang naik ni biasanya memang kuat makan.
    Anak akak Iman ni pulak sejak seminggu ni akak dgn abang risau sangat,dia tak nak makan berat walaupun lauk kegemaran dia depan mata....kalau makan pun sesuap dua.Badan semakin tinggi dan kurus je.Jadi mak2 ni memang semuanya risau kan.
    Sado2 budak lelaki takpe MD ,janji sehat.
    Kesian pulak akak baca abang tercari2 makanan gitu ,hati mummy tentulah tergugat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup bersungguh lagi ni, Kak Saniah! Kalau saya tekun dan kental semangat, dah kurus dah si Bubbly Abang ni. Itulah saya pun jadi punca juga. Asyik memanjang tak sampai hati. Mana boleh sampai hatinya kak kalau tengok anak terkebil-kebil mencari makan tak jumpa! Kasihan pulak takut kempunan ^_^

      Delete
  13. Sebaya dgn ank no. 4 Nur rupanya...mmg jauh beza...ank Nur kecil n kurus MD
    Tak palah janji sihat...tgk selera makannya mungkin buatkan badannya berisi...
    Dh besar kurus tu...sbb time 2 byk aktiviti hendak dilakukn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain tengok anak kurus melidi, mengeluh! Kita ni tengok anak terlebih 'sado' pun mengeluh juga! Manusia, biasalahkan ^_^

      Delete
  14. Biasa la tu kak... selera anak akk tengah mencanak naik. Cuma MD kena sado sikit untuk pantau apa yang dia makan.. yang penting MD, anak2 MD semua sihat belaka. Haaa tu tanda nya mummy dia masak sedap! Boleh cuba p beriadah atau swimming MD. Da besar blh kurus ni..insyaallah. Cayok MD! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah Mommynya masak sedap semendang, Aina tapi dah namanya baka sado-sado, gitulah jadinya. Makan sikit pun boleh terserlah kesadoannya tau ^_^

      Delete
  15. Sesekali kena diajak beriadah juga anak2 ni..mungkin faktor pemakanan junk food juga menjadi penyebab anak2 kita cepat naik badan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengunyah tak berhenti, itulah puncanya. Lagipun si abang ni memang suka duduk aje sambil buat kerja. Nak beriadah macam adiknya memang malas betul!

      Delete
  16. anak2 cubby masa kecil, pasti comel & menarik hati..

    bab berat badan tu, alahaiiiiiiiii kalah akak, mana aci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil-kecil memang comelkan tapi kalau dah besar, dah remaja, memang tak nampak mana comelnya lagi.

      La ni suruh dia jaga badan, dia buat tak tahu aje, sengih aje. Nantilah esok-esok bila dah kenal girlfriend, baru tau langit tinggi ke rendah bila kena tinggal girlfriend sebab terlebih 'sado'. Hahaha!

      Delete
  17. semoga membesar dgn kuat.. yeahhhh..

    ReplyDelete
  18. Kena control gak tu MD... sado sihat takpe... Takut ada kesan sampingan nanti... Tapi anak-anak MD memang sado sbb mmg genetik sado kan... Jadi mmg tak hairan... Takpe la .asalkan dia nk makan... Risau juga bila dia sakit dan tak lalu makan.. kita gak yang susah hati... Mungkin MD kena tukar rsepi dan menu ayam tu.. buat ayam panggang atau ayam sup aje.. lebih sihat dan kurg lemak dan minyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni memanglah sihat tapi sesekali tu dengar bernafas lain macam. Takut nak kena resdung aje. Makan berkira cerewet pulak tu tapi bab mengunyah memang tak ingat dunia. Nak dilarang sepenuhnya kasihan. Tak dilarang pun susah juga akhirnya nanti.

      Dah cuba tukar ayam goreng tu kepada ayam panggang. Asal menu ayam panggang aje, dia kurang makan nasi lepas tu bantai rotilah, biskutlah, yoghurtlah, entah apa-apa lagi yang dapat dicapai tangan!

      Delete
  19. Kita sebagai mak ni mana tal risaukan anak ye..itu ini semua boleh jd sumber kerisauan kita.. moga abang akan berubah lepas ni.. ank buah saya ada juga sorang yg berisi badan masa sek rendah, tp takleh dinafikan dia mmg terlalu suka makan, sampaikan pada satu tahap, ibunya ikat peti sejuk tak bagi buka.. jenis suka makan benda sampingan juga. Tp lepas masuk sek men n sek asrama keding jdnya.. dh belajar di ipt ni baru ada isi sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang risau memanjang, AN. Ada-ada aje perkara yang nak dirisaukan. Anak kurus tak makan pun kita risau. Anak banyak makan kita risau. Anak terlebih sado pun risau juga. Pendekata, tak pernahlah tak risau bila membabitkan anak-anak ni!

      Saya memang berharap dia akan kembali normal berat badannya tapi sekadar berharap saja pun tak cukupkan...

      Delete
  20. Nasi lemak n ayam goreng tu high calorie.lg la macam2 hidangan sampingan tu memang la tak sihat.mummy tak kental susah jugak tu.i feel u MD..walaupun keadaan berbeza..matlamat n kerisauan kita tu sama

    Aiman ni pun risau juga klu badan naik walaupun takda lngsung makanan sampingan kt rumah ni.sekali sekala je la bg.air manis pun faham sajalah sy ni macam mana..huhu..

    Aiman ni pulak hidangan makan utama tu selalu makan nasi berlebihan.dia pulak memang jenis pemakan..jenis tak memilih..sbb tu la payah nak kurus kot.lgpun memang gen sado belaka.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak tu selalunya hari Rabu sebab dia ada ko-ko sampai pukul 3 petang. Nak beri kenyang lebihlah senang cerita. Susah PK nak buat bekal untuk si abang ni. Nak beri mihun goreng tak nak. Mi goreng tak nak. Nasi goreng pun tak nak. Tak tahu apa yang dia nak. Selalunya bawa dua roti 85 sen tu, tak pun saya buatkan burger di rumah. Kalau hari Rabu memang dia kata tak kenyanglah!

      Ayam goreng pulak memang itulah favoritenya. Ayam masak jenis lain tak berapa suka. Nak bekalkan nasi dan ayam masak lemak, takut sakit perut pulak. Lagi banyak hal.

      Saya rasa sebab dia naik badan kerana mengunyah 24-7. Saya takdalah simpan stok banyak sangat tapi apa yang kita ada tu, dikerjakan sampai habis kalau kita tak beri amaran! Itu masalahnya!

      Air manis pun dah kurang sekarang ni. Tapi kalau takda langsung, boleh dia langsung tak nak minum. Kalau terdesak aje minum plain water itu pun mesti yang sejuk betul!

      Siksa!

      Delete

Post a Comment