Salam 12 Zulkaedah kawan-kawan!
Hari ni lambat sikit bersiaran kerana sibuk ~_^
Marilah kita masuk terus ke tajuk ya! Malas pulak rasanya nak corner baring tak tentu arah kali ni.
Hari Ahad semalam, kami bawa anak-anak ke taman. Dah lama rasanya takda aktiviti taman ni sejak sebelum bulan puasa lagi. Maklumlah, dengan cuaca panas terik tak menentu dan anak-anak pun tak berapa suka nak keluar rumah, maka memang takdalah dalam senarai nak bawa anak-anak ke taman beriadah.
Beberapa hari sudah, asyiklah mereka dua beradik ni dok pasak kat telinga MommyDaddy ajak ke taman. Nak main bolalah, nak main helikopterlah, nak makan aiskrim kat tamanlah (yang ni Mommynyalah...) Makanya, dek kerana tak tahan dipujuk-rayu, bawalah my superheroes ni ke taman...
Baru nak keluar rumah, si abang mengeluh kasut sukannya dah tak muat! Nampak sangatlah dah lama tak beriadahkan. Makanya pakai ajelah apa ada, bukan nak sungguh-sungguh exercise pun. Lagi pulak, Mommy mereka suruh pakai pakaian untuk masuk shopping mall! Manalah tahukan...
Mehlah tengok betapa gembiranya hati anakanda hamba berdua ni bila dapat melenjan di taman yang cantik dan menghijau aje ni...
Lepas lepak di taman, bawalah si Adik Cute pulak main di playground. Sukalah hati si kecil ni bukan kepalang di buatnya. 1 jam di sini pun tak terasa! Kalau boleh, tak mahu balik rumah selagi hari tak gelap!
Rasa-rasanya lepas ni kena buat balik aktiviti beriadah di taman ni. Lepas ni bolehlah kita anak beranak melenjan di segala taman yang ada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pulak ^_^
Jumpa di taman ya ~_^
Hari ni lambat sikit bersiaran kerana sibuk ~_^
Marilah kita masuk terus ke tajuk ya! Malas pulak rasanya nak corner baring tak tentu arah kali ni.
Hari Ahad semalam, kami bawa anak-anak ke taman. Dah lama rasanya takda aktiviti taman ni sejak sebelum bulan puasa lagi. Maklumlah, dengan cuaca panas terik tak menentu dan anak-anak pun tak berapa suka nak keluar rumah, maka memang takdalah dalam senarai nak bawa anak-anak ke taman beriadah.
Beberapa hari sudah, asyiklah mereka dua beradik ni dok pasak kat telinga MommyDaddy ajak ke taman. Nak main bolalah, nak main helikopterlah, nak makan aiskrim kat tamanlah (yang ni Mommynyalah...) Makanya, dek kerana tak tahan dipujuk-rayu, bawalah my superheroes ni ke taman...
Baru nak keluar rumah, si abang mengeluh kasut sukannya dah tak muat! Nampak sangatlah dah lama tak beriadahkan. Makanya pakai ajelah apa ada, bukan nak sungguh-sungguh exercise pun. Lagi pulak, Mommy mereka suruh pakai pakaian untuk masuk shopping mall! Manalah tahukan...
Mehlah tengok betapa gembiranya hati anakanda hamba berdua ni bila dapat melenjan di taman yang cantik dan menghijau aje ni...
'Mommy! Cepat snap gambar! Batu ni panaslah!' |
Jenuh nak naikkan helikopter ni tapi tak naik-naik. Asal naik aje terjunam! 'Pilot' dah lama tak bawa helikopter ^_^ |
Yeah! Yeah! Menang! Selepas percubaan kali kedua. Kali pertama dia sudah bantai melalak sebab kalah! |
Abang terpaksa 'merangkak' demi nak beri kemenangan pada adik kesayangannya ~_^ |
Ini pose lepas menang lari keliling taman dengan abangnya untuk 2nd round. 1st round dia kalah, terus bantai melalak! |
Lepas lepak di taman, bawalah si Adik Cute pulak main di playground. Sukalah hati si kecil ni bukan kepalang di buatnya. 1 jam di sini pun tak terasa! Kalau boleh, tak mahu balik rumah selagi hari tak gelap!
Rasa-rasanya lepas ni kena buat balik aktiviti beriadah di taman ni. Lepas ni bolehlah kita anak beranak melenjan di segala taman yang ada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pulak ^_^
Jumpa di taman ya ~_^
Wah.. bersemangat ye diaorg nk main kat taman..
ReplyDeleteKami pun da lama tak ke taman. Nnt adik aisyah besar sikit, boleh la bawak pegi taman.. hihi..
Lama sungguh tak ke taman, Ira. Mahunya tak bersemangat nak main. Itu merekalah, saya ni takdanya bersemangat mana kalau ke taman ni. Hahaha!
Deleteadli tiap2 petang nak main taman..main taman. nasib baik ada playground dekat ngan rumah
ReplyDeleteNak pergi ke taman berdekatan rumah macam dah boring pulak walaupun yang sebenarnya dah lama tak pergi taman ^_^ Kita pergi jauh sikit.
DeleteIni pun nasib baiklah tak terlepas ke taman kat Cyberjaya nun ^_^
Fuh! tukar gambar lagi MD? hehe
ReplyDeleteDah sihat nampaknya anak2 berdua ni termasuk mommydaddy mereka. Dah boleh beriadah melenjan padang nampaknya tu! Baguslah korang beriadah, keluarkan peluh jantan.
Kami sekeluarga pun dh lama tak riadah.
Comel aje Adik melalak. Teruk sgt ke kalahnya dgn si Abang tu??
Tengah kemaruk tukar gambar, KB!
DeleteYang sebenarnya nak letak gambar baru tapi susah betul nak suruh abang dan adik ni bergambar bersama. Bubbly Abanglah yang paling susah sebab dia mana nak ambil gambar lagi!
Alhamdulillah, sihat! Banyak hari mereka nak pergi tapi mengenangkan si kecil tu baru nak baik demam dan yang lain-lain pun baru sihat, malas pulak rasanya nak melenjan di taman. Tapi kalau tak pergi, malas pulak rasanya dengar pujuk-rayu termasuklah dari Daddynya ^_^
Mana tak kalah. Lawan lompat-lompat dengan Daddy dan abang pun boleh melalak sebab kalah! Lompat tak jauh! Hahaha!
Wah gambaq macam hindustan pulak.. nasib tak guling2 je kak. Hihihi Seronok ye si adik cute n abang nya dapat keluar beriadah. Bagus aktivit mcm tu MD dr asik tgk gadget je mcm sesetengah budak zaman skrg. Jom la ke taman.! haha aina n husband pun skrg tgh berjinak jinak berlari ni.. klau terserempak dkt taman mana2 jangan lupa kenyit kenyit mata ye kak! haha
ReplyDeleteDahsyatkan sampai duduk bersimpuh alahai anak bujang akak ^_^ Ni lepas penat berlari keliling tulah. Seronok pulak mereka baring-baring atas rumput hijau. Kalau bukan kerana rumputnya cantik menghijau, memang akak tak beri baring-baring tau!
DeleteLain kali nak bawa tikar, bekalan makanan dan etc.etc supaya dapat lelama berkelah kat taman. Eh, Eh, Eh! Silap! Lari jauh dah nawaitu - kata nak pergi beriadahkan tadi ^_^
heading baru lah tapi tetap kenal dua butir permata hati tu..
ReplyDeletebestkan dapat main2 kat taman sambil lari lari
kaknoor berriadah depan kebun je lah hari2 janji berpeluh kan MD haha
Memang kalau tukar header, 'model' utama tak berubahlah, KakNoor. Kalau letak model makpak, ada pulak yang tak kenal nanti. Hahahaha!
DeleteSaya takda kebun nak beriadah, KakNoor. Kalau ada, tak kuasa saya nak beriadah di taman. Tapi, ke taman pun mereka yang beriadah, saya duduk-duduk atas batu aje sambil petik gambar ~_^
Wahhhhhhhhhhhh seronok betul rasa cam nak join sekaki..
ReplyDeleteGambar mummynya mana?
Sesekali pergi memanglah seronok tapi saya ni pergi taman tak berpakaian riadah tau. Saya berpakaian nak masuk shopping mall. Sebab itulah takda gambar. Huhuhu!
DeletePatutlah cari kat Mitsui tak de, kat Mid Valley pun tak de....rupanya kat taman. Kakaulah tau Kak Ton kat taman, mak dah ajak pak Jilap main buai weekend baru ni. Buai Tarzan hokey....maklumlah Jilapah yg nak berbuai hihi....
ReplyDeleteSeronoklah diaorang ye Kak Ton....boleh lumba lari bagai. Mak kesian Kak Ton je,....tak dpt cuci mata hihi...
Oh, Mak! Bukan main berjalan lagi dia rupanya hujung minggu sudah ya! La ni kalau nak jumpa Kak Ton, pergi taman ajelah. Mood beriadah tiga beranak tu tengah on. Kak Ton tumpang kereta dok kat bangku aje sambil snap photo. Nak suruh Kak Ton beriadah, belum musimnya Mak ^_^
DeleteMak nak naik buai dengan PakJilap? Tolonglah eh jangan buat perangai. Kotor pulak satu taman tu kang Kak Ton termuntah kaler-kaler tau!
Hihi....tak ke Mitsui pun....tak jugak ke MV....gi rumah mami tersayang gitu kekdahnya. What to do huhu...
DeleteYalah, menantu mithali! Nak kata apakan. Lainlah macam jiran sebelah rumah tu, happy memanjang mak mertua takda disebelah (suami) ~_^
DeleteSukanya adek cute kat taman posing sana sini.
ReplyDeleteElok juga MD bawa mereka ke taman ,seronok mereka kan.Akak masa anak kecik2 dulu rajin juga bawa anak main2 kat taman tapi bila dh tinggal Iman sorang ni banyak main dlm rumah je dah.
Teruja betul mereka sebab dah lama tak pergi taman. Lagilah nampak playground yang macam-macam ada. Lagi tak nak balik rumah!
DeleteYalah kak, anak baya gini seronoklah pergi taman. Kalau dah remaja, tak mahu dah mereka ni kalau kita ajak pergi taman lagi!
Mcm2 aktiviti blh buat MD kat taman ni..itu yg bdk2 suka dtg
ReplyDeleteLepas bebas mereka di sini. Itu yang terasa-rasa freedomnya, tak macam di rumah! Terkurung aje dua beradik ^_^
DeleteKalau dia tak kalahkan diri sendiri, memang adiknya bantai meroyan melalak sedih sebab kalah. Kenalah beralah, Diana ^_^
ReplyDeleteOh, gitu pulak perangai Maisara ni ya! Dia suka berkawan tu, bagus juga. Anak-anak saya memang berkawan sesama mereka dua beradik aje. Tak pernah lagi saya tengok mereka suka-suka cari kawan kalau ke tempat public macam ni. Jual mahal, sama macam MommyDaddynya. Hahaha!
Lama tak pergi ketaman..
ReplyDeleteBoleh guling2 macam adik cute hahahha..
p/s dah dapat ke cempedak madu..
Baik-baik guling di taman, CH. Umur macam kita-kita ni kalau buat perkara comel pun tak nampak dah di mana comelnya. Hahaha!
DeleteP.S. Sampailah ni takda khabar berita. Hari tu kawan CH kata tak masak pulak. Menunggulah ni sampai sekarang :(
Kawasan lapang kan dekat sini, seronoklah diorang main macam macam. Heheh :)
ReplyDeleteSeronokkan bila jumpa kawasan lapang dan menghijau macam ni. Kita yang dah tua pun terasa-rasa macam nak berguling atas rumput hijau juga main tarik-tarik saree katanya ~_^
Deleteoh..tu yang terus tukar header. haha. baik-baik gi taman, kang terserempak kawan-kawan blog, kena nyorok belakang pokok macam pokemon
ReplyDeleteKat taman takpa, Sal. Banyak pokok, senang nak menyorok. Takut terserempak face to face aje ~_^
DeleteNext trip nak main 'pokemon' dengan anak-anak dan suami di taman ^_^
Budak dengan taman memang tak dapat dipisahkan..klu boleh setiap hati nk bawa..tp apakan daya..huhuhu
ReplyDeleteCantik kawasan taman ni..sesuai untuk photoshoot anak2 comel macam bubbly abang n adik cute
Betul tu, PK. Kalau dapat ke taman, hari-hari nak ke taman. Ni ceritanya nak jugalah balik jalan-jalan di taman semula tapi cuaca macam dah nak berjerebu kembali. Hailah nasib badan!
DeleteSaya pun suka taman ni sejak direnovasi. Cantik!
seronok anak-anak dapat ke taman ye, bagus abang merangkak demi bagi adik menang, part kalah dan melalak tu sama dengan anak saya no.2..adoiii asal kalah je melalak lepas tu cakap "asyik2 abang je menang" hahaha dah dia lari lambat mana tak kalahnya
ReplyDeleteKalau tak buat macam tu, dia bantai melalak merajuk lagi. Letih nak memujuknya, macam gegirl aje perangai! Abang pun mudahkan kerjalah, berilah adik tu memang! Habis cerita!
Deletekat mana taman ni md..cer habaq
ReplyDeleteTasik Perdana ni, Ciksu! Cantik tau sekarang ^_^
Deletecantik n tenang je taman ni.. wk photoshoot cantik ni
ReplyDeleteSesuai sangat buat photoshoot kat sini, Lya. Akak pun suka aje datang sini selepas dibaikpulih. Cantik sangat rasanya tempat ni!
Delete