Riang-ria di taman

Salam 12 Zulkaedah kawan-kawan!

Hari ni lambat sikit bersiaran kerana sibuk ~_^

Marilah kita masuk terus ke tajuk ya! Malas pulak rasanya nak corner baring tak tentu arah kali ni.

Hari Ahad semalam, kami bawa anak-anak ke taman. Dah lama rasanya takda aktiviti taman ni sejak sebelum bulan puasa lagi. Maklumlah, dengan cuaca panas terik tak menentu dan anak-anak pun tak berapa suka nak keluar rumah, maka memang takdalah dalam senarai nak bawa anak-anak ke taman beriadah.

Beberapa hari sudah, asyiklah mereka dua beradik ni dok pasak kat telinga MommyDaddy ajak ke taman. Nak main bolalah, nak main helikopterlah, nak makan aiskrim kat tamanlah (yang ni Mommynyalah...) Makanya, dek kerana tak tahan dipujuk-rayu, bawalah my superheroes ni ke taman...

Baru nak keluar rumah, si abang mengeluh kasut sukannya dah tak muat! Nampak sangatlah dah lama tak beriadahkan. Makanya pakai ajelah apa ada, bukan nak sungguh-sungguh exercise pun. Lagi pulak, Mommy mereka suruh pakai pakaian untuk masuk shopping mall! Manalah tahukan...

Mehlah tengok betapa gembiranya hati anakanda hamba berdua ni bila dapat melenjan di taman yang cantik dan menghijau aje ni...






'Mommy! Cepat snap gambar! Batu ni panaslah!'


Jenuh nak naikkan helikopter ni tapi tak naik-naik. Asal naik aje terjunam! 'Pilot' dah lama tak bawa helikopter ^_^

Yeah! Yeah! Menang! Selepas percubaan kali kedua. Kali pertama dia sudah bantai melalak sebab kalah!

Abang terpaksa 'merangkak' demi nak beri kemenangan pada adik kesayangannya ~_^

Ini pose lepas menang lari keliling taman dengan abangnya untuk 2nd round. 1st round dia kalah, terus bantai melalak!


Lepas lepak di taman, bawalah si Adik Cute pulak main di playground. Sukalah hati si kecil ni bukan kepalang di buatnya. 1 jam di sini pun tak terasa! Kalau boleh, tak mahu balik rumah selagi hari tak gelap!

Rasa-rasanya lepas ni kena buat balik aktiviti beriadah di taman ni. Lepas ni bolehlah kita anak beranak melenjan di segala taman yang ada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pulak ^_^

Jumpa di taman ya ~_^   




















 

  


Comments

  1. Wah.. bersemangat ye diaorg nk main kat taman..
    Kami pun da lama tak ke taman. Nnt adik aisyah besar sikit, boleh la bawak pegi taman.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sungguh tak ke taman, Ira. Mahunya tak bersemangat nak main. Itu merekalah, saya ni takdanya bersemangat mana kalau ke taman ni. Hahaha!

      Delete
  2. adli tiap2 petang nak main taman..main taman. nasib baik ada playground dekat ngan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi ke taman berdekatan rumah macam dah boring pulak walaupun yang sebenarnya dah lama tak pergi taman ^_^ Kita pergi jauh sikit.

      Ini pun nasib baiklah tak terlepas ke taman kat Cyberjaya nun ^_^

      Delete
  3. Fuh! tukar gambar lagi MD? hehe

    Dah sihat nampaknya anak2 berdua ni termasuk mommydaddy mereka. Dah boleh beriadah melenjan padang nampaknya tu! Baguslah korang beriadah, keluarkan peluh jantan.

    Kami sekeluarga pun dh lama tak riadah.

    Comel aje Adik melalak. Teruk sgt ke kalahnya dgn si Abang tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah kemaruk tukar gambar, KB!

      Yang sebenarnya nak letak gambar baru tapi susah betul nak suruh abang dan adik ni bergambar bersama. Bubbly Abanglah yang paling susah sebab dia mana nak ambil gambar lagi!

      Alhamdulillah, sihat! Banyak hari mereka nak pergi tapi mengenangkan si kecil tu baru nak baik demam dan yang lain-lain pun baru sihat, malas pulak rasanya nak melenjan di taman. Tapi kalau tak pergi, malas pulak rasanya dengar pujuk-rayu termasuklah dari Daddynya ^_^

      Mana tak kalah. Lawan lompat-lompat dengan Daddy dan abang pun boleh melalak sebab kalah! Lompat tak jauh! Hahaha!

      Delete
  4. Wah gambaq macam hindustan pulak.. nasib tak guling2 je kak. Hihihi Seronok ye si adik cute n abang nya dapat keluar beriadah. Bagus aktivit mcm tu MD dr asik tgk gadget je mcm sesetengah budak zaman skrg. Jom la ke taman.! haha aina n husband pun skrg tgh berjinak jinak berlari ni.. klau terserempak dkt taman mana2 jangan lupa kenyit kenyit mata ye kak! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahsyatkan sampai duduk bersimpuh alahai anak bujang akak ^_^ Ni lepas penat berlari keliling tulah. Seronok pulak mereka baring-baring atas rumput hijau. Kalau bukan kerana rumputnya cantik menghijau, memang akak tak beri baring-baring tau!

      Lain kali nak bawa tikar, bekalan makanan dan etc.etc supaya dapat lelama berkelah kat taman. Eh, Eh, Eh! Silap! Lari jauh dah nawaitu - kata nak pergi beriadahkan tadi ^_^

      Delete
  5. heading baru lah tapi tetap kenal dua butir permata hati tu..
    bestkan dapat main2 kat taman sambil lari lari
    kaknoor berriadah depan kebun je lah hari2 janji berpeluh kan MD haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau tukar header, 'model' utama tak berubahlah, KakNoor. Kalau letak model makpak, ada pulak yang tak kenal nanti. Hahahaha!

      Saya takda kebun nak beriadah, KakNoor. Kalau ada, tak kuasa saya nak beriadah di taman. Tapi, ke taman pun mereka yang beriadah, saya duduk-duduk atas batu aje sambil petik gambar ~_^

      Delete
  6. Bagus nya abang ni..siap kalahkan diri sendiri..hahah..kalau pi taman pun main dengan adik je..Jangan macam anak dara saya..kalau datang taman memang tak peduli dah kat adik.dia pi la kat bebudak mana2 , berkanalan lepas tu join group bebudak tu..Dia buat kita ni macam tak de kena mengena dengan dia je.panggil pun buat dekk je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tak kalahkan diri sendiri, memang adiknya bantai meroyan melalak sedih sebab kalah. Kenalah beralah, Diana ^_^

      Oh, gitu pulak perangai Maisara ni ya! Dia suka berkawan tu, bagus juga. Anak-anak saya memang berkawan sesama mereka dua beradik aje. Tak pernah lagi saya tengok mereka suka-suka cari kawan kalau ke tempat public macam ni. Jual mahal, sama macam MommyDaddynya. Hahaha!

      Delete
  7. Wahhhhhhhhhhhh seronok betul rasa cam nak join sekaki..

    Gambar mummynya mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali pergi memanglah seronok tapi saya ni pergi taman tak berpakaian riadah tau. Saya berpakaian nak masuk shopping mall. Sebab itulah takda gambar. Huhuhu!

      Delete
  8. Patutlah cari kat Mitsui tak de, kat Mid Valley pun tak de....rupanya kat taman. Kakaulah tau Kak Ton kat taman, mak dah ajak pak Jilap main buai weekend baru ni. Buai Tarzan hokey....maklumlah Jilapah yg nak berbuai hihi....

    Seronoklah diaorang ye Kak Ton....boleh lumba lari bagai. Mak kesian Kak Ton je,....tak dpt cuci mata hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Mak! Bukan main berjalan lagi dia rupanya hujung minggu sudah ya! La ni kalau nak jumpa Kak Ton, pergi taman ajelah. Mood beriadah tiga beranak tu tengah on. Kak Ton tumpang kereta dok kat bangku aje sambil snap photo. Nak suruh Kak Ton beriadah, belum musimnya Mak ^_^

      Mak nak naik buai dengan PakJilap? Tolonglah eh jangan buat perangai. Kotor pulak satu taman tu kang Kak Ton termuntah kaler-kaler tau!

      Delete
    2. Hihi....tak ke Mitsui pun....tak jugak ke MV....gi rumah mami tersayang gitu kekdahnya. What to do huhu...

      Delete
    3. Yalah, menantu mithali! Nak kata apakan. Lainlah macam jiran sebelah rumah tu, happy memanjang mak mertua takda disebelah (suami) ~_^

      Delete
  9. Sukanya adek cute kat taman posing sana sini.
    Elok juga MD bawa mereka ke taman ,seronok mereka kan.Akak masa anak kecik2 dulu rajin juga bawa anak main2 kat taman tapi bila dh tinggal Iman sorang ni banyak main dlm rumah je dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja betul mereka sebab dah lama tak pergi taman. Lagilah nampak playground yang macam-macam ada. Lagi tak nak balik rumah!

      Yalah kak, anak baya gini seronoklah pergi taman. Kalau dah remaja, tak mahu dah mereka ni kalau kita ajak pergi taman lagi!

      Delete
  10. Mcm2 aktiviti blh buat MD kat taman ni..itu yg bdk2 suka dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas bebas mereka di sini. Itu yang terasa-rasa freedomnya, tak macam di rumah! Terkurung aje dua beradik ^_^

      Delete
  11. Lama tak pergi ketaman..
    Boleh guling2 macam adik cute hahahha..

    p/s dah dapat ke cempedak madu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik-baik guling di taman, CH. Umur macam kita-kita ni kalau buat perkara comel pun tak nampak dah di mana comelnya. Hahaha!

      P.S. Sampailah ni takda khabar berita. Hari tu kawan CH kata tak masak pulak. Menunggulah ni sampai sekarang :(

      Delete
  12. Kawasan lapang kan dekat sini, seronoklah diorang main macam macam. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan bila jumpa kawasan lapang dan menghijau macam ni. Kita yang dah tua pun terasa-rasa macam nak berguling atas rumput hijau juga main tarik-tarik saree katanya ~_^

      Delete
  13. oh..tu yang terus tukar header. haha. baik-baik gi taman, kang terserempak kawan-kawan blog, kena nyorok belakang pokok macam pokemon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat taman takpa, Sal. Banyak pokok, senang nak menyorok. Takut terserempak face to face aje ~_^

      Next trip nak main 'pokemon' dengan anak-anak dan suami di taman ^_^

      Delete
  14. Budak dengan taman memang tak dapat dipisahkan..klu boleh setiap hati nk bawa..tp apakan daya..huhuhu

    Cantik kawasan taman ni..sesuai untuk photoshoot anak2 comel macam bubbly abang n adik cute

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, PK. Kalau dapat ke taman, hari-hari nak ke taman. Ni ceritanya nak jugalah balik jalan-jalan di taman semula tapi cuaca macam dah nak berjerebu kembali. Hailah nasib badan!

      Saya pun suka taman ni sejak direnovasi. Cantik!

      Delete
  15. seronok anak-anak dapat ke taman ye, bagus abang merangkak demi bagi adik menang, part kalah dan melalak tu sama dengan anak saya no.2..adoiii asal kalah je melalak lepas tu cakap "asyik2 abang je menang" hahaha dah dia lari lambat mana tak kalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak buat macam tu, dia bantai melalak merajuk lagi. Letih nak memujuknya, macam gegirl aje perangai! Abang pun mudahkan kerjalah, berilah adik tu memang! Habis cerita!

      Delete
  16. kat mana taman ni md..cer habaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tasik Perdana ni, Ciksu! Cantik tau sekarang ^_^

      Delete
  17. cantik n tenang je taman ni.. wk photoshoot cantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat buat photoshoot kat sini, Lya. Akak pun suka aje datang sini selepas dibaikpulih. Cantik sangat rasanya tempat ni!

      Delete

Post a Comment