Kisah abangnya pulak...

Salam 14 Zulkaedah kawan-kawan!

Kalau semalam bercerita tentang Adik Cute, hari ni marilah dengar cerita tentang abang kesayangan@teman bergaduhnya pulak, Bubbly Abang. 


 Alkisah cerita berlaku semasa bulan puasa, sebelum bercuti panjang untuk raya. 

Semasa bulan puasa, semua murid beragama Islam ditempatkan dalam satu kelas ketika waktu rehat. Yalah, mereka berpuasakan, jadi tak eloklah berkeliaran di gazebo mahu pun berhampiran kantin sekolah di mana mostly murid-murid non-Muslim makan ketika rehat.

Kiranya kalau dari Tahun 3 hingga Tahun 6 berkumpul satu kelas, penuhlah kelas ni. Yang selalu menjaga mereka waktu ni adalah ustaz atau pun ustazah. Tapi biasalah bila dah ramai-ramai sekelas macam ni dan tak buat apa-apa, ustaz/ustazah pun tak larat nak pantau semua.

Maka, satu hari tu Bubbly Abang balik rumah dan buka cerita...

Mommy, hari ni nyaris-nyaris tercucuk pensel! Ada budak perempuan Tahun 5 tu dia main-main dengan pensel tetiba terpelanting dan nyaris kena mata abang!

Aduh! Berderau darah bila I mendengarnya!

Terus belek muka anak dan bertanya apa yang sebenarnya terjadi...

Katanya dia baru nak masuk kelas agama tu dan budak-budak Tahun 5 tu pulak tengah bersedia nak keluar. Tapi waktu berselisih, ada seorang budak perempuan ni tengah main pusing-pusing pensel dengan tangan tetiba penselnya terpelanting kena si abang. Merahlah juga matanya sekejap dan sedikit sakit.

I apalagi, punyalah mengamuknya. Membebel sesaja. Rasa dan-dan tu nak cari budak perempuan ni, nak tanya kenapa boleh main bukan-bukan. Tahulah tak sengaja tapi bukankah itu sesuatu yang bahaya!

Berkali-kali dah suruh si abang ni berhati-hati sebab kawan-kawan ni adakalanya bermain/bergurau kasar. Kenalah kita sendiri yang ambil langkah berjaga-jaga. Belek-belek juga mukanya, nampaklah sikit kesan merah.

Esoknya I terus whatsapp ustaz tanya kisah sebenar. Panjang juga berbual dalam whatsapp. Ustaz pun minta maaf katanya mungkin dia terleka sebab budak-budak ramai dalam kelas masa rehat tu, tak  terkawal perangai masing-masing. 

Kata ustaz, budak tu beritahu dia tak sengaja. Dia minta maaf. Ustaz pun check juga keadaan abang. I pun beritahulah nasib baik kena sipi, itu pun merah. Itu pun dia kata masa kena tu sakitlah juga. Nasib baik tak apa-apa.

I pun takdalah nak marah ustaz. Kita tahu macamana sukarnya nak jaga seisi kelas dengan anak murid yang pelbagai ragam. Tapi I minta jasa baik ustaz mohonlah tolong tengok-tengokkan budak-budak ni. Adakalanya memang ganas sikit bermain kalau tak dipantau!

I beritahu lagi si abang ni jenis pendiam. Kalau tak tanya, tak soal jawab sampai kena marah, memang dia tak nak bercerita lanjut. Itu pun dia takut sangat I nak call ustaz. Ustaz pun memang tahu katanya my anak ni memang tak lasak di sekolah. Jarang dia bercampur dengan budak-budak lelaki lain bermain dan bergurau kasar kalau cikgu takda!

Ya, memang begitulah perangai my anak bujang tersado ni. Nampak aje badan besar, nampak aje macam kuat tapi yang sebenarnya dia ni anak Mommy. Dia memang  lembut sikit berbanding si Adik Cute yang lasak!

Geram juga kalau ikutkan hati tapi mujurlah takda hal yang lebih serius berlaku. Abang ni dia tahu Mommynya macamana perangai bila berlaku kejadian macam ni. Dah terbiasa dah mendengar Mommy beri berpuluh-puluh nasihat setiap pagi sebelum keluar kereta sebaik sampai depan pintu pagar sekolah!  

I tak tahulah you all semua macamana ya tapi for me, kalau anak-anak takda depan mata memang susah hati banyak sebab tak dapat nak pantau. Memanglah I ni super freaking mak sikit (banyak sebenarnya) tapi siapalah yang tak sayang anak ya. Selalu aje bertekak dengan HD sebab katanya I ni terlalu melindungi anak! Kalau I  keterlaluan, memang dah jejak kaki ke sekolah jumpa guru besar nak tanya kenapa perkara macam ni boleh berlaku tau! Nasib baik I boleh bersabar lagi, pujuk diri supaya jangan keterlaluan pulak!

Di akhir perbualan di whatsapp dengan ustaz, siap sempat ucap selamat hari raya lagi dan berterima kasih banyak kerana mengajar subjek Agama Islam pada my anak! Ustaz pun minta maaf sebab tak menjalankan tugasnya dengan lebih baik dan berjanji untuk pantau budak-budak ni dengan lebih bersungguh lagi.

Aha, okeylah tukan! Cool lah tu kan (walaupun dalam hati Allah aje yang tahu rasa nak marah membuak-buak) ~_^

I rasa ustaz pun anggap I ni one of the coolest mothers dalam dunialah ~_^

Hehehe... kalau tak puji diri sendiri, memang tak sah!



  



             

Comments

  1. Mahu tak seriau MD..
    Kalau tercucuk mata mcm mana..
    Kalau akak pun panjang lebar juga membebel..
    Bagus juga uztaz tu kan ..
    Elok jer minta maaf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat saya berang! Manalah tak risaukan kalau berlaku sesuatu macam tu!

      Saya tak sabar-sabar rasanya nak whatsapp ustaz tanya apa cerita sebenar tapi tahankan aje hati ni tunggu sampai keesokannya, waktu sekolah!

      Saya tak akanlah nak marah ustaz. Kena faham juga, bukan dia 'wajib' menjaga budak-budak semasa waktu rehat. Itu pun dah baik dia duduk dalam kelas agama tu sementara budak-budak berehat. Tapi itulah, budak-budak ni adakalanya lain macam. Bermain tak ingat bahaya bagai! Kita mak-maklah yang susah hati!

      Delete
  2. mujor tak de apa2 kan MD...memang lah risau kalau dah terkena kat mata tu .Yalah murid ramai ustaz tak terpantau dah.
    Akak pulak hubby akak yang terlalu melindungi anak ...adakalanya akak kata pada dia anak dah besar,pandailah jaga diri.Yalah siapa tak sayang anak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak risau, kak. Saya ni kalau kena kat tangan, kaki, badan pun saya dah semacam rasa nak berangnya!

      Budak-budak tu berehat aje dalam kelas agama, kalau ikutkan bukan tugas ustaz pun nak pantau sebab itu masa rehat. Ustaz pun nak rehat juga, penat mengajar. Saya whatsapp tu pun sekadar nak tanya kisah sebenar, betul ke tidak seperti apa yang abang cerita dan nak minta tolong ustaz tengok-tengokkan anak-anak kita ni di sekolah. Makpak nak tengok tak mampu sebab masing-masing kena bekerjakan!

      Delete
  3. Takutnya kalau mak jadi Ustaz tu....tetiba kena masuk kandang salah kena soal jawab dgn mak bapak....
    Nasiblah tak jadi ustaz.

    Sebenarnya bagus jugak kalau dlm satu sekolah tu ada sorang dua mak bapak yg macam Kak Ton ni. Biarlah next time cikgu cikgu ni alert sikit. Alah mcm negara kita nilah, ada pihak
    pembangkang hihi....

    Lupa nak tanya cikgu tu mcm Imam Muda Asyraf ke dak....yelah lama betul berwa tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak takut, Mak! Kak Ton bukan jenis sambar orang ^_^ Kak Ton ni nampak aje berdentam-dentum macam petir kalau marah tapi in public Kak Ton memang sopan sangat ~_^

      Yalah, nasib baik tak serius Mak. Kalau serius, Kak Ton gegar kepala lutut, mahu tumbang dulu tau! Bukan boleh buat main panca indera ni Mak oi! Anak kita memanglah kita sayang. Kalau anak orang buat silap, takkan nak marah anak kita aje. Tak dapat marah anak orang, mak orang, kita terjah cikgu! Yeah!

      Adoi la omak! Kalau HD tahu gaya gini, mahu kena pelangkung. Nasib baik PakJilap tak macam HD yerk!

      Delete
  4. Mujurlah tak jadi apa aoa yang teruk. Aiyo pensel ke tak pun benda benda tajam macam tu paling seriau sekali kalau terkena bebudak ni kan. Diorang ni kadang2 tahu main aje memanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujurlah tak serius mana, Nani tapi takut jugalah kan kita sebagai makpak. Bukan boleh dibuat main perkara macam ni. Akak whatsapp ustaz tu pun sebab nak tahu jalan cerita sebenar. Nak minta ustaz tolonglah tengok-tengokkan anak-anak di sekolah. Makpak macamana nak pantau di sekolahkan!

      Delete
  5. Baguslah MD ada sikap begitu. Takde lah org sewenang-wenangnya mengapa-apakan anak2.
    Sesetengah makbapak tak ambil kisah pasal anak di sekolah. semua serah pada cikgu. Bagi saya pulak, kalau perkara kecil, takde lah ambil berat sgt, tetapi kalau anak dah cerita sampai ke tahap melampau, saya akan dtg jumpa cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takutlah KB kalau-kalau terjadi perkara yang serius. Tak tidur malam saya memikirkan hal tersebut. Nak tunggu esok hari dapat whatsapp ustaz pun rasa macam bertahun. Bukan nak marah pun, cuma nak minta tolong ustaz. Nasib baik ustaz kata dia aware hal tu. Kalau buat ustaz kata dia tak tahu menahu, memang angin jugalah saya tang-tang tu jugak!

      Delete
  6. Adoi, kadang2 bebudak ni main yang tidak2 je. Punca dari orang lain, orang lain plak yang kena. Nasib baik abang sado takde pape. Bagus jugak dia jenis pendiam, takdela jadi gaduh pulak kat sekolah tu mamikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak disengajakan tapi perbuatan macam ni tak boleh dibiarkan aje.Kalau berlaku sesuatu yang serius siapa yang susah. Murid susah, makpak susah, pihak sekolah pun kena bertanggungjawab sama, dalam kawalan merekakan budak-budak ni bila di sekolah!

      Delete
  7. Dasyat betul MD ni risaukan anak..tapi smp nk tercucuk mata ang perlu risau la kan..tak sangka abg ni lembut orgnya ye..beebeza dengan anak sy aiman..so klu kejadian camni jadi..memang aiman dulu yg kena marah..bukannya ustaz.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang superfreaking sikit orangnya. Lagi-lagilah kalau anak-anak, memang saya protect habis-habisan! Itulah yang laki I marah you ~_^

      Anak saya si abang tu sebenarnya tak banyak cakap, PK. Memang dah banyak kali cikgu kata adab sopannya bagus (macam Mommynyalah tu ~_^) Memang jenis tak lasak pun di sekolah!

      Delete
  8. mujur sipi kalau kena mata nak cakap apa lagi, memang patutlah MD bertanya pada ustaz tu, mungkin lepas ni cikgu2 lebih alert lagi kan.

    Anak saya si adam tu pun semalam balik sekolah bagitahu kakinya sakit kawan tolak semasa disurau...aduiii risau juga bebdudak nih suka main tolak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah kata ustaz ramai budak-budak lepak kat kelas agama tu masa rehat tapi tak boleh dibiarkan begitu aje. Ni pun main gitu-gitu boleh datangkan bahaya juga. Cuba kalau ada yang jenis gangster dok nak memukul budak aje kerjanya, tak ke naya kalau ustaz/ustazah tak pantau!

      Eh, I is tak boleh! Anak lebam pun kita melenting padahal kadang-kala kita yang 'terlebam'kan anak sendiri. Hahaha!

      Delete
  9. biasalah..kdg2 dia org main-main bergurau pom kasar... terkena org sekeliling..
    fsya pom mcm abg jgk.. jns pendiam.. sbb tu pnh jd mangsa buli..sedih bila igtkan.. tp alhamdulillah.. skarang dh ok..lya pon dh ajr diri utk dia protect.. jgn terlalu mgalah sgt dgn org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat risau. Kalau main benda tak merbahaya atau gurau biasa-biasa aje, takpalah. Kalau mendatangkan kemudaratan memang tak tahulah nak kata apa lagi dah!

      Abang ni pun badan aje besar tapi lagi suka berdiam diri daripada bercakap banyak. Kalau kat rumah tu lainlah ceritanya!

      Delete

Post a Comment